Thursday, August 18, 2011

Satu perjuangan

"Wah, hebatnya. mana kau dapat tahu semua ni? aku tak pernah dengar lagi.."

"Tu la, kau tak datang usrah, rugi tak dapat semua ni.."

"Oh ye ke, kalau macam tu kalau ada sesi seterusnya, mesej aku, aku datang.."

Lalu terhentilah perbualan antara Yusuf dan Hazim, dua sahabat ini sentiasa bertukar-tukar ilmu, tetapi selalunya Yusuf yang lebih menyerlah manakala Hazim hanya lebih suka berdiam diri. Namun mereka berdua inilah yang selalu menjadi sandaran kepada gerakan anak-anak muda di kawasan perumahan mereka. Syukur, dengan kelebihan dan pengalaman yang ada, anak-anak muda di kawasan perumahan Taman Indah semakin dekat dengan Islam. Remaja dan belia semakin ramai memenuhi solat isya' dan subuh. Kuliah agama sering dipenuhi oleh mereka, hinggakan orang tua yang selalu ke masjid tersebut kagum dengan dakwah yang dilakukan oleh Yusuf dan Hazim. Entah bagaimana, buat pertama kalinya dalam 20 tahun, generasi muda di kawasan perumahan tersebut telah menjadi pemuada-pemudi yang mampu membawa Islam dalam diri.

Malam Jumaat

Bacaan surah Al-Kahfi berkumandang selepas maghrib, diketuai oleh Hazim. Hazim merupakan seorang hafiz dan masih menuntut di sebuah universiti di luar negara. Status tersebut tidak pernah dijadikan sebagai alasan untuk menyombongkan diri, malah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan program masjid dan rukun tetangga di situ. Jemaah Masjid semakin menggemari bacaan Al-Kahfi, dengan jaminan terselamat daripada fitnah Dajjal sebagai ganjaran, tidak salah untuk merebut peluang ini bagi menyediakan diri akan kedatangan makhluk tersebut.Nauzubillah

Yusuf pula masih belum pulang daripada sekolah, sebagai guru sandaran, dia selalu cuba mendekati golongan pendidik yang kurang prihatin terhadap pelajar, malah tidak menunjukkan sebarang karisma sebagai guru yang menjadi role model kepada para pelajar. Yusuf seorang yang pandai berucap dan biasanya ceramahnya mendapat sambutan yang baik. Cuma, jihadnya di sekolah di kawasan perumahan itu, adalah untuk membentuk barisan pendidik yang sentiasa bersemangat dalam menjalankan tuntutan kerja, di samping menerapkan unsur keIslaman dalam diri.


begitulah ceritanya.....

"Assalamualaikum Yusuf, kenapa lewat datang hari ni?"
"Waalaikumussalam.Oh, tadi ada pelajar yang lewat balik dari sekolah, jadi terpaksa temankan, pak cik pengawal tu kebetulan sakit perut, takut apa-apa berkalu dekat budak tu, menyesal tak sudah nanti"

"Wah, semoga Allah memberkati pengorbananmu Yusuf"
"Amin, sahabat"

Hazim dan Yusuf tinggal berdekatan, dan setentang dengan padang bola Taman Indah. Dulunya padang itu penuh dengan kutu rayau yang tidak habis-habis melepak dengan gitar dan minuman keras, namun semua itu sudah lenyap, kutu rayau tersebut seperti sudah tidak wujud lagi. Terkenang akan nasib sahabat mereka, Kamal yang terjebak dengan golongan kutu rayau, dan sekarang tiada berita akan keadaan sahabat mereka itu.

Rumah Yusuf

Yusuf tengah menghadap laptop, sambil menjamu aiskrim. Rancangan tv yang ditonton adiknya menarik perhatian Yusuf, di mana pengacara tersebut menyentuh isu akan gejala sosial dalam kalangan remaja.

"Alhamdulillah, syukur akan hidayah yang diberi kepada kita semua, dapat mengelak dari terjebak dengan kebejatan sosial tu" ujar adiknya.

Seukir senyuman dilontarkan Yusuf kepada adiknya. tanda kepuasan. Aiskirm yang dimakan tadi telah habis, lalu diletakkan di tepi meja.

Ketika membuka akaun emel, Yusuf terpandang satu emel dalam folder inbox yang kelihatan sangat penting

e-mail inbox

"URGENT: Yusuf dan Hazim ,perlukan perhatian segera"

Yusuf segera menelefon Hazim. Panggilan bersahutan dengan salam suci, lalu bertanya akan emel yang diterima.

"Aah, aku pun dapat emel tu jugak. Tapi tak baca lagi, baru nak telefon kau. Tapi ok la, jimat sikit kredit aku.." sempat juga Hazim berseloroh.

"Haha, tak kisah pun, aku pakai telefon rumah. Macam mana, nak aku pergi rumah kau malam ni, ataupun nak bincang esok pagi, lagipun aku tak ada kelas sampai petang."

"Bagus juga, bolehlah kau belanja aku sarapan. Baiklah, kita jumpa di restoran depan Masjid, kalau boleh printkan emel tu. senang sikit nak buat catatan"

"Baiklah, malam ni kita baca dulu, esok pagi bincang"

"Ok, jumpa esok ye, Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" sahut Yusuf.

"emel apa yang sangat penting ni?" Yusuf bermonolog.
Walau apapun, esok merupakan hari yang penting, untuk bertemu Hazim bagi membincangkan akan kandungan emel tersebut. Tidak mahu untuk bertindak sendirian, emel itu dicetak tanpa dibaca pun, hanya menanti hari esok.......


No comments: