Tuesday, March 4, 2014

INDIA : DONE

Menulis dengan tenang dari rumah di Miri...

Alhamdulillah, sudah 4 hari berada di tanah air, sudah tamat fasa pertama pengajian perubatan di India. Tinggal dua tahun setengah lagi untuk bergelar graduan perubatan (ataupun doktor, yeay). Sehingga kini masih kepenatan, seperti baru balik dari misi kemanusiaan, meninggalkan sebuah tempat yang benar-benar mengajar dan memberi banyak hikmah sepanjang kehidupan ini. Tidak sanggup untuk meninggalkan tempat yang masih dahagakan dakwah islami yang semakin terancam di sana. Dan aku telah kembali ke tempat yang hampir sama, cuma berbeza cabarannya.

Perjalanan ilmu ini akan berterusan, dan aku rasakan hampir dua tahun pertama ini, penuh dengan pengajian buku dan jurnal. Dan sekembalinya ke kampus nanti, sesi klinikal akan menjadi medan utama untuk belajar, kali ini banyak dengan manusia, dan sedikit dari buku. Syukur, ini adalah saat yang dinanti, ingin belajar untuk menjadi doktor yang cekap dan cemerlang, dan juga mampu merawat pesakit, luaran dan juga dalaman. Malah, aku ingin belajar untuk menjadi seorang yang boleh seimbangkan kerjaya dan dakwah, penyumbang kepada perubahan dan kesejahteraan orang ramai (pencetus ummah?)

Dan India, sememangnya akan dikenang setiap kali aku termenung, sekurang-kurangnya tidak kosong lamunanku nanti. Tempatnya, makanannya, orangnya, kehidupan di sana, akan aku rindui. Dan juga berjumpa dengan orang yang betul-betul aku kagum dengan dakwahnya, aku sangat bersemangant bersama mereka, doaku agar berjumpa lagi di medan dakwah, moga termakbul ya rabb.

inshaAllah, masih banyak yang perlu diperbaiki, menjadi seorang amilin, perlukan ilmu yang cukup, banyak pengalaman, dan juga rasa rendah diri untuk belajar dengan orang lain, kerana jalan juang ini sangat sukar, perlukan hati yang kuat untuk meredahnya. mohon doanya dari kalian.....

baiklah, jika menulis akan kenangan di manipal, terlalu banyak untuk ditaip rasanya. Namun begitu, semoga diri ini terus kuat dalam mengejar cita-cita, sebagai alat, untuk mencapai matlamat kehidupan yang sebenar...


terima kasih India, moga bertemu kembali...
dan selamat datang Malaysia, akan kehadiranku...
ya rabbi, moga tidak sia-sia semua ini....


*post terakhir adalah september lepas, memang agak sibuk pada semester terakhir di manipal..hehe


one of the best spot in manipal, KMC greens
#backforummah

Thursday, September 5, 2013

Nota ringkas

Hmm, dah hampir dua bulan tak kemaskini blog, exam yang panjang dan meletihkan, semangat untuk ber"blog" semakin kurang, mungkin juga diri ini perlukan medium lain untuk terus menabur fikiran dan semangat di alam internet ini (mungkin tidak juga). Apa- apa pun, syukur masih ada masa untuk melihat semula blog ini, sebagai refleksi usaha untuk menceburi bidang penulisan maya, ana belum menetapkan sebarang objektif jangka panjang untuk blog ini, dan mudah-mudahan timbul ilham mahupun idea untuk menyelesaikan dilema ini.

sekadar berita ringkas

1. inshaAllah ana akan melangkah ke fasa klinikal untuk pengajian perubatan, tidak sabar untuk merasai suasana doktor di hospital, bertemu pesakit, merekod segala maklumat, sebagai alat untuk aplikasikan ilmu teori yang telah dipelajari dalam dua tahun pertama pengajian, dan juga belajar untuk menjadi doktor yang baik.....

