Saturday, August 16, 2008

Kita harus bangkit

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita sering melakukan kesilapan.tidak kira sengaja atau tidak,nampak atau tidak, kita tidak akan terlepas daripada melakukan secebis dosa.

Sebagai mukadimah, saya ingin menyeru kepada semua belia dan remaja islam supaya kita harus bangkit daripada kelekaan yang berpanjangan dan bangkit untuk mencipta kejayaan.
Janganlah kita sanggup menggadai maruah diri untuk sesuatu yang melekakan dan hanya bersifat keduniaan.Kita semua mempunyai matlamat yang satu; untuk mengecapi kemanisan iman dan nikmat yang berkekalan di syurga kelak.Kita janganlah leka dengan sesuatu perkara keterlaluan kerana ia akan membawa kepada pelbagai kesan sama ada baik atau buruk.

Walau bagaimanapun,sebagai hamba-Nya yang hina,sebagai seorang muslim,sebagai seorang manusia tidak kira pelajar,guru,pekerja,penyangak dan sebagainya, kita harus sedar yang kita sedang dinilai oleh Allah dan sentiasa dipantau.Setinggi mana ilmu yang ada,amalan yang dilakukan boleh lenyap begitu sahaja apabila kita berada dalam kancah maksiat dan nafsu durjana.

Kesannya, kita dipandang remeh oleh orang lain,kita disisih,kita menjadi topik utama sesi mengumpat oleh para manusia dan sebagainya.Tidakkah kita sedar dan malu tentang perkara ini ? tepuk dada tanya selera

Sebagai penutup,saya hanya memberi nasihat sekadar yang mampu.Jadikanlah peristiwa yang berlaku di sekolah saya ( kepada yang mengetahui perkara ini,faham-fahamlah.....) sebagai titik tolak dalam melaksanakan anjakan paradigma dan kesantunan diri dalam membina insan yang berbudi pekerti dan berintegriti.Akhir kata, selamat maju jaya kepada wira kita, Lee Chong Wei yang akan bertarung di pusingan akhir badminton di olimpik beijing.semoga kita dapat bawa pulang pingat emas untuk malaysia.hal ini juga menjadi iktibar kepada kita semua.........

kalau orang bukan islam boleh, mengapa tidak kita
kita dah cukup hebat dalam nyanyian, lakonan, hiburan
mengapa tidak dalam pelajaran,sukan, ekonomi dan lebih lebih lagi agama.........

renung-renungkanlah.............saya hanya hamba Allah yang amat hina


Assalamualaikum.

No comments: