Friday, October 30, 2009

Jasamu dikenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Hmm, dua minggu lagi ujian final untuk semester kamek. Ujian akan berlangsung pada 9 hingga 13 november.lekak ya balit Miri......haha.

Kita ke sekolah untuk belajar.Kita diajar oleh cikgu. Baiklah, itu memang hakikat yang tdak mampu disangkal oleh semua manusia.Apabila kita sudah berjaya, sudah pandai,hebat kita akan berterima kasih kepada guru. Hal ini juga merupakan satu fakta yang amat menarik. tetapi, sejauh mana kita menghargai guru kita?.......Hanya Allah sahaja yang tahu.

Bukannya apa, sekadar peringatan kita bersama. Cikgu adalah satu profesyen yang amat mencabar dan mulia. Bukan senang untuk mendidik manusia yang bakal menjadi seseorang di masa hadapan. Bukan senang untuk membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang hebat dalam diri pelajar. Bukan mudah untuk memberi dan mengajar ilmu yang telah dipelajari. Sememangnya, guru merupakan 'ibu bapa' kedua bagi kita.

Jika tersalah bicara, harap dimaafkan. jika tersalah pertimbangan, anggaplah ia satu usaha kearah kesempurnaan. Jika kami selama ini menyebabkan dirimu rasa bersalah, jangan biarkan ia berterusan.Percayalah, kami sentiasa memerlukanmu dan sentiasa mengharapkan ilmumu yang luas.

Ya Allah, ampunilah dosa dan kesalahan guruku............
Maafkanlah guruku jika dia tidak mengajar kami dengan baik
Berikanlah petunjuk dan hidayat kepada guru kami untuk lebih berusaha menjadi seorang guru yang baik............
Sesungguhnya dia hanyalah insan biasa.........

Amat sedih bila berpisah dengan guru.
Berpisah dengan harapan untuk bertemu semula. Berkongsi ilmu dan pengalaman. Menghayati kebesaran ilmu Allah yang amat agung. Saat itu amat aku rindui....

InsyaAllah, dengan ilmu yang ada, dengan semangat yang membara, kami akan berusaha melaksanakan amanah kami sebagai pelajar............

Kamek menulis hanyalah sebagai meluahkan perasaan.sikda orang pake kamek meluahkan benda tok,jadi taip jak lah.semoga sesiapa yang membaca post tok......harap faham yang kamek tok tengah sedih,..............

Sekian sahajalah kali tok.....kepada semua guru-guru kamek, jasamu dikenang.
wallahualam.

1 comment:

iRsYAd said...

jasa guru tidak ternilai... besar pengorbannan... selagimana setiap insan yang diajar beramal baik dengan ilmu yang diajar,maka sekerap itu juga pahala yang akan guru itu dapat...