2. mohon doa dari kalian, sahabat ana ada yang kemalangan dan dalam keadaan kritikal, moga Allah menyembuhkannya. iktibar dan pedoman buat kita semua, agar tidak mudah putus asa dengan rahmat Allah, yang maha pemurah dan penyayang terhadap hambaNya, dan juga sentiasa bertaubat kepadaNya, sebelum kehabisan masa akan perkara itu..

3. sudah dua minggu di malaysia, terasa tidak produktif, sedang mencari cara untuk mengubah semua ini. inshaAllah, ana berazam untuk membuat beberapa perubahan besar dalam hidup, sebagai sebahagian peracangan jangka panjang dalam menjadi doktor yang cemerlang dunia dan akhirat.

4. perihal negara, ana sangat terharu melihat rakan-rakan sebaya yang jauh lebih matang, bersikap analitikal dan tidak mudah melatah dalam melakar pandangan masing-masing di alam maya, jauh sekali diri ini untuk terlibat sama, memandangkan "niche" ana tidak sama, namun itu bukan alasan untuk ana jauhkan diri, malah semangat untuk sama-sama memahami keadaan, dan bergerak dalam satu unit untuk menyelesaikannya.moga kebenaran terserlah dengan lebih telus kepada semua. Ana percaya, kita masih bergerak dalam lingkungan kecil, meskipun kita merasakan internet itu sangat luas, maka jadilah kita agen-agen yang bergerak secara fizikal (bukan berdemonstrasi sahaja), untuk menjadi agen pengubah pemikiran masyarakat yang semakin sedar akan situasi negara sekarang.

5. ana ingin kembali cergas (dua bulan tak exercise, penangan exam), kena kembali menjadi bakal doktor yang bukan main cakap sahaja sihat dan cergas, perlu bukti juga (semangat2)...


sekian untuk sekarang...

Sunday, June 30, 2013

Pasca kelas

Akhirnya, kelas terakhir untuk tahun kedua berakhir dengan suasana yang tenang, tambahan pula jumaat yang mulia memberi peluang sekali lagi kepada kawan kelas yang muslim untuk berkumpul buat kali terakhir..saat yang sangat mengharukan, masing-masing sudah mula mengorak langkah, dua bulan lagi nak exam final

tahun kedua perubatan sangat banyak cabaran dan bebanannya, namun syukur, semua berlalu dengan baik, suka duka sepanjang pengajian ditempuh dengan kebijaksanaan dan kewajaran fikiran. Saban hari terkenangkan perjalanan ini, masih jauh jalannya, malah selepas tamat pengajian nanti, makin jauh ranjaunya...

sekadar titipan ringkas kala sibuk ini, kena teruskan ulangkaji, semoga mudah segalanya untuk peperiksaan nanti...

terima kasih buat rakan sekelas,
berkongsi ilmu tak pernah lepas,
hanya Allah sebaik-baik pembalas....
moga beroleh kejayaan yang dikejar,
dunia ini kita sama-sama gegar,
dengan ilmu, iman dan taqwa,
sehingga bertemu semula denganNya...

all the best untuk exam....

Saturday, June 22, 2013

Rantaian ukhwah

Salam sejahtera....

Semakin menghampiri ujian semester akhir tahun kedua perubatan, semakin banyak cabaran dan tugasan yang perlu diselesaikan. Baik sebagai seorang pelajar, seorang naqib dan ahli persatuan, dan juga sebagai anak kepada keluarga. Syukur, kita dikurniakan nikmat yang sangat besar iaitu kehidupan ini, untuk mengecap sekelumit kasih dan ukhwah dengan orang di sekeliling kita, sebagai kenangan bersama hingga ke syurgaNya, inshaAllah.....

Hati ini sangat seronok, melihat kalian, yang senyumannya penyembuh duka, buah fikirannya, percakapannya sangat halus, menyentuh hati-hati yang inginkan kesedaran. Bahkan minggu ini, sangat mencabar, banyak perkara yang ingin dilaksanakan, moga beroleh kekuatan dan disempurnakan semua urusan.

