Tuesday, February 14, 2012

Back Home

Salam, sekarang berada di tanah air lebih kurang 5 hari sudah, akan bercuti selama sebulan di sini. Sangat merindui suasana tenang dan aman di sini, setelah penat lelah melalui liku-liku kehidupan di perantauan, pengalaman 6 bulan amat terasa, semoga dapat teruskan momentum kecermelangan, demi kebaikan yang lebih besar, iaitu untuk berbakti kepada Agama, dan masyarakat Malaysia. amin2....

Ramai juga yang bertanya, kenapa balik awal sangat?
Tak travel ke? ke homesick ni..?

Hmm, balik awal itu mungkin terletak pada diri masing-masing, masa apa yang kalian letak sebagai "lama", 6 bulan mungkin agak sekejap bagi anda, tetapi lama bagi yang lain.hihi

tak travel? hmm, kamek mengambil langkah, kita kumpul duit dulu dan plan sebaiknya untuk travel. Pesanan dan cadangan dari senior yang berpengalaman sangat memberi ruang kepada kamek untuk rancang sebaiknya pada cuti ini. mungkin cuti inilah yang patut digunakan untuk travel, bukan cuti seterusnya. Wallahualam, ada hikmahnya. Hmm, kamek pun travel jgk, balik malaysia. seronok2...

Homesick? Satu panahan bagi setiap pelajar luar negara. Bila berjauhan, rasa rindu itu lumrah, homesick akan menjadi ketara bila melihat rakan-rakan berhubungan dengan keluarga secara online mahupun menggunakan talian telefon. Memanglah, homesick merupakan terma yang sangat bagus untuk diguna, percayalah, kami bukan setakat merindui rumah, keluarga, malah homesick kami adalah merindui untuk memberi kepada masyarakat, berprogram, menyebarkan kebaikan seperti mana yang kami telah buat sebelum ke luar negara. itu homesick kami.....


insyaAllah, semoga cuti digunakan sebaiknya, kerjakan apa yang baik, jangan sesekali berjinak-jinak dengan yang buruk, berhati-hati, itu kunci pelindung diri.


selamat bercuti kalian!!!!