Sunday, March 28, 2010

I-CODE2: A success

Salam sejahtera dan salam ukhwah buat anda sekalian...

Marek baru habis sebuah program karnival anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cendana sesi 09/10 iaitu INTEC Carnical and Open Day 2....nang letih jadi urusetia tapi best sebab banyka pengalaman baru dan kenangan menarik untuk disimpan..

Pada hari ya banyak aktiviti yang berlansung, jualan, demonstrasi oleh pihak luar, treasure hunt, fear factor, dodgeball, ghost house, flying fox dan banyak gik.semua aktiviti ni dikelolakan oleh pelbagai kelab-kelab di INTEC dengan kerjasama pihak penganjur program.

Kamek rasa gembira sebab program berjalan dengan jayanya dan menepati kehendak program. sambutan nang menggalakkan sik kira pihak luar dan dalam, sidak ya nang komited dan suka dengan program i-code tok.

Beberapa pengalaman baru dah ditimba.Antaranya megang ular albino warna kuning. panjangnya 3 meter dan ular ya memang cantik dan menawan. Selain ya, kamek berpeluang merasai kegerunan aktiviti flying fox yang memang berbaloi duit yang kamek laburkan.haha. lekak ya, kamek singgah di ruang desa Anjuran PSC untuk bermain permainan desa dan kampung.

Macam-macam gik yang berlaku di intec.semuanya memberi pendedahan dan pengalaman yang amat wajar untuk disimpan dan dihayati. Dari majlis pembukaan sehingga majlis penutupan, i code membawa satu revolusi yang telah berjaya menggegarkan INTEC dengan sinar kegembiraan dan perpaduan semua pihak.

sedikit gambar time I-CODE 2....


Flying fox

Gerai haiwan eksotik

INTALE '10

Bodygurard JPKC



Tuesday, March 16, 2010

Pengisian masa cuti....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang kamek di rumah kesayangan di Miri, melayani cuti pertengahan semester selama seminggu. Dh 3 bulan sik balit, so tok lah peluang untuk bertemu ahli keluarga yang tercinta.haha...

Sebelum sampai ke Miri, banyak yang kamek rancnang untuk mengisi masa terluang tok. Maklumlah, kamek ada ujian selepas cuti dan beberapa kertas kerja yang perlu disiapkan. Pendek kata, masa untuk bersenang lenang di rumah pun sik lamak. Semua dipenuhi dengan tugasan.

Sedikit gambar....



Stor Physics Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang



Kelas agama Ustazah Siti Aminah ngan biak form 2



Bangunan baru di Kolej....



Gambar -gambar kebun....



Semalam, hari isnin kamek berpeluang untuk melawat Kolej....nang rindu ngan kolej eh....tujuan kedatangan hanyalah untuk melihat perubahan yang berlaku di sekitar sekolah..kamek pun datang mok ambik beberapa buku physics yang Mdm Chai padah boleh pake.

Akhir kata, kamek kinek masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. Buku program, kertas kerja, presentation dan revision subject. InsyaAllah, kamek mampu menyiapkan semuanya dalam masa yang ditetapkan. Semoga cuti ini membri suntikan semangat untuk kamek untuk terus belajar menjadi insan yang cemerlang.sekian, wallahualam.

Tuesday, February 16, 2010

Mahabbatur Rasul

untuk makluman, Professional Student Society(PSC) akan mengadakan sebuah program sempena bulan Rabiulawal iaitu Mahabbatur Rasul. program ini bertujuan untuk menyemai rasa kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W dan mendedahkan kepada semua warga INTEC akan keindahan Islam.....

program akan berlangsung selama dua minggu; bermula 22 februari hingga 8 mac 2010 di INTEC dan koleh kediaman cemara akasia cendana....
pelbagai aktiviti dan program yang menarik akan dijalankan
semua dijemput hadir.....

Antara proram yang akan dijalankan:

1. Pameran untukmu Rasulullah.Ada pertandingan kuiz yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. Pameran berlangsung di Perpustakaan INTEC sepanjang Mahabbatur Rasul.