Rentetan peristiwa yang berlaku di manipal sangat mendukacitakan, semakin banyak jenayah, semakin tinggi ketakutan yang dirasai oleh semua orang, termasuk diri ini. Maka, tidak lain tidak bukan, bila kita bersatu dalam menghadapi masalah ini, inshaAllah semua ini mampu dibendung dengan cermat. Rantaian ukhwah ini perlu disemai dengan baik dan berterusan, tiba masanya untuk kita semua bersatu, bekerjasama, menjaga keselamatan dan keberadaan setiap orang, dan akhirnya mencipta suasana selamat di dalam kampus dan di manipal itu sendiri...

memang benar, ini tugas polis, security dan sebagainya, tetapi sebagai perantau yang belajar di tanah hindi ini, ukhwah itulah ikatan kita, melepasi batasan kepentingan diri, jemaah, nama, pangkat dan perkara keduniaan yang lain....

sekian buat sekarang, doakan kami di manipal semuanya selamat, dan meneruskan perjuangan ilmu yang berbaki tinggal 10 bulan (lebih kurang) di tanah hindi ini....amin ya rabbal alamin...


wallahu'alam...


Sunday, June 16, 2013

Post konvensyen

Hmm, saturday....one week after all business done, time to turn back student mode, finals are just months away...

Alhamdulillah, konvensyen perubatan islam berakhir dengan jayanya, pengorbanan setiap urusetia sangat berharga dalam membantu menjayakan semua urusan, moga kita semua beroleh keberkatan dalam setiap perkara yang kita kerjakan.....

Dalam menghadapi kesibukan dunia, Allah memberi peluang kepada diri untuk bermuhasabah, melihat semula perbuatan kita, menilai semula setiap kebaikan yang kita lakukan dan setiap kejahatan yang terhasil dari diri ini. Sungguh, kita selalu memohon keampunan akan semua dosa, diberkati segala amalan, kerana kita tidak tahu mana satu amalan yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti. 

Sekarang memasuki bulan syaaban, inshAllah diri ini berusaha untuk merancang sebaik mungkin, menjadi hamba yang lebih baik, dan juga mampu cemerlang di dunia dan akhirat. Mohon doanya dari anda semua yang membaca, kita sama- sama baiki diri demi kesejahteraan di akhirat sana. 

More things on the list
1. Seronok berusrah bersama batchmate, ya Allah, aku pohon keampunan ke atas sahabatku, moga tautan hati ini terus mekar, dan kuat, ikhlas dalam mengabdikan diri padaMu....
2. Block 3  results came out, alhamdulillah ada peningkatan dalam markah, moga terus konsisten dan lebih baik untuk blok 4 dan final exam
3. Sangat rindukan adik dan abang, lebih- lebih lagi ibu dan ayah, inshaAllah tak lama lagi balik rumah....hihi
4. Waiting for that parcel to reach destination, semua ini adalah ikhlas dari diri ini, moga persahabatan kita membawa kebaikan pada ummah. 

Ok for now, wallahualam....

Sunday, April 14, 2013

Mahasiswa dan Politik

Alhamdulillah, setelah selesai  mendengar ceramah politik anjuran pelajar batch sendiri di masjid, diri jenuh memikirkan apa yang sebenarnya mahasiswa perlu untuk melibatkan diri dalam politik. Kupasan panelis dan moderator yang matang membawa mesej baru agar mahasiswa hendaklah mula untuk melihat semula dunia ini dari perspektif politik yang lebih segar dan relevan. Semasa ceramah, puas dihidangkan dengan analogi dan juga dalil yang banyak menjernihkan hadirin yang kebingungan, inshaAllah beroleh manfaat daripada apa yang disampaikan....

Melihat kepada arus perjuangan mahasiswa pada persada politik.....
Kita mempunyai zaman gemilang yang sangat mahsyur, sayangnya terkenal kepada si pencari fakta, dan bukan pada mahasiswa seluruhnya. Ramai yang mungkin tak mengenali aktivis zaman 70an, 80an, malah 90an, dan tidak tahu akan rentetan demonstrasi yang banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap mahasiswa. Kata pujangga, belajarlah dari sejarah, maka dengan sejarah ini kita mengacu langkah baru, bukan mula bongkak dengan kegemilangan hari semalam.

kini, perjuangan mahasiswa masih segar, cuma berubah rentak dan wadah. Budaya demonstrasi hidup semula, cuma kurang bisanya seperti dahulu. Semakin banyak inisiatif gerakan kampus untuk menghidupkan suasana politik, kerana inginkan tuntutan mereka ditunaikan. Malah, kita mungkin sudah mencapai tahap tertinggi dalam perjuangan ini, iaitu untuk bertanding menjadi wakil parlimen, tetapi mengambil posisi wakil rakyat berstatus mahasiswa. 

apa yang ingin diperkatakan, moga-moga usaha ini ada maknanya pada masyarakat mahasiswa. Untuk menjadi suara mahasiswa dalam masyarakat, harus diingatkan ,kita sedang mewakili mahasiswa yang ragamnya pelbagai, dari sebijak-bijak insan, sehingga semalas-malas orang, semuanya mempunyai ruang yang sama rata untuk hidup di universiti, iaitu hak untuk dididik dengan baik ,dan juga dibentuk mengikut acuan agama dan akhlak yang mulia. 

bukan untuk menentang idea menjadi wakil rakyat, tetapi diri ini merasakan mahasiswa masih belum sedia sepenuhnya untuk menerima kenyataan ini. Syukur, wakil mahasiswa yang akan bertanding ini sangat mantap, sangat hebat, namun begitu diri ini merasakan ianya masih belum memberi impak yang besar kepada masyarakat mahasiswa. 

bukan juga menentang sebarang perubahan, cumanya kita mungkin boleh merujuk kembali inisiatif kerajaan dalam mempelbagaikan usaha universiti dalam merangka strategi yang lebih baik untuk memastikan kualiti graduan yang terhasil adalah yang terbaik. ataupun, peranan parti pembangkang dalam mempertimbangkan kepentingan pendidikan sebagai aset utama, seperti pendidikan percuma, pemerkasaan subjek teras oleh pihak kerajaan dan banyak lagi. Ya, mungkin tulisan ini sudah tidak betul jalannya, cuma ingin disampaikan bahawa mahasiswa harus juga terlibat dalam mengetahui nasib mereka, sekiranya mereka ingin terus dimartabatkan di universiti. 

apa yang boleh dicadangkan ialah supaya membuat mahasiswa lebih peka akan gerakan aktivis mahasiswa yang inginkan perubahan yang lebih besar, serta menguntungkan rakyat. Kalian sangat hebat, sudah mampu untuk memperjuangkan kebenaran dalam skala ini, satu harapan kepada mahasiswa bahawa kita mampu untuk menjadi suara perubahan. Sekiranya mahasiswa masih terawang-awangan, dengan kelekaan terlampau serta sikap yang tidak seberapa, susah untuk kita katakan, untuk siapa sebenarnya suara mahasiswa tersebut, adakah hadirnya mereka sebagai perwakilan boleh mengubah nasib mereka? maka sama-samalah kita bersatu, menyokong perjuangan mereka, membantu sebaik mungkin usaha mereka, malah mendoakan mereka agar jika benar perjuangan mereka, maka hadirkan rasa malu untuk tidak bertanggungjawab kepada kami, golongan mahasiswa, saat menjadi perwakilan di persada arus politk tanah air....

sekian

Sunday, March 17, 2013

Self rejuvenation

Hmm, it seems that this blog need some new ideas and thoughts to be presented to the blog world. Yeah, rejuvenation process is underway, paving out for better writings. Certain things need to be upgraded, according to your level of consciousness and also your interest. Things change, so as our thoughts, and now on our projections in keeping this blog fresh and cool needs to be reviewed....

This holiday has been a challenge and quite an adventure, leaving books and studies, just to have a life's pleasure for a month has been rewarding. New stuff, new people, even new place has been shaping this mind . i decided to revisit this blog just to ensure, this will not go to waste....

so, i'll make myself clear of this purpose, to refurbish this blog to a whole new agenda, setting it straight, creating my own version of thoughts, things that everyone can criticize, which i will gain benefit from it, and eventually turning it into something better. so, that's it for now......

wallahualam