Monday, July 27, 2009

back to action people!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Zaman dah berubah, dunia sudah bertambah maju dan kita pun semakin hari berlari mengikut arus perjalanan kehidupan yang semakin berliku.Agak sedih bila kita megatakan kita tidak mampu bersaing pada zaman ini kerana kita belum menguasai kemahiran untuk menjadi seorang insan yang cemerlang dan berakhlak mulia.Seperti saya dan orang lain, kita sering melakukan kesilapan dan kesalahan dan semua ini diperlukan untuk membina kemahiran tersebut.hanya sekadar meluahkan perasaan..................


Current updates,kamek dah balit ke miri untuk cuti selama seminggu sebab kampus INTEC UITM telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wavak influenza H1N1.Sekarang kamek tengah mencari ilham untuk menyiapkan report biologi kamek dan siapkan kerja english.

Kehidupan belajar pada tahap ini memberi kamek satu pengalaman yang baru.Kamek belajar untuk lebih berinteraksi di dalam kelas,menguasai bahasa inggeris kamek yang agak rendah,dan belajar menghargai ilmu.Pada tahap ini,kita disarankan untuk mencari ilmu dan bukan menunggu ilmu untuk datang kepada kita.Sikap bekerjasama adalah amat penting untuk memastikan kejayaan bersama.Kesimpulannya,kamek akan cuba menggunakan sepenuhnya potensi kamek untuk lebih cemerlang.InsyaAllah...........

Bh,sik panjang post tok.kamek da kerja lain mok polah.semoga kita beroleh rahmat daripada Allah dan semoga negara kita selamat daripada belenggu H1N1.Amin....................

sekian,wallahualam.