2. Ceramah bertajuk "Hadith dan Sunnah: Antara dua garisan" yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridhauddin Bin Mohd. Salleh, pensyarah INTEC. semua dijemput hadir.Program berlangsung pada khamis 25 februari 2010 di dewan besar cemara pukul 8.30 malam.

3. Pertandingan Nasyid sempena Mahabbatur Rasul. Terbuka kepada setiap program dan pelajar INTEC. pertandingan berlangsung di dewan besar cemara pada 3 mac 2010 pukul 4.00 hingga 6.30 petang. semua dijemput hadir....

4. Iftar jamaie....khas kepada semua warga Islam INTEC....ada semua digalakkan berpuasa pada hari tersebut...program berlangsung di kolej kediaman masing-masing.

5. explorace. terbuka kepada pelajar INTEC. sebarang perubahan akan dimaklumkan.

6. tayangan filem Muhammad di Kolej cemara....pukul 9.00 malam.....jualan dan makanan akan disediakan ....sila datang beramai-ramai.berlangsung pada 6 mac 2010

semoga dengan ada aktiviti ini, semua dapat melibatkan diri dan bersama-sama meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasul junjungan......

sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada saya di talian 014-8854792...

sekian, terima kasih

Mahabbatur Rasul

Group binding PSC di Gombak

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
lamak dh sik update blog...ada yang mengatakan telah terkubur, sudah tidak berminat memblogging dan sebagainya....biarlah kritikan dijadikan pemacu ilham untuk meneruskan usaha kamek untuk menjayakan blog ini.

Kamek sepanjang cuti tahun baru cina tok (4 hari) telah berkampung di Kem Sri Raudhah Gombak, Selangor....marek bruk balit.haha. Kem telah berlangsung selama 4 hari 3 malam (12 februari hingga 15 februari) dan dihadiri oleh Ajk PSC (Professional Student Society) seramai 33 orang.

Sepanjang program memang menyeronokkan dan memberi banyak input yang baik.Kamek sik mok crita panjang dan hanya menceritakan pengalaman kamek jak.

bermula pada hari pertama, aktiviti berkumpulan diadakan seperti ice breaking, mengenali personaliti rakan-rakan dan permainan yang mencabar minda....time ya ari jumaat dan semua perserta lelaki bersembahyang di masjid sekitar Gombak (sik pegi UIA...huhu). Kemudian malam itu, kamek diberi peluang untuk memberi tazkirah selepas solat maghrib bertajuk virus ukhwah.....memang pengalaman yang baru.. selain itu, hari pertama kamek orang didedahkan dengan S.W.O.T dan aplikasi dalam berpersatuan...selama tok fahaman kamek terhadap swot nang lemah...lekak kem tok baruk tauk fungsi sebenar....syukur

Hari kedua bermula dengan qiamullail dan pagi ya dengan sedikit permainan....lekak ya kamek orang mengadakan aktiviti bedah buku....Buku bertajuk Manhaj Haraki tentang startegi dakwah Rasulullah....memang menarik dan berguna kepada semua peserta.
Tengahari ya pegi jungle trekking ngan abang Jo.....seorang yang lantang berdakwah dan berilmu....selambe jak pake seluar slack masuk hutan....haha...time ya berepeluang untuk mengerjakan sembahyang zohor dalam hutan....lekak ya makan talam di tepi air terjun dan mandi manda di cya tek...fantastic!!! tetapi sayang, kamek rasa tersinggung time solat zohor bila ada orang di sekeliling yang mengejek perbuatan kamek orang dan memepermainkan kalimah solat....amat sedih membayangkan betapa runtuhnya akhlak umat islam yang semakin hari tercemar dengan kejahatan dan kegelapan....sedih dengar umat islam sendiri mengutuk ibadah agamanya sendiri....sedih melihat mereka yang tidak sampai dakwah yang dilakukan oleh para ulama, ustaz , kita semua dalam menunjukkan keindahan islam...kamek nang sedih time ya....semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan diampunkan dosa....

