bila ditanya tentang syukur, kita ingat akan penghargaan, pengiktirafan dan macam-macam bentuk yang melambangkan kita itu berterima kasih kepda Allah. namun begitu, adakah kita mampu mengaku bahawa kita bersyukur kepada Allah? kita masih ragu-ragu dengan cara kita berterima kasih kepadaNya. apa yang pasti dalam hati, iaitu apabila kita beroleh kesenangan kita akan bersyukur, dan apabila kita beroleh kesusahan, kita lambat untuk bersyukur malah tidak mahu melafazkan kesyukuran itu.
Mari kita amati beberapa situasi kehidupan yang sering kita lalui untuk menganalisa konsep kesyukuran yang telah kita lakukan. Dalam konteks seorang pelajar, kita gigih belajar dan mengulang kaji, membuat latihan dan kerja rumah, rajin bertanya cikgu, dan akhirnya faham akan apa yang dipelajari. apabila tiba waktu peperiksaan, kita pun menjawab dengan penuh berhati-hati dan tenang. segala soalan dijawab dengan isi yang tepat. hati merasa yakin dengan jawapan.
Kemudian, hati berdebar-debar menunggu keputusan. ingin melihat satu peningkatan berbanding ujian sebelum ini sebagai pendorong motivasi untuk terus belajar. Namun, pada saat itu, segalanya berubah. kita mendapat keputusan yang seakan-akan tidak tepat dengan fitrah kecemerlangan kita. markah yang diterima jauh dari bayangan, jawapan yang diberikan ternyata tulisan kosong dan kita melihat terlalu banyak kesalahan yang kita sangkakan betul. cuba kita fikirkan, apa reaksi kita selepas ini? anda cuba menghayati keadaan pelajar ini. Hmm, kalau diikutkan hati, memarahi cikgu dan cepat-cepat mencari markah tambahan merupakan jalan yang paling mudah.
Selain itu, kita cuba mencari hujah dan pembuktian kepada jawapan kita kepada guru yang menanda kertas. baiklah, kamek katakan semua itu telah dibuat, tetapi 2 markah sahaja yang diberikan. Anda merasa lebih marah dan kecewa. anda semakin kerap berjumpa cikgu tersebut dengan pelbagai lagi sumber maklumat. Apa yang berlaku?....markah tiadak berubah. Anda sudah putus harapan dan dengan spontannya anda mengkritik guru tersebut. Buat tak betullah, ketinggalan zaman, tak pandai bagi markah, tidak adil dan sebagainya.....
Cuba renung kembali, kalau kita berbalik kepada pokok persoalan, adakah kita ini bersyukur?
adakah apa yang kita lakukan selepas mendapat markah itu satu kesyukuran?
dan, adakah anda mengatakan bahawa anda bersyukur dengan usaha anda sebelum menduduki ujian tersebut?.....hanya diri anda dan Allah yang tahu.
Hal ini memberi kita sedikit peringatan bahawa Allah ingin melihat sejauh mana kita bersyukur dengan nikmatNya. Kecermelangan itu satu nikmat, dapat belajar itu satu nikmat, memahami itu satu nikmat, dan berdamping dengan orang berilmu itu satu nikmat. jumlahkan semuanya akan menjadi 4 nikmat. Kemudian kita lihat apa yang berlaku selepas kita mendapat keputusan. kita tidak puas hati dengan markah, kita mengkritik guru, kita sombong dengan ilmu yang ada, kita tamak untuk mendapatkan banyak markah. kita jumlahkan semua keburukan ini. ada 4 keburukan. Cuba kita bandingkan 4 nikmat dan 4 keburukan ini. 4 nikmat dibalas balik dengan 4 keburukan......jumlahnya sifar atau kosong....jelas?
Kamek boleh katakan yang kita tidak bersyukur dengan nikmat Allah. rugilah manusia yang tidak pernah terlintas di fikirannya sikap bersyukur akan apa yang diterima dan yang dialami dalam hidup. Bukankah setiap yang Allah tentukan itu mempunyai pelbagai hiknah dan pengajaran? adalah kita merasakan yang ilmu itulah yang menjadikan kita cemerlang? Itulah yang dinamakan tidak bersyukur......
Oleh itu, sebagai manusia, kita harus ingat bahawa Allah yang menentukan segala apa yang berlaku di alam ini. Usaha kita hanyalah sebagai penanda aras ataupun cara untuk menzahirkan kesyukuran kita terhadapNya. Jadilah manusia yang bersyukur dan berterima kasih. sekurang-kurangnya kita belajar untuk menjadi hamba yang diredhai Allah sepanjang masa....
sekian coretan kamek kali ini........