Friday, April 15, 2011

Daybreakers : Apabila Manusia Melanggar Sunnatullah

Hmm, baru selesai menonton filem Daybreakers di "panggung wayang" laptop malam tadi...
(me laptop is me cinema)

Apa yang dapat diperkatakan ialah plot filem yang amat menarik dan cara penyampaian seolah-olah anda dapat merasakan ketegangan watak-watak dalam filem tersebut. dan pastinya tajuk post ini agak lain kerana ia menyentuh asas-asas kehidupan kita sebagai hambaNya di muka bumi ini.

Beberapa rumusan dapat dibuat ialah bagaimana penerbit filem menggambarkan kehidupan manusia di muka bumi ini, dimana pada tahun 2019, semua manusia telah bertukar menjadi puntianak dan mereka telah merebak ke seluruh dunia. Manusia biasa menjadi sumber makanan (darah) dan mereka hanya bergantung kepada sumber itu. Selain itu, banyak lagi babak yang menggambarkan kehidupan puntianak di malam hari, sebab mereka tak dapat hidup dengan cahaya matahari, dan banyak contoh lagi seperti kedai menjual darah, darah sebagai manisan dalam kopi dan wain (wine).......


lupa nak cakap, permulaan cerita ini juga menarik, menampilkan seorang budak perempuan yang membunuh diri dengan cara menulis surat sebelum dia membunuh diri. kemudian, dia duduk di depan rumah sambil menunggu matahari untuk menjelma, lalu cahaya matahari tersebut membakar perempuan itu....amat tragik kematian dia....

mengapa dikatakan melanggar Sunnatullah?....sebabnya sudah terlalu jelas dan ketara, manusia yang tidak mahu manusia, memilih untuk menjadi lembaga yang hanya bersumberkan darah. Sebagai manusia, kita dilimpahi nikmat yang amat besar daripada Allah untuk menggunakan sumber bumi sebaiknya dan melakukan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya. Namun, apa baiknya menjadi puntianak yang hanya makan manusia, hidup di malam hari, dan mati di siang hari (andai terkena cahaya matahari) dan hidup selama-lamanya....(mati itu pasti, hidup itu insyaAllah...)


sedih kan? apabila kita melanggar sunnatullah, semua akan jadi tak kena...
betul sekali, sebab dalam cerita ini, konflik mengenai sumber bekalan darah semakin kurang, dan mereka memerlukan alternatif selain memburu banyak lagi manusia untuk darah. antara alternatif yang dibuat ialah mencipta blood substitute sebagai pengganti darah. syarikat yang membuat darah tiruan tersebut bolehlah menjual produk itu dengan harga yang tinggi dan mendapat keuntungan yang besar. Subhanallah, manusia tidak akan sekali-kali melampaui sunnatullah, darah tiruan tersebut gagal dalam vampire trial (bukan human trial, hihi)dan mereka semakin terdesak dengan bekalan darah....


watak utama cerita ini ialah seorang haematologist (pakar darah), Ed Dalton yang bekerja di syarikat Bromley Marks Pharmaceuticals.dia merupakan seorang manusia yang telah "dipuntianakkan" oleh adiknya, kerana adiknya tidak mahu berjauhan dengan abangnya itu. dalam filem ini, dia telah terserempak dengan sekumpulan manusia yang sedang berada di kota vampire tersebut. diringkaskan cerita, Ed disuruh untuk membantu Manusia tersebut untuk mencari penawar terhadap puntianak, supaya disembuhkan menjadi manusia. Dikhabarkan salah seorang dari manusia tersebut telah berjaya menjadi manusia kembali selepas terkena cahaya matahari untuk beberapa ketika, dan setelah dia terjatuh kedalam air, dia menjadi manusia semula (mudah kan penawar itu..?) dan Ed telah melakukan proses yang sama untuk menjadi manusia balik.


cerita ini menjadi lebih menarik apabila terdapat simtom vampire kurang darah, dimana mereka menjadi ganas dan berkepak dan memburu darah. (mereka dianggap sebagai penagih darah (bukan dadah) kerana amat dahagakan darah..)oleh itu, tentera vampire telah dikerahkan untuk membunuh mereka semua kerana mengganggu ketenteraman masyarakat sekeliling. setelah itu, Ed telah bercadang untuk kembali ke kota vampire tersebut untuk pergi menyelamatkan semua vampire tersebut, kerana dia telah menjumpai penawar yang berkesan. Ketika di sana, Ed dan kawannya telah diserang adik Ed, dan menggigit kawannya itu......tetapi siapa sangka gigitan itu telah menyebabkan adiknya menjadi manusia semula. Jadi Ed membuat helah supaya ditangkap dan dibawa bertemu pengurus syarikat tempatnya bekerja (tak ingat namanya). Ed mahu kembali menjadi puntianak dan pengurusnya telah membuat apa yang patut untuk menjadi seorang puntianank, namun begitu, pengurusnya itu telah terkena helah Ed dan menjadi manusia semula.

dan kesian, pengurusnya itu dimakan hidup-hidup oleh tentera vampire yang amat dahagakan darah. babak akhir cerita ini menyaksikan adik Ed mengorbankan dirinya untuk dimakan tentera vampire dengan tujuan mereka semua menjadi manusia kembali, begitulah seterusnya apabila mereka menjadi manusia, lebih ramai vampire army yang datang menyerang (seakan-akan chain reaction...haha). dan akhir filem ini, Ed dan kawannya telah melarikan diri dari kota tersebtu...(sejujurnya, pengakhiran filem ni agak hambar kerana kita mesti mengharapkan yang berlaku selepas itu ialah usaha "memanusiakan" vampire ini dilakukan oleh mereka. dan selepas itu terdapat sound clip dalam bahasa sepanyol kalau tak silap, mungkin sebuah berita mengenai vampire sudah tiada dan semuanya menjadi manusia kembali.


apa yang dapat dirumuskan lagi ialah buruknya bila manusia melanggar fitrah kejadian.
sumber makanan yang melata di muka bumi ini (tumbuhan, binatang) tak diguna, tetapi darah yang menjadi mangsa.....dan sememangnya penciptaan darah itu amat rumit, dan kita tidak mampu melainkan jika Allah izinkan....

seterusnya, bagaimana sinar harapan untuk menjadi manusia kembali membara selepas krisis puntianak tersebut. Kita ibaratkan manusia yang telah menyimpang jauh dan ingit bertaubat kepada Allah s.w.t. dan cerita ini juga memberi pengajaran bahawa hidup ini perlu kepada sebuah pengakhiran, iaitu kematian, kerana jika kita hidup selama-lamanya, pastinya dunia ini lebih teruk dan jijik dari apa yang dapat difikirkan......

sebuah filem yang menarik, membuat kita berfikir balik, adakah kita ini hamba yang tak bersyukur?...dan teringat juga akan ayat dalam surah Ar-Rahman yang banyak kali dulang...

"berapa banyak nikmat Allah yang telah kamu dustakan...?"

tepuk dada tanya iman.....

insyaAllah, setakat ini coretan kamek yang kurang mahir bercerita, tetapi tetap ingin menyatakan yang baik.....

ps: mode exam, sebulan lagi...semoga dipermudahkan urusan.......

trailer cerita daybreakers, link di sini...

http://www.youtube.com/watch?v=ivnHBNM0_GU

No comments: