Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam sejahtera diucapkan.....
Hari ini, Alhamdulillah,sedang menjalani ibadat puasa pada hari arafah, semoga puasa kamek diterimaNya dan diampunkan segala dosa. amin...............

Daripada Abi Qatadah Al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa Hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya: "Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang"

(Hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده

وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله

Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;

“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ”(HR Muslim)

Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;

من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه

“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)"


source :

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/11/13/berpuasa-sunat-hari-%E2%80%98arafah-dan-kelebihannya/
Dan banyak lagi hadith yang mengatakan akan kebaikan dan ganjaran yang hebat kepada umat Islam yang berpuasa pada Hari Arafah dan juga 9 hari pertama bulan Zulhijjah.
Bagi yang tidak berkesempatan berpuasa pada Hari Arafah, insyaAllah, azamkan dalam hati untuk menanti bulan Zulhijjah yang seterusnya dan sama-samalah kita berusaha untuk mengimarahkan bulan Zulhijjah dengan ibadat kepada Allah S.W.T

Selain itu, hari esok merupakan Hari Raya Aidiladha. Semua umat Islam di Malaysia khususnya akan bercuti pada esok hari bagi menjalankan ibadat pada hari tersebut, iaitu ibadat korban. Setelah mengerjakan solat sunat Aidiladha, umat Islam akan menjalankan ibadat korban yang terdiri daripada lembu, kerbau dan juga unta. Kebiasaannya, ibadat ini boleh dilakukan pada Hari Raya esok, ataupun pada 3 hari seterusnya (11,12,13 Zulhijjah). Daging korban akan diagihkan mengikut ketetapan syariat dan juga dibuat jamuan kepada umat Islam. Ibadat ini mengajak kita untuk menghayati Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anak kesayangan Baginda. Berkat ketaatan Nabi Ibrahim, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibasy dan inilah yang menjadi ikutan kepada umat Islam sekarang dimana kita menggunakan binatang ternakan (lembu, kerbau, unta) sebagai korban pada Hari Raya Aidiladha.....

InsyaAllah, semoga hari raya korban ini memberi erti pengorbanan kepada kita, dan memberi sedikit keinsafan buat diri yang kurang berkorban untuk agama...............
sekian, Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan semoga bergembira bersama keluarga tersayang.........

No comments: