Friday, August 7, 2009

Ruang dan anda

Ruang atau space is defined as an amount of an area or of a place that is empty or that is available for use.Dalam erti kata lain, ruang merupakan sebuah lingkungan dimensi yang dikaitkan dengan pelbagai benda.Tidak kira masa,tempat atau keadaan, semua memerlukan sebuah ruang untuk membolehkan benda tersebut berlaku. Agak hebat, bukan? semua ini adalah kebijaksanaan Allah dalam membuat segala perancangan untuk kita.

Regarding to the meaning of space, we can interpret it into several concepts. How you define space in your live? what does space means to the children, old people, young adults like us? Well, we can obtain as many point of views from these people and finally come to a single conclusion....;we need space.

Kita perlukan ruang untuk menyelesaikan masalah kita.Apabila kita menghadapi sesuatu musibah atau kesulitan, kita akan masuk ke sebuah ruang dimana kita boleh meluahkan perasaan kita, muhasabah diri dan mencari jalan penyelesaian. Bahkan, kita juga perlukan ruang untuk menenangkan diri dan berhibur mengikut keperluan masing-masing.Adalah menjadi lumrah manusia untuk mencari sesuatu yang boleh memberi hiburan kepada dirinya.Oleh itu, sebuah lagi ruang diperlukan untuk memenuhi kehendak manusia yang amat lemah ini.

Dari segi akademik, kita memerlukan ruang untuk belajar, menelaah dan mengulang kaji pelajaran.Semua ini amat penting bagi menjamin kecemerlangan yang ingin diperolehi.Ruang juga menjadi isu penting dalam percintaan jika anda pernah mendengar alasan yang sering dilontarkan oleh si dia kepada kekasihnya iaitu " i need some space......".Memang kita mengkehendaki ruang untuk merenung kembali adakah kita benar dalam bercinta atau sebaliknya.

Dari sudut agama pula, ruang merupakan sebuah aset yang amat penting untuk beribadat, mendekati tuhan dan banyak lagi.Islam merupakan agama yang mementingkan disiplin dan keyakinan yang teguh terhadap Allah.Justeru itu, setiap muslim hendaklah membina ruang untuk bertaqarrrub atau mendekati Allah demi mencapai redhaNya.Ruang ini amat berguna jika kita ingin berjaya di dunia dan akhirat.

Terdapat banyak lagi perpektif dan pandangan mengenai ruang atau space dar pelbagai sudut dan keadaan.Sememangnya, kita tidak akan terpisah daripada kewujudan ruang dan apa yang boleh dilakukan ialah menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya.Semoga kita beroleh kejayaan dan rahmat daripada Allah...........amin.

Sekian coretan kamek pada kali ini.Ingin kembali ke ruang belajar, mok revise pake ujian.

Hmm.does anyone know what is "reversible pregnant"? please tell me............

1 comment:

Arrharatnasari Kachong Ma'arof said...

salam.
haha,nevermind abt the question...
just let it go..
neway,thanks!