Konsep 1Malaysia ilham Tun Razak
KUALA LUMPUR: Konsep 1Malaysia hasil ilham Datuk Seri Najib Razak adalah kesinambungan kepada wawasan arwah ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri kedua negara, kata tokoh akademik, Tan Sri Arshad Ayub.
Katanya, Abdul Razak adalah seorang pemikir masa depan yang unggul, termasuk berupaya menggubal dasar pendidikan yang berjaya menyumbang kepada pembinaan negara bangsa, malah melahirkan generasi pemimpin pendidikan.
Katanya, kegigihan usaha dan pengorbanan Abdul Razak ketika menerajui kepemimpinan negara dalam pelbagai aspek utama meliputi pembangunan luar bandar, perpaduan nasional, kesedaran sosial dan pendidikan, ternyata membuahkan hasil yang turut dinikmati sehingga generasi sekarang.
“Tidak diragui lagi bahawa Tun Abdul Razak adalah pemimpin berwawasan. Beliau hanya menjadi Perdana Menteri untuk tempoh enam tahun, tetapi kepemimpinannya padu dengan tindakan yang memberi kesan amat besar kepada pembangunan nasional, sumber manusia dan kelahiran model pendidikan,” katanya.
Hmm,a true leader to Malaysia.Marilah kita bersama menuju ke arah kegemilangan dan kecemerlangan bangsa dan negara.Sekian.
No comments:
Post a Comment