Monday, December 3, 2012

Relapse

Melihat kembali tarikh terakhir post blog, sudah lebih dua bulan menyepi.

Adakah hati ini tertanya, ada orang yang membacakah? Atau ada orang yang melihat kita ini sekadar bermain main pada persada maya ini? Jauh sekali kita melihat realiti dengan pandangan yang ikhlas, kita selalu termenung, mungkin hanya itu yang kita mampu lakukan, walhal diri ini ada banyak lagi potensi yang perlu dibina dan dipimpin sepanjang kehidupan berlangsung......

Syukur atas kesempatan ini, sejujurnya pengalaman tahun kedua jurusan perubatan di manipal jauh sekali riangnya berbanding sahabat seperjuangan di tanah lain. Letih, mengantuk, tidak faham, mata merah, dan bermacam lagi lagak pelajar perubatan yang selama ini bermain dalam igauan, menjadi kenyataan. Diri ini terus kuat menghayati setiap detik masa yang dibazirkan, untuk belajar hakikat susah payah dan tanggungjawab menjadi seorang doktor yang unggul.

Kini, selang seminggu lagi peperiksaan bermula, moga dimudahkan semuanya. Tidak sabar untuk menguji diri sendiri, adakah sudah faham apa yang ditelaah? Tepuk dada tanya selera. Minggu persediaan harus diisi dengan rapi, cukup sebagai pemuas minda dan jiwa, agar tenang dan siaga menjelang hari ujian.

Lagipun, tahun kedua ini juga menguji diri ini dengan tanggungjawab umum, menjadi suara pelajar bukan suatu yang mudah, mengenali setiap masalah dan kemelut ahli telah menjadi rutin setiap minggu. Rasanya telinga sudah banyak mendengar setiap rintihan, dan mulut sudah tebal membuahkan nasihat dan cadangan, tinggal hati untuk sentiasa bermuhasabah, bahawa yang menyelesaikan semua itu hanya Allah, bukannya kita, yang bergantung harap itu adalah kita, dan Allah adalah sebaik- baik wakil......

InsyaAllah, teruskan berjuang wahai diri ini, setiap langkahmu sedang dicatit,perkataanmu, tingkah lakumu, bahkan waktu sihat dan mudamu juga.....


Sekian buat sekarang....