Saturday, November 12, 2011

Khas buat kawan-kawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
dah lama sik update blog, rasa cam pelik juak, bila nangga blog orang lain terpampang artikel baru saban hari, insyaAllah kamek akan dedikasikan post tok untuk semua yang bergelar kawan kepada kamek....

Minggu ni, tercatat sejarah buat diri, dimana kawan atau rakan facebook telah mencecah seribu, dan jumlah terkini ialah seribu tiga orang. Syukur, atas medium facebook, ramai telah pun ditemukan; rakan lama sekolah rendah, cikgu sekolah tadika, kawan main futsal walaupun baru sekali main, sahabat-sahabat seperjuangan dipelusuk dunia, dan tidak dilupakan saudara dan ahli keluarga. Sememangnya dunia ini terlalu kecil, kamek yang biasa-biasa sahaja pun ada seribu kawan. satu pencapaian yang menarik....


cuma


pepatah ada mengatakan " berkawan biar seribu, musuh biar satu"
setuju dengan pepatah ini? renung balik wahai Ridhwan.....


kawanmu seribu, banyak mana yang dikenali?
ataupun betul-betul kenal?
ataupun buat-buat kenal, sebab nak kawan dengan "dia" sahaja?

oh, sungguh sedih bila ikhlasnya lari tatkala menekan butang send friend request. Baru tau betapa tidak jujurnya dalam berkawan. Oleh itu, tolaklah balik kawan-kawan yang dikenal, seribu tolak unknown figure......


lepas tu, kawan dah seribu,
berapa banyak yang baik, berapa banyak yang jahat?
Jahat?
Jahat pada mana yang boleh digelar sebagai jahat..?

Percayalah wahai rakan-rakan facebookku, kamek sedang melihat kejahatan anda secara tak langsung, malah anda tidak bernasib baik menjadikan facebook, ruang tatapan maksiat kepada kamek, malah kamek pun sik tauk, mungkin kamek pun berlaku sama terhadap anda.....

lihatlah pada gambar
video
setiap status yang ditulis
setiap komen yang dihiasai perkataan buruk
setiap video yang hanya membawa kepada kelalaian
setiap kata-kata yang belum tentu lagi betulnya
setiap bait kata Islamik, yang belum tentu lagi anda amalkan....

sedihnya, mata, telinga, hati menjadi saksi kepada perbuatan kalian, sebagaimana anda kepada kamek....

macam mana nak jawab kt sana nanti...?

(garu kepala)


hmm, kawan dh seribu....
tapi kan, adakah semuanya telah kau dakwah...?
dengan ajakan solat, jangan main facebook lama sngt...?
atau dengan kata2 yang menginsafkan, kembali kepada Allah s.w.t..?
jika ada, Alhamdulillah, semoga saham akhirat kalian bertambah, itu kamek doakan selalu....

terharu dengan kesungguhan kalian dalam berdakwah...
baik dari lagu nasyid, sampai ke artikel ulama'
video-video, ataupun artikel nukilan sendiri...
macam2,

terima kasih, dakwah anda telah sampai kepada kamek...

(terharu)


hmm, kawan dh seribu ni.....(lagi2 ulang)
tak terfikir ke musuhnya berapa..?
ke ni kawan hanya pada profile, tetapi musuh nyata dalam realiti?

aduh, sedinya....diri yang disangka baik, rupanya buruk dipandangan kalian...
maaf2, sekiranya diri ini berlaku sumbang, kasar, tidak kena pada cara....
terlalu banyak kelemahan pada kamek..
terima kasih wahai "musuh-musuh", kalian mengingatkan kamek akan selalu menjaga diri, iman dan akhlak....insyaAllah, akan diperbaiki selalu....


hmm, akhir kata...
berkawanlah banyak mana pun....
teruskanlah...
cuma, tanggungjawab kita sebagai kawan itu yang perlu kita angkat...
sebagai pendorong
pendokong
penyokong
teman
pemberi nasihat dan motivasi
teman diskusi
dan apa-apa yang kita rasa selesa..



kerana



semua ini menjadi imbalan buat kita di akhirat nanti...
pesanan buat kamek juak.....

sekian, wallahualam...



"Aku akan sentiasa memaafkan dirimu, selagi mana dirimu taat kepada Allah dan Rasul,dan aku akan sentiasa menolongmu, selagi mana dirimu memerlukan, dan aku akan sentiasa menyayangi dirimu, selagi mana kau menyayangi batang tubuhmu dari azab neraka...."

Saturday, October 8, 2011

Sedu sedan

Hati tersentak, tatkala menerima teguran yang membina, aliran air mata sebagai respon terbaik untuk semua itu, moga diberkati setiap titik, mampu memadamkan setiap titik ego dalam hati, titik sombong dalam jiwa, buat selamanya.....


Banyak yang telah belajar dalam masa yang singkat ini, kamek sangat terharu akan perubahan yang terlah berlaku pada diri, dan rakan-rakan di sekeliling....

Berubah dan mengubah. Itu yang ingin dibincangkan dalam post kamek tok. Sememangnya pasca A level memberi ruang untuk memikirkan kembali sejauh mana kita berubah, dan di sini, Manipal, semua perubahan itu amat terasa, amat jauh bezanya berbanding di tanah air.

" setiap orang ada caranya sendiri, biarlah mereka, mereka akan jumpa akan jalan untuk berubah"...Kamek memang terdiam seketika ketika seorang sahabat kamek berkata begitu. Kata-kata yang sangat menarik, dan banyak maksudnya. Betullah, setiap orang ada caranya sendiri, maka janganlah terlalu judgemental dalam menilai orang. Tetapi, itu juga bukan alasan untuk menidakkan diri, mencuba untuk merubah seseorang mengikut landasan yang benar lagi baik. Sangat pelik melihat orang-orang yang liat untuk berubah, apatah lagi nak mengubah. Mendengar sahabat bercerita akan pengalaman beliau, tersentuh akan suka duka kehidupannya, dan sekarang menjadi roomate kamek dan belajar perubatan bersama-sama.

Ya Rabbi, Engkau lebih mengetahui akan isi hati kami, maka tetapkanlah kami pada jalannMu, jangan biar terpesong, jangan biar terjatuh, tertiarap tanpa bantuan, tergelincir tanpa amaran, dan tertinggal tanpa pesanan....

"Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Syura, 25)


Hanya satu harapan dalam hati, agar dimudahkan segala urusan, sentiasa dalam lingkungan kesedaran jiwa dan kerendahan hati, moga terdidik roh serta jasad agar sentiasa tunduk padaNya, menjunjung syariatNya selagi amanah itu masih dipikul, lagipun ia akan berterusan sehingga kita bertemu semula denganNya....


mudahkanlah ya Rabbi, sangat lemah ketika ini...
hanya mengharapkan bantuanMu,
wasilahnya, terserah kepada kebesaran dan keagunganMu ya Allah...
semoga kamek dan sahabat-sahabat di sini beroleh kemenangan, dan ketenangan dariMu...


"Dan ingatlah juga tatkala tuhanmu memaklumkan "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu amat pedih" (Ibrahim, 7)


Bingkisan kata untuk diri

Mengelak itu lebih baik, jika mampu. Maka, untuk mengatakan diri kita mampu untuk mengelak, harus pada dua perkara, iaitu perlu pada ilmu yang cukup dan keyakinan yang tinggi pada syariat Allah yang selalu kita sayang dan baca, Al-Quran. Satukanlah hatimu pada kedua-dua ini, dimana Al-Quran adalah sumber kekuatan rohani, dan ilmu sebagai senjata untuk menangkis setiap tohmahan, celaan, hinaan, dan tuduhan yang boleh menjerumuskan dirimu untuk tidak berubah, dan seterusnya mengelak dari apa yang kamu hajatkan...


sekian, wallahualam

Monday, September 26, 2011

Mera Naam he: part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan....
hmm, first post in India, rasa amat teruja bila dapat menjejak kaki ke tanah asing, jauh dari kampung halaman, membawa diri untuk satu tujuan murni, ingin menjadi penyumbang pada masyarakat, bangsa dan agama, amin.....

Sekadar coretan diri....
Setelah 2 minggu di Manipal, Karnataka, India, ternyata banyak pengalaman yang dapat diraih, terutamanya dari segi cara penjagaan diri, cara hidup dan sebagainya. Syukur sepenuhnya padaNya, yang memberi peluang untuk ke luar negara, walaupun sebelum ini dijadualkan ke Dublin, namun begitu perancangan Allah ternyata lebih teliti dan penuh dengan hikmah, tiada kata yang lebih baik selain segala puji bagiNya, tuhan sekalian alam......

Sebaik pendaratan di Bengaluru International Airport, Bangalore
Malam itu amat sejuk, ditemani dengan deru angin kencang berkeliaran di ruang udara bangalore. Sangat teruja, kaki yang biasa ini, sudah menapak di tanah yang jauhnya beribu kilometer dari Miri. Setelah passport dan visa disemak, akhirnya telah sah masuk ke negara India. syukur. Malam itu kamek menghabiskan masa bermalam di sebuah hotel yang telah dibayar oleh jpa, sebelum bertolak lagi ke mangalore pada paginya.....


Manipal
Dari airport Mangalore, kamek menaiki bas Manipal University ke Manipal. Perjalanan mengambil masa 2 jam, sangat mendebarkan tatkala melihat jalan yang tidak seindah rupa, semanis rasa. Seronok melihat keindahan dan kehijauan sekeliling yang belum disentuh lagi. Melihat kelibat orang asing datang berkelana, itulah raut muka setiap penduduk yang kamek lihat. Oh, sangat menarik pengalaman ini, akan dimanfaatkan sepenuhnya 2 tahun setengah di Manipal,......


Setakat yang dapat direview
Makanan
Di Manipal memang banyak gerai makanan halal dan semuanya sedap-sedap belaka, juga dalam kadar yang banyak dan murah. Lagipun, belanja sehari pun kurang dari RM 10, memang jimat!!! boleh save duit untuk beli barang, kawen dan sebagainya. Barang-barang masak pun banyak dijual, semuanya dalam kualiti yang memuaskan, dan boleh diguna untuk tujuan memasak (tunggu second year baru boleh)....

Antara kedai pilihan: Snack Shack, Planet Cafe, Medan selera, Chickos, Dollops, Your Choice, Food court dan banyak lagi yang belum diteroka.....haha



Penginapan
Kamek duduk di Nehru Hostel block A, bersama pelajar tempatan yang menuntut di Manipal University. Biliknya amat besar dan boleh tahan cantik, sesuai mengikut citarasa lelaki bujang dan juga pelajar perubatan. Terdapat kemudahan seperti air panas, khidmat internet dan bekalan air bersih. Sangat suka akan hostel ini yang sangat dekat dengan bangunan kampus, dan mungkin akan duduk di hostel ini selama 6 bulan, sebelum berpindah ke hostel lain.


Barang-barang
Usah risau, semuanya mampu dibeli dengan senang hati, kecuali untuk beberapa barang sahaja. Ada sebuah pekan besar, Uduppi namanya, yang terletaknya kedai-kedai menjual barangan harian pada harga borong....haha, anda tentu teringat akan kedai apa yang mempunyai moto sebegini..(klu, Mydin)....belanja barang-barang sangat murah, kurang dari seratus ringgit, jika ditukar ke ringgit. Jadi, semuanya boleh dibeli, terpulang kepada keperluan masing-masing.....


baiklah, sedikit sahaja coretan kali ini, insyaAllah part 2 akan menyusul....areee yarr!!!

