Monday, May 25, 2009

Tun Razak ( for all AYTR )

Konsep 1Malaysia ilham Tun Razak

KUALA LUMPUR: Konsep 1Malaysia hasil ilham Datuk Seri Najib Razak adalah kesinambungan kepada wawasan arwah ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri kedua negara, kata tokoh akademik, Tan Sri Arshad Ayub.

Katanya, Abdul Razak adalah seorang pemikir masa depan yang unggul, termasuk berupaya menggubal dasar pendidikan yang berjaya menyumbang kepada pembinaan negara bangsa, malah melahirkan generasi pemimpin pendidikan.

Katanya, kegigihan usaha dan pengorbanan Abdul Razak ketika menerajui kepemimpinan negara dalam pelbagai aspek utama meliputi pembangunan luar bandar, perpaduan nasional, kesedaran sosial dan pendidikan, ternyata membuahkan hasil yang turut dinikmati sehingga generasi sekarang.

“Tidak diragui lagi bahawa Tun Abdul Razak adalah pemimpin berwawasan. Beliau hanya menjadi Perdana Menteri untuk tempoh enam tahun, tetapi kepemimpinannya padu dengan tindakan yang memberi kesan amat besar kepada pembangunan nasional, sumber manusia dan kelahiran model pendidikan,” katanya.

Hmm,a true leader to Malaysia.Marilah kita bersama menuju ke arah kegemilangan dan kecemerlangan bangsa dan negara.Sekian.

Something to ponder.........

While i was reading articles in Berita Harian,i came across this letter.Very sarcastic yet reminds us on what is our main priority as a muslim.To know Allah is the very basic thing and to bring up the syariah Islamiah as good as possible is an obligation.

Maybe this person is describing the current situation that happened to our young generations.Please, take a few moments to think back and do something after you read this.I've done it and hopefully we can be a better person.



Jurusan agama perlu diceburi pelajar minda kelas pertama



SYABAS dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang anak mereka berjaya mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sama ada dalam atau luar negara. Kita berbangga kerana mempunyai generasi pelapis yang semakin meningkat tahap kecemerlangan dari semasa ke semasa.

Namun, kecemerlangan bukan diukur atas kertas saja. Apa yang lebih penting adalah kecemerlangan aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani perlu seiringan.

Ingin dibangkitkan ialah ada segelintir masyarakat sejak dulu hingga kini menganggap pelajar atau anak yang kurang cemerlang patut dimasukkan dalam jurusan agama. Ia mungkin disebabkan pelajar itu tidak diterima mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan komersial.

Ada benar penyataan yang menyatakan, daripada pelajar itu tidak mendapat apa-apa langsung, sekurang-kurangnya dengan mengikuti jurusan agama mereka dapat membekalkan diri dengan ilmu agama dan mampu mengajar kelak.

Jurusan agama dianggap jurusan kelas kedua, tidak memiliki nilai komersial dan ketinggalan zaman. Maka atas faktor itulah sukar untuk menemui pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai pilihan utama. Jika ada pun, alasannya bidang agama subjeknya mudah untuk lulus.

Seharusnya kualiti pelajar yang diterima mempelajari bidang agama perlu seiring tahap kecemerlangan pelajar jurusan sains, perundangan dan jurusan lain. Untuk memahami agama memerlukan minda kelas pertama.

Pelajar yang bijak dan cemerlang bakal memahami agama dengan baik. Bahkan mereka boleh dianggap sebagai 'doktor' atau 'jurutera' pembangunan modal insan kepada masyarakat dan ummah keseluruhannya.

Hakikatnya, bidang agama bukan bidang picisan yang tidak mempunyai nilai. Apatah lagi dianggap bidang yang mudah. Bidang ini juga memerlukan keseriusan dan kecerdikan minda kelas pertama kerana untuk menilai maklumat agama yang pelbagai memerlukan ketekunan tinggi.

Bidang ini bukan bertujuan melahirkan penceramah di masjid atau surau yang hanya menjanjikan syurga atau neraka, apatah lagi mengambil kesempatan di atas kejahilan orang lain. Tetapi, ia adalah amanah kepada ilmu. Mana mungkin pelajar bidang agama terdiri daripada yang hanya cukup makan.

Jika diperhatikan kebanyakan pelajar jurusan agama mendapat kelulusan lebih rendah berbanding jurusan lain. Amat sedikit pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai bidang pengajian pada peringkat lebih tinggi.

Kesan daripada bidang agama yang dikuasai pelajar 'cukup makan', ia menghumban generasi ini kepada pemikiran dan pengamalan agama yang jauh tersasar daripada roh syariat. Mereka sekadar menjadi pelengkap majlis, memenuhi masa terluang antara Maghrib dan Isyak di masjid atau tukang menyediakan air penawar.