Hari ketiga merupakan hari yang paling best sebab ada paintball ngan night walk.Pagi ya dh kotor ngan air dan tepung jagung sebab main game perang. Golongan ajk tertinggi lawan sub biro....memang nampak berat sebelah...tapi kamek orang menang juak....lekak ya kamek orang menonton video tentang sejarah keruntuhan umat islam...memang menyayat hati dan terdetik semangat di hati untuk mengubah keadaan tesebut....semoga Khalifah kembali wujud dan empayar islam kembali mengambil takhtanya. Petang ya nang best, main paintball lam hutan. Kamek ngan lima team gk bermain.nang sakit bila peluru paintball kenak tangan ngan belakang kamek....kembang eh....tapi best, dapat merasai kegerunan bertempur dan cara mengatur strategi dalam berperang. Malam ya kamek memberi penerangan tentang projek yang dikendalikan oleh kamek iaitu Mahabbatur Rasul sempena Maulidur Rasul tok kelak...lekak ya adalah night walk atau jalan sorang2 lam hutan....nang mencabar kekuatan diri dan keimanan...program tok banyak mengajar kamek akan kepentingan untuk memantapkan akidah kepada Allah.....

Hari keempat yang just sesi luahan hati dan berkongsi pendapat...Alhamdulillah, semua ajk telah menampakkan ukhwah dan kerjasama yang mantap selaras dengan objektif kem. Kumpulan kamek menang kumpulan kedua terbaik(hahahaha) dan ya merupakan hari terkahir dalam kem....nang sedih benda tok berakhir....kamek rindu akan semua sahabat kamek yang mengikuti program tok....

InsyaAllah, semoga dengan jayanya program tok, PSC akan jadi lebih mantap dan menjadi wadah penjana kegemilangan Islam di INTEC.amin

ya jak lah,sekian,wallahualam.....
gambar sikda ngan kamek knek....lak post lam blog ngan facebook

Friday, December 11, 2009

Semester 2 is coming

Letih menunggu cuti yang agak panjang tetapi tetap berseri dengan tugasan dan aktiviti yang telah dirancang. Biologi report dh siap draf dan masih dalam proses editing. sekadar membuat dan merangka nota untuk subjek A-level.Revise balik bahasa german......deutch is fun!!!

Adalah beli beberapa cd game sebab boring.......nak main game.haha
Dan yang menyeronokkan ialah bekerja di ladang kesayangan........insyaAllah beroleh hasil yang lumayan..............

semester 2 akan tiba lebih kurang 3 minggu lagi....persiapan belum banyak...cuma tiket flight sebagai langkah pertama persediaan.....

Kamek sedih bila dapat brita dari sahabat kamek dari Negeri Sembilan. Program yang dirancang persatuan tak mendapat kelulusan..........mungkin ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan......
Walau bagaimanapun,mungkin ada hikmah disebalik pembatalan ini dan kita akan berusaha untuk merangka aktiviti persatuan dengan lebih efektif.

hmm, kepada semua sahabat yang birthday pada hujung bulan ni......Happy birthday!!!
selamat bercuti buat kalian...............

Ingatlah,
ketika langit mula berubah
ketika angin semakin kencang
ketika air semakin deras
tanda sesuatu akan berlaku
entahkan dahsyat atau tidak
ia pasti melanda................

sekian coretan daripada kamek..........

Sedikit perbincangan....

Salam sejahtera diucapkan....

Sekadar mengeluh terhadap beberapa isu yang dibaca sekitar akhbar dan laman web....
Kadang-kadang revolusi pemikiran mampu membentuk satu gerakan baru yang akan mendominasi puak yang sekian lama bertelagah.....dan apabila satu kejadian berlaku, semua mula menuding jari, tuduh-menuduh, maki hamun dan sebagainya.....
Hadith Rasulullah telah berpesan agar jangan tipu-menipu, jangan dengki antara satu sama lain.............tapi apa yang berlaku kepada umat islam di Malaysia adalah sebaliknya.

Sedih memikirkan apabila pemimpin mula hilang pertimbangan dan sampai merangka pelbagai strategi untuk merealisasikan impian terpendam itu....
Saya sekadar mengeluh...............

Perbincangan mungkin diteruskan.....cuma memerlukan kita sebagai panel dan pengulas topik...............