Saturday, September 3, 2011

Di bawah rimbunan Syawal...

Syawal yang dinanti telah tiba,
masa untuk kembali kepada fitrah yang nyata,
moga bercambah taqwa dalam jiwa,
subur dan mekar buat selamanya..


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan. mohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan, kelemahan dan keterlanjuran diri ini. InsyaAllah, masa semakin singkat untuk terus berada di tanah air ini, sebelum terbang menjejak kaki di perantauan.

Diingatkan agar dalam ketika menyambut hari raya, jagalah pergaulan, percakapan, mahupun perlakuan makan dan minum kita. sesungguhnya, umat Islam yang hebat ialah umat yang sentiasa bersyukur. Jadi, gunakan kesempatan yang ada, untuk bersyukur akan kembalinya fitrah dalam diri.

Jagalah pergaulan selagi mana lelaki atau perempuan tersebut adalah ajnabi buat kita.

Makan dan minum janganlah sampai sakit perut, cirit birit dan sebagainya. Kesian kat perut yang dah training sebulan tak makan banyak.

Kurangkan pembaziran dari segi makan, minum, perbelanjaaan. Gunakan pengalaman aidilfitri yang lepas untuk merangka jadual perbelanjaan dengan lebih baik pada aidilfitri kali ini.

Dan semestinya, cuba usahakan diri untuk berpuasa enam pada bulan syawal. Pahala puasa setahun menanti, cabaran ini agak senang untuk dibaca dan dihafal, dan semestinya sangat sukar untuk dilaksana. Jadi, doakan agar dimudahkan segala urusan. amin....

Fitrah dirai penuh gembira,
Ramadhan bagaikan tidak terasa,
Malulah siapa yang terkena,
Kerana rugilah mereka yang leka....


InsyaAllah, semoga ramadhan yang baru lepas menjadi cerminan prestasi iman kita untuk sebelas bulan akan datang ini, sebelum bertemu dengan ramadhan yang seterusnya. Andaikata kita terkurang sedikit semasa ramadhan, cuba untuk ubah diri selepas ini. Tiada bulan yang seberkat bulan ramadhan, rasailah roh ramadhan yang sudah ada dalam hati, biarkan ia bertapak di situ, memacu kita, patuh dan taat pada yang esa. amin, ya rabbal Alamin....


sekian,
salam syawal dari kamek....

Thursday, August 18, 2011

Satu perjuangan

"Wah, hebatnya. mana kau dapat tahu semua ni? aku tak pernah dengar lagi.."

"Tu la, kau tak datang usrah, rugi tak dapat semua ni.."

"Oh ye ke, kalau macam tu kalau ada sesi seterusnya, mesej aku, aku datang.."

Lalu terhentilah perbualan antara Yusuf dan Hazim, dua sahabat ini sentiasa bertukar-tukar ilmu, tetapi selalunya Yusuf yang lebih menyerlah manakala Hazim hanya lebih suka berdiam diri. Namun mereka berdua inilah yang selalu menjadi sandaran kepada gerakan anak-anak muda di kawasan perumahan mereka. Syukur, dengan kelebihan dan pengalaman yang ada, anak-anak muda di kawasan perumahan Taman Indah semakin dekat dengan Islam. Remaja dan belia semakin ramai memenuhi solat isya' dan subuh. Kuliah agama sering dipenuhi oleh mereka, hinggakan orang tua yang selalu ke masjid tersebut kagum dengan dakwah yang dilakukan oleh Yusuf dan Hazim. Entah bagaimana, buat pertama kalinya dalam 20 tahun, generasi muda di kawasan perumahan tersebut telah menjadi pemuada-pemudi yang mampu membawa Islam dalam diri.

Malam Jumaat

Bacaan surah Al-Kahfi berkumandang selepas maghrib, diketuai oleh Hazim. Hazim merupakan seorang hafiz dan masih menuntut di sebuah universiti di luar negara. Status tersebut tidak pernah dijadikan sebagai alasan untuk menyombongkan diri, malah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan program masjid dan rukun tetangga di situ. Jemaah Masjid semakin menggemari bacaan Al-Kahfi, dengan jaminan terselamat daripada fitnah Dajjal sebagai ganjaran, tidak salah untuk merebut peluang ini bagi menyediakan diri akan kedatangan makhluk tersebut.Nauzubillah

Yusuf pula masih belum pulang daripada sekolah, sebagai guru sandaran, dia selalu cuba mendekati golongan pendidik yang kurang prihatin terhadap pelajar, malah tidak menunjukkan sebarang karisma sebagai guru yang menjadi role model kepada para pelajar. Yusuf seorang yang pandai berucap dan biasanya ceramahnya mendapat sambutan yang baik. Cuma, jihadnya di sekolah di kawasan perumahan itu, adalah untuk membentuk barisan pendidik yang sentiasa bersemangat dalam menjalankan tuntutan kerja, di samping menerapkan unsur keIslaman dalam diri.


begitulah ceritanya.....

"Assalamualaikum Yusuf, kenapa lewat datang hari ni?"
"Waalaikumussalam.Oh, tadi ada pelajar yang lewat balik dari sekolah, jadi terpaksa temankan, pak cik pengawal tu kebetulan sakit perut, takut apa-apa berkalu dekat budak tu, menyesal tak sudah nanti"

"Wah, semoga Allah memberkati pengorbananmu Yusuf"
"Amin, sahabat"

Hazim dan Yusuf tinggal berdekatan, dan setentang dengan padang bola Taman Indah. Dulunya padang itu penuh dengan kutu rayau yang tidak habis-habis melepak dengan gitar dan minuman keras, namun semua itu sudah lenyap, kutu rayau tersebut seperti sudah tidak wujud lagi. Terkenang akan nasib sahabat mereka, Kamal yang terjebak dengan golongan kutu rayau, dan sekarang tiada berita akan keadaan sahabat mereka itu.

Rumah Yusuf

Yusuf tengah menghadap laptop, sambil menjamu aiskrim. Rancangan tv yang ditonton adiknya menarik perhatian Yusuf, di mana pengacara tersebut menyentuh isu akan gejala sosial dalam kalangan remaja.

"Alhamdulillah, syukur akan hidayah yang diberi kepada kita semua, dapat mengelak dari terjebak dengan kebejatan sosial tu" ujar adiknya.

Seukir senyuman dilontarkan Yusuf kepada adiknya. tanda kepuasan. Aiskirm yang dimakan tadi telah habis, lalu diletakkan di tepi meja.

Ketika membuka akaun emel, Yusuf terpandang satu emel dalam folder inbox yang kelihatan sangat penting

e-mail inbox

"URGENT: Yusuf dan Hazim ,perlukan perhatian segera"

Yusuf segera menelefon Hazim. Panggilan bersahutan dengan salam suci, lalu bertanya akan emel yang diterima.

"Aah, aku pun dapat emel tu jugak. Tapi tak baca lagi, baru nak telefon kau. Tapi ok la, jimat sikit kredit aku.." sempat juga Hazim berseloroh.

"Haha, tak kisah pun, aku pakai telefon rumah. Macam mana, nak aku pergi rumah kau malam ni, ataupun nak bincang esok pagi, lagipun aku tak ada kelas sampai petang."

"Bagus juga, bolehlah kau belanja aku sarapan. Baiklah, kita jumpa di restoran depan Masjid, kalau boleh printkan emel tu. senang sikit nak buat catatan"

"Baiklah, malam ni kita baca dulu, esok pagi bincang"

"Ok, jumpa esok ye, Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" sahut Yusuf.

"emel apa yang sangat penting ni?" Yusuf bermonolog.
Walau apapun, esok merupakan hari yang penting, untuk bertemu Hazim bagi membincangkan akan kandungan emel tersebut. Tidak mahu untuk bertindak sendirian, emel itu dicetak tanpa dibaca pun, hanya menanti hari esok.......


Monday, August 15, 2011

USRAM2: Muhasabah yang dinanti

Laporan untuk USRAM kedua. cewah.....
Alhamdulillah, perancangan untuk USRAM kedua berjalan dengan izinNya dan kali ini lebih ramai yang hadir hasil publisiti yang menyeluruh oleh Kelab Remaja Amal dalam menggalakkan anak-anak muda untuk mengisi masa hujung minggu mereka dengan diskusi ilmiah.


Kali tok, Ustaz Harisan dijemput untuk menjadi naqib usrah dan pada USRAM kali ini, kami disimbah dengan persoalan demi persoalan yang membuka kembali ruang untuk bermuhasahabah : sejauh manakah usaha kita dalam bulan ini membuahkan taqwa, bagaimana ukuran taqwa itu sebenarnya, adakah ia seperti yang kita mahukan ataupun tidak? terserah pada kitak yang membaca....

Terima kasih pada Abg Fadhilah Umar yang telah menyenaraikan 20 soalan, sebagai renungan buat diri, berbaloi untuk dicari jawapannya. InsyaAllah, moga-moga taqwa dan iman kita pada Allah semakin meningkat, kita tidak mahu adanya generasi yang hebat pada pandangan manusia, tapi hina pada pandanganNya.....

di sitok ada dilampirkan 20 soalan tersebut. selamat menjawab buat kamek dan anda semua....

1) Bahagiakah kita dengan Islam?
2) Dimana indahnya Islam dalam diri kita?
3) Kenapa kita tak selesa dengan agama Allah?
4) Apa kelebihan Islam?
5) Sejauh mana masyarakat mengenali Islam melalui kita?
6) Dimanakah model Islam dikalangan masyarakat?
7) Sejauh mana Islam nampak hebat di Malaysia?
8) Dimana Islam yang Haq? Dimana Islam topeng?
9) Apa akidah ahli sunah wal jamaah?
10) Apa pegangan ahli sunnah wal jamaah? Apa beza ahli sunnah wal jamaah dengan yang lain?
11) Bergerakkah kita pada nas Rasululah?
12) Dimana rahsia puasa untuk mendapat taqwa?
13) Kemana pergi hakikat takut akan Allah?
14) Dimana Allah didalam hati kita?
15) Apakah ukuran iman sebesar zarah?
16) Adakah ramadhan tahun lepas berjaya?
17) Apakah ukuran taqwa kita ramadhan lepas?
18) Adakah diterima Allah puasa kita? atau sekadar sah sahaja?
19) Adakah benar kita cinta kepada Allah?
20) Sejauh mana kita merasa Allah dalam beramal?

sekian, wallahualam

Sunday, August 7, 2011

USRAM : satu titik permulaan

Salam sejahtera dan salam ramadhan diucapkan.
Alhamdulillah, kita boleh "declare" diri kita sudah seminggu berpuasa, berjuang menentang hawa nafsu dan sebarang anasir yang cuba membatalkan puasa kita. Apapun, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang masih memberi kudrat dan nikmat kepada kita, selaku hambaNya untuk terus melaksanakan tuntutan ini.

Alhamdulillah.....

Hari tok kamek berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu ataupun spesifiknya usrah, dimana Kelab Remaja Amal Miri menjemput belia-belia, mahasiswa dan pelajar untuk turun dan berkumpul di Masjid At-Taqwa Miri untuk berkongsi ilmu, pendapat, pengalaman dan sama-sama meraih kemanisan ramadhan yang penuh berkat ini. Syukur, atas perancangan yang rapi dan cekap, usrah ini telah berjaya menghimpunkan 13 jiwa yang dahagakan ilmu agama, rindu akan perkongsian ilmu dan ukhwah dan bersama berfikir mengenai masalah masyarakat di Miri ini.

Topik utama USRAM yang pertama ini berkisar tentang ramadhan dan setiap ahli usrah diminta untuk memperkenalkan diri dan memberi tazkirah mengenai bulan Ramadhan beserta sedikit pengisian. Ternyata, 13 minda telah memberi impak yang besar dalam membantu menghayati dengan lebih dalam dan nyata akan istimewanya ramadhan kepada kita, betapa beruntungnya kita sekiranya kita mengetahui akan hakikat ramadhan sebagai bulan ibadah, rahmat dan sebagainya. Kamek kagum dengan para sahabat kamek yang cukup dalam ilmunya, walaupun bukan seorang guru agama, tetapi seorang engineer yang bekerja di sektor oil and gas. Subhanallah, semoga Allah merahmati setiap detik yang dilalui dalam usrah ini.....


dan kamek orang berpeluang untuk berdiskusi dengan naqib usrah, Ustaz Masirun dari Jabatan Agama Islam Sarawak cawangan Miri, yang memberi penjelasan sedikit mengenai fiqh dalam bulan puasa dan info tentang isu kek lapis dan juga golden churn. Amat menarik perbincangan tersebut, masing-masing terpesona dengan maklumat yang disampaikan, maklumlah, sik pernah dengar gik maklumat ya, dan sempat juga menyentuh tentang isu halal dan haram dalam masyarakat Miri ini.


InsyaAllah, semoga usrah ini dapat berjalan lancar dalam edisi keduanya, iaitu pada 14 ogos ini, dan tempatnya akan diberitahu kemudian. Sebarang pengisian setakat tok kamek cuma buat nota ringkas, akan diperincikan dalam post yang akan datang. (kamek perlukan sedikit kajian dan bacaan mengenai perkara yang kamek tanyak time usrah tadik).....


sekian,
"sambil berjalan sepak batu, sambil ber-usrah kutip ilmu"

wallahualam

Friday, August 5, 2011

Panggilan Ibadah

Bangkitlah dari lambungmu
Hentikan segala lamunanmu
Segerakanlah dirimu
Untuk menghadap penciptaMu

Tinggalkanlah dunia buat sementara
Pergilah membaja untuk hari seterusnya
Ingatlah akan azab dan nikmatNya
kerana semuanya benar dan nyata

Panggilan Ibadah sudah berkumandang
Menanti pengunjung untuk bertandang
Peluang terbuka seluas mata memandang
Rebutlah masa-masa ini tanpa rasa bimbang

Kembalilah kepada fitrahmu
Yang sentiasa mengagungkanNya
Menjadi hamba yang setia
Abdi yang tidak pernah lupa
Manusia yang penuh dengan kekurangan

Panggilan ibadah sudah menjelma
Pergilah, maralah kalian
Ke rumahNya, menjadi tetamuNya
Tidak akan rugi jiwa yang insaf
Tidak akan lalai jiwa yang sedar
Pada panggilan ini
Tiada lagi yang lebih penting daripada panggilanNya.....




sircanus
6 ramadhan.....

Tuesday, July 26, 2011

intechemistry: viewed on ipad

hmm, ketika menggunakan browser di ipad, teringin nak melawat laman web lecturer kamek yang sangat membantu dalam subjek kimia, intechemistry.wordpress. sebuah laman web yang amat berguna untuk pelajar a level dalam mengulangkaji dan bertanya soalan. lecturer kamek, Mr Allan sememangnya seorang yang sangat memberi jawapan yang lengkap dan padat, serta memberi tips untuk mengurangkan kadar kesalahan dalam menulis jawapan..


post ni sekadar selingan sahaja, sebab terdapat satu icon di atas penjuru kanan tertulis "view ipad site", jadi kamek pun menekan link tersebut dan hasilnya, kamek lampirkan sebagai video berikut....



sekian...teruskan bercuti, ataupun apa-apa urusan anda...

Thursday, July 21, 2011

Renungan sepanjang berprogram part 2

Part 2, sambungan daripada part 1

2. Mengenali tempat aktiviti

Perkara ini seringkali juga dibangkitkan dalam post mortem, dimana sesebuah tempat tersebut perlu sesuai dengan aktiviti yang bakal dijalankan, sama ada aktiviti dalam dan aktivit luar. Kesesuaian tempat mampu mempengaruhi mood dan perasaan para peserta, agar mereka dapat memberi fokus dan perhatian yang tinggi ketika aktiviti dijalankan.

di sini dicadangkan beberapa perkara yang perlu dilihat apabila ingin memilih atau meninjau sesebuah tempat sebelum membuat aktiviti:

1) darjah ketersampaian tempat tersebut

- untuk memastikan program berjalan lancar dan mengikut jadual, tempat-tempat aktiviti mestilah boleh diakses dengan senang oleh peserta dan urusetia. Selain itu, sekiranya aktiviti dijalankan di beberapa tempat, pastikan agar tempat tersebut tidak terlalu jauh antara satu sama lain, melainkan terdapat beberapa kekangan, seperti susun atur bangunan dan sebagainya.

- dalam meninjau sesebuah tempat, digalakkan untuk melihat keseluruhan kawasan, supaya urusetia dapat memaksimakan penggunaan tempat tersebut. Seperti konsep penggunaan pentas yang menyeluruh, tidak salah untuk menggunakan sepenuhnya tempat tersebut agar peserta dapat juga menghayati keindahan tempat tersebut.

2) kemudahan yang ada

- hal ini sangat penting terutamanya apabila berprogram di kawasan luar seperti taman awam, taman negara,

- untuk program di sekolah, kemudahan pastinya banyak disediakan, dan dapat dikenal pasti dengan senang

- untuk program di luar, dengan mengetahui kemudahan yang ada, urusetia dapat merancang aktivit yang bersesuaian ataupun sebaliknya, mencari tempat yang ada kemudahan sesuai dengan program. sememangnya sukar untuk mencari tempat yang serba lengkap, di sini diingatkan agar urusetia menyediakan bersedia dengan kelengkapan dimana tempat tersebut tiada.

contoh, sekiranya tempat tersebut tiada tempat untuk memasak, jadi urusetia perlu menyediakan peralatan memasak. terpulang kepada urusetia dalam menilai tempat tersebut, dan adakah ia sesuai dengan keperluan program.

3) kos dan perbelanjaan

- hal ini kadang-kadang menjadi penghalang dalam mengiiginkan sesuatu tempat dimana tempat tersebut sememangnya sesuai, cuma memerlukan kadar perbelanjaan yang tinggi. Perkara ni tidak menjadi masalah sekiranya mempunyai badjet yang mencukupi, dan sekiranya tidak, adalah perlu untuk mencari tempat lain yang lebih murah dan menyediakan kemudahan yang serupa. Perkara ini adalah sangat subjektif, tiada penentu aras yang tetap dalam perkara ini, semuanya terpulang kepada perancangan urusetia.


jadi, tempat untuk berprogram akan memberi impak yang besar kepada keberkesanan program. Hal ini sangat membantu dari segi konsentrasi dan juga kelancaran program. Oleh itu, perbincangan antara urusetia dalam memilih tempat adalah penting, supaya program tersebut berjaya mencapai objektif.


sekian, akan bersambung untuk bahagian seterusnya.

Monday, July 18, 2011

Renungan sepanjang berprogram part 1

Salam sejahtera diucapkan...
Semalam (hujung minggu lepas), telah selesai satu lagi program di sekolah kamek, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, dimana Persatuan Pelajar Islam Kolej telah menganjurkan Kem Imam Muda dan Ustazah Pilihan. Kem ini disertai oleh pelajar tingkatan 4 dan kebanyakan pengisian program ini lebih menyerupai modul program Imam Muda (ustazah pilihan tak start lagi...). Keseluruhannya, program ini memuaskan dan berjaya mencapai objektif.

Dan lepas ni, ade banyak lagi program yang bakal menjelma, seperti program yang paling 'grand' iaitu nadwah kepimpinan PPIK 2011, bengkel PPI Smk Pujut, Kem Ibadah dan banyak lagi program kecilan di sekolah. Memang penat rasanya nak ikut semua, tapi itulah, sekadar ingin mengambil pengalaman dan pengetahuan akan keadaan semasa pelajar di sekitar Miri.

Sepanjang berprogram, satu sesi post mortem akan dibuat, dan acap kali kekurangan dan kelebihan program akan dibahaskan dan diperbaiki agar program seterusnya bergerak dengan lebih baik. Di sini, kamek ingin kongsikan beberapa perkara yang sering berlaku dalam sesebuah program dan cadangan untuk mengurangkan kadar kemudaratan yang berlaku seandainya kesilapan itu berlaku semula.

1. Pengurusan masa untuk setiap aktiviti

seringkali ketika berprogram, urusetia kurang memerhatikan perjalanan masa sesebuah aktiviti, kadang-kadang aktiviti tersebut dijalankan melebihi masa ataupun habis lebih awal daripada jangkaan program. Perkara sebegini sememangnya biasa dalam program di mana hal ini bergantung kepada beberapa faktor
- pihak yang mengendalikan aktiviti (penceramah, fasilitator)
- tempat aktiviti dijalankan (mungkin sukar untuk membuat pergerakan yang diinginkan dalam aktiviti)
(atau aktiviti luar, dimana cuaca dan persekitaran mempengaruhi perjalanan program)
- kadar penerimaan oleh peserta atau respon dari peserta (kurang berminat, sangat berminat, ataupun kurang faham)
- bentuk pengisian aktiviti (ilmiah, lasak, hiburan, muhasabah)

semua ini akan menjadi faktor utama yang akan mempengaruhi masa perjalanan sesebuah program. Oleh itu, kamek mungkin ingin memberi cadangan dalam bagaimana untuk menguruskan masa aktiviti agar setiap objektif aktiviti tercapai.

pertama, sebelum program bermula, satu perjumpaan diadakan khusus untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. antara perkara yang dibincangkan ialah
- persiapan bahan-bahan untuk program
- taklimat mengenai perjalanan program
- memastikan setiap urusetia faham akan cara mengendalikan aktiviti
- cara untuk memaksimakan komunikasi antara peserta dengan urusetia dalam aktiviti itu nanti
- masa aktiviti dijalankan

semua ini bertujuan untuk mengelakkan fasilitator daripada kebingungan ketika aktivit dijalankan, oleh itu, sedikit sebanyak masa dapat dijimatkan hanya untuk taklimat fasilitator. selain itu, setiap modul aktivit hendaklah ditaip dan diberi kepada setiap urusetia (fasilitator yang terlibat) supaya mereka boleh melihat dan memberi penambahbaikan agar aktiviti boleh berjalan dengan lebih lancar.

jangkaan masa untuk aktiviti harus dibincang secara kritikal, kerana urusetia tidak mampu menjamin yang aktiviti akan diadakan mengikut perancangan masa. aspek-aspek seperti worst-case-scenario (WCS) harus dibincang bagi memudahkan pergerakan peserta ketika aktivit. Malah, dicadangkan juga agar persepakatan dibuat akan masa aktiviti, dan cuba mencipta satu target iaitu masa minimum dan masa maksimum program. hal ini akan memberi motivasi kepada urusetia untuk menjalankan aktivit mengikut masa yang ditetapkan, dan pada masa yang sama menunjukkan disiplin kepada pengarah program dan juga para peserta.