Jika mentaliti masyarakat khususnya pelajar memiliki minda kelas pertama masih melihat bidang agama sebagai kelas kedua, maka pada dekad akan datang negara akan dipenuhi golongan agamawan yang mandul dan tidak dapat menyumbang ke arah kemaslahatan ummah.

MARDIANA MAT ISHAK,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Saturday, May 16, 2009

Aku,Ryner,dan Bintang Megamall...

Haha,the post-PKTR syndrome is true!!!
Sebab keluar dengan seorang lagi AYTR 08,Ryer....(applause)..
Alkisah
Ketika masuk bilik setelah main bola di padang.....
a text came
'Hi ridhwan,Ryner here.i'm happen to be in miri right now.....'
Hatiku berasa teruja......lamak eh sik temu nya tok sejak kem dah habis
So,he asked me whether i'm free the next day ( thursday )......
Hmm,tanpa segan silu kamek replied positively........haha
Pelawa pegi lunch di Bintang Megamall......lekak ya pegi jalan-jalan.
It was precisely 1.09 p.m when i saw ryner at the entrance.We greet each other and then straight away to our first stop, the Pizza Hut.We had a fancy lunch with combo A set worth rm 29.90,triple pleasure and double delight ice-creams.Alltogether....RM 51.50.Ryner paid it.He called it a treat.Haha.

Next stop,the megamall's interior.We conducted our window shopping about two hours and it was a strange feeling.However, i enjoyed loitering with Ryner.hahaha....
We stopped at few shop actually such as the levi's store,big apple,bata store,Giant(?) and a dvd shop.i hardly remember the name.

And finally at 4.15 p.m waktu Malaysia,our adventure ended.Saat yang amat sedih dan hiba.Aku melafazkan ucapan selamat tinggal kepada sahabatku dengan harapan semoga bertemu lagi.Sebuah coklat cadbury menjadi kenangan kita bersama.Hope to see you again.....i mean,soon enough la......

sekian.i miss you all............

Selamat Hari Guru

Guru
Dirimu amat berharga
Ilmumu amat kudamba
Kelibatmu sentiasa menceriakan diriku
Yang menanti setiap cangkir ilmu dan kasih sayang

Guru
Kadangkala aku tersilap kata
tersalah bahasa
Engkau seperti memahami.....
Apakah aku yang bersalah selama ini?

Guru
Kini ku berikan sebuah hadiah
hadiah kejayaan dan kecemerlangan
Engkau berhak ke atas kedua-duanya..
Aku gembira kerana mampu membahagiakanmu....

Guru
Pertemuan kita telah diaturkan di langit
dan ditakdirkan di bumi
Aku bersyukur kepada ya Rabbi
atas kesempatan ini....

Semoga kita bertemu lagi
Untuk memperjuangkan ilmu dan pengetahuan
demi masa hadapan
demi satu matlamat...
satu perjuangan...
demi mencari RedhaNya......
sekian

Hatiku berbisik rindu padaMu, ya Allah..........ampunkan dosa guru-guruku.....amin

Tuesday, May 12, 2009

News,huh?

Instead of mumbling around talking unnecessary things,let's brig up some issues today.........
Hmm,some of the updates
Ho Zhung Khiong is officially a form six student of Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang.congrats!!!
Most of my friends ( Ecka,Adeng,Michelle,val,and others)are now in Kolej Matrikulasi Labuan........
for the Jpa scholars....arina,syafiq,harry,hazimah,tiqah,zahid,faezah,huzai,ellisa......congrats!!!you are among the chosen one....
And for the pktrians.....congrats to everyone who got he Jpa offer.....Yin,ji ching,yashini,tan,darren,bosco,gary,asha....
Azim,anis,rahim,Jaramier got the petronas scholarship....impressive!!!
Other friends who got the upu offer,good luck and congratulations!!

Next we move on to some current news........

1.Susan boyle ( i love you!!!!!!!haha )turned down Barrack Obama's invitation to the White house Correspondent's Dinner, which is a star-studded dinner due to the show (britain's got talent) rules which prevent her form attending..........

2.Swine flu outbreak is still in menace as the death toll reached 50 few days ago.Infected countries are currently increase their medical supplies and medications to slow down the pandemic.

3.Manchester United and Barcelona will play the Champions league final in rome.Some said it will be the greatest match on earth as it brings up greatest players in the world ; ronaldo,messi,rooney,henry.....it will be a specactular yet world-class performance.Go United,go!!!

4.Dato' Seri Nizar was declared by the KL high court as the rightful MB of Perak. A shock news to the BN component as Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir will no longer take the top job in Perak.....

5.Lastly,the ministry of education is reviewing again on the PPSMI issues that caused a rebellion from many people including Sasterawan negara, A.Samad Said. The education minister will seek for alternatives and solution to solve it as the usage of bahasa Malaysia is getting less in the syllabus.........

i'm not a reporter,just to share few of my concerns la.........hopefully the best will come and as a Malaysian,we hope for prosperity and progress for the future......

Sunday, May 10, 2009

Study,study,study................

Salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menghirup oksigen dan membebaskan karbon dioksida daripada badan.masih lagi mampu menggerakkan anggota badan kita.masih mampu memenuhi kehendak kita.tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari.hmm............

Study........
setelah lima bulan berkelana di muka bumi dengan pelbagai tujuan dan cabaran,akhirnya muncul pula sebuah cabaran yang bisa mengubah kehidupan saya selepas ini.Pengajian ke institut yang lebih tinggi.Ingin menggapai cita-cita yang diingini.supaya hidup lebih berjaya pada masa akan datang.

Spm hanyalah pasport kepada alam ini.sebagai penentu tempat yang terbaik berdasarkan keputusan anda.Selai itu ,alam ini menuntut kita supaya lebih matang dan mampu menyesuaikan diri sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil yang maksimum.begitulah gambarannya............

Oleh itu,azam yang kuat dan disulami dengan akidah dan iman yang teguh akan agama akan berupaya memandu kita ke arah yang betul.Hal ini adalah kerana kehidupan di sana ada banyak dugaan dan cabaran yang bisa menggugat pendirian kita.

Bukan bermaksud negatif tetapi kita harus bersedia dengan hakikat tersebut.memang kita akui kita mungkin dah lali atau tahu apa yang berlaku.tapi sekadar peringatan kepada kita semua.

haha.hebat ceramah yang kamek sampaikan.sekadar meluahkan pendapat.ya lah,nervous sebab dah mok start belajar.otak kamek akan bekerja keras sekali lagi.yes!!!!!akan ku nantikan saat itu menjelma.sebagai pemberitahuan, kamek dapat dua tawaran yang amat lumayan.......tawaran pertama ialah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di bawah program asasi sains hayat.........

tawaran kedua ialah tawaran biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah program ijazah luar negara........amat teruja bila dapat tawaran ini.haha.semoga kamek mendapat pilihan yang terbaik daripada kedua-duanya......sekian......


selain itu.........HAPPY MOTHERS DAY......SELAMAT HARI IBU.......
ENGKAULAH PERMAISURI DI HATIKU
MENJADI TEMAN KETIKA AKU BERASA GUNDAH
PEMBAKAR SEMANGAT BILA KU GELISAH
KASIH SAYANGMU ADALAH HADIAH PALING MAHAL
BIAR SENANG MAHUPUN SUSAH
MATLAMATMU HANYA SATU
AGAR KAMI SEMUA BERJAYA
DUNIA DAN AKHIRAT

semoga ceria selalu semua ibu-ibu di muka bumi ini dan bahagia hingga akhir hayat..........

Wednesday, May 6, 2009

1 Malaysia

Why i'm promoting this thing?
The reason is .........our Prime minister urged the Malaysians especially bloggers to promote the concept.haha.

Based on my limited resources, i would say that this 1Malaysia thingy is quite interesting.Let me explain it based on my perspective as a Malaysian..........

Sebenarnya,negara kita telah pun mengalami satu transformasi dimana pelbagai dilema dan konflik muncul secara tiba-tiba dan berunsur provokatif.Semenjak kemelut politik tahun lepas,pelbagai spekulasi dan peristiwa besar berlaku.Perpaduan dalam negara kita juga tergugat akibat prasangka yang tidak berasas dilakukan tanpa segan silu.Keadaan ini banyak mempengaruhi pelbagai lapisan status dan norma-norma masyarakat sehingga kerajaan terpaksa meletakkan fokus yang berlebihan untuk menyelesaikan masalah ini.Kemajuan sukar dicapai tanpa perpaduan yang kukuh.Rakyat terkongkong dengan ancaman politik.Pemimpin bermusuhan akibat salah faham.macam- macam berlaku...........
Baru-baru ini,Perdana Menteri kita telah melancarkan konsep 1Malaysia yang amat dialu-alukan kita semua.Dalam kenyataan beliau,semua rakyat menerima layanan yang saksama dan konsep ini akan mewujudkan sikap kesaksamaan dan kekitaan(togetherness) demi mencapai wawasan negara.Selain itu,beliau mengajak kita semua untuk menghayati dan mengadaptasi teras-teras utama konsep satu malaysia untuk menjamin kesinambungan dari segi peradaban,ilmu,teknologi dan budaya bangsa.Hal ini dapat mengurangkan jurang status antara golongan yang berkemampuan dengan golongan yang tidak berkemampuan.Setakat ini sahaja yang saya tahu.Sebuah garis panduan satu malaysia akan diterbitkan untuk menyebarkan konsep ini kepada semua untuk difahami bersama.

sekian,majulah Malaysia untuk semua.pertahankan tanah ini buat selamanya.........