semalam baca berita di Berita Harian.....jumlah penduduk Malaysia sekarang berjumlah 27 juta...
dengan nisbah lelaki wanita.....105:100
Penting sangatkah mengetahui nisbah ini..?
Amat perlu sebab kerajaan perlu mengenal pasti bilangan lelaki dan wanita dalam menyediakan tenaga kerja demi membangunkan negara...malah bancian penduduk dilakukan setiap tahun bagi mengenal pasti peratusan penduduk asing di negara tercinta ini.
Kita pernah belajar tentang dasar kependudukan negara yang mensasarkan penduduk seramai 70 juta pada tahun 2100......masih lama dan agak jauh rasanya.....dan mengikut perangkaan jumlah penduduk iaitu 27 juta pada tahun 2010, kita mungkin dapat menepati sasaran 70 juta dalam masa 80 tahun yang akan datang.
Ramai yang bertanya kat facebook....tentang status kamek
"105:100...selamat2...hihi"
seperti yang dikomentarkan di facebook, banyak tafsiran yang kita boleh fikirkan....
Pertama: rupa-rupanya ramai orang lelaki di Malaysia ni....walaupun senarionya agak sukar untuk diterima.....ramai wanita di universiti, wanita banyak menjawat jawatan tinggi....kemanakah lelaki..?....selalu dikaitkan dengan pusat serenti ataupun sekadar perkerja bawahan....hmm, terharu bila dicongak semuanya, lelaki lebih ramai....
Kedua: sekadar lawak semata. maka meningkatlah persaingan dalam lelaki yang ingin mendapatkan wanita....seorang sahabat khuatir akan banyak sangat lelaki...takut wanita tak cukup!!! mungkin betul dan mungkin salah jugak...tapi persepsi lelaki memang begitu....
Senior kamek pun padah dalam fakultinya ada 5 orang perempuan jak....berbanding dengan berpuluh-puluh lelaki....bagi yang memahami, tahniah diucapkan.....
Ketiga: nisbah ini kalau kita bahagikan dengan dua. kita dapat 52.5: 50..........hmm, masih jauh dari salah satu tanda kecil kiamat.....nisbah lelaki perempuan 1:50....mungkin kamek kurang memahami maksud tanda kecil ini...tapi apa yang dapat difikirkan ialah jumlah keseluruhan lelaki dan wanita di malaysia ini agak sama.......kita tidak tahu mungkin 5 tahun depan nisbah lelaku berkurang?......ramai di kalangan saudara kamek yang anaknya perempuan...jarang sekali lelaki.....hmm,....
oleh itu, bagi siapa-siapa yang ada komen mahupun bangkangan dan pandangan...sila komen...
buat salha dan nadzirah...ini yang kite tengah fikir masa tulis post tu kt facebook....
sekian....