Salam. post ini sekadar ingin meluahkan pendapat dan perasaan.....
Piala Malaysia sudah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Kelantan telah mengatasi Negri Sembilan dengan jaringan 2-1. Perlawanan yang amat menarik dimana 2 pasukan yang sama kuat, dibarisi dengan pemain kebangsaan, turun berentap atas dasar permainan bola sepak yang telah menjadi pujaan masyarakat kita di Malaysia.
Sungguhpun begitu, banyak peristiwa yang kurang menyenangkan berlaku sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini. Saban hari (minggu lepas), banyak terpampang di dada akhbar mengenai perkembangan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan dan juga berita-berita sampingan seperti harapan peminat, pihak pasukan lain dan sebagainya. Antara berita yang menarik ialah penyokong Negeri Sembilan yang melancarkan kempen anti keganasan dan anti mercun. Satu sindiran buat penyokong pasukan Kelantan. Hmm, hal ini memang tidak asing lagi kerana dikhabarkan penyokong Kelantan memang terkenal dengan pelbagai aksi keganasan dan penggunaan mercun ketika menonton bola sepak. (betulkan fakta ini).
Seperti yang berlaku ketika perlawanan antara Selangor dan Kelantan di Stadium Melawati, berlaku insiden dimana 2 penyokong Kelantan meninggal dunia; seorang dipercayai mengalami masalah pernafasan dan seorang lagi tidak diketahui. Selepas itu, perlawanan kedua di Kelantan menyaksikan hampir tiada kelibat penyokong Selangor yang menyokong pasukan mereka. Jika kita memberitahu akan perkara ini kepada orang biasa, apa yang menjelma dalam fikiran ialah ganasnya penyokong Kelantan, mengapa orang selangor tak datang Stadium Kelantan, Apa yang berlaku di Stadium Melawati dan banyak lagi.......
Pokoknya, perkara ini ada kaitannya dengan bagaimana kita menghayati industri sukan di negara kita dan kenapa bola sepak selalu mengalami insiden sebegini.
Adakah kita menyokong permainan bola sepak negara dengan keganasan dan sikap perkauman?
Jawapannya, Ya. Memang itu yang berlaku terhadap industri bola sepak di Malaysia. Rata-rata ada sahaja keganasan berlaku setiap kali perlawanan bola sepak liga tempatan. Malah, anak-anak muda memang pandai bermadah maki hamun, fitnah, hina pasukan lain dan tidak kurang juga menerima perkara yang sama. Memang sedih apabila melihat peminat bola sepak berlaku sebegini. Secara fitrahnya, memang kita bangga dengan kehebatan pasukan negeri kita, tetapi, adakah kita sudah lupa bahawa Allah maha melihat....?
Allah melihat kita menghina pasukan lain...Allah melihat kita melakukan keganasan, bertindak liar di stadium, Allah melihat kita membuat kemungkaran yang kita lakukan seperti meninggalkan solat, tidak menutup aurat, membawa pasangan untuk menonton bersama, dan bersorak gembira tanpa melafazkan sedikit kesyukuran kepada Allah.........
Ini yang kita mahu?.....Kemungkaran akan sentiasa menjelma, biarpun sebagai penyokong sebuah pasukan bola sepak.......
Kemudian, semangat perkauman yang amat melampau. Kita faham akan keadaan penyokong yang telah melaksanakan upacara angkat sumpah setia menyokong pasukan sampai bila-bila....
dan melihat orang membotakkan kepala kerana gembira dapat harga tiket yang murah....
Di sini ada 2 isu, mengapa perlu meng'asabiah'kan permainan ini dengan keadaan yang amat melampau...? dan persoalan mengenai nazar yang tidak berbaloi..........
Sabtu yang lepas, beberapa jam sebelum perlawanan akhir, kamek balik ke Shah Alam menggunakan teksi bersama 2 rakan lagi. Pemandu tersebut memang galak bercerita tentang bola sepak sehingga nyaris menempa kemalangan (syukur selamat). Apa yang diperkatakan ialah apa yang disebut oleh pakcik teksi tersebut.
" Kelantan ni, menang ke, kalah ke, same je......tidak berkurang ganasnye..."
"Kenape, pakcik?"
" Ye la, tengok la kat penyokong Kelantan, memang tak pernah puas hati, kutuk pemain atas padang......"
begitulah dialognya....Kita lihat balik dengan senario yang berlaku. Memang betul apa yang dicakap. Tapi ada juga salahnya, sebab ketika Kelantan menang tak berlaku apa-apa pun (mungkin tak disiarkan berita?)....fikir-fikirkan....
Lebih mengejutkan lagi, kehadiran elemen politik dalam bola sepak....mengapa?
Baru sahaja melayari laman web Harakah Daily, berita yang dibaca ialah Piala Malaysia hadiah 20 tahun kerajaan Pas.....satu hadiah yang tidak berbaloi dan tidak ada maknanya kepada mereka......
Mengapa dikatakan begitu?...Malah mereka pun mengharapkan agar Kelantan akan berusaha memenangi edisi seterusnya untuk PAS dan Pakaran Rakyat.....sungguh memalukan permainan cantik ini dijadikan sebagai retorik politik yang hanya ingin menempa nama.....permainan bola sepak hukumnya tiada kaitan dengan politik, ia hanya terbatas kepada sistem pengurusan sahaja...........
Kesimpulannya, Piala Malaysia kali ini memberi lebih banyak kejutan kepad diri kamek sendiri dan orang lain (rasanya...). Memang kejayaan itu manis, tetapi mana yang lebih pahit untuk ditelan?...maksiat yang telah berlaku atau keruntuhan akhlak rakyat Malaysia.......
Semoga apa yang disampaikan menjadi iktibar.....orang yang bijak ialah apabila diberi alasan, mereka tidak pernah merungut...tetapi mereka sedih akan orang yang memberi alasan tersebut.....fikirkan mengapa.....sekian, wallahualam.....
laman web untuk dibaca juga....