Friday, December 24, 2010

105:100

tidak ada kaitan dengan mana-mana surah

semalam baca berita di Berita Harian.....jumlah penduduk Malaysia sekarang berjumlah 27 juta...
dengan nisbah lelaki wanita.....105:100

Penting sangatkah mengetahui nisbah ini..?
Amat perlu sebab kerajaan perlu mengenal pasti bilangan lelaki dan wanita dalam menyediakan tenaga kerja demi membangunkan negara...malah bancian penduduk dilakukan setiap tahun bagi mengenal pasti peratusan penduduk asing di negara tercinta ini.

Kita pernah belajar tentang dasar kependudukan negara yang mensasarkan penduduk seramai 70 juta pada tahun 2100......masih lama dan agak jauh rasanya.....dan mengikut perangkaan jumlah penduduk iaitu 27 juta pada tahun 2010, kita mungkin dapat menepati sasaran 70 juta dalam masa 80 tahun yang akan datang.

Ramai yang bertanya kat facebook....tentang status kamek

"105:100...selamat2...hihi"




seperti yang dikomentarkan di facebook, banyak tafsiran yang kita boleh fikirkan....

Pertama: rupa-rupanya ramai orang lelaki di Malaysia ni....walaupun senarionya agak sukar untuk diterima.....ramai wanita di universiti, wanita banyak menjawat jawatan tinggi....kemanakah lelaki..?....selalu dikaitkan dengan pusat serenti ataupun sekadar perkerja bawahan....hmm, terharu bila dicongak semuanya, lelaki lebih ramai....

Kedua: sekadar lawak semata. maka meningkatlah persaingan dalam lelaki yang ingin mendapatkan wanita....seorang sahabat khuatir akan banyak sangat lelaki...takut wanita tak cukup!!! mungkin betul dan mungkin salah jugak...tapi persepsi lelaki memang begitu....
Senior kamek pun padah dalam fakultinya ada 5 orang perempuan jak....berbanding dengan berpuluh-puluh lelaki....bagi yang memahami, tahniah diucapkan.....

Ketiga: nisbah ini kalau kita bahagikan dengan dua. kita dapat 52.5: 50..........hmm, masih jauh dari salah satu tanda kecil kiamat.....nisbah lelaki perempuan 1:50....mungkin kamek kurang memahami maksud tanda kecil ini...tapi apa yang dapat difikirkan ialah jumlah keseluruhan lelaki dan wanita di malaysia ini agak sama.......kita tidak tahu mungkin 5 tahun depan nisbah lelaku berkurang?......ramai di kalangan saudara kamek yang anaknya perempuan...jarang sekali lelaki.....hmm,....

oleh itu, bagi siapa-siapa yang ada komen mahupun bangkangan dan pandangan...sila komen...

buat salha dan nadzirah...ini yang kite tengah fikir masa tulis post tu kt facebook....
sekian....

Sunday, December 19, 2010

Currently...and Now

Currently, we are still alive and breathe freely....
currently, the world is making a new history and discoveries.....
and currently, people are making efforts to survive for tomorrow.....
and now, what are we doing currently?....

online, lazying around, watching tv....and other stuffs......

currently, children are still suffering in Africa....
currently, Muslims are threatened in Palestine....
and currently, people around the world is having their own free time...
and now, do you feel free?

currently, we busy with the latest gadgets....
currently, we hurry for the latest news....
and currently, we hunger for delicious foods......
and now, what else do you desire?.......its up to you to decide....

and now, i'm typing this post....
still alive (Alhamdulillah)
still busy, hurry and hunger for those things i mentioned.......
and still care about the people around the world....


the question is....how about you?

Tuesday, December 7, 2010

1432

tahun baru hijrah buat kita...........
Selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah. Sudahkah kita menanam azam yang baru untuk tahun ini? ataupun ingin melaksanakan azam yang belum tercapai tahun sebelumnya? semuanya terletak pada kemahuan sendiri......

InsyaAllah, rata-rata umat islam di seluruh dunia akan berkumpul dan meraikan tahun baru dengan bacaan doa akhir tahun dan disusuli dengan doa awal tahun. Kemudian sesetengah Masjid mengadakan sesi ceramah atau forum sempena Maal Hijrah.....itulah sebaik-baik sambutan untuk menyambut tahun hijrah yang mulia........

dan terdapat banyak peristiwa yang berlaku di Bulan pertama tahun hijrah, bulan Muharram dan kelebihan bulan tersebut.........info tersebut boleh didapati di laman web ini:


Semoga dengan tahun baru ini (dan ada lagi tahun baru iaitu tahun 2011), kita semua dapat meletakkan kembali azam yang tinggi untuk berubah ke arah yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya......

tingkatkan prestasi kerja, kurangkan kegiatan dan salah laku pada diri.....
Kerjakan amalan fardhu dengan lebih bersungguh-sungguh dan tingkatkan amalan sunat dalam kadar yang mampu......
Perbaiki akhlak yang ada, dan cuba untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara..............



dan banyak lagi azam yang ada.........
semoga terlaksana hendaknya....


Thursday, December 2, 2010

lawatan solo ke kolej...











sementara menunggu adik yang sedang menduduki spm.......tok la kerja kamek....haha
(malas mok engkah banyak gik gambar.....tok pun dah cukup...)

Tuesday, November 30, 2010

Perlu sedar dan ingat semula......

Semalam melihat berita mengenai salah laku (atau dengan lebih kejam, penghinaan) yang dilakukan oleh seorang pemimpin yang menyalahgunakan malah menyeleweng terjemahan ayat Al-Quran.....harap anda memahami...........

Sedih melihat mereka sewenang-wenang melafazkan kata-kata suci Al-Quran sebagai hujah demi kepentingan diri sendiri, bukan kepentingan semua pihak......

Kita perlu sedar akan hakikat mereka yang ingin berkuasa melalui apa sahaja cara....baik halal atau haram......dan kita juga perlu sedar...bahawa kita sahajalah yang paling berkuasa mutlak mengatasi mereka.........

Kita juga perlu ingat semula akan penghinaan sebegini rupa dan peristiwa ini perlu dijadikan iktibar untuk terus belajar menguasai dan memahami kalam Allah....................

Semoga usaha kecil dan besar kita dalam mempertahankan Islam di negara berkekalan sehingga hari kita bertemu semula dengan Allah.........................


p/s: memang tak puas hati dengan pemimpin yang tidak mahu menggunakan pertimbangan akal yang sewajarnya dalam menilai sesuatu keadaan.....adakah ini yang dikatakan pemimpin yang matang?.......

Saturday, November 20, 2010

Stop wasting time and energy!!!!

Hmm, sekarang masih dalam mood untuk terus berehat........but not for long, sebab next week akan ada hospital attachment di Miri Hospital bersama sahabat seperjuangan dari INTEC, dan lekak ya ada jemputan majlis kahwin (pengilan) abang Azrul Jaini dan kak Siti Nurbaya di Pujut. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.....

Dan untuk sepanjang cuti tok, kamek didekasikan masa yang ada untuk persediaan peperiksaan A-level bulan jun tahun depan. Early preparation is crucial; sebab susah mok score and we aim for the highest grade.....A star!!! amin...............

Malam tadik ketika tengah mengaji Al-Quran, kamek baca surah Al-Maidah (bermaksud Hidangan) dan bahagian awal surah ada menceritakan tentang perihal sembelihan (selari dengan sambutan Aidiladha) dan juga tentang kaum bani Israel dan bagaimana mereka menyuruh Nabi Musa untuk pergi membebaskan kota suci daripada pendudukan oleh sebuah kaum yang kuat sementara mereka hanya menunggu waktu kemenangan. mereka mengatakan kepada Nabi Musa " Hai Musa, Kami tidak akan masuk ke sana, selama mereka masih ada di situ. Sebab itu, pergilah engkau bersama Tuhan Engkau, dan berperanglah engkau berdua, dan kami di sini akan duduk menanti"....Surah Al-Maidah, ayat ke 24.......


Dan ketika meneliti tafsiran surah tersebut, terjumpalah dengan terjemahan ayat ke 35...

"Hai orang-orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan carilah jalan (yang mendekatkan) kepadaNya dan berjuanglah di jalan Allah, supaya kamu beruntung."

