Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Guru
Dirimu amat berharga
Ilmumu amat kudamba
Kelibatmu sentiasa menceriakan diriku
Yang menanti setiap cangkir ilmu dan kasih sayang

Guru
Kadangkala aku tersilap kata
tersalah bahasa
Engkau seperti memahami.....
Apakah aku yang bersalah selama ini?

Guru
Kini ku berikan sebuah hadiah
hadiah kejayaan dan kecemerlangan
Engkau berhak ke atas kedua-duanya..
Aku gembira kerana mampu membahagiakanmu....

Guru
Pertemuan kita telah diaturkan di langit
dan ditakdirkan di bumi
Aku bersyukur kepada ya Rabbi
atas kesempatan ini....

Semoga kita bertemu lagi
Untuk memperjuangkan ilmu dan pengetahuan
demi masa hadapan
demi satu matlamat...
satu perjuangan...
demi mencari RedhaNya......
sekian

Hatiku berbisik rindu padaMu, ya Allah..........ampunkan dosa guru-guruku.....amin

No comments: