Salam sejahtera diucapkan, moga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya, dengan izin ilahi. Syukur, kita masih dipertemukan dengan dunia ini, manusia di sekeliling berkemungkinan memerlukan kudrat kita, fikiran kita, masa kita, dan banyak lagi, malah mereka mungkin memerlukan kita sebagai wasilah kebahagiaan, kita tidak tahu fasa manakah kehidupan ini dimana kita diperlukan, atau kita memerlukan orang lain, malah kebiasaannya kita tidak akan merasa diperlukan sama sekali. Oleh itu, renungkanlah akan kehidupan yang telah dilalui, adakah rasa memberi itu sudah mekar, ataupun masih mencari-cari pola kehidupan yang ideal, selari dengan tuntutan syariat.
TETRIS
Kepada sesiapa yang mengetahui akan perkataan ini, andalah pemain game yang tegar. TETRIS merupakan sebuah permainan menyusun blok-blok yang selalu kita main di brick game, ataupun permainan yang boleh didapati secara murah di kedai-kedai tepi pasar, dan pasar beli-belah.Permainan ini diasakan oleh seorang saintis Russia, Alexey Pajitnov pada tahun 1984, dimana permainan ini menjadi kegilaan manusia setelah ia dipopularkan oleh seorang pembuat permainan video, Henk Rogers. Berdasarkan rentetan sejarah, permainan tetris ini telah menjadi subjek kepad pelbagai ujikaji, bahkan dari segi permainan itu sendiri, dimana ia masih dimainkan sehingga sekarang, dalam perlbagai platform seperti iphone, ipad, telefon bimbit, mahupun secara online. Untuk bacaaan selanjutnya boleh layari laman web rasmi tetris seperti berikut.
http://www.tetris.com/
Tetris merupakan permainan yang pertama yang kamek main, sebelum berubah kepada platfrom pc desktop. Dan ternyata permainan ini sangat menarik, sehingga sanggup makan cepat-cepat semata-mata untuk meneruskan permainan. kegagalan ketika menaymbung blok binaan seperti tidak mematahkan semangat untuk terus bermain. Dan sehingga sekarang pun kamek masih main, tapi guna iphone (graphic sangat best, haha)
Kehidupan
Dalam kita menilai setiap blok binaan tersebut, ia terbahagi kepada beberapa bentuk, ada yang panjang, bentuk L, bentuk T yang pendek, kotak, dan juga bentuk kilat. Tujuan permainan adalah satu, untuk menguji daya kreatid kita untuk menyusun blok-blok tersebut agar muat antara satu sama lain. Dan pada masa yang sama, terdapat pelbagai mode permainan seperti mencipta rekod binaan paling banyak markah dalam masa yang ditentukan, ataupun menggunakan sistem nyawa, 3 cubaan diberikan untuk mengelakkan daripada kalah. Permainan dikira kalah sekiranya binaan telah memenuhi skirn, dan tidak dapat dileraikan. Sangat mudah dan ternyata permainan inilah yang membuka ruang untuk kamek berbicara tentang kehidupan, semudah tetris yang dicipta.
Lompang
Dalam setiap blok tersebut, ada keistimewaan yang tersendiri, lihat saja pada yang panjang, boleh digunakan untuk ruang yang sempit, betuk kilat untuk memenuhi ruang yang bengkok, kotak untuk memberi markah lebih, begitu juga dengan bentuk L. Dan bentuk T sebagai penambah perisa, pendek kata semunaya memberi keselesaan kepada pemain untuk memilih apa-apa pun bentuk binaan, berdasarkan blok yang diberi. Cabaran bermula dengan satu skrin yang kosong, tiada apa-apa, kemudian baru dimulakan dengan pemberian blok yang pertama....
Begitu juga dengan kehidupan, semuanya bermula dari tiada kepada ada. Maha suci Allah, yang menjadikan kita dari tiada kepada ada, kemudian disempurnakan kejadian manusia, dan terus wujud di muka bumi ini.kita teruskan permainan.....
blok yang diberi adalah secara rambang, tidak kisah bentuk mana pun, akan diberi, perkara pertama ialah untuk meletakkan blok yang pertama pada dasar yang kosong, kemudian blok demi blok akan diberi untuk membina binaan, markah akan diberi sekiranya kita dapat memenuhi satu lapis binaan (maksudnya satu layer yang penuh dengan bahagian blok), markah akan diberi.
Hmm, fikirkan balik, macam mana lah nak bermula dari asas yang kosong, kemudian blok yang diberi seperti tidak kena....silap kot orang yang main tetris ni, begitu juga dengan kehidupan ini, kita dengan asas yang tiada ataupun tdak mengetahui pun yang kita ada asas, dan terus diberi dengan kehidupan yang didatangi dengan 'blok' dalam pelbagai rupa, rasa, warna untuk dipenuhi dalam hidup kita ini. Baiklah, kita teruskan permainan....
kemudian kita lama kelamaan tahu untuk bermain tetris ini. blok demi blok disusun dengan baik, dan markah semakin lama semakin naik.....Tahniah, anda telah menguasai sedikit permainan ini, semoga cermat dalam menyusun blok-blok ini.
HA!!!
dh pandai main, dan cermat menyusun blok...wahai manusia, sekiranya kita tahu akan tujuan kita hidup di dunia ini, sudah tentu kita akan cermat dalam menempuhinya. begitu dengan permainan ini, anda sudah tahu macam mana nak bermain, dan kemudian meraih markah demi markah. Ibaratkan ia seperti pahala, anda tahu kebaikana mana yang ingin kita buat, dalam permainan ini, semakin banyak layer yang dipenuhi dengan blok, semakin besar markah. Oleh itu, semakin banyak kebaikan yang kita buat, ataupun semakin besar usaha kita untuk membuat kebaikan, maka semakin besar pahala buat kita nanti di akhirat, insyaAllah...teringat kt kata-kata Syeikh Yusuf Qardawi
"setiap inci permukaan bumi ini adalah tempat terbaik untuk menanam benih-benih syurga"
penuhilah hidup kita dengan blok-blok yang memberi pahala!!!!
Lompang 2
Kemudian semakin lama kita bermain, permainan secara automatik akan menjadi cepat, dan kita dikerah untuk menyusun blok dengan lebih cermat. sekiranya tersilap langkah, blok tidak disusun dengan baik, maka ruang yang kita ingin pernuhkan itu tidak jadi. Ada juga blok yang diberi, tidak muat, maka terpaksa korbankan ruang tersebut, dengan harapan blok yang sesuai akan muncul...
klu di situ....
Dalam menempuhi kehidupan yang singkat, tidak semua perkara yang mendatangai kita adalah dalam keadaan yang kita ingini, ada yang baik dan buruk, cepat dan lambat, dan sebagainya. Hakikatnya, hidup kita ini pasti ada lompangnya, dengan harapan hadir nikmat dari Allah ataupun rahmatNya untuk mengisi kekosongan, meleraikan kekusutan, menghilangkan kebimbangan dalam setiap ujian yang diberi. pastinya dalam permainan tetris, anda akan menyumpah, merungut, mengeluh.....
"blok tak cun" " apa la blok ni tak keluar2 lagi" " adeh2, takde blok lain ke?"
semuanya terpacul dari mulut dan fikiran kita sendiri. Maka asimilasikan dengan realiti, berapa banyak sudah blok kehidupan yang telah kita keluhkan, yang hadirnya diterima dengan rasa terbeban, kecewa, tidak puas hati, percayalah ada ujian disebaliknya ,dan jika disingkap lagi, ada hikmah yang sudah tersedia, tinggal kita untuk bersabar meraihnya.....
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu, dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al Hadid: 20)
Naik level
Setelah bertungkus lumus untuk menyusun blok, permainan tetris dimeriahkan lagi dengan level-level dimana kita dituntut untuk meraih sebilangan markah untuk melangkah ke level seterusnya. Kamek sendiri, memang sangat gembira bila dapat naik level, rasa seperti sudah pakar, dan boleh hebohkan kt kawan-kawan, adik-adik.haha...
begitu juga dengan usaha kita dalam menempuh dugaan ini. Anda tentu biasa dengan hadith-hadith yang banyak menerangkan tentang tingkatan darjat manusia, dengan kebaikan kita boleh menaikkan darjat kita. InsyaAllah, moga-moga dengan blok yang sudah kita bina, mampu memberi pahala yang boleh menaikkan darjat kita di sisi Allah s.w.t .amin.....
akhir sekali, adat permainan selalunya kalah atau menang, pengakhiran game tetris hanya mudah, sekiranya kita masih gagal menyusun blok, maka binaan itu akan jadi kurang cantik, seterusnya memenuhi skrin sehingga tidak ada ruang mencari markah, dan bila skrin teratas sudah penuh, itulah pengakhirannya......huhu,sedih2..
begitulah, sekuat mana pun usaha kita untuk menyusun blok-blok kehidupan, kita akan bertemu dengan pengakhiran kita, iaitu maut dan akan ke akhirat selepas itu. Sekuat mana pun usaha kita, kita pasti bertemu dengan ajal kita. Barangkali, kita sudah kehabisan tenaga untuk terus membina, atau terus memberi, maka itu signal untuk kita mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat. Usaha yang berterusan dapat dinilai dengan markah yang kita kumpul, dan itulah result kita, semakin banyak pahala, maka semakin banyaklah peluang kita untuk meraih syurga. Permainan tertis ni ada lemahnya, memang kalau kalah dikira loser, dan akan mula permainan kembali.
Tetapi untuk kehidupan, boleh ke nak restart balik?
mungkin kita kalah, tetapi dengan usaha dan markah yang terkumpul, insyaAllah dengan redha dan rahmat dariNya, cukup untuk meraih syurga yang kekal abadi.
Dan Allah tidak akan menangguhkan seseorang apabila datang ajalnya. Dan Allah adalah al-Khabir (Maha Mengerti/Mengenal) akan apa yang kamu kerjakan. (Al Munafiqun: 11)
Maka, seruan buat kamek sendiri, teruskan membina blok-blok kehidupan dengan teliti, hayati setiap blok yang datang, bersyukur dengan markah yang diberi, dan jangan mudah leka, sehingga kita kembali bertemu denganNya.....
Hidup ini, tiada seri tanpa kalam ilahi,
terasa kosong tanpa panduanNya,
tiada seri tanpa contoh Rasulnya,
tiada pengajaran tanpa hikmah,
tiada keinsafan melainkan kesedaran,
moga beroleh kekuatan dalam membina semangat ini,...
teruskan berjuang wahai sahabat,
nilai istiqamahmu sangat berharga dimata ini,
buktikan iman kita tidak semurah yang orang lain sangka,
tidak selemah yang musuh kita fikirkan,
teruskan berjuang wahai sahabat,
kiranya anda tersungkur,
tunggulah blok kehidupan yang datang menyelamatkanmu,
percayalah semua itu adalah dari ketentuanNya,
yang mencipta kita semua,
yang akan menilai kita semua,
dengan penilaian yang abadi.....
Dari Anas bin Malik radliallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Sesungguhnya besarnya pahala sepadan dengan besarnya ujian.
Sesungguhnya Allah, apabila mencintai seseorang maka Allah akan mengujinya
sekian, wallahualam...
No comments:
Post a Comment