Saturday, March 28, 2009

Program Pendedahan kerjaya sebagai doktor

Alhamdulillah,kamek terpilih untuk menyertai program tok.Program ini adalah program wajib dalam mendapatkan tajaan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Kamek ambik kursus perubatan di bawah program ijazah luar negara.Kursus berlangsung selama lima hari di hospital miri bermula 23 mac hingga 27 mac.14 orang sahaja yang menyertai program tok.Kamek,chan,huzaisys,atikah,faezah,eric,rebecca,samantha,ellisa,tan,seng dan ramai lagi.

Program tok memang menarik sebab kami semua diberi pendedahan tentang kerjaya kedoktoran,pengurusan hospital dan berpeluang melakukan tugas sebagai seorang doktor.sepanjang lima hari tersebut kami semua melawat ke lima tempat iaitu bahagian kecemasan,klinik pakar,wad pembedahan lelaki,wad obstetric dan ginekologi dan wad orthopedik.di sana, kami berpeluang merasai kepenatan dan tekanan yang dialami seorang doktor.tetapi semua itu tidak melunturkan semangat kami untuk menjadi seorang pegawai perubatan.

Malah,kami semua dapat memperoleh pelbagai maklumat dan info yang berguna untuk menjadi seorang doktor.Tugas doktor adalah amat penting,nyawa menjadi taruhan dan masa itu amat penting walaupun satu microsaat.amat dahsyat.haha.kemudian kami didedahkan kepada prosedur-prosedur yang rumit dan panjang.memang doktor memerlukan kesabaran dan penghayatan kerja yang amat tinggi.hmm,minggu depan kamek pergi interview biasiswa jpa di bangunan majlis bandaraya miri.selasa 31 mac jam 2.00 petang.semoga beroleh kejayaan atas apa yang kita rancangkan.kamek hanyalah hamba yang hina,sentiasa dihimpit dosa,sering mencari pahala,namun bilakah beroleh cinta yang sebenarnya............dan kamek berharap kamek dapat berjaya dalam kerjaya perubatan.amin.sekian........


gambar peserta program tok

Gotong Royong di PDK Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.lamak dah sik update blog...........
Hmm,pada tanggal 21 mac yang lalu,saya bersama 19 orang belia islam pergi berjihad berbakti kepada masyarakat di Pusat Pemulihan dalam Komuniti di piasau kem,Miri.
Program ini merupakan batu asas kepada permulaan geng belia islam yang ditubuhkan ketika kem belia islam di eastwood valley tiga minggu yang lalu.Hmm,memang program ini amat pelik la tapi kami bertujuan ingin menanam sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.


Pdk miri............



Program bermula sekitar jam 8.30 pagi.Kami tiba dan disambut oleh beberapa orang staf PDK dan pengerusinya,Puan Chong.Kemudian kami berkumpul di laman belakang untuk mendengar sedikit taklimat ringkas mengenai PDK Miri.




para geng belia islam yang berada di tempat kejadian.....

selepas itu,kami pun berkumpul sekali lagi untuk membahagikan kumpulan dan mula bergotong-royong.antara tugas yang dibahagikan ialah membersih laman,mengemas taman bunga,mengemop lantai,menyapu sekitar taman permainan dan dalam bangunan.acara bermula jam 9.10 pagi.


selepas itu,tepat jam 11.30 pagi,semua kerja sudah selesai.semuanya nampak cantik dan teratur.memang hati berasa puas melihat hasil kerja yang diusahakan.kemudian kami berkumpul sekali lagi di laman belakang untuk sedikit jamuan.semuanya ditaja oleh raziman.Lekak ya,kami ada memberikan sedikit sumbangan berbentuk goodies dan beg hamper kepada pihak PDK.


para staf pdk

goodies...


12.15 tengahari.semua urusan telah selesai dan kami semua pergi makan snowflake.haha.kamek sik ikut la sebab mak ada hal.walau bagaimanapun,kamek amat gembira melihat komitmen masing- masing yang amat tinggi dalam menjayakan program ini.ya jak lah rasanya.selepas tok, geng belia islam akan beralih ke selatan miri di SMK agama untuk program seterusnya.hehe.................masih dalam perancangan.harap-harap menjadi.sekian,wallahualam.



emily...budak famous di pdk


para lelaki sedang beraksi....hehe


gambar bersama pihak pdk miri

Thursday, March 19, 2009

SPM 2008

Asslamualaikum dan salam sejahtera.............
ALLAHUAKHBAR,ALLAHUAKHBAR,ALLAHUAKHBAR...........
Alhamdulillah,syukur kepada Allah.spm result amat membanggakan kamek.sik sia-sia usaha kamek selama tok.lima tahun bekerja keras menimba ilmu,akhirnya dibalas dengan sekelumit nikmat daripada Allah.nikmat yang amat besar bagi kamek.......
10 A1
nang keputusan paling hebat yang boleh diminta oleh seorang pelajar.haha.kamek bersyukur sebab dapat keputusan tok.semoga kejayaan ini akan memacu kamek ke arah yang lebih baik lagi.hmm,lamak dh sik update blog.xda time bh.haha.sekian,wallahualam.

Tuesday, March 3, 2009

Kem belia Islam Sempena MaulidurRasul 2009

KEM BELIA ISLAM BINTULU-MIRI
Sempena
Sambutan Maulidurrasul 1430H

.:: Tarikh ::.
6 – 8 MAC 2009
9 – 11 RABI’ULAWWAL 1430H

.:: Tempat ::.
Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri

.:: Penganjur ::.
Biro Perkhidmatan Pendidikan,
Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)

.:: No. Perhubungan ::.
019-8285019 (En. Naim)
019-6136759 (Cik Aminah) .:: Aturcara Umum ::.
JUMAAT, 6 MAC 2009
Waktu Aktiviti
8.00 pg Pendaftaran Peserta
10.15 pg Taklimat
LDK 1, 2, 3 & Obstacle Course
Latihan Maulid Daiba’ie
SABTU, 7 MAC 2009
Waktu Aktiviti
LDK 4, 5 & Bengkel 1
Latihan Maulid Daiba’ie
8.00 mlm Kuliah Perdana Maulidurrasul
AHAD, 8 MAC 2009
Waktu Aktiviti
8.00 pg Ucap Utama
Bengkel 2, Sidang Pleno
4.15 ptg Bersurai

( Pada 9 Mac 2009 akan diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul di Miri. Para peserta daripada Miri adalah digalakkan untuk membawa rakan daripada luar Miri untuk menginap (homestay) di rumah mereka pada malam 8hb Mac, untuk mengikuti Majlis Sambutan Maulidurrasul pada 9hb Mac di Miri. )
• Program ini terbuka kepada remaja Islam, lelaki dan perempuan, yang merupakan lepasan SPM 2008 (berusia 18 tahun pada tahun ini).
• Yuran program ini adalah PERCUMA.
• Bas akan disediakan untuk para peserta daripada Bintulu pada jam 7.30 pagi, 6hb Mac.
• Sila bawa pakaian sukan (2/3 persalinan), pakaian ibadah, pakaian kasual (t-shirt berkolar / kemeja), serta pakaian kebangsaan lengkap.



Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)
Tingkat 1, Sublot 3 & 4, Bangunan Baitulmal, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching.
Tel.: (+6082) 230726, 230728, 230759, Faks: (+6082) 230769
E-mel: info@bppmis.com Laman Web: http://www.bppmis.com

Sunday, March 1, 2009

Program bimbingan kerjaya

Tok ada bahan yang diperoleh ketika program bimbingan kerjaya di Pustaka Miri pada 22 februari 2009.jika ada sebarang masalah,post comment tanpa segan silu.sekian.

klik sini