Monday, November 30, 2009

Lawatan ke kebun...






Gambar kebun di sekitar Teniku, Miri.jauh sikit dari Lambir.
Sedang dalam fasa pembersihan ladang dan menanam sedikit tanaman...

Monday, November 16, 2009

Cuti dan pengharapan

Salam sejahtera diucapkan
Kamek sekarang di miri......melayan waktu cuti yang panjang sebelum meneruskan pengajian semester kedua di INTEC UiTM.Perjalanan agak meletihkan sebab sebelum pergi KLIA, jalan-jalan di Mid Valley. memang banyak dugaan disana............

Tentang cuti yang diberikan, bukan untuk mengadu terlalu sekejap atau terlalu lama, tetapi apa yang ingin diisi sepanjang cuti ini. Semua kawan kamek nanyak pa plan cuti tok dan kamek hanya mereply dengan 'tengoklah nanti kalau ada ilham yang menjelma untuk buat sesuatu...'. Agak sedih bila melihat diri sendiri tiada perancangan sedangkan kawan-kawan lain telah bersiap sedia dengan senarai program dan aktiviti untuk dilaksanakan.

Maka bermulalah azam kamek untuk merancang aktiviti untuk cuti ini. Dalam kapal terbang pun termenung sekejap mengenang kehidupan kamek selama tok. banyak maksiat dah dilakukan, banyak dh kejayaan ditempuh dan kegagalan yang dihadapi. Memang hidup ini menyeksakan tanpa iman dan tidak bererti tanpa usaha...
Sempat klaka ngan sorang pakcik cina yang embak plastik domino's pizza. Kamek pun time ya embak plastik donut big apple. "Banyak big apple" pakcik itu memulakan bicara." saya beli untuk keluarga saya" jawab kamek. " Kt miri dh ada big apple, di megamall". " Betul, saya pun baru tahu yang big apple dh ada di miri"....semua perbualan adalah dalam bahasa inggeris yang telah diterjemahkan.

Malam tadik dh buat sedikit planning untuk cuti. Mungkin balit awal sebab ada program bersama kelab di INTEC.

Berbalik kepada tajuk bicara, manusia sememangnya memerlukan perancangan agar urusan kehidupan dapat dilaksanakan dengan lancar. Selain itu, manusia tidak akan lari dari kesilapan dan perancangan kita akan mengurangkan kebarangkalian kesalahan yang akan dilakukan.Sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan untuk mengimarahkan bumi, perancangan yang betul akan menentukan sejauh mana kredibiliti kita untuk menjadi seorang manusia dan pemimpin.

agak sedih bila melihat perancangan kita tak jadi atau separuh jalan. Memang kita memerlukan masa untuk merancang sesuatu dan kadang-kadang kita sering dihambat rasa tertekan dan gelisah akan keadaan sekeliling yang menyebabkan kita merancang terlalu lama dan tidak efektif.Perkara-perkara seperti pengurusan masa, kepentingan sejagat, matlamat perancangan dan sebagainya menjadi panduan sepanjang tempoh percutian.

Kesimpulannya,setelah kita berusaha dengan perancangan yang dilakukan, kita kembali kepada Allah dengan harapan rancangan kita menjadi dan memohon hidayah dan petunjuk sepanjang perancangan itu. Semoga beroleh hikmah dan kejayaan yang diredhainya....

Akhir kata, selamat merancang dan berbahagia pada cuti ini bersama yang tersayang...
Good Luck dan semoga berjaya kepada semua pelajar tingkatan 5 tahun ini yang bakal menduduki peperiksaan 18 aribulan tok. Senang jak ya.............

Sekian,wallahualam