Tuesday, February 16, 2010

Mahabbatur Rasul

untuk makluman, Professional Student Society(PSC) akan mengadakan sebuah program sempena bulan Rabiulawal iaitu Mahabbatur Rasul. program ini bertujuan untuk menyemai rasa kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W dan mendedahkan kepada semua warga INTEC akan keindahan Islam.....

program akan berlangsung selama dua minggu; bermula 22 februari hingga 8 mac 2010 di INTEC dan koleh kediaman cemara akasia cendana....
pelbagai aktiviti dan program yang menarik akan dijalankan
semua dijemput hadir.....

Antara proram yang akan dijalankan:

1. Pameran untukmu Rasulullah.Ada pertandingan kuiz yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. Pameran berlangsung di Perpustakaan INTEC sepanjang Mahabbatur Rasul.

2. Ceramah bertajuk "Hadith dan Sunnah: Antara dua garisan" yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridhauddin Bin Mohd. Salleh, pensyarah INTEC. semua dijemput hadir.Program berlangsung pada khamis 25 februari 2010 di dewan besar cemara pukul 8.30 malam.

3. Pertandingan Nasyid sempena Mahabbatur Rasul. Terbuka kepada setiap program dan pelajar INTEC. pertandingan berlangsung di dewan besar cemara pada 3 mac 2010 pukul 4.00 hingga 6.30 petang. semua dijemput hadir....

4. Iftar jamaie....khas kepada semua warga Islam INTEC....ada semua digalakkan berpuasa pada hari tersebut...program berlangsung di kolej kediaman masing-masing.

5. explorace. terbuka kepada pelajar INTEC. sebarang perubahan akan dimaklumkan.

6. tayangan filem Muhammad di Kolej cemara....pukul 9.00 malam.....jualan dan makanan akan disediakan ....sila datang beramai-ramai.berlangsung pada 6 mac 2010

semoga dengan ada aktiviti ini, semua dapat melibatkan diri dan bersama-sama meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasul junjungan......

sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada saya di talian 014-8854792...

sekian, terima kasih

Mahabbatur Rasul

Group binding PSC di Gombak

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
lamak dh sik update blog...ada yang mengatakan telah terkubur, sudah tidak berminat memblogging dan sebagainya....biarlah kritikan dijadikan pemacu ilham untuk meneruskan usaha kamek untuk menjayakan blog ini.

Kamek sepanjang cuti tahun baru cina tok (4 hari) telah berkampung di Kem Sri Raudhah Gombak, Selangor....marek bruk balit.haha. Kem telah berlangsung selama 4 hari 3 malam (12 februari hingga 15 februari) dan dihadiri oleh Ajk PSC (Professional Student Society) seramai 33 orang.

Sepanjang program memang menyeronokkan dan memberi banyak input yang baik.Kamek sik mok crita panjang dan hanya menceritakan pengalaman kamek jak.

bermula pada hari pertama, aktiviti berkumpulan diadakan seperti ice breaking, mengenali personaliti rakan-rakan dan permainan yang mencabar minda....time ya ari jumaat dan semua perserta lelaki bersembahyang di masjid sekitar Gombak (sik pegi UIA...huhu). Kemudian malam itu, kamek diberi peluang untuk memberi tazkirah selepas solat maghrib bertajuk virus ukhwah.....memang pengalaman yang baru.. selain itu, hari pertama kamek orang didedahkan dengan S.W.O.T dan aplikasi dalam berpersatuan...selama tok fahaman kamek terhadap swot nang lemah...lekak kem tok baruk tauk fungsi sebenar....syukur

Hari kedua bermula dengan qiamullail dan pagi ya dengan sedikit permainan....lekak ya kamek orang mengadakan aktiviti bedah buku....Buku bertajuk Manhaj Haraki tentang startegi dakwah Rasulullah....memang menarik dan berguna kepada semua peserta.
Tengahari ya pegi jungle trekking ngan abang Jo.....seorang yang lantang berdakwah dan berilmu....selambe jak pake seluar slack masuk hutan....haha...time ya berepeluang untuk mengerjakan sembahyang zohor dalam hutan....lekak ya makan talam di tepi air terjun dan mandi manda di cya tek...fantastic!!! tetapi sayang, kamek rasa tersinggung time solat zohor bila ada orang di sekeliling yang mengejek perbuatan kamek orang dan memepermainkan kalimah solat....amat sedih membayangkan betapa runtuhnya akhlak umat islam yang semakin hari tercemar dengan kejahatan dan kegelapan....sedih dengar umat islam sendiri mengutuk ibadah agamanya sendiri....sedih melihat mereka yang tidak sampai dakwah yang dilakukan oleh para ulama, ustaz , kita semua dalam menunjukkan keindahan islam...kamek nang sedih time ya....semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan diampunkan dosa....

Hari ketiga merupakan hari yang paling best sebab ada paintball ngan night walk.Pagi ya dh kotor ngan air dan tepung jagung sebab main game perang. Golongan ajk tertinggi lawan sub biro....memang nampak berat sebelah...tapi kamek orang menang juak....lekak ya kamek orang menonton video tentang sejarah keruntuhan umat islam...memang menyayat hati dan terdetik semangat di hati untuk mengubah keadaan tesebut....semoga Khalifah kembali wujud dan empayar islam kembali mengambil takhtanya. Petang ya nang best, main paintball lam hutan. Kamek ngan lima team gk bermain.nang sakit bila peluru paintball kenak tangan ngan belakang kamek....kembang eh....tapi best, dapat merasai kegerunan bertempur dan cara mengatur strategi dalam berperang. Malam ya kamek memberi penerangan tentang projek yang dikendalikan oleh kamek iaitu Mahabbatur Rasul sempena Maulidur Rasul tok kelak...lekak ya adalah night walk atau jalan sorang2 lam hutan....nang mencabar kekuatan diri dan keimanan...program tok banyak mengajar kamek akan kepentingan untuk memantapkan akidah kepada Allah.....

Hari keempat yang just sesi luahan hati dan berkongsi pendapat...Alhamdulillah, semua ajk telah menampakkan ukhwah dan kerjasama yang mantap selaras dengan objektif kem. Kumpulan kamek menang kumpulan kedua terbaik(hahahaha) dan ya merupakan hari terkahir dalam kem....nang sedih benda tok berakhir....kamek rindu akan semua sahabat kamek yang mengikuti program tok....

InsyaAllah, semoga dengan jayanya program tok, PSC akan jadi lebih mantap dan menjadi wadah penjana kegemilangan Islam di INTEC.amin

ya jak lah,sekian,wallahualam.....
gambar sikda ngan kamek knek....lak post lam blog ngan facebook