Sunday, June 20, 2010

Resolusi

Cuti kamek dah masuk minggu ketiga, dan kamek rasa banyak yang perlu dibuat dan diperbaiki. Sesungguhnya masa cuti kamek amat panjang hingga kamek pun sik sedar dan kamek perlu 'review' balit semua rentetan cuti kamek ya.

Bermula minggu pertama cuti, setelah sampai di rumah, kamek minggu ya sempat singgah ke Kolej ambik sijil spm dan bertemu dengan junior. Kolej makin kacak dan berseri hendaknya...time ya minggu terakhir sekolah. Sehari jak bersua dgn cikgu dan pelajar cya....lekak ya cuti semester...

Lekak ya kamek cuma lepak2 di rumah, kemas2 rumah dan tangga balit semua benda yang kamek simpan di bilik, memang kenangan silam kembali berputar di minda...teringat masa sekolah, masa pindah rumah dan macam2......Kemudian, kamek ada join program qiamullail bersama pelajar tingkatan 1 dan 2 Smk Pujut (surau depan rumah kamek jak). Program ya memang best dan berik kamek peluang untuk qiamullail setelah lama meninggalkan amalan itu....dan kamek semangat juak tngok komitmen adik2 yang datang program, sidak mengisi ruang cuti dengan ibadah dan amal....

Pada tarikh 29 mei, kamek sekeluarga ke Betong untuk bercuti di Bukit Saban Resort. Kamek orang sempat kembara ke sri aman, sarikei dan sibu. macam2 dibeli, sempat juak polah barbeque di chalet dalam keadaaan basah kuyup (sebab hujan). Kamek orang kembali semula ke miri pada 2 jun.

Sambutan gawai hanya dibuat dengan menziarahi saudara. Lamak dh sik bertemu sidaknya. Terasa ingin kembali menguatkan ikatan silaturahim yang terjalin, supaya kamek sik la terasa asing di dunia tok tanpa mengenali suadara kamek.

Kemudian cuti diteruskan dengan sesi bertemu sahabat2 yang lama dah sik berhubung. InsyaAllah kamek orang ada buat program bersama junior jumaat depan sebagai aktiviti reunion kamek orang. Kinek tok belum ada apa2 rancangan gik, semoga kamek orang beroleh idea dan ilham tentang apa mok dipolah.

Cuti tok juak menyaksikan kamek jadi fasilitator buat kali pertama dengan join sidak yayasan Amal Malaysia cawangan sarawak dalam kem remaja islam sarawak. bukan senang mok jadi fasilitator dan kamek banyak belajar daripada abang dan kakak yang berpengalaman dalam berprogram dan mempunyai ilmu agama yang banyak. semoga kem tok diteruskan pada masa hadapan dan melahirkan lebih ramai gik remaja islam yang hebat dan cemerlang di sarawak...

Selain ya, cuti tok kamek habiskan dengan menyiapkan bio report yang agak mencabar, dan membaca majalah newsweek. lekak ya main game fifa dan left 4 dead 2. banyak juak game diinstall, tapi sik compatible gilak ngan laptop. main jak la game yang ada.

Setelah dilihat balit semua yang kamek polah, sik sedar juak dah 3 minggu cuti kamek habis. Dan esok bermulalah seminggu terakhir kamek di Miri. Kamek akan kembali ke intec untuk meneruskan pengajian a level semester ketiga...soalnya, apa resolusi yang kamek maksudkan?

semuanya berbalik daripada apa yang kamek lakukan sepanjang cuti tok. adakah ia memperbaiki diri kamek? adakah ia memberi pengisian yang kamek inginkan?
tepuk dada, tanya iman...kamek sik mok glak menulis resolusi yang kamek dapt..tetapi, yang utama ialah pentingnya kita melihat balik sejauh mana kita telah menggunakan masa dan nikmat yang Allah berikan dan apa yang kita lakukan sebagai umat islam yang ingin berjuang ke arah kebaikan....

selebihnya terserah kepada diri sendiri...semoga beroleh hikmah daripada cuti yang panjang tok...dan kamek mengharapkan sesuatu yang baik untuk diri sendiri

sekian, wallahualam....

Friday, June 4, 2010

Baru kita nak ingat.....

Tahun ini menyaksikan pelbagai peristiwa yang telah membangkitkan kemarahan umat islam di seluruh dunia. Kita baru saja melangkah ke bulan jun, setengah tahun daripada tahun 2010, entah apa lagi perkara yang akan berlaku kepada umat islam. Beberapa peristiwa seperti Hari Melukis Muhammad, Kekejaman tentera Israel terhadap akitivis Islam dan bukan Islam, dan pertelingkahan agama menjadi medan utama untuk memecahbelahkan perpaduan umat islam.

Apa yang termampu ialah mengumpul tenaga dan kerjasama daripada semua pihak dan individu yang mengaku sayangkan islam dan sanggup berjuang demi Allah. Kita masih boleh mengubah keadaan ini. Umat islam di seluruh dunia tengah berjuang menegakkan Islam, dan begitu juga kita.

Semoga kamek dan anda semua beroleh sedikit keazaman dan semangat untuk telibat sama dalam perjuangan yang suci ini dan menjadi sebahagian daripada kegemilangan Islam masa hadapan.amin....

sekian.......

Wednesday, June 2, 2010

Dilema piala dunia

Assalamualaikum buat semua....

Piala dunia semakin hampir dan seluruh masyarakat dunia sedang mengambil persiapan masing-masing menjelang temasya paling besar dalam sejarah bumi. Yang pasti, kita rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bersama-sama merasai bahang piala dunia.......Apa yang ingin dibangkitkan ialah apa kaitannya piala dunia dengan kita di Malaysia dan apa yang akan berlaku semasa piala dunia itu nanti......

Pertama sekali, kita lihat di sekitar pelusuk negara, pelbagai poster dan banner di tepi jalan mengatakan piala dunia sudah hampir, pelbagai iklan tentang bola sepak dan sejarah piala dunia, veteran bola sepak negara pun digunakan untuk menaikkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat, dan pengumuman bola sepak di segenap corong radio dan televisyen.Semuanya tentang piala dunia.....

Kita memang komited dengan semua ini, tapi sayang pasukan negara kita yang hanya mampu melihat dan menunggu bilakah impian piala dunia akan menjadi realiti. Tahap bola sepak negara kita semakin meningkat dan diharapkan akan layak ke Piala dunia dalam masa 10 tahun lagi. Berbalik kepada persoalan, apa kaitannya?

Semua pihak ada kaitan dengan piala dunia, mahupun kerajaan dan individu. Syarikat mengaut keuntungan dengan mengadakan peraduan sempena piala dunia, gerai, warung dan restoren sudah membeli kelengkapan televisyen dan layar projektor untung menayangkan siaran langsung perlawanan, dan tidak ketinggalan kelab-kelab malam yang mengadakan pesta dan konsert pra- piala dunia. semuanya ada kaitan.....dan itulah yang berlaku di negara kita yang tercinta ini....

Pelajar di segenap lapisan institusi pendidikan akan mula sibuk dengan forum piala dunia yang penuh dengan fakta dan ramalan. semuanya mula bercakap tentang pasukan mana yang lebuh bagus dan siapa yang akan menang. Persatuan mula merancang program berunsurkan sambutan piala dunia yang pasti menguntungkan dan memberi banyak pengalaman baru. Terlalu banyak kaitan piala dunia dengan semua ini.........

Seterusnya, apa yang akan berlaku semasa piala dunia?....Pastinya anda tahu jawapannya. Siaran langsung, siaran ulangan, lepak di gerai mamak, stay atau overnight di restoren,rumah dan sebagainya, dan pasti jualan minuman berkarbonat pasti meningkat semasa piala dunia, bil elektrik mencatat peningkatan yang amat drastik, dan peningkatan kadar mengantuk dalam kalangan pekerja, pelajar, dan sewaktu dengannya.....

Dan apa yang berlaku lagi?....Yang peliknya, surau, masjid, agak sunyi dan mencatatkan kadar penurunan dalam bilangan saf dan jemaah....kalau banyak pun, semua akan beredar sebaik solat habis.......dan program keagamaan pasti agak suram kerana golongan sasaran telah memilih piala dunia sebagai matlamat yang baru....ada kaitan piala dunia dengan semua perkara ini...

Sekarang tinggal kita untuk memilih jalan dan pilihan seterusnya....kedua-dua perkara ini pasti akan berlaku...dan akan berlaku pada edisi piala dunia seterusnya.....Apa yang penting kita seimbangkan antara ibadat dan perkara dunia....jangan biarkan perkara dunia menjejaskan tahap ibadat kita kepada Allah, tingkatkan keimanan dan ketaqwaan sepanjang masa. Piala dunia merupakan satu ujian yang pasti membawa seribu satu dugaan dan kita juga harus bersedia dengan segala kelengkapan yang ada untuk dibawa selalu....

Akhir kata, selamat menonton piala dunia dan semoga bergembira di cuti yang panjang ini....

sekian, wallahualam....