Salam sejahtera dan salam ramadhan diucapkan.
Alhamdulillah, kita boleh "declare" diri kita sudah seminggu berpuasa, berjuang menentang hawa nafsu dan sebarang anasir yang cuba membatalkan puasa kita. Apapun, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t yang masih memberi kudrat dan nikmat kepada kita, selaku hambaNya untuk terus melaksanakan tuntutan ini.
Alhamdulillah.....
Hari tok kamek berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu ataupun spesifiknya usrah, dimana Kelab Remaja Amal Miri menjemput belia-belia, mahasiswa dan pelajar untuk turun dan berkumpul di Masjid At-Taqwa Miri untuk berkongsi ilmu, pendapat, pengalaman dan sama-sama meraih kemanisan ramadhan yang penuh berkat ini. Syukur, atas perancangan yang rapi dan cekap, usrah ini telah berjaya menghimpunkan 13 jiwa yang dahagakan ilmu agama, rindu akan perkongsian ilmu dan ukhwah dan bersama berfikir mengenai masalah masyarakat di Miri ini.
Topik utama USRAM yang pertama ini berkisar tentang ramadhan dan setiap ahli usrah diminta untuk memperkenalkan diri dan memberi tazkirah mengenai bulan Ramadhan beserta sedikit pengisian. Ternyata, 13 minda telah memberi impak yang besar dalam membantu menghayati dengan lebih dalam dan nyata akan istimewanya ramadhan kepada kita, betapa beruntungnya kita sekiranya kita mengetahui akan hakikat ramadhan sebagai bulan ibadah, rahmat dan sebagainya. Kamek kagum dengan para sahabat kamek yang cukup dalam ilmunya, walaupun bukan seorang guru agama, tetapi seorang engineer yang bekerja di sektor oil and gas. Subhanallah, semoga Allah merahmati setiap detik yang dilalui dalam usrah ini.....
dan kamek orang berpeluang untuk berdiskusi dengan naqib usrah, Ustaz Masirun dari Jabatan Agama Islam Sarawak cawangan Miri, yang memberi penjelasan sedikit mengenai fiqh dalam bulan puasa dan info tentang isu kek lapis dan juga golden churn. Amat menarik perbincangan tersebut, masing-masing terpesona dengan maklumat yang disampaikan, maklumlah, sik pernah dengar gik maklumat ya, dan sempat juga menyentuh tentang isu halal dan haram dalam masyarakat Miri ini.
InsyaAllah, semoga usrah ini dapat berjalan lancar dalam edisi keduanya, iaitu pada 14 ogos ini, dan tempatnya akan diberitahu kemudian. Sebarang pengisian setakat tok kamek cuma buat nota ringkas, akan diperincikan dalam post yang akan datang. (kamek perlukan sedikit kajian dan bacaan mengenai perkara yang kamek tanyak time usrah tadik).....
sekian,
"sambil berjalan sepak batu, sambil ber-usrah kutip ilmu"
wallahualam
No comments:
Post a Comment