Saturday, October 4, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..........
haha


Selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin di mana saja anda berada.Maaf zahir dan batin.Entahlah,memang menjadi lumrah manusia bergembira setelah lepas dari satu masalah.Kemudian merana lagi sebab dah tamat tempoh bergembira.

Walaubagaimanapun,hiaskan hati dengan kesyukuran dan ketenangan jiwa dan rangkumkan sepenuh rasa kehambaan kepada Allah s.w.t yang memberi kita peluang untuk hidup dalam bulan syawal tahun ini.Alhamdulillah.....................

haha,sik tauk apa mok padah gik.Busy dengan exam.lekak ya SPM.hmm, rasanya dah sedia kot...........perasan jak.Sempena ini,haha saja jak bermadah kata,baca jak cya.........

Kukuhkan azam di hati,
Kentalkan semangat juang yang membara,
Penuhkan iltizam dalam jiwa,
Luhurkan kemahuan sebenarmu,
sebagai seorang manusia biasa,

Jangan dipersiakan masa yang ada,
Leraikan segala prasangka,
Hapuskan curiga yang bermaharajalela,
Takut kelak ditimpa bahana,

Hilangkan rasa gentarmu,
Kembali kepada fitrah insani,
Yang menjadi wadah perjuangan ini,
Jadilah insan yang berguna,
Bukan insan yang membuat durjana,
Melampiaskan nafsu duniawi,
Ke arah kemaksiatan,

Jadilah yang sebaliknya,
Kita mengangkat martabat diri,
Beristiqamah dalam berbuat kebaikan,
Menjadi contoh kepada umat,
Pemimpin yang bisa menggoncang dunia,
Hingga ke akhir hayat,

Sesungguhnya,
Solatku,amalanku,
hidupku,matiku,
hanyalah kerana mu ya rabbi,


Aku hanya hamba-Nya yang amat hina.aku tidak layak menerima apa-apa melainkan apa yang Allah layakkan untukku.Selamat hari raya.............

1 comment:

Anonymous said...

Salam. farhan tok. saja jak mauk promosi blog aku. http://sinfool.wordpress.com