Selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah. Sudahkah kita menanam azam yang baru untuk tahun ini? ataupun ingin melaksanakan azam yang belum tercapai tahun sebelumnya? semuanya terletak pada kemahuan sendiri......
InsyaAllah, rata-rata umat islam di seluruh dunia akan berkumpul dan meraikan tahun baru dengan bacaan doa akhir tahun dan disusuli dengan doa awal tahun. Kemudian sesetengah Masjid mengadakan sesi ceramah atau forum sempena Maal Hijrah.....itulah sebaik-baik sambutan untuk menyambut tahun hijrah yang mulia........
dan terdapat banyak peristiwa yang berlaku di Bulan pertama tahun hijrah, bulan Muharram dan kelebihan bulan tersebut.........info tersebut boleh didapati di laman web ini:
Semoga dengan tahun baru ini (dan ada lagi tahun baru iaitu tahun 2011), kita semua dapat meletakkan kembali azam yang tinggi untuk berubah ke arah yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya......
tingkatkan prestasi kerja, kurangkan kegiatan dan salah laku pada diri.....
Kerjakan amalan fardhu dengan lebih bersungguh-sungguh dan tingkatkan amalan sunat dalam kadar yang mampu......
Perbaiki akhlak yang ada, dan cuba untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara..............
dan banyak lagi azam yang ada.........
semoga terlaksana hendaknya....
No comments:
Post a Comment