Wednesday, June 2, 2010

Dilema piala dunia

Assalamualaikum buat semua....

Piala dunia semakin hampir dan seluruh masyarakat dunia sedang mengambil persiapan masing-masing menjelang temasya paling besar dalam sejarah bumi. Yang pasti, kita rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bersama-sama merasai bahang piala dunia.......Apa yang ingin dibangkitkan ialah apa kaitannya piala dunia dengan kita di Malaysia dan apa yang akan berlaku semasa piala dunia itu nanti......

Pertama sekali, kita lihat di sekitar pelusuk negara, pelbagai poster dan banner di tepi jalan mengatakan piala dunia sudah hampir, pelbagai iklan tentang bola sepak dan sejarah piala dunia, veteran bola sepak negara pun digunakan untuk menaikkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat, dan pengumuman bola sepak di segenap corong radio dan televisyen.Semuanya tentang piala dunia.....

Kita memang komited dengan semua ini, tapi sayang pasukan negara kita yang hanya mampu melihat dan menunggu bilakah impian piala dunia akan menjadi realiti. Tahap bola sepak negara kita semakin meningkat dan diharapkan akan layak ke Piala dunia dalam masa 10 tahun lagi. Berbalik kepada persoalan, apa kaitannya?

Semua pihak ada kaitan dengan piala dunia, mahupun kerajaan dan individu. Syarikat mengaut keuntungan dengan mengadakan peraduan sempena piala dunia, gerai, warung dan restoren sudah membeli kelengkapan televisyen dan layar projektor untung menayangkan siaran langsung perlawanan, dan tidak ketinggalan kelab-kelab malam yang mengadakan pesta dan konsert pra- piala dunia. semuanya ada kaitan.....dan itulah yang berlaku di negara kita yang tercinta ini....

Pelajar di segenap lapisan institusi pendidikan akan mula sibuk dengan forum piala dunia yang penuh dengan fakta dan ramalan. semuanya mula bercakap tentang pasukan mana yang lebuh bagus dan siapa yang akan menang. Persatuan mula merancang program berunsurkan sambutan piala dunia yang pasti menguntungkan dan memberi banyak pengalaman baru. Terlalu banyak kaitan piala dunia dengan semua ini.........

Seterusnya, apa yang akan berlaku semasa piala dunia?....Pastinya anda tahu jawapannya. Siaran langsung, siaran ulangan, lepak di gerai mamak, stay atau overnight di restoren,rumah dan sebagainya, dan pasti jualan minuman berkarbonat pasti meningkat semasa piala dunia, bil elektrik mencatat peningkatan yang amat drastik, dan peningkatan kadar mengantuk dalam kalangan pekerja, pelajar, dan sewaktu dengannya.....

Dan apa yang berlaku lagi?....Yang peliknya, surau, masjid, agak sunyi dan mencatatkan kadar penurunan dalam bilangan saf dan jemaah....kalau banyak pun, semua akan beredar sebaik solat habis.......dan program keagamaan pasti agak suram kerana golongan sasaran telah memilih piala dunia sebagai matlamat yang baru....ada kaitan piala dunia dengan semua perkara ini...

Sekarang tinggal kita untuk memilih jalan dan pilihan seterusnya....kedua-dua perkara ini pasti akan berlaku...dan akan berlaku pada edisi piala dunia seterusnya.....Apa yang penting kita seimbangkan antara ibadat dan perkara dunia....jangan biarkan perkara dunia menjejaskan tahap ibadat kita kepada Allah, tingkatkan keimanan dan ketaqwaan sepanjang masa. Piala dunia merupakan satu ujian yang pasti membawa seribu satu dugaan dan kita juga harus bersedia dengan segala kelengkapan yang ada untuk dibawa selalu....

Akhir kata, selamat menonton piala dunia dan semoga bergembira di cuti yang panjang ini....

sekian, wallahualam....

No comments: