Wednesday, May 6, 2009

1 Malaysia

Why i'm promoting this thing?
The reason is .........our Prime minister urged the Malaysians especially bloggers to promote the concept.haha.

Based on my limited resources, i would say that this 1Malaysia thingy is quite interesting.Let me explain it based on my perspective as a Malaysian..........

Sebenarnya,negara kita telah pun mengalami satu transformasi dimana pelbagai dilema dan konflik muncul secara tiba-tiba dan berunsur provokatif.Semenjak kemelut politik tahun lepas,pelbagai spekulasi dan peristiwa besar berlaku.Perpaduan dalam negara kita juga tergugat akibat prasangka yang tidak berasas dilakukan tanpa segan silu.Keadaan ini banyak mempengaruhi pelbagai lapisan status dan norma-norma masyarakat sehingga kerajaan terpaksa meletakkan fokus yang berlebihan untuk menyelesaikan masalah ini.Kemajuan sukar dicapai tanpa perpaduan yang kukuh.Rakyat terkongkong dengan ancaman politik.Pemimpin bermusuhan akibat salah faham.macam- macam berlaku...........
Baru-baru ini,Perdana Menteri kita telah melancarkan konsep 1Malaysia yang amat dialu-alukan kita semua.Dalam kenyataan beliau,semua rakyat menerima layanan yang saksama dan konsep ini akan mewujudkan sikap kesaksamaan dan kekitaan(togetherness) demi mencapai wawasan negara.Selain itu,beliau mengajak kita semua untuk menghayati dan mengadaptasi teras-teras utama konsep satu malaysia untuk menjamin kesinambungan dari segi peradaban,ilmu,teknologi dan budaya bangsa.Hal ini dapat mengurangkan jurang status antara golongan yang berkemampuan dengan golongan yang tidak berkemampuan.Setakat ini sahaja yang saya tahu.Sebuah garis panduan satu malaysia akan diterbitkan untuk menyebarkan konsep ini kepada semua untuk difahami bersama.

sekian,majulah Malaysia untuk semua.pertahankan tanah ini buat selamanya.........

No comments: