Thursday, August 18, 2011

Satu perjuangan

"Wah, hebatnya. mana kau dapat tahu semua ni? aku tak pernah dengar lagi.."

"Tu la, kau tak datang usrah, rugi tak dapat semua ni.."

"Oh ye ke, kalau macam tu kalau ada sesi seterusnya, mesej aku, aku datang.."

Lalu terhentilah perbualan antara Yusuf dan Hazim, dua sahabat ini sentiasa bertukar-tukar ilmu, tetapi selalunya Yusuf yang lebih menyerlah manakala Hazim hanya lebih suka berdiam diri. Namun mereka berdua inilah yang selalu menjadi sandaran kepada gerakan anak-anak muda di kawasan perumahan mereka. Syukur, dengan kelebihan dan pengalaman yang ada, anak-anak muda di kawasan perumahan Taman Indah semakin dekat dengan Islam. Remaja dan belia semakin ramai memenuhi solat isya' dan subuh. Kuliah agama sering dipenuhi oleh mereka, hinggakan orang tua yang selalu ke masjid tersebut kagum dengan dakwah yang dilakukan oleh Yusuf dan Hazim. Entah bagaimana, buat pertama kalinya dalam 20 tahun, generasi muda di kawasan perumahan tersebut telah menjadi pemuada-pemudi yang mampu membawa Islam dalam diri.

Malam Jumaat

Bacaan surah Al-Kahfi berkumandang selepas maghrib, diketuai oleh Hazim. Hazim merupakan seorang hafiz dan masih menuntut di sebuah universiti di luar negara. Status tersebut tidak pernah dijadikan sebagai alasan untuk menyombongkan diri, malah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan program masjid dan rukun tetangga di situ. Jemaah Masjid semakin menggemari bacaan Al-Kahfi, dengan jaminan terselamat daripada fitnah Dajjal sebagai ganjaran, tidak salah untuk merebut peluang ini bagi menyediakan diri akan kedatangan makhluk tersebut.Nauzubillah

Yusuf pula masih belum pulang daripada sekolah, sebagai guru sandaran, dia selalu cuba mendekati golongan pendidik yang kurang prihatin terhadap pelajar, malah tidak menunjukkan sebarang karisma sebagai guru yang menjadi role model kepada para pelajar. Yusuf seorang yang pandai berucap dan biasanya ceramahnya mendapat sambutan yang baik. Cuma, jihadnya di sekolah di kawasan perumahan itu, adalah untuk membentuk barisan pendidik yang sentiasa bersemangat dalam menjalankan tuntutan kerja, di samping menerapkan unsur keIslaman dalam diri.


begitulah ceritanya.....

"Assalamualaikum Yusuf, kenapa lewat datang hari ni?"
"Waalaikumussalam.Oh, tadi ada pelajar yang lewat balik dari sekolah, jadi terpaksa temankan, pak cik pengawal tu kebetulan sakit perut, takut apa-apa berkalu dekat budak tu, menyesal tak sudah nanti"

"Wah, semoga Allah memberkati pengorbananmu Yusuf"
"Amin, sahabat"

Hazim dan Yusuf tinggal berdekatan, dan setentang dengan padang bola Taman Indah. Dulunya padang itu penuh dengan kutu rayau yang tidak habis-habis melepak dengan gitar dan minuman keras, namun semua itu sudah lenyap, kutu rayau tersebut seperti sudah tidak wujud lagi. Terkenang akan nasib sahabat mereka, Kamal yang terjebak dengan golongan kutu rayau, dan sekarang tiada berita akan keadaan sahabat mereka itu.

Rumah Yusuf

Yusuf tengah menghadap laptop, sambil menjamu aiskrim. Rancangan tv yang ditonton adiknya menarik perhatian Yusuf, di mana pengacara tersebut menyentuh isu akan gejala sosial dalam kalangan remaja.

"Alhamdulillah, syukur akan hidayah yang diberi kepada kita semua, dapat mengelak dari terjebak dengan kebejatan sosial tu" ujar adiknya.

Seukir senyuman dilontarkan Yusuf kepada adiknya. tanda kepuasan. Aiskirm yang dimakan tadi telah habis, lalu diletakkan di tepi meja.

Ketika membuka akaun emel, Yusuf terpandang satu emel dalam folder inbox yang kelihatan sangat penting

e-mail inbox

"URGENT: Yusuf dan Hazim ,perlukan perhatian segera"

Yusuf segera menelefon Hazim. Panggilan bersahutan dengan salam suci, lalu bertanya akan emel yang diterima.

"Aah, aku pun dapat emel tu jugak. Tapi tak baca lagi, baru nak telefon kau. Tapi ok la, jimat sikit kredit aku.." sempat juga Hazim berseloroh.

"Haha, tak kisah pun, aku pakai telefon rumah. Macam mana, nak aku pergi rumah kau malam ni, ataupun nak bincang esok pagi, lagipun aku tak ada kelas sampai petang."

"Bagus juga, bolehlah kau belanja aku sarapan. Baiklah, kita jumpa di restoran depan Masjid, kalau boleh printkan emel tu. senang sikit nak buat catatan"

"Baiklah, malam ni kita baca dulu, esok pagi bincang"

"Ok, jumpa esok ye, Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" sahut Yusuf.

"emel apa yang sangat penting ni?" Yusuf bermonolog.
Walau apapun, esok merupakan hari yang penting, untuk bertemu Hazim bagi membincangkan akan kandungan emel tersebut. Tidak mahu untuk bertindak sendirian, emel itu dicetak tanpa dibaca pun, hanya menanti hari esok.......


Monday, August 15, 2011

USRAM2: Muhasabah yang dinanti

Laporan untuk USRAM kedua. cewah.....
Alhamdulillah, perancangan untuk USRAM kedua berjalan dengan izinNya dan kali ini lebih ramai yang hadir hasil publisiti yang menyeluruh oleh Kelab Remaja Amal dalam menggalakkan anak-anak muda untuk mengisi masa hujung minggu mereka dengan diskusi ilmiah.


Kali tok, Ustaz Harisan dijemput untuk menjadi naqib usrah dan pada USRAM kali ini, kami disimbah dengan persoalan demi persoalan yang membuka kembali ruang untuk bermuhasahabah : sejauh manakah usaha kita dalam bulan ini membuahkan taqwa, bagaimana ukuran taqwa itu sebenarnya, adakah ia seperti yang kita mahukan ataupun tidak? terserah pada kitak yang membaca....

Terima kasih pada Abg Fadhilah Umar yang telah menyenaraikan 20 soalan, sebagai renungan buat diri, berbaloi untuk dicari jawapannya. InsyaAllah, moga-moga taqwa dan iman kita pada Allah semakin meningkat, kita tidak mahu adanya generasi yang hebat pada pandangan manusia, tapi hina pada pandanganNya.....

di sitok ada dilampirkan 20 soalan tersebut. selamat menjawab buat kamek dan anda semua....

1) Bahagiakah kita dengan Islam?
2) Dimana indahnya Islam dalam diri kita?
3) Kenapa kita tak selesa dengan agama Allah?
4) Apa kelebihan Islam?
5) Sejauh mana masyarakat mengenali Islam melalui kita?
6) Dimanakah model Islam dikalangan masyarakat?
7) Sejauh mana Islam nampak hebat di Malaysia?
8) Dimana Islam yang Haq? Dimana Islam topeng?
9) Apa akidah ahli sunah wal jamaah?
10) Apa pegangan ahli sunnah wal jamaah? Apa beza ahli sunnah wal jamaah dengan yang lain?
11) Bergerakkah kita pada nas Rasululah?
12) Dimana rahsia puasa untuk mendapat taqwa?
13) Kemana pergi hakikat takut akan Allah?
14) Dimana Allah didalam hati kita?
15) Apakah ukuran iman sebesar zarah?
16) Adakah ramadhan tahun lepas berjaya?
17) Apakah ukuran taqwa kita ramadhan lepas?
18) Adakah diterima Allah puasa kita? atau sekadar sah sahaja?
19) Adakah benar kita cinta kepada Allah?
20) Sejauh mana kita merasa Allah dalam beramal?

sekian, wallahualam

Sunday, August 7, 2011

USRAM : satu titik permulaan

Salam sejahtera dan salam ramadhan diucapkan.
Alhamdulillah, kita boleh "declare" diri kita sudah seminggu berpuasa, berjuang menentang hawa nafsu dan sebarang anasir yang cuba membatalkan puasa kita. Apapun, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang masih memberi kudrat dan nikmat kepada kita, selaku hambaNya untuk terus melaksanakan tuntutan ini.

Alhamdulillah.....

Hari tok kamek berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu ataupun spesifiknya usrah, dimana Kelab Remaja Amal Miri menjemput belia-belia, mahasiswa dan pelajar untuk turun dan berkumpul di Masjid At-Taqwa Miri untuk berkongsi ilmu, pendapat, pengalaman dan sama-sama meraih kemanisan ramadhan yang penuh berkat ini. Syukur, atas perancangan yang rapi dan cekap, usrah ini telah berjaya menghimpunkan 13 jiwa yang dahagakan ilmu agama, rindu akan perkongsian ilmu dan ukhwah dan bersama berfikir mengenai masalah masyarakat di Miri ini.

Topik utama USRAM yang pertama ini berkisar tentang ramadhan dan setiap ahli usrah diminta untuk memperkenalkan diri dan memberi tazkirah mengenai bulan Ramadhan beserta sedikit pengisian. Ternyata, 13 minda telah memberi impak yang besar dalam membantu menghayati dengan lebih dalam dan nyata akan istimewanya ramadhan kepada kita, betapa beruntungnya kita sekiranya kita mengetahui akan hakikat ramadhan sebagai bulan ibadah, rahmat dan sebagainya. Kamek kagum dengan para sahabat kamek yang cukup dalam ilmunya, walaupun bukan seorang guru agama, tetapi seorang engineer yang bekerja di sektor oil and gas. Subhanallah, semoga Allah merahmati setiap detik yang dilalui dalam usrah ini.....


dan kamek orang berpeluang untuk berdiskusi dengan naqib usrah, Ustaz Masirun dari Jabatan Agama Islam Sarawak cawangan Miri, yang memberi penjelasan sedikit mengenai fiqh dalam bulan puasa dan info tentang isu kek lapis dan juga golden churn. Amat menarik perbincangan tersebut, masing-masing terpesona dengan maklumat yang disampaikan, maklumlah, sik pernah dengar gik maklumat ya, dan sempat juga menyentuh tentang isu halal dan haram dalam masyarakat Miri ini.


InsyaAllah, semoga usrah ini dapat berjalan lancar dalam edisi keduanya, iaitu pada 14 ogos ini, dan tempatnya akan diberitahu kemudian. Sebarang pengisian setakat tok kamek cuma buat nota ringkas, akan diperincikan dalam post yang akan datang. (kamek perlukan sedikit kajian dan bacaan mengenai perkara yang kamek tanyak time usrah tadik).....


sekian,
"sambil berjalan sepak batu, sambil ber-usrah kutip ilmu"

wallahualam

Friday, August 5, 2011

Panggilan Ibadah

Bangkitlah dari lambungmu
Hentikan segala lamunanmu
Segerakanlah dirimu
Untuk menghadap penciptaMu

Tinggalkanlah dunia buat sementara
Pergilah membaja untuk hari seterusnya
Ingatlah akan azab dan nikmatNya
kerana semuanya benar dan nyata

Panggilan Ibadah sudah berkumandang
Menanti pengunjung untuk bertandang
Peluang terbuka seluas mata memandang
Rebutlah masa-masa ini tanpa rasa bimbang

Kembalilah kepada fitrahmu
Yang sentiasa mengagungkanNya
Menjadi hamba yang setia
Abdi yang tidak pernah lupa
Manusia yang penuh dengan kekurangan

Panggilan ibadah sudah menjelma
Pergilah, maralah kalian
Ke rumahNya, menjadi tetamuNya
Tidak akan rugi jiwa yang insaf
Tidak akan lalai jiwa yang sedar
Pada panggilan ini
Tiada lagi yang lebih penting daripada panggilanNya.....




sircanus
6 ramadhan.....