Friday, August 29, 2008

Merdekakah kita?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Merdekakah kita?Persoalan ini sering menghantui kita.kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana kita berada dalam suasana yang aman dan sejahtera.Dilimpahi dengan pelbagai kesenangan dan nikmat.Setelah lama kita semua dijajah oleh pelbagai penjajah yang kejam,akhirnya kita dapat bebas berdiri di tanah sendiri.Persoalannya,merdekakah kita?adakah kita benar-benar merdeka?tepuk dada tanya selera..............

Apa yang dimaksudkan dengan merdeka bagi kita? sesetengah akan mengatakan bahawa kemerdekaan adalah kebebasan untuk
bersuara.merdeka beerti dapat melakukan apa sahaja yang kita inginkan kerana kita sudah bebas.dan macam -macam lagi.Ya,ia memang benar bagi kita semua. Walau bagaimanapun,kita sebenarnya belum lagi merdeka secara mutlak.........fikirkanlah

apa yang dimaksudkan disini ialah kita sebenarnya merdeka dari segi zahirnya sahaja dan belum merdeka sepenuhnya secara dalaman ataupun batin.Kita memang sudah bebas daripada cangkaman penjajah tetapi adakah kita sudah bebas daripada cengkaman mentaliti penjajah yang amat licik dan berunsur negatif?kita dapat lihat rakyat di negara kita yang bebas, sihat dan cukup makan.tetapi apabila melihat kepada peribadi dan tingkah laku rakyat,perkara lain pula terjadi.

Apa yang berlaku?anak-anak muda berpeleseran di bandar raya,melakukan gejala sosial, melakukan jenayah, dan ada yang sampai ingin merosakkan perpaduan negara kita.Adakah ini merdeka bagi kita? ada rakyat yang merdeka tetapi tak ada hati yang merdeka.tunduk kepada pengaruh penjajah zaman moden.

tanpa segan silu,saya ingin menyeru kepada semua rakyat malaysia supaya berusaha mengekalkan keamanan negara kita,perpaduan negara kita dan akhir sekali imej negara kita. Jangan biarkan penjajahan minda terus berlaku.Kita mesti bersatu padu berganding bahu mewujudkan sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh.Ubah pemikiran kita yang selama ini telah terpesong dan kembali kepada ajaran islam yang sejati.

Semoga kemerdekaan kita ini dirahmati oleh Allah dan berkekalan sepanjang masa.Sesungguhnya Allah akan menolong sesebuah kaum yang berusaha untuk mengubah nasib mereka.........

Selamat menyambut hari kemerdekaan............PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

No comments: