Saturday, March 28, 2009

Gotong Royong di PDK Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.lamak dah sik update blog...........
Hmm,pada tanggal 21 mac yang lalu,saya bersama 19 orang belia islam pergi berjihad berbakti kepada masyarakat di Pusat Pemulihan dalam Komuniti di piasau kem,Miri.
Program ini merupakan batu asas kepada permulaan geng belia islam yang ditubuhkan ketika kem belia islam di eastwood valley tiga minggu yang lalu.Hmm,memang program ini amat pelik la tapi kami bertujuan ingin menanam sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.


Pdk miri............



Program bermula sekitar jam 8.30 pagi.Kami tiba dan disambut oleh beberapa orang staf PDK dan pengerusinya,Puan Chong.Kemudian kami berkumpul di laman belakang untuk mendengar sedikit taklimat ringkas mengenai PDK Miri.




para geng belia islam yang berada di tempat kejadian.....

selepas itu,kami pun berkumpul sekali lagi untuk membahagikan kumpulan dan mula bergotong-royong.antara tugas yang dibahagikan ialah membersih laman,mengemas taman bunga,mengemop lantai,menyapu sekitar taman permainan dan dalam bangunan.acara bermula jam 9.10 pagi.


selepas itu,tepat jam 11.30 pagi,semua kerja sudah selesai.semuanya nampak cantik dan teratur.memang hati berasa puas melihat hasil kerja yang diusahakan.kemudian kami berkumpul sekali lagi di laman belakang untuk sedikit jamuan.semuanya ditaja oleh raziman.Lekak ya,kami ada memberikan sedikit sumbangan berbentuk goodies dan beg hamper kepada pihak PDK.


para staf pdk

goodies...


12.15 tengahari.semua urusan telah selesai dan kami semua pergi makan snowflake.haha.kamek sik ikut la sebab mak ada hal.walau bagaimanapun,kamek amat gembira melihat komitmen masing- masing yang amat tinggi dalam menjayakan program ini.ya jak lah rasanya.selepas tok, geng belia islam akan beralih ke selatan miri di SMK agama untuk program seterusnya.hehe.................masih dalam perancangan.harap-harap menjadi.sekian,wallahualam.



emily...budak famous di pdk


para lelaki sedang beraksi....hehe


gambar bersama pihak pdk miri

No comments: