Saturday, September 3, 2011

Di bawah rimbunan Syawal...

Syawal yang dinanti telah tiba,
masa untuk kembali kepada fitrah yang nyata,
moga bercambah taqwa dalam jiwa,
subur dan mekar buat selamanya..


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan. mohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan, kelemahan dan keterlanjuran diri ini. InsyaAllah, masa semakin singkat untuk terus berada di tanah air ini, sebelum terbang menjejak kaki di perantauan.

Diingatkan agar dalam ketika menyambut hari raya, jagalah pergaulan, percakapan, mahupun perlakuan makan dan minum kita. sesungguhnya, umat Islam yang hebat ialah umat yang sentiasa bersyukur. Jadi, gunakan kesempatan yang ada, untuk bersyukur akan kembalinya fitrah dalam diri.

Jagalah pergaulan selagi mana lelaki atau perempuan tersebut adalah ajnabi buat kita.

Makan dan minum janganlah sampai sakit perut, cirit birit dan sebagainya. Kesian kat perut yang dah training sebulan tak makan banyak.

Kurangkan pembaziran dari segi makan, minum, perbelanjaaan. Gunakan pengalaman aidilfitri yang lepas untuk merangka jadual perbelanjaan dengan lebih baik pada aidilfitri kali ini.

Dan semestinya, cuba usahakan diri untuk berpuasa enam pada bulan syawal. Pahala puasa setahun menanti, cabaran ini agak senang untuk dibaca dan dihafal, dan semestinya sangat sukar untuk dilaksana. Jadi, doakan agar dimudahkan segala urusan. amin....

Fitrah dirai penuh gembira,
Ramadhan bagaikan tidak terasa,
Malulah siapa yang terkena,
Kerana rugilah mereka yang leka....


InsyaAllah, semoga ramadhan yang baru lepas menjadi cerminan prestasi iman kita untuk sebelas bulan akan datang ini, sebelum bertemu dengan ramadhan yang seterusnya. Andaikata kita terkurang sedikit semasa ramadhan, cuba untuk ubah diri selepas ini. Tiada bulan yang seberkat bulan ramadhan, rasailah roh ramadhan yang sudah ada dalam hati, biarkan ia bertapak di situ, memacu kita, patuh dan taat pada yang esa. amin, ya rabbal Alamin....


sekian,
salam syawal dari kamek....

No comments: