Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin di seluruh dunia.Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keampunan daripada Allah dan diterima semua amalan.
Ramadhan dianggap sebagai sebuah universiti kepada kita.Setelah sebelas bulan bertegang urat dengan godaan syaitan dan nafsu,Allah memberi kita satu bulan dimana kita masuk semula ke 'universiti' untuk memperoleh ijazah bagi sebelas bulan seterusnya dan kitaran ini akan sentiasa berlaku.Dalam masa satu bulan inilah kita kembali kepada Allah,memohon agar diberikan kekuatan untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Hal ini bergantung kepada sedalam mana pengertian anda terhadap ramadhan dan apakah ramadhan memberi kesan atau tidak? tepuk dada tanya iman.Sesungguhnya Allah amat pengasih dan maha penyayang.Cuba kita membuat sebuah analogi.Sebuah kapal besar,amat besar sedang membawa muatan yang amat banyak dan semua yang kita inginkan ada di dalam muatan tersebut.Kapal itu singgah di pulau anda dan menunggu orang untuk mengambil muatan tersebut.Tetapi kita pada masa itu bersikap sambil lewa dan sekadar membelek-belek muatan tersebut tanpa membeli atau membuat sebarang urus niaga.Anda ingat yang ada lagi kapal yang akan membawa muatan seperti kapal tersebut dan mungkin lebih baik.Kerana sikap acuh tak acuh, kapal tersebut meninggalkan pulau tersebut dan berlayar pergi...............
Analogi ini adalah perumpamaan kepada sikap kita terhadap bulan ramadhan.Bulan yang menyediakan berlipat ganda ganjaran dan kebaikan tetapi kita hanya tidak bersungguh-sungguh mengejar tawaran tersebut.Oleh itu,saya menasihati diri saya dan anda agar kita beristiqamah dalam mengerjakan amalan puasa dan amalan-amalan lain.Akhir kata,semoga dipermudahkan urusan dan berjaya di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment