Monday, November 1, 2010

Piala Malaysia

Salam. post ini sekadar ingin meluahkan pendapat dan perasaan.....

Piala Malaysia sudah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Kelantan telah mengatasi Negri Sembilan dengan jaringan 2-1. Perlawanan yang amat menarik dimana 2 pasukan yang sama kuat, dibarisi dengan pemain kebangsaan, turun berentap atas dasar permainan bola sepak yang telah menjadi pujaan masyarakat kita di Malaysia.

Sungguhpun begitu, banyak peristiwa yang kurang menyenangkan berlaku sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini. Saban hari (minggu lepas), banyak terpampang di dada akhbar mengenai perkembangan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan dan juga berita-berita sampingan seperti harapan peminat, pihak pasukan lain dan sebagainya. Antara berita yang menarik ialah penyokong Negeri Sembilan yang melancarkan kempen anti keganasan dan anti mercun. Satu sindiran buat penyokong pasukan Kelantan. Hmm, hal ini memang tidak asing lagi kerana dikhabarkan penyokong Kelantan memang terkenal dengan pelbagai aksi keganasan dan penggunaan mercun ketika menonton bola sepak. (betulkan fakta ini).

Seperti yang berlaku ketika perlawanan antara Selangor dan Kelantan di Stadium Melawati, berlaku insiden dimana 2 penyokong Kelantan meninggal dunia; seorang dipercayai mengalami masalah pernafasan dan seorang lagi tidak diketahui. Selepas itu, perlawanan kedua di Kelantan menyaksikan hampir tiada kelibat penyokong Selangor yang menyokong pasukan mereka. Jika kita memberitahu akan perkara ini kepada orang biasa, apa yang menjelma dalam fikiran ialah ganasnya penyokong Kelantan, mengapa orang selangor tak datang Stadium Kelantan, Apa yang berlaku di Stadium Melawati dan banyak lagi.......

Pokoknya, perkara ini ada kaitannya dengan bagaimana kita menghayati industri sukan di negara kita dan kenapa bola sepak selalu mengalami insiden sebegini.

Adakah kita menyokong permainan bola sepak negara dengan keganasan dan sikap perkauman?

Jawapannya, Ya. Memang itu yang berlaku terhadap industri bola sepak di Malaysia. Rata-rata ada sahaja keganasan berlaku setiap kali perlawanan bola sepak liga tempatan. Malah, anak-anak muda memang pandai bermadah maki hamun, fitnah, hina pasukan lain dan tidak kurang juga menerima perkara yang sama. Memang sedih apabila melihat peminat bola sepak berlaku sebegini. Secara fitrahnya, memang kita bangga dengan kehebatan pasukan negeri kita, tetapi, adakah kita sudah lupa bahawa Allah maha melihat....?

Allah melihat kita menghina pasukan lain...Allah melihat kita melakukan keganasan, bertindak liar di stadium, Allah melihat kita membuat kemungkaran yang kita lakukan seperti meninggalkan solat, tidak menutup aurat, membawa pasangan untuk menonton bersama, dan bersorak gembira tanpa melafazkan sedikit kesyukuran kepada Allah.........

Ini yang kita mahu?.....Kemungkaran akan sentiasa menjelma, biarpun sebagai penyokong sebuah pasukan bola sepak.......

Kemudian, semangat perkauman yang amat melampau. Kita faham akan keadaan penyokong yang telah melaksanakan upacara angkat sumpah setia menyokong pasukan sampai bila-bila....
dan melihat orang membotakkan kepala kerana gembira dapat harga tiket yang murah....
Di sini ada 2 isu, mengapa perlu meng'asabiah'kan permainan ini dengan keadaan yang amat melampau...? dan persoalan mengenai nazar yang tidak berbaloi..........

Sabtu yang lepas, beberapa jam sebelum perlawanan akhir, kamek balik ke Shah Alam menggunakan teksi bersama 2 rakan lagi. Pemandu tersebut memang galak bercerita tentang bola sepak sehingga nyaris menempa kemalangan (syukur selamat). Apa yang diperkatakan ialah apa yang disebut oleh pakcik teksi tersebut.

" Kelantan ni, menang ke, kalah ke, same je......tidak berkurang ganasnye..."
"Kenape, pakcik?"
" Ye la, tengok la kat penyokong Kelantan, memang tak pernah puas hati, kutuk pemain atas padang......"

begitulah dialognya....Kita lihat balik dengan senario yang berlaku. Memang betul apa yang dicakap. Tapi ada juga salahnya, sebab ketika Kelantan menang tak berlaku apa-apa pun (mungkin tak disiarkan berita?)....fikir-fikirkan....

Lebih mengejutkan lagi, kehadiran elemen politik dalam bola sepak....mengapa?
Baru sahaja melayari laman web Harakah Daily, berita yang dibaca ialah Piala Malaysia hadiah 20 tahun kerajaan Pas.....satu hadiah yang tidak berbaloi dan tidak ada maknanya kepada mereka......

Mengapa dikatakan begitu?...Malah mereka pun mengharapkan agar Kelantan akan berusaha memenangi edisi seterusnya untuk PAS dan Pakaran Rakyat.....sungguh memalukan permainan cantik ini dijadikan sebagai retorik politik yang hanya ingin menempa nama.....permainan bola sepak hukumnya tiada kaitan dengan politik, ia hanya terbatas kepada sistem pengurusan sahaja...........

Kesimpulannya, Piala Malaysia kali ini memberi lebih banyak kejutan kepad diri kamek sendiri dan orang lain (rasanya...). Memang kejayaan itu manis, tetapi mana yang lebih pahit untuk ditelan?...maksiat yang telah berlaku atau keruntuhan akhlak rakyat Malaysia.......

Semoga apa yang disampaikan menjadi iktibar.....orang yang bijak ialah apabila diberi alasan, mereka tidak pernah merungut...tetapi mereka sedih akan orang yang memberi alasan tersebut.....fikirkan mengapa.....sekian, wallahualam.....

laman web untuk dibaca juga....



12 comments:

Salha Mohd Fadil said...

hmmm....it's an opinion from u...but i have no comment coz i know nothing about piala malaysia except that kelantan won....

Sir Rid.one said...

terima kasih atas komen
cuma merasakan bahawa situasi ini amat menyedihkan dan perlu diatasi segera......

Salha Mohd Fadil said...

ridhwan pergi bukit jalil k tgk bola ni?u know what?u r very analytical....i did learned something from your post...

Sir Rid.one said...

tak pergi hari tu....tngok kt bistro je.....haha, ye ke? mungkin kot. kita melihat isu ini dari mata seorang peminat bola sepak.....

Anonymous said...

saudara,ape yang menimbulkan tnda tanya adlh statement ni:
"Harakah Daily, berita yang dibaca ialah Piala Malaysia hadiah 20 tahun kerajaan Pas"
u mean here, kerajaan kelantan perintah all this time,semata2 to come up with piala ni ke?
dan satu lagi,
knp saudara generalise pmain kelantan,n org kelntn ganas?

Anonymous said...

"Kemungkaran akan sentiasa menjelma, biarpun sebagai penyokong sebuah pasukan bola sepak......."
kenapa hanya melihat dari segi bola sepak, kenapa tidak melihat dari akar umbinya.. bagaimana hendak mengatasi masalah ini...
`FIKIR-FIKIRKAN...

Sir Rid.one said...

terima kasih atas komen....
begini, headline berita itu memang memberi satu persepsi yang pelik but saya....hmm, cuba lihat balik, kemenangan Kelantan tiba-tiba dikaitkan dengan 20 tahun pemerintahan PAS......itu yang menjadi tanda tanya.....tidak mungkin kerajaan kelantan memerintah semata-mata untuk piala tersebut....anda mungkin tersilap di situ....

dan mengenai statement seterusnya, memang benar kena fikir dari akar umbi.....dan ini adalah teguran buat semua peminat bola sepak....

Sir Rid.one said...

dan satu lagi....kenapa generalise pemain kelantan....agak kurang faham.....tetapi berdasarkan pengamatan dan pengalaman dalam meneliti bola sepak....rata2 pandangan umum mengatakan orng Kelantan ganas......kalau boleh, betulkan fakta ni dan juga bawa juga sedikit bukti....hal ini akan lebih membawa keuntungan kepada saya dan anda.....

Salha Mohd Fadil said...

this comment is for anonymous n ridhwan...
ridhwan: just wanna ask, is this post is about only your own point of view, or u did discuss with friends and come out with this post? just curious....
anonymous: i'm partially agree with u....
anonymous n ridhwan: undeniably, setiap negeri tu akan ade sedikit keassabiahan nya...but actually dari sudut ni kite kena tgk dari various angle, kalau bukan kelantan n negeri sembilan yang masuk final sekalipun, maybe hal- hal keganasan still akan berlaku....kadang2..bagi kite..media massa pun play a big role in exagerating anything taht happened, maybe perkara kecik, tapi diperbesar-besarkan...n maybe jgk perkara tu mmg berlaku...tapi hakikatnya....someone need to initiate something supaya perkara2 yang x baik x kisah la ape2 pun, x kan berlaku lagi akan dtg, x kisah la pasukan mana yang masuk final piala malaysia, x nk la instead of merapatkan hubungan rakyat malaysia, bola ni jadi satu medium permusuhan pulak....

Anonymous said...

I agreed with salha's statemnt saying that..
"SOMEONE need to initiate something supaya perkara2 yang x baik x kisah la ape2 pun, x kan berlaku lagi akan dtg"

2 me, d word SOMEONE means us who i believe r brothers & sisters that should play a very big part in shaping our country Islamically, knowing that our current conditions i.e. social, economy, culture, laws, educations, etc... and especially those who r enforcing and administering it r partially or not(correct me if im wrong) following Allah's guidances at all ..

"Dan mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)"
(al-Ahzab, 33:67)

Sir Rid.one said...

buat salha...
setuju sangat.....
rasa asabiah itu salah satu puncayang menyebabkan keganasan dalam permainan bola sepak....tapi kalau kita boleh menjadikan perkara ini satu benda di bawah kawalan, kita yakin perkara keganasan tidak akan berlaku pada mana-mana pasukan sekalipun....

post ini dilihat dari sebelah sudut sahaja....mungkin perlu pandangan yang lain, terima kasih atas komen yang membuka minda yang menulis......

Sir Rid.one said...

buat anonymous...
kita menyedari akan hakikat tersebut...
cuma apa yang diperkatakan ialah dalam masyarakat kita,terdapat kurangnya tanggungjawab yang dipikul oleh setiap muslim (brothers and sisters) dalam membantu membentuk negara kita ke arah yang lebih Islamik.....kita melihat perkara kecil seperti permainan bola sepak, cukup menggambarkan risiko yang berlaku sekiranya kita tidak mematuhi syariatNya, dan perkara lain juga perlu dilihat, baru kita dapat gambaran kepada keadaan di negara kita....