Tuesday, March 4, 2014

INDIA : DONE

Menulis dengan tenang dari rumah di Miri...

Alhamdulillah, sudah 4 hari berada di tanah air, sudah tamat fasa pertama pengajian perubatan di India. Tinggal dua tahun setengah lagi untuk bergelar graduan perubatan (ataupun doktor, yeay). Sehingga kini masih kepenatan, seperti baru balik dari misi kemanusiaan, meninggalkan sebuah tempat yang benar-benar mengajar dan memberi banyak hikmah sepanjang kehidupan ini. Tidak sanggup untuk meninggalkan tempat yang masih dahagakan dakwah islami yang semakin terancam di sana. Dan aku telah kembali ke tempat yang hampir sama, cuma berbeza cabarannya.

Perjalanan ilmu ini akan berterusan, dan aku rasakan hampir dua tahun pertama ini, penuh dengan pengajian buku dan jurnal. Dan sekembalinya ke kampus nanti, sesi klinikal akan menjadi medan utama untuk belajar, kali ini banyak dengan manusia, dan sedikit dari buku. Syukur, ini adalah saat yang dinanti, ingin belajar untuk menjadi doktor yang cekap dan cemerlang, dan juga mampu merawat pesakit, luaran dan juga dalaman. Malah, aku ingin belajar untuk menjadi seorang yang boleh seimbangkan kerjaya dan dakwah, penyumbang kepada perubahan dan kesejahteraan orang ramai (pencetus ummah?)

Dan India, sememangnya akan dikenang setiap kali aku termenung, sekurang-kurangnya tidak kosong lamunanku nanti. Tempatnya, makanannya, orangnya, kehidupan di sana, akan aku rindui. Dan juga berjumpa dengan orang yang betul-betul aku kagum dengan dakwahnya, aku sangat bersemangant bersama mereka, doaku agar berjumpa lagi di medan dakwah, moga termakbul ya rabb.

inshaAllah, masih banyak yang perlu diperbaiki, menjadi seorang amilin, perlukan ilmu yang cukup, banyak pengalaman, dan juga rasa rendah diri untuk belajar dengan orang lain, kerana jalan juang ini sangat sukar, perlukan hati yang kuat untuk meredahnya. mohon doanya dari kalian.....

baiklah, jika menulis akan kenangan di manipal, terlalu banyak untuk ditaip rasanya. Namun begitu, semoga diri ini terus kuat dalam mengejar cita-cita, sebagai alat, untuk mencapai matlamat kehidupan yang sebenar...


terima kasih India, moga bertemu kembali...
dan selamat datang Malaysia, akan kehadiranku...
ya rabbi, moga tidak sia-sia semua ini....


*post terakhir adalah september lepas, memang agak sibuk pada semester terakhir di manipal..hehe


one of the best spot in manipal, KMC greens
#backforummah

No comments: