Thursday, September 5, 2013

Nota ringkas

Hmm, dah hampir dua bulan tak kemaskini blog, exam yang panjang dan meletihkan, semangat untuk ber"blog" semakin kurang, mungkin juga diri ini perlukan medium lain untuk terus menabur fikiran dan semangat di alam internet ini (mungkin tidak juga). Apa- apa pun, syukur masih ada masa untuk melihat semula blog ini, sebagai refleksi usaha untuk menceburi bidang penulisan maya, ana belum menetapkan sebarang objektif jangka panjang untuk blog ini, dan mudah-mudahan timbul ilham mahupun idea untuk menyelesaikan dilema ini.

sekadar berita ringkas

1. inshaAllah ana akan melangkah ke fasa klinikal untuk pengajian perubatan, tidak sabar untuk merasai suasana doktor di hospital, bertemu pesakit, merekod segala maklumat, sebagai alat untuk aplikasikan ilmu teori yang telah dipelajari dalam dua tahun pertama pengajian, dan juga belajar untuk menjadi doktor yang baik.....

2. mohon doa dari kalian, sahabat ana ada yang kemalangan dan dalam keadaan kritikal, moga Allah menyembuhkannya. iktibar dan pedoman buat kita semua, agar tidak mudah putus asa dengan rahmat Allah, yang maha pemurah dan penyayang terhadap hambaNya, dan juga sentiasa bertaubat kepadaNya, sebelum kehabisan masa akan perkara itu..

3. sudah dua minggu di malaysia, terasa tidak produktif, sedang mencari cara untuk mengubah semua ini. inshaAllah, ana berazam untuk membuat beberapa perubahan besar dalam hidup, sebagai sebahagian peracangan jangka panjang dalam menjadi doktor yang cemerlang dunia dan akhirat.

4. perihal negara, ana sangat terharu melihat rakan-rakan sebaya yang jauh lebih matang, bersikap analitikal dan tidak mudah melatah dalam melakar pandangan masing-masing di alam maya, jauh sekali diri ini untuk terlibat sama, memandangkan "niche" ana tidak sama, namun itu bukan alasan untuk ana jauhkan diri, malah semangat untuk sama-sama memahami keadaan, dan bergerak dalam satu unit untuk menyelesaikannya.moga kebenaran terserlah dengan lebih telus kepada semua. Ana percaya, kita masih bergerak dalam lingkungan kecil, meskipun kita merasakan internet itu sangat luas, maka jadilah kita agen-agen yang bergerak secara fizikal (bukan berdemonstrasi sahaja), untuk menjadi agen pengubah pemikiran masyarakat yang semakin sedar akan situasi negara sekarang.

5. ana ingin kembali cergas (dua bulan tak exercise, penangan exam), kena kembali menjadi bakal doktor yang bukan main cakap sahaja sihat dan cergas, perlu bukti juga (semangat2)...


sekian untuk sekarang...