Kadang-kadang juga, program seakan-akan tidak mampu dikendalikan dalam masa yang ditetapkan, oleh itu sebuah pelan sampingan harus difikirkan mengenai aktiviti mana yang memerlukan lebih keutamaan dan yang perlu disingkatkan masa. Konsep fiqh keutamaan boleh diguna pakai, dimana urusetia mengutamakan aktiviti yang memberi objektif lebih besar, aktiviti yang lebih memberi ruang kepada peserta untuk bergerak, dan juga aktiviti yang lebih senang untuk dikendalikan.


sebagai contoh, dalam program A, ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan telah melebihi masa selama setengah jam, sedangkan masa yang diperuntukkan cuma 2 jam. oleh itu mesyuarat tergempar dijalankan untuk mengatur balik masa program dijalankan. ketika itu tentitif program adalah seperti berikut,

ceramah, makan tengahari, solat zohor, LDK, solat asar, mathurat, riadah

oleh itu, tentitif ini harus diubahsuai supaya peserta tidak tergesa-gesa bertukar dari satu program ke program yang lain.
antara cadangan penambahbaikan yang boleh diguna,

- masa makan tengahari dikurangkan kepada 15 minit, dengan setiap kumpulan peserta diberi tugas utk makan, dan membersihkan tempat makan tersebut
(tugas membersihkan pinggan, gelas diserahkan kepada urusetia)
- LDK, tidak perlu diubah masa, cuma diubah akan cara penyampaian atau pengendalian aktiviti. setiap fasilitator perlu mempunyai kecekapan yang tinggi dalam mendengar arahan dan membantu peserta.
- riadah, aktiviti perlulah bersifat fizikal disebabkan pelajar akan keletihan selepas LDK dan makanan memerlukan masa minima 4 jam untuk dihadam, oleh itu aktiviti riadah dijalankan untuk menyegarkan pelajar supaya lebih bertenaga untuk program malam hari.

berikut merupakan contoh dalam bagaimana untuk menguruskan masa program. InsyaAllah, perancangan yang baik adalah perancangan yang efektif. sekiranya terdapat kekangan dalam pengurusan masa, di sinilah peranan urusetia untuk bersama-sama muafakat untuk memastikan program berjalan lancar. Natijahnya sangat indah, sikap disiplin dapat dipupuk, keserasian dan ukhwah antara urusetia semakin erat, dan terasa manis dalam berjuang bersama-sama dalam sebuah program. Setiap urusetia harus menyedari akan hakikat berprogram dimana beban keletihan harus dipikul bersama, dan bukan secara sendirian, malah niatkan setiap aktiviti adalah untuk mentarbiah peserta mendekatkan diri kepada Allah, dan juga melatih diri untuk menjadi seorang pembantu yang baik dalam merealisasikan niat tersebut.


sekian untuk part 1, part 2 akan menyusul....
wallahualam

Monday, July 11, 2011

IluvIslam goes to Borneo 2

Salam sejahtera diucapkan.
Alhamdulillah, semalam telah selesai sebuah program anjuran IluvIslam.com yang ingin menebarkan rangkaian dakwah mereka ke Borneo, dan pada kali kedua program ini, destinasi pilihan masih sama iaitu di Miri, Sarawak dimana fokus program adalah untuk mendedahkan kepada generasi muda terutamanya pelajar tentang Islam dan juga program-program akademik kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan spm dan juga pmr. Syukur yang berpanjangan kepada Allah s.w.t yang memudahkan urusan program, dan juga memberi ruang kepada para belia di Miri ini untuk belajar cara-cara mengendalikan program, ilmu fasilitator dan juga berhimpun untuk berkongsi idea, pengalaman dan juga tips-tips yang telah dipelajari sepanjang berprogram.

Tidak banyak yang perlu diperkatakan, cuma kita harapkan dan kita berdoa sebaiknya kepada Allah agar hati-hati peserta ini akan lebih terbuka dalam menghayati Islam, begitu juga kami, agar kami sentiasa istiqamah dalam mengerjakan kerja-kerja dakwah di samping memperbaiki kelemahan diri agar tidak menggangu program pada masa akan datang.

Kamek amat bersyukur dapat mengisi masa lapang yang ada untuk berinteraksi bersama pelajar, masyarakat dan lebih mengenali Miri sebab dapat pergi ke pelbagai tempat yang sebelum ni tak tahu kt mana....syukur2..



Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia,
palingkan hati kami kearah redhaMu, rahmatMu, keampunanMu,
ingin sekali hati kami sentiasa tunduk padaMu,
setia pada janji yang telah terpatri dalam hati,
bekerja atas nama dakwah Islami yang syumul,
dan sama-sama menempuh kejayaan yang telah Engkau janjikan,
Ya Allah,
semoga kami diberi peluang lagi untuk memperbaiki diri ini,
amat sukar untuk mengaku kesalahan diri,
dan amat senang untuk diri ini mengatakan kelebihan yang ada,
kami mohon ampun atas semua kekurangan ini,
lembutkanlah hati ini ya Rabbi,
kepadaMu jualah kami berserah, bergantung harapan....

semoga usaha ini tidak sia-sia....
InsyaAllah...



sekian
IluvIslam Goes to Borneo 2 2011

Tuesday, July 5, 2011

Be nice, be wise, before you can rise.....

Alhamdulillah, exams are over, the study mode has ended quite abruptly, can't believe that I've finished my A levels. InsyaAllah, we are in tawakkal mode, hoping for the best from Allah s.w.t.

Well, recently we have been reading about the political turmoils throughout the country and lots of tragedies that really involves human misconduct and much more. It is sad to claim that those who commit the crime are nonetheless Malaysians, and sadly our Muslim community. Bribing, killing siblings, false accusations (fitnah) here and there, everyone seems to be the hero in this field.

We can come to one conclusion despite criticising all the news: we are in dearth of good citizens.........

Where is akhlak (attitude) when it comes to practising Islam in daily life...? Have we lost our wisdom in understanding the meanings in the Quran...? or we just pretending to know, instead of referring to appropriate people (ulama', ustaz, naqib, naqibah, and so on...) We have come to a time where there is less nice people, less wise people....now i ask you...how can we rise with this kind of situation..?


The Government, NGOs have been at their best to spread the beautiful teachings of Islam. Sadly, few of us have concerned about their religion, and let themselves adrift with the flows of hedonism. Entertainment became the top priority before focusing on their ibadat, money matters, not effort in determining their success, and the children are left stranded without love, thus producing a much more or less (lebih kurang) generation like them......

Not to blame anyone or any side, just thinking, we have been offered such a big opportunity to learn Islam, practice it in the right way, and the chance to govern the country in a better way, why we still not able to rise and become one..? just pray to Allah, may our efforts worth the struggle that we faced currently.

just want to share a short story, when one day Imam Ghazali was asked by his student,
(me just write it in Malay...) " Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?"

Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu (Iman Ghazali) pun berkata "teruskanlah bezikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata kotor dan sia-sia"


wallahualam

Tuesday, June 14, 2011

Some great thoughts from my junior.....

"When a scholar is fooled by the prestige of his future university , proud of the exclusivity of the opportunity given prior to his ability, blinded by the worldly reputability of his destiny in a foreign country and the luxury of having his education assisted financially instead of having the true sincerity in seeking knowledge with great humility , then , his scholarship is in doubt, truly"

sorry, this person's name will not be mentioned here....
but his quote really touches the current issue of how Malaysians get dissatisfied when the government tried to implement the real meaning of professionalism and integrity. Indeed its about the scholarship, the government is doing a right job actually, giving the scholarship grant to those who are worthy and fulfilled the "desired", not just the "required" qualities stated by the government itself.

Truly, those are the feelings when you receive a scholarship, get to go really far place, study is some known universities which can guarantee you some degree of competency once you are in the working field, and also incentives that enable you to achieve a higher status compared to your friends. But hey, what happened to the burning desires of learning? gone with the money is it? certainly yes and no, because everyone will keep on thinking how to maintain the incentives given, and how to really use the time to complete the learning course.


Just my 2 cents anyway, i'm grateful to receive the scholarship, and currently trying to perform at very best in order to pursue my studies. May my junior's quote reminds us of humility once more (sometimes we do forget...) and responsibility of doing the best as a student......


ps: yesterday's paper was really tough, can't imagine the scores will be, but still have more paper after this, must get them correctly answered and explained...insyaAllah.......

Tuesday, May 31, 2011

Oh, sungguh tabah wanita muslim itu.....

Salam sejahtera diucapkan
Alhamdulillah, walaupun tak dapat balik ke rumah sebelum exam, keluarga telah bercadang untuk bercuti di kuala lumpur sempena cuti sekolah ini. Rasa gembira tak terhingga melihat adik-adik semuanya ada sekurang-kurangnya terubat rindu kepada keluarga.

Sekarang berada di Fahrenheit suite, Bukit bintang bersama keluarga. Mungkin akan tinggal selama beberapa hari untuk meluangkan masa yang ada dan juga sebagai "booster" untuk terus berjuang dalam menduduki peperiksaan yang mendatang.

Nak cerita ni (berkaitan dengan tajuk post ni). Malam semalam, kamek keluar dengan ayah kamek pergi membeli sedikit makanan (time tu dah 11.30 malam) di bukit bintang. Memang seperti yang diceritakan, bukit bintang masih sesak dengan manusia yang sibuk dengan aktiviti masing-masing, tak kira siapa, lelaki,perempuan, orang asing mahupun tempatan, semuanya ada karenahnya. Kamek dan ayah kebingungan mencari kedai muslim di bukit bintang, seperti di luar negara rasanya, payah nak cari makanan muslim, adapun fast food store macam kfc, a&w, mac donalds. Kamek pun berkata, "ni memang sah chinatown ni, payah nak cari makan". Akhirnya kami membeli makanan di kfc, sekadar mengisi perut tengah-tengah malam ni.

Selepas itu, ayah cakap nak beli air di seven eleven, depan fahrenheit. kamek pun pergi la ke kedai tersebut. Kelihatan banyak orang mengerumuni kedai tersebut. Maklumlah, 24 hour store. Dan kelihatan jgk macam-macam "outfit", yang jarang ada, yang terlebih jarang ada (istighfar lebih banyak dari yang outfit jarang tadi), yang tutup ada, dan yang sangat menutup pun ada. Memang pelik jugak semua jenis outfit berada kat depan store tersebut. Satu persoalan, mereka ni tak balik rumah ke? entahlah, mungkin mereka ada agenda tersendiri untuk terus berkelana di bukit bintang, mencari satu kepastian dalam malam yang pastinya menggamit sejuta peristiwa, dan kesan yang tidak terjangka.

Apa yang nak diceritakan ialah, kelibat seorang wanita, orangnya cantik, tapi sayangnya cantiknya itu telah disalah tafsir dan disalah guna menjadi seorang perempuan yang dikehendaki layanannya oleh lelaki (faham kan?). Perempuan tersebut dilihat bersama seorang lelaki asing, muka macam orang middle east (mengikut pengamatan kamek la), dan mereka kelihatan amat mesra sekali (aik...?). Kamek dan ayah kamek pun mengikut mereka masuk ke dalam seven eleven. Sementara membelek-belek botal air minuman terlihat perempuan tersebut bersama lelaki tersebut berdiri dihadapan satu peti ais yang dalamnya arak dan beer. Perempuan tersebut tanpa segan silu mengambil 4 botol arak sambil mengambil 2 red bull less sugar (hmm....). terfikir lagi, apa kesannya arak dan red bull?...tak nak tahu la....

Kemudian kamek pun mengekori mereka dari belakang, sebab mereka nak bayar dulu.(haha). telihat la akan seorang perempuan yang bertudung, auratnya ditutup, fasih berbahasa inggeris, dan sedia melayan tetamu yang ada dengan senyuman yang menis. Memang pada mulanya agak pelik melihat perempuan itu kerja malam-malam, dah la kat bukit bintang. tapi apa ada pada kamek untuk menilai orang lain, sesungguhnya kamek hanyalah seorang pemerhati yang kurang cekap.

Menariknya, perempuan yang bersama dengan lelaki tersebut kelihatan seperti seorang melayu. memegang botol arak dan menyerahkan kepada perempuan muslim tersebut di kaunter. Perempuan muslim itu seperti biasa, membuat transaksi pembayaran. lelaki asing itu membayar minuman tersebut manakala perempuan tersebut cepat-cepat keluar dari kedai. lepas tu, giliran kamek untuk membayar minuman dan terus balik ke bilik.


Oh, sungguh tabah wanita muslim tersebut!!!! Kamek memang sebak melihat dirinya kerana melihat bangsanya sendiri membeli arak tanpa segan, dan dia menjalankan pembayaran tersebut. Ya Rabbi, masih adakah masa untuk perempuan itu untuk bertaubat?
sedih melihat arak dijual dengan begitu senang, menjadi santapan orang asing dan tempatan, lebih-lebih lagi orang islam. Macam mana perempuan muslim tersebut boleh kerja kt situ? dah berapa lama dah kerja?...Ya Allah, aku sedang melihat realiti kuala lumpur, realiti manusia di sini....ampunkan mereka Ya Allah, selamatkanlah mereka, berilah mereka kesempatan untuk insaf dan kembali mengingatiMu...

balik ke bilik hotel, hati berkecamuk mengenangkan nasib perempuan muslim tersebut. Begitu besar kuasa yang ada pada kerajaan untuk mengubah, tetapi apa yang dilihat ini amat menyedihkan. pelacuran berleluasa, manusia yang melepak tanpa ada tujuan, kelibat pelancong asing yang menjadikan bukit bintang sebuah negara baru yang kebebasannya tiada batas, dan hiburan yang amat meresahkan hati.......


Ya Allah, berilah kami hidayah dan pertolongan, kami ingin sentiasa menjadi hambamu yang selalu bersyukur....
Cerita ini amat menjadi pengajaran kepada kamek. Terasa ingin menjadi mujaddid, merubah landskap kehinaan kuala lumpur ini, kepada landskap yang mengagungkan Allah dan Rasulnya, mengangkat syiar Islam tidak kira masa, InsyaAllah, kuala lumpur akan kembali dicucuri rahmat dan belas kasihan daripada Allah....


sekian, coretan yang amat menggusarkan hati, dan terdetik dalam hati "aku ingin mengubah semua ini!!!!". tidak mahu mereka mendapat keputusan yang buruk di hari akhirat nanti, ingin sekali mengajak mereka untuk kembali kepada jalan yang benar...

wallahualam....

"Pada manusia itu, ada keinginan yang membara, tetapi apabila ia dilampirkan dengan niat yang tidak ikhlas, mana mungkin kemahuan itu dapat dicapai dengan senang. Memang kita bermula dengan langkah yang berat, tetapi apabila langkah itu bergerak dengan usaha yang tidak mengikut caranya, ia akan terus berat dan akhirnya kita terus tersungkur. Itulah yang sering berlaku kepada mereka yang ingin berubah tetapi masih menginginkan kemuliaan manusia tanpa mengutamakan kemuliaan dari Allah s.w.t..."

Sunday, May 29, 2011

coretan diri setakat ni part 2

Salam sejahtera diucapkan. Sekarang ini berada dalam fasa pendam (takde paper untuk seminggu sebelum meneruskan perjuangan untuk paper a2 pulak). Alhamdulillah, ujian yang diduduki sememangnya mencabar dan kamek telah berusaha pada kadar yang terbaik untuk memaksimumkan pungutan markah untuk setiap subjek. semoga dipermudahkan urusan hendaknya.

Dalam menikmati waktu lapang yang sementara ini, sudah mula terfikir akan diri yang akan meneruskan pengajian di luar negara (amin...). Tawaran sudah diterima, dan tinggal keputusan ujian sebagai penentu utama. Hati memang resah akan beberapa kesalahan yang dibuat ketika menjawab peperiksaan, tapi apakan daya, seperti seorang sahabat berkata kepada saya " jangan fikir sangat, kertas tu dah officially jadi past year paper". sesungguhnya, manusia itu sifatnya resah, dan tawakkal adalah jalan terbaik untuk melupakannya.

dan buat sahabat-sahabat lain, ayuh teruskan semangat untuk terus cemerlang, dan semoga tercapai hasrat masing-masing untuk menuju ke menara gading. amin...

sekian.

Wednesday, May 18, 2011

A levels is here!!!!

Busy on revising theories and formulas, reading back past year papers that I'd done and getting into discussions for clearer information.....

its the finals!!! and we arrive to the one big final challenge, to pass this exam and hopefully fly to Ireland (ameen...)

just finish the first paper, bio unit 1. the paper was ok, except for I did a small mistake (not writing the term, instead i explained the term...) and others was fine...hopefully the scores will be ok as well....

insyaAllah, got more papers to cover and surely got many time for perfecting the skills and techniques to answer the questions. A gentle reminder from my brother; don't make careless mistakes again, read the questions carefully and always remember to remain calm....take your time...


all the best to all INTEC students!!!!
as i remembered one post on facebook, saying

examination is the only time where we look forward for solution, looking left and right for information, looking down for motivation, and looking up for inspiration....

main target, to pass the cut-off point....ameen...

Wednesday, May 4, 2011

Mohonlah....

kepadamu ya Rabbi
aku memohon atas semua kekuranganku
semua kelemahanku, semua keterlanjuranku...
dan semua kesalahanku...
ampunilah aku, kasihanilah hambaMu ini...
yang sering leka, lalai dan alpa...

Ya Allah, aku mohon dipermudahkan urusan
dalam mencari penyelesaian...
dalam mencari jalan juang dalam hidup ini...
berkatilah pemahamanku...
mudahkanlah aku dengan jawapan yang benar...
jauhkanlah aku dari segala prasangka.....
dan bebaskanlah aku dari belenggu nafsu...

Ya Allah...
aku mencari sebuah kecermelangan...
mencari erti sebenar susah payah..
dalam meraih dan menghargai nikmatMu...
amat jauh sekali diri ini dari mengenal semua itu...dekatkanlah ya Rabbi...

semoga dengan kecermelangan ini nanti, aku menjadi hambaMu yang lebih bersyukur...
semoga dengan nikmat ini, hatiku semakin dekat dengan rahmatMu...

mohon dimudahkan urusan.....

sircanus...2.12 am

04052011

Sunday, May 1, 2011

Just A short post

It's may now and approaching final a level exam....

current status: modifying notes, answering past year questions and revising books....
hati resah saat ujian tiba,
kuatkan diri dan teguhlah pada janjiNya....kerana siapa yang berusaha, dia akan beroleh apa yang dikehendaki....

(masih merasakan usaha belum cukup...bangkitlah dari menongkah badai kelekaan, naiklah semula ke pantai kesedaran dan pergilah menuju ke kampung kecermelangan melalui denai kesungguhan dan kesabaran........)

sekian...

Friday, April 15, 2011

Daybreakers : Apabila Manusia Melanggar Sunnatullah

Hmm, baru selesai menonton filem Daybreakers di "panggung wayang" laptop malam tadi...
(me laptop is me cinema)

Apa yang dapat diperkatakan ialah plot filem yang amat menarik dan cara penyampaian seolah-olah anda dapat merasakan ketegangan watak-watak dalam filem tersebut. dan pastinya tajuk post ini agak lain kerana ia menyentuh asas-asas kehidupan kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Beberapa rumusan dapat dibuat ialah bagaimana penerbit filem menggambarkan kehidupan manusia di muka bumi ini, dimana pada tahun 2019, semua manusia telah bertukar menjadi puntianak dan mereka telah merebak ke seluruh dunia. Manusia biasa menjadi sumber makanan (darah) dan mereka hanya bergantung kepada sumber itu. Selain itu, banyak lagi babak yang menggambarkan kehidupan puntianak di malam hari, sebab mereka tak dapat hidup dengan cahaya matahari, dan banyak contoh lagi seperti kedai menjual darah, darah sebagai manisan dalam kopi dan wain (wine).......


lupa nak cakap, permulaan cerita ini juga menarik, menampilkan seorang budak perempuan yang membunuh diri dengan cara menulis surat sebelum dia membunuh diri. kemudian, dia duduk di depan rumah sambil menunggu matahari untuk menjelma, lalu cahaya matahari tersebut membakar perempuan itu....amat tragik kematian dia....

mengapa dikatakan melanggar Sunnatullah?....sebabnya sudah terlalu jelas dan ketara, manusia yang tidak mahu manusia, memilih untuk menjadi lembaga yang hanya bersumberkan darah. Sebagai manusia, kita dilimpahi nikmat yang amat besar daripada Allah untuk menggunakan sumber bumi sebaiknya dan melakukan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya. Namun, apa baiknya menjadi puntianak yang hanya makan manusia, hidup di malam hari, dan mati di siang hari (andai terkena cahaya matahari) dan hidup selama-lamanya....(mati itu pasti, hidup itu insyaAllah...)


sedih kan? apabila kita melanggar sunnatullah, semua akan jadi tak kena...
betul sekali, sebab dalam cerita ini, konflik mengenai sumber bekalan darah semakin kurang, dan mereka memerlukan alternatif selain memburu banyak lagi manusia untuk darah. antara alternatif yang dibuat ialah mencipta blood substitute sebagai pengganti darah. syarikat yang membuat darah tiruan tersebut bolehlah menjual produk itu dengan harga yang tinggi dan mendapat keuntungan yang besar. Subhanallah, manusia tidak akan sekali-kali melampaui sunnatullah, darah tiruan tersebut gagal dalam vampire trial (bukan human trial, hihi)dan mereka semakin terdesak dengan bekalan darah....


watak utama cerita ini ialah seorang haematologist (pakar darah), Ed Dalton yang bekerja di syarikat Bromley Marks Pharmaceuticals.dia merupakan seorang manusia yang telah "dipuntianakkan" oleh adiknya, kerana adiknya tidak mahu berjauhan dengan abangnya itu. dalam filem ini, dia telah terserempak dengan sekumpulan manusia yang sedang berada di kota vampire tersebut. diringkaskan cerita, Ed disuruh untuk membantu Manusia tersebut untuk mencari penawar terhadap puntianak, supaya disembuhkan menjadi manusia. Dikhabarkan salah seorang dari manusia tersebut telah berjaya menjadi manusia kembali selepas terkena cahaya matahari untuk beberapa ketika, dan setelah dia terjatuh kedalam air, dia menjadi manusia semula (mudah kan penawar itu..?) dan Ed telah melakukan proses yang sama untuk menjadi manusia balik.


cerita ini menjadi lebih menarik apabila terdapat simtom vampire kurang darah, dimana mereka menjadi ganas dan berkepak dan memburu darah. (mereka dianggap sebagai penagih darah (bukan dadah) kerana amat dahagakan darah..)oleh itu, tentera vampire telah dikerahkan untuk membunuh mereka semua kerana mengganggu ketenteraman masyarakat sekeliling. setelah itu, Ed telah bercadang untuk kembali ke kota vampire tersebut untuk pergi menyelamatkan semua vampire tersebut, kerana dia telah menjumpai penawar yang berkesan. Ketika di sana, Ed dan kawannya telah diserang adik Ed, dan menggigit kawannya itu......tetapi siapa sangka gigitan itu telah menyebabkan adiknya menjadi manusia semula. Jadi Ed membuat helah supaya ditangkap dan dibawa bertemu pengurus syarikat tempatnya bekerja (tak ingat namanya). Ed mahu kembali menjadi puntianak dan pengurusnya telah membuat apa yang patut untuk menjadi seorang puntianank, namun begitu, pengurusnya itu telah terkena helah Ed dan menjadi manusia semula.

dan kesian, pengurusnya itu dimakan hidup-hidup oleh tentera vampire yang amat dahagakan darah. babak akhir cerita ini menyaksikan adik Ed mengorbankan dirinya untuk dimakan tentera vampire dengan tujuan mereka semua menjadi manusia kembali, begitulah seterusnya apabila mereka menjadi manusia, lebih ramai vampire army yang datang menyerang (seakan-akan chain reaction...haha). dan akhir filem ini, Ed dan kawannya telah melarikan diri dari kota tersebtu...(sejujurnya, pengakhiran filem ni agak hambar kerana kita mesti mengharapkan yang berlaku selepas itu ialah usaha "memanusiakan" vampire ini dilakukan oleh mereka. dan selepas itu terdapat sound clip dalam bahasa sepanyol kalau tak silap, mungkin sebuah berita mengenai vampire sudah tiada dan semuanya menjadi manusia kembali.


apa yang dapat dirumuskan lagi ialah buruknya bila manusia melanggar fitrah kejadian.
sumber makanan yang melata di muka bumi ini (tumbuhan, binatang) tak diguna, tetapi darah yang menjadi mangsa.....dan sememangnya penciptaan darah itu amat rumit, dan kita tidak mampu melainkan jika Allah izinkan....

seterusnya, bagaimana sinar harapan untuk menjadi manusia kembali membara selepas krisis puntianak tersebut. Kita ibaratkan manusia yang telah menyimpang jauh dan ingit bertaubat kepada Allah s.w.t. dan cerita ini juga memberi pengajaran bahawa hidup ini perlu kepada sebuah pengakhiran, iaitu kematian, kerana jika kita hidup selama-lamanya, pastinya dunia ini lebih teruk dan jijik dari apa yang dapat difikirkan......

sebuah filem yang menarik, membuat kita berfikir balik, adakah kita ini hamba yang tak bersyukur?...dan teringat juga akan ayat dalam surah Ar-Rahman yang banyak kali dulang...

"berapa banyak nikmat Allah yang telah kamu dustakan...?"

tepuk dada tanya iman.....

insyaAllah, setakat ini coretan kamek yang kurang mahir bercerita, tetapi tetap ingin menyatakan yang baik.....

ps: mode exam, sebulan lagi...semoga dipermudahkan urusan.......

trailer cerita daybreakers, link di sini...

http://www.youtube.com/watch?v=ivnHBNM0_GU

Sunday, April 10, 2011

antara daging dan lilin : mana yang lebih perit?

Memandangkan masa tinggal kurang dari sebulan, semakin banyak persiapan yang perlu untuk menyediakan diri sempena final exam. exam yang menjadi penentu kerjaya selepas ini, dan semoga dipermudahkan urusan hendaknya. (nak fly ni....)

daging dan lilin, sekilas pandang tak nampak pun persamaan, hanya perbezaan yang amat ketara dari segi makna, lafaz dan penggunaan. tetapi apa yang lebih penting ialah kedua-dua benda inilah yang mematangkan iman kita dan menjadi pemberi muhasabah yang amat baik dikala hati terlupa pada Allah.....

tak percaya?, cubalah....

nyalakan lilin dan letas di atas telapak tangan kiri.....dan renung lama-lama lilin itu.tunggu untuk seberapa lama yang boleh.....


jika anda sedang mencuba, bagaimana rasanya, panaskan? rasa berdebar tak bila api lilin semakin lama semakin marak dan menghampiri kulit tangan kita..?
jika terlalu dekat dengan tangan, sila padamkan, kamek tak nak dengar sebarang kecederaan....

apa yang anda dapat daripada lilin tersebut? tiada yang lain melainkan kepanasan....
haha
betul sekali jawapanmu....tapi apa yang mengharukan ialah itu baru api lilin, dh terasa amat panas sekalipun tak mencecah kulit tangan, hanya panas cairan lilin sahaja. begitulah perumpamaannya dengan api neraka, yang lebih panas dan lebih menakutkan dari api lilin ini....adakah anda sudah sedar?....kita terlalu ego meletakkan lilin dan merenung tanpa rasa bersalah kepadaNya.....

nak tunjuk hebat ke? mengapa tak biarkan lilin itu membakar tangan...itu lebih hebat pada pandangan manusia, tetapi sombong dan angkuh pada pandanganNya.....


hmm, beralih kepada daging.....mudah saja, pergilah ke dapur dan ambil daging mentah (hirislah senipis mungkin, kalau nak). kemudian, bahagian yang paling mencabar, cuba kunyah dan rasa daging mentah tersebut, dan tuliskan perasaan anda dan pemerhatian yang lain semasa mengunyah daging tersebut (jika tak berani, itu tak mengapa, ini sekadar ujian..)


hasilnya, anda mesti setuju kalau kamek katakan yang anda tak sanggup nak makan daging mentah tersebut (siapa sanggup?) dan semua mesti setuju rasa daging mentah tesebut amat tak menyenangkan tekak dan bau yang meloyakan.....

setuju sangat

apa tujuannya...hmm, begini, sebagaimana busuk dan buruk daging itulah yang menjadi kegiatan seharian kita, iaitu mengutuk orang lain, memfitnah, menuduh tanpa alasan kukuh dan mencaci orang lain.....

ingin mencari kesalahan orang lain, dan menghebahkan kepada semua orang...bukankah Rasulullah pernah bersabda, mengumpat itu ibarat memakan daging saudaranya...andaikata daging mentah itu betul-betul diganti dengan daging saudara anda, pastinya lebih sukar untuk diterima.....

maka, renungilah muhasabah yang ringkas ini, semoga menjadi penanda ukur kepada iman dan taqwa
masih ada masa untuk mengelak dari api yang membakar (neraka) dan masih ada peluang untuk kembali kepada rumah pertama kita (syurga).........


hmm, mana yang lebih perit? daging atau lilin......

sekian, wallahualam.....

Saturday, April 2, 2011

I code 3

Greetings to everyone....

Kamek baru jak balit dari Intec, menghadiri karnival I-code atau Intec carnival and open day edisi ketiga. kesimpulannya, walaupun tidak ramai pengunjung yang hadir (berbanding tahun lepas), satu kepuasan dapat diraih melalui pembabitan kelab yang terlibat dalam i-code, dan perjalanan program yang lancar...tahniah diucapkan kepada semua ajk JPKC tahun ini...

Satu pengalaman untuk dikongsi, apabila melihat junior mempersembahkan bakat-bakat yang tak pernah kamek rasai, seperti bermain yo-yo (junior tersebut merupakan finalis pertandingan yoyo peringkat asia pasifik), bermain alat musik klasik india dan china (amat mengharukan dan menenangkan....) dan melihat bakat menyanyi yang luar biasa daripada mereka (terutamanya bila nyanyi lagu bruno mars, grenade...)

dan pada hari ini (sabtu), terdapat pelbagai gerai yang dibuka dengan pelbagai aktiviti menarik. Kamek sempat singgah di beberapa gerai, seperti gerai PSC bermain snake and ladder, gerai ALMEC bermain tugu drum circle dan melihat kawan-kawan bermain "trap bird" di gerai ALUK. dan banyak lagi gerai yang menawarkan makanan dan hiburan yang menarik (dalam kadar yang sesuai....hihi)

dan rasa bertuah melihat sahabat memasuki pertandingan debat, dengan tajuk yang amat menarik dan membuka minda sesiapa sahaja yang menonton. Malah, I code kali ini lebih bermakna dengan adanya sedikit pencerahan ilmu dan minda oleh Dr.Omar Zaid, seorang penceramah dari ISTAC,IIUM mengenai symbolism dan theolophisolophical discourse yang amat berguna dan bermanfaat....semoga ilmu yang disampaikan diberkati dan dapat diamalkan...amin...

akhir kata, sekarang dh masuk bulan april, semakin menghampiri final exam pada bulan Mei...berusahalah dengan lebih gigih, kerana itulah sunnatullah, barangsiapa yang berusaha, dia akan beroleh hasil dan hasilnya adalah berdasarkan sejauh mana dan sebanyak mana dia berusaha....


sekian...

Wednesday, March 16, 2011

no more barriers.....

Salam sejahtera diucapkan....

2 perkara yang menggembirakan hati kamek kinek tok, dapat balik ke rumah dan berjumpa keluarga, dan satu lagi dapat menyiapkan tugasan eksperimen Biology Unit 6 individual investigation.

Cuti ini akan digunakan untuk menyiapkan apa yang perlu untuk report dan menyediakan study plan (as usual) menjelang final....

hmm, tak lama lagi nak final a level, insyaAllah akan lebih bersedia dan lebih baik berbanding trial.

Seorang sahabat pernah berkongsi akan prinsip hidup seorang sahabatnya yang amat menggamit hati kamek.....

Prinsipnya?....Dia memang tidak suka akan orang yang melabelkannya dengan kejahatan yang dia lakukan sebelum ini....

contoh?

"Eh, ni Mat kan? budak yang selalu menyakat anak dara kt kampung kita ni...haha (gelak2)"

Sahabat kepada sahabat kamek tok pantang dengar orang melabelkannya begitu....padahal, dia sekarang seorang yang baik dan telah lama meninggalkan perbuatan jahat tersebut......

Setuju dengan pendiriannya....
Kita semua akui, pernah melakukan kesalahan atau kejahatan, kecil atau besar, bukan ukurannya yang kita mahu...tapi apa yang dikerjakan itulah yang kita suka nak tahu.
Dan kadang-kadang, kita pun terlanjur melakukan kesalahan yang sama berulang kali dan seperti tidak mahu menyesal....

Akan tetapi, jika Allah inginkan kita berubah, sahutlah seruanNya itu dan kita akan mudah untuk berubah. Masa yang lapang ini sebenarnya adalah nikmat dan ujian dariNya, menguji akan pernahkah di antara masa lapang ini digunakan untuk kembali bertaubat kepada Allah, ataupun mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah...atau kembali ke lembah kejahatan yang menular dalam jiwa?

Dengan izin Allah jualah, kita berubah dan kita tidak juga berubah-ubah.....
Sebab itulah, kamek amat suka akan prinsip sahabat itu......

Kita sudah berubah menjadi insan yang baik, bermanfaat, dan berguna...tiba-tiba disapa orang dan mula membangkitkan soal dosa lampau yang pernah dilakukan....

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?....pastinya ya dan tidak....

Hal inilah yang banyak melanda kepada insan yang bergelar pemimpin...bila dirinya diangkat atas kebaikan yang ada...ada sahaja pihak yang tiba-tiba datang dan berkata pemimpin itu pernah itu dan ini.....

sudahlah, bukankah kita membuka aib pemimpin tersebut...ataupun siapa-siapa sekalipun...?
Janganlah sesekali dibuka aib orang lain...kerana di akhirat sana, semuanya akan terbentang juga......

kita juga tidak tahu banding tara iman kita dengan orang tersebut...oleh itu, banyakkan istighfar dan muhasabah diri...siapa kita untuk mengungkit dosa orang lain? dosa kita pun amat sulit untuk kita ceritakan........

Maka, tiada lagi penghalang kita kepada kemungkaran jika perkara ini dibiar berterusan......kemana hilangnya benteng taqwa dan iman?...sudah roboh dimamah nafsu? sudah terbakar akibat amarah yang membusung dalam hati?...

semua itu amat kita sesali....saat iman sudah tiada dan mungkar pula yang tiba.....


tetapkan dalam hati
"Aku ingin berubah"...
maafkan mereka yang bersalah....
bak kata kamek kepada seorang sahabat...sekiranya kamu tahu akan orang lain yang sering mengutuk kamu, maafkanlah dia selagi dia mentaati Allah....dan jika benar kutukan itu (memang kamu yang bersalah)..maka maafkanlah dia juga, kerana dirimulah dia yang menyebabkan dirinya mula mengutuk....

tiada yang menang atau kalah...semuanya sama sahaja..yang penting usaha untuk berubah itu ada...kan?


InsyaAllah....coretan di pagi pasca subuh yang hening....

lepas ni, tiada lagi penghalang antara kamek dengan final A level...
semoga dipermudahkan urusan hendaknya....

sekian, wallahualam...

Friday, March 4, 2011

done for the first part....lesson learnt: know your book well..

Alhamdulillah sekarang baru selesai menduduki ujian trial a level bahagian as (advance subsidiary)....insyaAllah, minggu depan pulak akan duduki ujian bahagian a2....

lesson learnt? mesti ada makna disebalik tajuk itu....insyaAllah kamek akan perjelaskan sebaik mungkin...

Sepanjang musim peperiksaan, kita sering menghadapi kesukaran untuk menghabiskan rujukan terhadap subjek yang akan diduduki. Malah, setiap masa lapang yang ada akan dihabiskan untuk membaca dan menghafal supaya tidak resah ketika peperiksaan nanti. Mengulang kaji pelajaran adalah merupakan satu elemen yang sangat penting dalam meningkatkan persediaan diri sebelum peperiksaan bermula......

Hmm, berbalik kepada lesson learnt tadi, why must you know your books well?
The answer lies to the hands of the beholder.....i mean, those who like books, read books, and love to be with books....it is crucial to know your book well....

1. Better revision

By knowing your books, you can plan on what topics to be revised and how much time can you spend on certain topics. Some topics are meant to be revised for a few minutes (depends on your understanding) while other topics might need a greater attention, therfore we need to focus much of the revision time to revise the topic. The books have its chapter and description, thus planning your revision based on the importance of the information and how frequent it has been asked in exam might help you to maximise your study time and revise well.

2. Improve your English too

Books are written in suitable language structure and easy for the readers to understand. By revising the books, you will know how to write the answers perfectly and not distorting the actual meaning. Sometimes we claim that we understand, however, the way we present the concept, ideas and the information that we know does not portray your understanding. This happens in exams where you will have 'explain' questions and need to give relevan examples. Knowing your books meaning that knowing the style of writing, and also the way the author conveys the information. You will know how to answer those questions with ease and a good style of writing. Exams is not about answers only, language matters too.

3. help to recall faster and make better notes

Books are full of information and it seems to be quite impossible to memorise all of the informations (unless if you are a genius and you're reading this post, me shall exclude you from this quote...). Knowing your books will be really helpful in terms of memory recall. For example, when we are doing exercise or past years questions, we sometimes get stuck with the question and need to find a book for solution. By knowing your book, you will know which chapter to go, which section to refer or which diagram to be taken as the answer. Instead of flipping through the content page for the information, you can just flip to the particular section (thanks for the powerful functions of neurones that stores memory inside the brain).

Moreover, you can make a better and simple notes that can be carried moments before the exam. Using a more comprehensive notes will reduce the burden to bring heavy books during exam time and also save your energy. Well, do you get what i'm saying?



Finally, what we learn is what we know, and what we practice is what we understand. it reminds me of 10 characters of a good muslim described by As-Syahid Hassan Al-Banna, some of them are knowledgeable and have a strong basis in ibadat (correct me if my description is wrong).

InsyaAllah, with Allah's blessings and help, we will succeed in this exam, both world and the Hereafter. Do our best in exams is part of the ibadat, and as muslims, we need to show our academic qualities too, regardless of what you are,where you study and what subjects you've taken.


All the best!!!!

ps: one more week and me will be happy. the 'kids' are getting taller and can't wait for them to mature.....haha

Friday, February 25, 2011

Krisis?

Next week will be the a level trials.....it's time to brush up and do very best for the exam,however, don't be too excited as this is just a final assessment before sitting the actual final exam........haha

Kadang-kadang terfikir, adakah semua perkara perlukan alasan dan sebab? ada juga persoalan yang tidak memerlukan pada sebab (untuk ia berlaku, berakhir dan sebagainya...) dan ada juga perkara yang tidak memerlukan alasan untuk terjadi dan sebagainya juga.....

Kata orang, jangan banyak soal...ikut sahaja....bila kita menanyakan soalan, mereka cuma menjawab jangan banyak tanya....dan ditanyakan sebabnya, mereka menjawab tidak perlu untuk tahu ataupun tak ada sebab pun.....pelik kan?

Malah, ada juga perkara yang tidak perlu pada alasan untuk ia terjadi (seperti yang telah ditulis). Seperti perilaku ahli magik, semua seperti tipu belaka....biasanya, penonton akan berdalih dan mengatakan pelbagai sebab "trick magic" itu berlaku...dan ahli magik itu sekadar menjawab tidak perlu ada sebab dan alasan untuk ia berlaku....semuanya adalah magik....hmm......


Maka, jernihkan hati, kita lihat perkara ini dari segi kebenaran dan kewajaran diri sebagai seorang manusia yang lemah. Allah s.w.t yang Maha mengetahui dan memiliki kekuasaan ilmu dalam alam ini. Para malaikat bertanya akan kejadian manusia dan sebabnya, Allah menjawab "Aku lebih mengetahui apa yang kamu ketahui". Subhanallah....


dan banyak lagi contoh yang boleh kita fikirkan.....pernah tak terfikir bagaimana kehidupan kita di akhirat kelak.....kebahagiaan yang tidak akan berakhir dan siksa yang tidak akan berhenti....lepas semua itu,bagaimana..?...jawabnya, jangan difikirkan soal itu...semuanya urusan Allah s.w.t yang maha mengetahui lagi maha bijaksana....

apa-apa pun, jangan disia-siakan nikmat berfikir dan jangan dizalimi nikmat ini dengan memikirkan perkara yang membawa kepada syirik dan kufur....sekian...


p:s/ Dalam perancangan merangka kertas kerja konvensyen, insyaAllah akan dibentang pada cuti semester ini kepada seorang sahabat.....hihi

Tuesday, February 15, 2011

Selawatku untukmu.......

Segala puji hanyalah bagi Allah, tuhan sekalian alam....

selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda....

Hari ini adalah istimewa untukmu.....ku peruntukkan masa yang ada untuk melafazkan selawat sebanyak mungkin sebagai tanda cinta dan kasih.....

Engkau telah lama pergi, ya Rasulullah....
sedihku amat besar....tidak sempat bersama denganmu....
piluku amat dalam...memikirkan diriku yang jauh dari sunnahmu....
resahku mengundang gelisah dalam kalbu....tatkala cintaku padamu dipersoalkan....

wahai Rasulullah, maafkan aku.....

Aku tergolong dalam umatmu...menggalas warisan dan amanahmu...
menjunjung Islam selagi masih ada upaya....
menolak kebatilan dengan segenap usaha...
supaya beroleh sebuah keuntungan...
syurga yang abadi...dan lebih-lebih lagi, bertemu denganNya...
dan juga bertemu denganmu, ya Rasulullah.....

maafkan aku, ya Rasulullah....

Ya Rabbi, aku mohon kekuatan, untuk terus mendokong jihad ini...
aku mohon keselamatan, dari segala yang mensyirikkan...
aku mohon perlindungan, dari kekangan pihak yang zalim...
dan aku mohon kesejahteraan, untuk semua umat Islam di alam ini....

maafkan aku, Ya Allah...

Kami menyambut hari kelahirannmu setiap tahun....
dengan azam yang sama....untuk menyedarkan diri kembali...
yang jauh dari mengingatimu....
yang jauh dari mengenangmu....
yang jauh dari memikirkanmu....

maafkan kami, ya Rasulullah....


semoga, ia menjadi iktibar buat diri.....cintakan Rasul, banyakkan selawat....
itulah tanda umat yang hebat.....


selamat menyambut Maulidur Rasul 1432 Hijrah.......

Friday, February 11, 2011

Coretan diri setakat ini....

Greetings everyone.....

Currently being busy with preparations for trial....to test whether we have the guts and wits to answer exam questions...again....

and also become the foster parents to my 7 snails for biology experiment next week....
so nice to see them....deep inside, million thanks to Allah, the creator and the sustainer.......

and tonight will be the launching of the first program handled by PSC, Aishiteru Muhammad....so, the legacy continues.....hihi

and lastly, just one of my thoughts.....

perlunya kita matang pada setiap pemikiran dan pandangan kita, kerana ia akan memeberi ruang kepada hati untuk bertindak lebih wajar, memikirkan sesuatu yang lebih relevan, dan melepaskan segala ego yang membelenggu.....

jiwa yang tenang sentiasa beroleh kegembiraan yang sebenar, dan jiwa yang resah sentiasa beroleh kekecewaan yang berpanjangan......

dan akhirnya, segala ibadat, nasihat, tindakan dan penerimaan menjadi sesuatu yang ikhlas dan berkualiti......insyaAllah, semua itu dipandang oleh Allah dengan pandangan yang mulia dan beroleh pahala yang menjanjikan syurga yang abadi.....

p/s: buat sahabatku, jangan khuatir untuk berkongsi, dan jangan risau untuk memberi....kerana yang menerima akan sentiasa merelakan yang betul, membetulkan yang salah, dan memberi peluang kepada setiap pilihan yang ada......


sayang seorang sahabat adalah bila ia sanggup berkorban apa saja....
hmm, sedang ke arah itu....semoga dipermudahkan urusan hendaknya....amin...

Saturday, February 5, 2011

Kala sudah terbiasa.....

Hmm, biasa mendengar kata-kata ini?
sudah tentu ya....selalu disebut dimana-mana, tak kira masa
siapa pun pasti pernah mengucap kata ini, sedar ataupun tak sedar

Bila sudah terbiasa....terbiasa dengan apa?
Ala, biasalah.....yang biasa-biasa tu......
apa yang biasa?....kebiasaan apa yang kau sebutkan tu?
.....yang biasa disebut tu lah......tiada yang luar biasa...biasa-biasa saja...

Sudah biasa dengan semua ini....memang kita pun sering mendengar perbualan yang amat menjengkelkan ni.......

Bila difikirkan balik...apa yang biasa tu?
ini adalah pilihan anda...

ibadat,maksiat, rutin harian, kehidupan....etc....

banyak perkara boleh menjadi kebiasaan kepada kita, malah kita sering diajar untuk membiasakan diri dengan perkara sebegini....eh, tetapi maksiat?


ermm....aaa..........ishh.....ooo......rrrr.......
(tak terkata....biasa ke?)

eh, takdela....mane ade
tak biasa dgn maksiat....bukan kebiasaan kita la, kita baik je.....


haha, menipu namanya sekiranya tidak biasa dengan maksiat....tngoklah betapa lemahnya hati yang menulis ini dan kita semua dalam mengatasi maksiat.....

masih belum temui jalan yang optimum untuk mengelak maksiat kan?
tapi soalannya ialah adakah ada sudah biasa dengan maksiat....?


ermm, ye kot....bole la...kawan-kawan semua mcm biasa je.....tak komplen langsung...semua buat macam dah biasa je....

ha!!! di situ!!!

macam dah biasa je.....eh, macam mana tau?

entahlah, biasa la kan.....kawan-kawan pun selalu buat....mcm biasa...

takkan tak faham lagi......

maka, itu merupakan ringkasan interview seorang rakan kepada rakannya......cerita sebenar adalah luar biasa dan tidak mampu untuk diletakkan kerana sifat luar biasanya....

hmm, jadikan ibadat sebagai kebiasaan, bukan maksiat....
akhlak dan adab menjadi perkara biasa, bukan biadab dan kurang ajar....

dan akhir sekali, biasakan diri dengan cara Islam, kerana itulah cara yang biasa dilakukan oleh orang-orang soleh.....


baiklah, sudah terbiasa dengan blog....mestikah ia menjadi kebiasaan? (merapu....)

=)

Saturday, January 29, 2011

Karnival Karangkraf 2011



Salam sejahtera diucapkan.....

Mungkin cuti ini permulaan untuk mengisi masa dengan aktiviti berfaedah dan memberi kebaikan....

kebetulan hari ini ada Karnival Karangkraf 2011 di Kompleks Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.....memang menarik dan memberi peluang kepada orang ramai untuk bersua dengan penulis majalah, buku dan banyak lagi...

dan, Alhamdulillah, kamek diberi kesempatan untuk bertemu dengan penulis buku thriller no.1 di Malaysia...Ramlee Awang Murshid....memang saat yang indah bersama beliau,...kamek sempat beli 2 novel beliau dan kedua-duanya ada autograph beliau jugak....salah satu buku kamek hadiahkan untuk ibu kamek......




selain itu, sempat jugak bersemuka dengan penulis lain seperti Dr H.M Tuah Iskandar, penulis buku lain( kamek sik ingat sapa, tapi tangga mukanya kt buku, alu terus mintak gambar....haha)






syukur, dengan diskaun yang menarik, sempat jugak la membeli beberapa buku lain...antaranya buku tentang kisah Rasulullah (sempena Mahabbatur Rasul) dan buku motivasi daripada Ustaz Pahrol Mohf Juoi.........

insyaAllah, buku yang dibeli akan dimanfaatkan sebagai bahan bacaan dikala bosan, sebagai peneman dikala sibuk, dan sebagai kawan dikala sunyi.........sekian



wallahualam...

Friday, January 28, 2011

Holiday, people...?

Salam and greetings again......
hmm, me will be staying in cemara for the holidays..........not feeling sad, but feeling afraid of nothing to do next week......insyaAllah, i'll be focusing on my studies...........trials is getting closer and we must prepare enough for the exams.

Hmm, speaking of exam, the latest issue of Solusi has a column on exam tips....worth reading as it offers tips from the Islamic perspective (instead of typical motivational tips from nowadays books).....

and i'll be planning a post on ethics...somthing about work and professionalism....still on research currently...

lastly, what does holiday mean to you?


a) time to relax and enjoy?
b) time to reunite with families and friends?
c) time to study and revision?
d) time to do your missing routines (games, sleep, binge)...?
e) time to reconcile your relationship with Allah...?

it can be anything.......up to you to decide......

wallahualam...

Thursday, January 20, 2011

The book of Eli: agrees and disagrees....

Salam and greetings again.....
Yesterday was a ver y busy day as I created a new history in my life, donating about 450 ml of my blood in the name of humanity....and I feel that I need to donate more blood next time (because it's fun!!!)......just kidding...

Back to cemara, I did some experiment where if you donate blood, you are recommended not to involve in activities; have a rest instead. So, i bought a 100 plus drink and some cupcakes as my energy supply for me to play futsal that afternoon......guess what, the effect was me being tired the whole night........so, my experiment show a negative results......huhu

I decided to watch some movies with my roommate (my cinema is my laptop) just to keep me from doing nothing. and there you go, the movie which was 'The book of Eli'




the movie was 2 hours long....full of weird plots and also some stunning CGIs. Very well designed.haha
One thing I realised was downloaded movies have a moderate satisfaction to the viewers as the file have some problems adjusting the sound with the computer's settings and many more. However, that did not stop me and my roommate from watching the entire story.....

back to the main topic....my agrees and disagree with the film.....( from a Muslim perspective too)

Agree (I don't meant to agree, but I just like the way they do it)

1. The world need a religion to live prosper and ensure survival
2. we must keep in faith to Allah in whatever we done.......
3. Responsibility comes with great sufferings........watch the movie and you will understand

Disagree
1. the actions were too gore and extreme; not suitable for young children (for sure....)
2. the way the world is destroyed: theres a dialog in the movie saying the sun come done and ruined everything (my assumption was a meteor.....). true enough, but not for long as you still can see some "still-standing" houses and so-on.......hmm, what kind of meteor could possibly do that?

3. come to know that Beats by Dr.Dre earphone was used in the film......advertising purposes,right?...good strategy...... (but why I'm disagree with this? ....no idea why...)
4. the film did not mentioned any plots on how did the world turned into that kind of place, why all the people wore sunglasses....and where has all the money gone?...is there a war or something?......huh...........



well, as I said, i want to say something from the Muslim perspective (i think it will be more comfortable if i write this in Malay...)

Setelah mengamati filem tersebut, terdapat banyak sentimen dan sindiran kepada umat Islam......

1. Mengenai plot filem yang mengisahkan seorang lelaki yang sedang cuba menyelamatkan Bible yang terakhir daripada dimusnahkan. Dan dalam filem itu juga memaparkan masyarakat yang tidak mempunyai agama...amat sedih dan pilu melihat mereka kembali kepada keadaan jahiliyah...cuba fikir balik, adakah ini bermakna Al-Quran tidak diselamatkan, atau hilang dalam cerita itu....pada akhir filem mempunyai satu babak yang memaparkan lelaki meletakkan bible sebelah Al-Quran....seolah-olah mengejak umat Islam yang mereka telah berusaha menyelamatkan tamadun dunia daripada musnah....hmm, dimana umat Islam yang lain....adakah Al-Quran itu naskhah yang terakhir dalam dunia itu?...amat marah dan sedih melihat filem ini...........





2. Hidup yang tidak tenteram tanpa agama......pernah terbaca dalam peristiwa-peristiwa sebelum kiamat dimana roh orang beriman dibawa pergi oleh angin dan tinggallah orang kafir dan tidak beriman di dunia....mungkin inikah yang filem ini cuba gambarkan...dan menggunakan bible sebagai motif cerita ini untuk menyelamatkan manusia.....pada pandangan kamek, sudah tiada sesalan ketika itu kerana mereka tetap dalam golongan yang tidak beriman....

3. pengorbanan lelaki bernama Eli dalam melindungi buku tersebut; kamek mencontohi semangat Eli dalam menjaga, melindungi, menghafal dan mengamalkan apa yang dalam bible tersebut.....cuba kita pula buat filem ini dengan menggambarkan semangat orang Islam dalam mempertahankan Al-Quran.....bukankah kita seharusnya menjaga Al-Quran, melindungi kesuciannya, menghafal ayat-ayat suci yang terkandung, dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.....satu lagi sindiran buat umat Islam,.......

4. akhir sekali, kehidupan jahiliyah yang dipaparkan dalam filem......bayangkan umat Islam tanpa pegangan yang kuat, ditambah pula dengan perasaan nafsu dan amarah yang melampau...dan tidak mengamalkan Al-Quran.......dan cuba bayangkan apabile Al-Quran tiada di muka bumi........manusia berebut mencari buku yang dikatakan memberi kuasa dan pengaruh......(dalam filem ini, ada babak yang memaparkan lelaki yang membawa bungkusan penuh dengan buku seperti kamus oxford , da vinci code dan macam2..., tetapi semua buku itu tidak memberi kepuasan kepada ketua bandar tersebut, kerana dia menginginkan sebuah buku yang amat berkuasa, dalam filem ini, buku itu adalah Bible)....

5. kuasa yang cuba digambarkan apabila manusia percaya akan bible....dalam filem ini, Eli memang seorang yang kuat, kebal, hebat bersenjata bila memiliki buku tersebut....cuba renung balik...filem ini 'sengaja' memeberi kita sedikit gambaran bahawa Bible itu mempunyai kuasa.....hmm, terpulanglah kepada sesiapa yang ingin percaya....kerana tujan post ini bukan untuk menghina, tetapi memberi peringatan kepada umat Islam.........

well, think again........

and i like this quote...from Eli ..." when you walk (ni tambah sendiri), walk with faith, not with mind".........ada benda tersirat di situ...sekian, wallahualam,.....

Sunday, January 16, 2011

Experiment unit 6

Haha, its my first post for this year....better start with a new target because I will having my A level trials and also final exam in the upcoming months.

Well, instead of being glued to books, I need to complete the Biology Individual Investigation for Unit 6. The marks will contribute about 10 percent (cannot remember) to the total final marks. So far, the experiment works with my spinach seedling had started to grow, and I am expecting more seedlings to grow so that my experiment can continue without any delay.

The experiment? Is to investigate the optimum concentration of Potassium in yielding the maximum growth of Spinach. Sounds cool, isn't it?

As usual, there are many apparatus and materials, even a long procedure that need a lot of precautions to be considered, and we need to finish it by end of April this year.


Hmm, more events this january......

next week tuesday: PMC interview..........hopefully my dreams will come true, InsyaAllah.....
19 January: Blood donation in INTEC.........will ask my parents if they allow me to donate this "royal" blood.....hihi
rest of january: nothing else, just study!!!! and futsal


and also live as a good Muslim (until the end of my life)...........