Thursday, July 21, 2011

Renungan sepanjang berprogram part 2

Part 2, sambungan daripada part 1

2. Mengenali tempat aktiviti

Perkara ini seringkali juga dibangkitkan dalam post mortem, dimana sesebuah tempat tersebut perlu sesuai dengan aktiviti yang bakal dijalankan, sama ada aktiviti dalam dan aktivit luar. Kesesuaian tempat mampu mempengaruhi mood dan perasaan para peserta, agar mereka dapat memberi fokus dan perhatian yang tinggi ketika aktiviti dijalankan.

di sini dicadangkan beberapa perkara yang perlu dilihat apabila ingin memilih atau meninjau sesebuah tempat sebelum membuat aktiviti:

1) darjah ketersampaian tempat tersebut

- untuk memastikan program berjalan lancar dan mengikut jadual, tempat-tempat aktiviti mestilah boleh diakses dengan senang oleh peserta dan urusetia. Selain itu, sekiranya aktiviti dijalankan di beberapa tempat, pastikan agar tempat tersebut tidak terlalu jauh antara satu sama lain, melainkan terdapat beberapa kekangan, seperti susun atur bangunan dan sebagainya.

- dalam meninjau sesebuah tempat, digalakkan untuk melihat keseluruhan kawasan, supaya urusetia dapat memaksimakan penggunaan tempat tersebut. Seperti konsep penggunaan pentas yang menyeluruh, tidak salah untuk menggunakan sepenuhnya tempat tersebut agar peserta dapat juga menghayati keindahan tempat tersebut.

2) kemudahan yang ada

- hal ini sangat penting terutamanya apabila berprogram di kawasan luar seperti taman awam, taman negara,

- untuk program di sekolah, kemudahan pastinya banyak disediakan, dan dapat dikenal pasti dengan senang

- untuk program di luar, dengan mengetahui kemudahan yang ada, urusetia dapat merancang aktivit yang bersesuaian ataupun sebaliknya, mencari tempat yang ada kemudahan sesuai dengan program. sememangnya sukar untuk mencari tempat yang serba lengkap, di sini diingatkan agar urusetia menyediakan bersedia dengan kelengkapan dimana tempat tersebut tiada.

contoh, sekiranya tempat tersebut tiada tempat untuk memasak, jadi urusetia perlu menyediakan peralatan memasak. terpulang kepada urusetia dalam menilai tempat tersebut, dan adakah ia sesuai dengan keperluan program.

3) kos dan perbelanjaan

- hal ini kadang-kadang menjadi penghalang dalam mengiiginkan sesuatu tempat dimana tempat tersebut sememangnya sesuai, cuma memerlukan kadar perbelanjaan yang tinggi. Perkara ni tidak menjadi masalah sekiranya mempunyai badjet yang mencukupi, dan sekiranya tidak, adalah perlu untuk mencari tempat lain yang lebih murah dan menyediakan kemudahan yang serupa. Perkara ini adalah sangat subjektif, tiada penentu aras yang tetap dalam perkara ini, semuanya terpulang kepada perancangan urusetia.


jadi, tempat untuk berprogram akan memberi impak yang besar kepada keberkesanan program. Hal ini sangat membantu dari segi konsentrasi dan juga kelancaran program. Oleh itu, perbincangan antara urusetia dalam memilih tempat adalah penting, supaya program tersebut berjaya mencapai objektif.


sekian, akan bersambung untuk bahagian seterusnya.

1 comment:

Salha Mohd Fadil said...

:)neat and nice..good job friend!!