Tuesday, June 23, 2009

Kemana mahumu.........

Hmm,agak pelik tajuk post kali ini.Kemana mahumu? tepuk dada tanya selera.

Lumrah manusia ingin berubah dari satu dimensi ke dimensi yang lain.seiring dengan masa,manusia yang semakin berusia akan mempunyai banyak tanggapan dan persepsi terhadap kehidupannya sendiri.Malah,kita juga seringkali terjerumus ke dalam lembah kesulitan dan sentiasa terbelenggu dengan bahaya ataupun dugaan.

Namun begitu,di sebalik hakikat ini,manusia sentiasa mengumpul pengalaman dan pengetahuan sebagai panduan dalam kembara penterjemahan hidup yang hakiki.Apabila matlamat sebenar kehidupan telah pun diketahui,maka si manusia akan berusaha merangka strategi untuk menuju ke arah matlamat tersebut.Memang ada yang telah tahu matlamat hidup manusia dan ada juga yang masih buntu mencari petanda dan petunjuk mengenainya.

Mahmut Shaltut,seorang tokoh pembaharuan Universiti Al-Azhar menyatakan:
" agama islam mempunyai dua dahan utama yang tidak akan terwujud hakikat dan bukti pengertiannya melainkan jika kedua-dua dahan tadi mengambil tempat pembuktian dan wujudnya dalam akal,hati dan kehidupan manusia.Kedua-dua dahan itu ialah akidah dan syariah.Kedua-dua aspek itu pula amat berkait rapat.Al-Quran menerangkan akidah dengan keimanan dan syariah itu dengan amal soleh.Ternyatalah Islam bukan semata-mata akidah dan tugasnya bukan sekadar mengatur hubungan manusia dengan Tuhan sahaja.Malah,ia adalah akidah dan syariah yang mampu mengarahkan manusia ke seluruh aspek kebaikan dalam kehidupan."

agak dalam maksudnya.tetapi secara ringkasnya,kita dapati akidah dan syariah merupakan elemen utama pemangkin manusia ke arah matlamat kehidupan yang betul dan tepat.Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang mementingkan aspek akidah dan pelaksanaan syariah yang benar untuk menuju redha Allah.Selain itu,hadis-hadis Rasulullah dapat dijadikan sebagai huraian yang sempurna untuk menterjemahkan aspek syariah dalam kehidupan.

Jadi,berbalik kepada solan tadi...........Kemana Mahumu? kemana tujumu? inginkah anda jadi insan yang berguna atau menjadi manusia durjana? inginkah anda ke sekolah atau sekadar ponteng di pusat membeli-belah? ingin anda membantu saudara kita yang lemah atau bertindak zalim atas dasar kebencian? semua nya akan terjawab apabila kedua-dua dahan islam itu tertanam di sanubari dan mekar dalam jiwa kita.

Akhir kata,bersabarlah dengan dugaanNya dan bertakwalah kepada Allah.Jangan disia-siakan potensi kita untuk menjadi hamba Allah yang unggul,hebat dan diredhai.sekian coretan daripada hamba Allah yang hina ini.wallahualam.

No comments: