Thursday, August 27, 2009

tahu,mampu,dan mahu

Kamu tahu, kamu mampu tetapi kamu tidak mahu,apakah itu?
Kamu tahu,kamu mahu tetapi kamu tidak mampu,apakah itu?
Kamu mahu,kamu mampu tetapi kamu tidak tahu,apakah itu?
Kamu tidak tahu,tidak mampu dan kamu tidak mahu.apakah pula itu?
Manusia memang begitu,semua benda nak tahu,
Bila dah tahu manusia mula mahukan benda itu,
Bila dah mahu timbul pula soal mampu,
Bila sudah mampu tiba-tiba tak mahu,
Manusia memang begitu...............

Sekadar kiasan terhadap pendirian manusia terhadap sesuatu.Kadang-kadang kita merasakan kita ini selalu membazir dan boros.Semua benda nak beli tetapi hakikatnya anda menginginkan benda itu hanya untuk sementara waktu.Ataupn kita amat berkehendak terhadap benda itu, tetapi tidak mampu.Kita terpaksa berusaha mencari jalan agar benda itu menjadi milik anda.Malah kita seorang yang mampu,kita hendakkan benda itu tetapi apabila ditanya apa benda yang diinginkan itu,kita tidak tahu.Sememangnya kita adalah pembeli yang sesat.

Oleh itu,pilihan di tangan anda.Semua yang berlaku di alam ini mempunyai sebab dan hikmah yang tersendiri.Jadikan pengalaman sebagai benteng kejahilan dan pengetahuan menjadi aspirasi hidup.Teguhkan pendirian anda sepanjang masa dan akhirnya anda menjadi insan yang cemerlang.Sekian.........

Current updates............

Knek di Miri sebab balit cuti pertengahan semester.Isnin minggu depan balit Shah Alam.Mok blaja chemistry dan siapkan banyak presentation.

Perjumpaan Mahasiswa Sarawak pada 29 ogos di Masjid Negara jam 12 Tengahari.Semua dijemput hadir.

Ya jak.................

No comments: