Friday, October 22, 2010

Replacement time!!!

Salam and greetings to everyone

semoga masih istiqamah dalam mengerjakan perintahNya dan menghindari segala laranganNya. Sik lamak gk mok exam final untuk semester tok.....dan kamek memang memerlukan banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran sebab semua syllabus dari sem1 sampei sem 3 akan ditanyak....banyak eh....

soalnya, how can i find the replacement time....?
semuanya bergantung kepada kesungguhan kita dalam mendisiplinkan diri dan mempunyai matlamat yang jelas dalam menguruskan pembelajaran menjelang peperiksaan. dan kamek pun teringat pada kata-kata seorang ustaz....." orang yang sibuk adalah orang yang paling banyak masa....." memang agak sukar mok faham, tapi bila fikir balit, ada rasionalnya....

Cuba lihat orang yang sibuk, seperti pemimpin pelajar, pengarah dan sebagainya.....semua sibuk dengan kerja, perjumpaan dan juga komitmen lain iaitu komitmen kepada diri sendiri dan keluarga.......dan juga mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.....mun ditangga sidak tok, nang sibuk eh....sikda masa mok duduk nangga tv....

akan tetapi, mengapa mereka inilah yang paling banyak memiliki masa?...sebab dua perkataan: disiplin dan management. Disiplin ialah apabila kita menumpukan sepenuhnya tenaga dan fokus kepada setiap perkara yang kita lakukan, di mana kita akan sentiasa berusaha untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. hal ini adalah kerana, kita tidak mahu masa yang akan diluangkan untuk perkara lain terbazir begitu sahaja dan digunakan untuk tujuan yang tidak menguntungkan diri sendiri.

kedua, management. pengurusan diri yang betul akan membuatkan kita betul-betul menghargai masa yang dikurniakan oleh Allah; iaitu 24 jam sehari. bermula dari waktu subuh, sehingga waktu sebelum tidur, semuanya telah dirancang, tinggal mematuhi perancangan itu sahaja. malah, sekiranya berlaku kejadian ataupun pekara yang mengganggu perancangan tersebut, kita akan berusaha untuk mencari masa malah alternative supaya kita masih dapat meneruskan jadual perancangan kita tersebut dengan sempurna.

kesannya, kita akan dapati lebih banyak masa dalam sehari untuk diri sendiri dan orang lain. Bahkan, sebagai seorang muslim, hakikatnya manusia memang kerugian setiap saat, tetapi oleh sebab perancangan dan disiplin terhadap masa dan kerja, kita dapat juga merasai keuntungan dengan menampung defisit masa yang sentiasa bertambah. bukankah kita seharusnya menjadi hambaNya yang bersyukur?....fikir-fikirkan kembali...........

kesimpulannya, jadilah insan yang pandai mengurus masa, berdisiplin dengan masa, dan menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur....masa yang berlalu memang tidak akan merindui kita, kita sahaja yang terlalu merindukan masa lalu......masa yang akan datang memang juga kita tunggu, tetapi masa tetap sama pendiriannya....sentiasa merugikan kita semua......jadikan kerugian ini satu cabaran untuk membuahkan sedikit keuntungan yang akan menyelamatkan kita dunia dan akhirat. InsyaAllah. kita semua akan berjaya menjadi hambaNya yang cemerlang. amin.........

sekian, wallahualam..........

Saturday, October 2, 2010

October....

Kind of busy month for me.....
with IELTS speaking test and overall results will be announce a week after, and a month free for revision for a level exam unit1,2 and 4.....
And not forgetting the last club activity, I-Explore 4, hopefully we can elect a new leadership committee there.........

And one thing that will always be remembered, always.......to devote ourselves to Allah, and be a proud muslim......