Bila terbaca terjemahan ini, muncul satu perasaan dimana cuti semester ini harus dimanfaatkan untuk terus istiqamah dalam mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Sesungguhnya , rugilah orang yang sombong akan kelebihan yang ada pada dirinya kerana Allah mampu menarik balik semua itu pada bila-bila masa sahaja.....

dan kamek pun terfikir agar cuti ini, kamek berikhtiar untuk mencari jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya.......terutamanya dalam soal ibadah...dan juga menjalani kehidupan seharian berlandaskan syariatNya....insyaAllah, semoga beroleh hidayah dan petunjuk agar sentiasa tetap pada akidah dan taqwa kepadaNya......

dan pesanan kepada sesiapa sahaja dan sesiapa yang membaca, marilah bersama-sama mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan teruskan berjuang di jalanNya.....sesungguhnya tiada yang lebih menguntungkan di alam ini selain daripada mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurgaNya yang kekal abadi.....

dan sebagai seorang pelajar, ilmu yang dipelajari kita kaitkan dengan keimanan kita kepada Allah yang esa.....ilmu tersebut akan meningkatkan ketaqwaan dalam diri dan memberi semangat untuk terus belajar.....amin..............

tajuk post mungkin kurang sesuai, namun begitu kita harus berhenti membazir masa dan tenaga untuk perkara yang kurang penting.......sindiran buat diri sendiri (huhu)......

sekian, wallahualam



Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam sejahtera diucapkan.....
Hari ini, Alhamdulillah,sedang menjalani ibadat puasa pada hari arafah, semoga puasa kamek diterimaNya dan diampunkan segala dosa. amin...............

Daripada Abi Qatadah Al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa Hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya: "Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang"

(Hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده

وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله

Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;

“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ”(HR Muslim)

Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;

من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه

“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)"


source :

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/11/13/berpuasa-sunat-hari-%E2%80%98arafah-dan-kelebihannya/
Dan banyak lagi hadith yang mengatakan akan kebaikan dan ganjaran yang hebat kepada umat Islam yang berpuasa pada Hari Arafah dan juga 9 hari pertama bulan Zulhijjah.
Bagi yang tidak berkesempatan berpuasa pada Hari Arafah, insyaAllah, azamkan dalam hati untuk menanti bulan Zulhijjah yang seterusnya dan sama-samalah kita berusaha untuk mengimarahkan bulan Zulhijjah dengan ibadat kepada Allah S.W.T

Selain itu, hari esok merupakan Hari Raya Aidiladha. Semua umat Islam di Malaysia khususnya akan bercuti pada esok hari bagi menjalankan ibadat pada hari tersebut, iaitu ibadat korban. Setelah mengerjakan solat sunat Aidiladha, umat Islam akan menjalankan ibadat korban yang terdiri daripada lembu, kerbau dan juga unta. Kebiasaannya, ibadat ini boleh dilakukan pada Hari Raya esok, ataupun pada 3 hari seterusnya (11,12,13 Zulhijjah). Daging korban akan diagihkan mengikut ketetapan syariat dan juga dibuat jamuan kepada umat Islam. Ibadat ini mengajak kita untuk menghayati Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anak kesayangan Baginda. Berkat ketaatan Nabi Ibrahim, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibasy dan inilah yang menjadi ikutan kepada umat Islam sekarang dimana kita menggunakan binatang ternakan (lembu, kerbau, unta) sebagai korban pada Hari Raya Aidiladha.....

InsyaAllah, semoga hari raya korban ini memberi erti pengorbanan kepada kita, dan memberi sedikit keinsafan buat diri yang kurang berkorban untuk agama...............
sekian, Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan semoga bergembira bersama keluarga tersayang.........

Sunday, November 14, 2010

Cuti semester yang terakhir.....

Salam sejahtera diucapkan

Sekarang sudah berada di kampung halaman, ada cuti semester selama sebulan lebih sebelum meneruskan pengajian semester terakhir di INTEC tahun depan dan akan menjalani exam A- level...insyaAllah, akan dimanfaatkan masa dan tenaga serta ruang yang ada untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, di samping menambah banyak lagi ilmu dan pengalaman....

Cuti kali ini memberi lebih kesedaran akan perjalanan hidup yang bakal ditempuh selepas ini. Sebab lepas cuti, kena belajar untuk trial exam dan final exam, dan seterusnya setelah dapat keputusan, buat persiapan ke luar negara untuk meneruskan pengajian dalam biang perubatan.
Bila terfikir balik, sudah hampir masanya kita menjadi seorang yang lebih serius dalam hidup......

Umur semakin meningkat, dan angka 19 memang memberi banyak makna kepada hidup seorang remaja....

"ni la kali terakhir aku nak sebut umur aku "belas-belas", "teen-teen"......
memang sadis dan lawak pada masa yang sama....

InsyaAllah, tak nak cakap panjang, tetapi sedikit coretan ini sudah mampu mencetus sedikit ilham dalam minda untuk sama-sama direnung........semoga cuti ni menjadi titik tolak ke arah yang lebih baik....amin.............

sekian, wallahualam....

Monday, November 1, 2010

Piala Malaysia

Salam. post ini sekadar ingin meluahkan pendapat dan perasaan.....

Piala Malaysia sudah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Kelantan telah mengatasi Negri Sembilan dengan jaringan 2-1. Perlawanan yang amat menarik dimana 2 pasukan yang sama kuat, dibarisi dengan pemain kebangsaan, turun berentap atas dasar permainan bola sepak yang telah menjadi pujaan masyarakat kita di Malaysia.

Sungguhpun begitu, banyak peristiwa yang kurang menyenangkan berlaku sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini. Saban hari (minggu lepas), banyak terpampang di dada akhbar mengenai perkembangan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan dan juga berita-berita sampingan seperti harapan peminat, pihak pasukan lain dan sebagainya. Antara berita yang menarik ialah penyokong Negeri Sembilan yang melancarkan kempen anti keganasan dan anti mercun. Satu sindiran buat penyokong pasukan Kelantan. Hmm, hal ini memang tidak asing lagi kerana dikhabarkan penyokong Kelantan memang terkenal dengan pelbagai aksi keganasan dan penggunaan mercun ketika menonton bola sepak. (betulkan fakta ini).

Seperti yang berlaku ketika perlawanan antara Selangor dan Kelantan di Stadium Melawati, berlaku insiden dimana 2 penyokong Kelantan meninggal dunia; seorang dipercayai mengalami masalah pernafasan dan seorang lagi tidak diketahui. Selepas itu, perlawanan kedua di Kelantan menyaksikan hampir tiada kelibat penyokong Selangor yang menyokong pasukan mereka. Jika kita memberitahu akan perkara ini kepada orang biasa, apa yang menjelma dalam fikiran ialah ganasnya penyokong Kelantan, mengapa orang selangor tak datang Stadium Kelantan, Apa yang berlaku di Stadium Melawati dan banyak lagi.......

Pokoknya, perkara ini ada kaitannya dengan bagaimana kita menghayati industri sukan di negara kita dan kenapa bola sepak selalu mengalami insiden sebegini.

Adakah kita menyokong permainan bola sepak negara dengan keganasan dan sikap perkauman?

Jawapannya, Ya. Memang itu yang berlaku terhadap industri bola sepak di Malaysia. Rata-rata ada sahaja keganasan berlaku setiap kali perlawanan bola sepak liga tempatan. Malah, anak-anak muda memang pandai bermadah maki hamun, fitnah, hina pasukan lain dan tidak kurang juga menerima perkara yang sama. Memang sedih apabila melihat peminat bola sepak berlaku sebegini. Secara fitrahnya, memang kita bangga dengan kehebatan pasukan negeri kita, tetapi, adakah kita sudah lupa bahawa Allah maha melihat....?

Allah melihat kita menghina pasukan lain...Allah melihat kita melakukan keganasan, bertindak liar di stadium, Allah melihat kita membuat kemungkaran yang kita lakukan seperti meninggalkan solat, tidak menutup aurat, membawa pasangan untuk menonton bersama, dan bersorak gembira tanpa melafazkan sedikit kesyukuran kepada Allah.........

Ini yang kita mahu?.....Kemungkaran akan sentiasa menjelma, biarpun sebagai penyokong sebuah pasukan bola sepak.......

Kemudian, semangat perkauman yang amat melampau. Kita faham akan keadaan penyokong yang telah melaksanakan upacara angkat sumpah setia menyokong pasukan sampai bila-bila....
dan melihat orang membotakkan kepala kerana gembira dapat harga tiket yang murah....
Di sini ada 2 isu, mengapa perlu meng'asabiah'kan permainan ini dengan keadaan yang amat melampau...? dan persoalan mengenai nazar yang tidak berbaloi..........

Sabtu yang lepas, beberapa jam sebelum perlawanan akhir, kamek balik ke Shah Alam menggunakan teksi bersama 2 rakan lagi. Pemandu tersebut memang galak bercerita tentang bola sepak sehingga nyaris menempa kemalangan (syukur selamat). Apa yang diperkatakan ialah apa yang disebut oleh pakcik teksi tersebut.

" Kelantan ni, menang ke, kalah ke, same je......tidak berkurang ganasnye..."
"Kenape, pakcik?"
" Ye la, tengok la kat penyokong Kelantan, memang tak pernah puas hati, kutuk pemain atas padang......"

begitulah dialognya....Kita lihat balik dengan senario yang berlaku. Memang betul apa yang dicakap. Tapi ada juga salahnya, sebab ketika Kelantan menang tak berlaku apa-apa pun (mungkin tak disiarkan berita?)....fikir-fikirkan....

Lebih mengejutkan lagi, kehadiran elemen politik dalam bola sepak....mengapa?
Baru sahaja melayari laman web Harakah Daily, berita yang dibaca ialah Piala Malaysia hadiah 20 tahun kerajaan Pas.....satu hadiah yang tidak berbaloi dan tidak ada maknanya kepada mereka......

Mengapa dikatakan begitu?...Malah mereka pun mengharapkan agar Kelantan akan berusaha memenangi edisi seterusnya untuk PAS dan Pakaran Rakyat.....sungguh memalukan permainan cantik ini dijadikan sebagai retorik politik yang hanya ingin menempa nama.....permainan bola sepak hukumnya tiada kaitan dengan politik, ia hanya terbatas kepada sistem pengurusan sahaja...........

Kesimpulannya, Piala Malaysia kali ini memberi lebih banyak kejutan kepad diri kamek sendiri dan orang lain (rasanya...). Memang kejayaan itu manis, tetapi mana yang lebih pahit untuk ditelan?...maksiat yang telah berlaku atau keruntuhan akhlak rakyat Malaysia.......

Semoga apa yang disampaikan menjadi iktibar.....orang yang bijak ialah apabila diberi alasan, mereka tidak pernah merungut...tetapi mereka sedih akan orang yang memberi alasan tersebut.....fikirkan mengapa.....sekian, wallahualam.....

laman web untuk dibaca juga....



Friday, October 22, 2010

Replacement time!!!

Salam and greetings to everyone

semoga masih istiqamah dalam mengerjakan perintahNya dan menghindari segala laranganNya. Sik lamak gk mok exam final untuk semester tok.....dan kamek memang memerlukan banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran sebab semua syllabus dari sem1 sampei sem 3 akan ditanyak....banyak eh....

soalnya, how can i find the replacement time....?
semuanya bergantung kepada kesungguhan kita dalam mendisiplinkan diri dan mempunyai matlamat yang jelas dalam menguruskan pembelajaran menjelang peperiksaan. dan kamek pun teringat pada kata-kata seorang ustaz....." orang yang sibuk adalah orang yang paling banyak masa....." memang agak sukar mok faham, tapi bila fikir balit, ada rasionalnya....

Cuba lihat orang yang sibuk, seperti pemimpin pelajar, pengarah dan sebagainya.....semua sibuk dengan kerja, perjumpaan dan juga komitmen lain iaitu komitmen kepada diri sendiri dan keluarga.......dan juga mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.....mun ditangga sidak tok, nang sibuk eh....sikda masa mok duduk nangga tv....

akan tetapi, mengapa mereka inilah yang paling banyak memiliki masa?...sebab dua perkataan: disiplin dan management. Disiplin ialah apabila kita menumpukan sepenuhnya tenaga dan fokus kepada setiap perkara yang kita lakukan, di mana kita akan sentiasa berusaha untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. hal ini adalah kerana, kita tidak mahu masa yang akan diluangkan untuk perkara lain terbazir begitu sahaja dan digunakan untuk tujuan yang tidak menguntungkan diri sendiri.

kedua, management. pengurusan diri yang betul akan membuatkan kita betul-betul menghargai masa yang dikurniakan oleh Allah; iaitu 24 jam sehari. bermula dari waktu subuh, sehingga waktu sebelum tidur, semuanya telah dirancang, tinggal mematuhi perancangan itu sahaja. malah, sekiranya berlaku kejadian ataupun pekara yang mengganggu perancangan tersebut, kita akan berusaha untuk mencari masa malah alternative supaya kita masih dapat meneruskan jadual perancangan kita tersebut dengan sempurna.

kesannya, kita akan dapati lebih banyak masa dalam sehari untuk diri sendiri dan orang lain. Bahkan, sebagai seorang muslim, hakikatnya manusia memang kerugian setiap saat, tetapi oleh sebab perancangan dan disiplin terhadap masa dan kerja, kita dapat juga merasai keuntungan dengan menampung defisit masa yang sentiasa bertambah. bukankah kita seharusnya menjadi hambaNya yang bersyukur?....fikir-fikirkan kembali...........

kesimpulannya, jadilah insan yang pandai mengurus masa, berdisiplin dengan masa, dan menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur....masa yang berlalu memang tidak akan merindui kita, kita sahaja yang terlalu merindukan masa lalu......masa yang akan datang memang juga kita tunggu, tetapi masa tetap sama pendiriannya....sentiasa merugikan kita semua......jadikan kerugian ini satu cabaran untuk membuahkan sedikit keuntungan yang akan menyelamatkan kita dunia dan akhirat. InsyaAllah. kita semua akan berjaya menjadi hambaNya yang cemerlang. amin.........

sekian, wallahualam..........

Saturday, October 2, 2010

October....

Kind of busy month for me.....
with IELTS speaking test and overall results will be announce a week after, and a month free for revision for a level exam unit1,2 and 4.....
And not forgetting the last club activity, I-Explore 4, hopefully we can elect a new leadership committee there.........

And one thing that will always be remembered, always.......to devote ourselves to Allah, and be a proud muslim......


Monday, September 13, 2010

Raya mode

Salam lebaran diucapkan

Hmm, just a simple reminder....
things to-do-during raya.....harap2 dpt dilaksanakan sebaik mungkin

1. Bertakbir, bertasbih, bertahmid memuji Allah.....
2. Bermaaf-maafan antara ahli keluarga, saudara, kawan-kawan......
3. Mengelakkan pembaziran makanan dan minuman....
4. Melayan tetamu dengan baik dan mesra.....
5. Menyiapkan semua assignment yang ada.....
6. Berpuasa 6 hari di Bulan Syawal
7. Banyakkan istighfar.......
8. dan lain-lain yang berpatutan dengan norma kehidupan seorang muslim.......

semoga checklist ni dapat dilakukan selagi berada di Bulan Syawal......
sekian, selamat beraya!!!

Thursday, September 9, 2010

Hours before syawal......lets have a last look at ramadhan

Assalamualaikum and greetings to everyone
Syawal is coming in about less than 24 hours and we definitely busy with decorating our house, preparing raya dishes and of course, waiting for all relatives to come and have a huge gathering. despite of being in joyous mode for Aidilfitri, why not we take some time to think and measure our key performance index or KPI (i really like this term) for ramadhan.

Starting with the very first day of ramadhan, where we set our mind towards total devotion to Allah and try to make this fasting month better than last year. Ramadhan is the month for us to clean our sins and pray for goodness in this world and the afterlife. Therefore, as part of the preparation, we set a list of ibadah- to-do during ramadhan. The question is, did we do that? or did we just celebrate ramadhan like other months, feeling nothing but only hunger and thirst.........

Then, moving on to the middle of ramadhan. The saf (people line up during prayer) is getting less for solat terawih. Parents start to think of preparations for Aidilfitri. New clothes, new furnitures and lots of new stuffs to be think of. Based on a hadith, the middle of ramadhan is the phase of forgiveness (maghfirah) and we should be waiting for this moment to pray to Allah and ask Him to delete our sins. However, things are different nowadays. Children starts to play with mercun, although the government has stressed on the dangers of mercun that can cause death and injuries. And yet, similar cases happened again this year, 6 year old died due to firework explosion, standard one student lost his finger because of mercun. Don't you think that we are wasting our money for this dangerous stuff and we encourage our kids to play with it? This is disgraceful for me, as a Malaysian where we never learn from our mistakes (we do learn, but take things for granted) and the worst thing is, we did not focus on the ramadhan itself. It should be clear that ramadhan is the month of ibadah, so, encourage yourself and the children to make more ibadah rather than doing unnecessary activities (in other terms, lagha stuffs).

Finally, we come to the last 10 days of ramadhan, and Lailatur Qadar (the night of power) is the night for His believers to increase our ibadah credit and wish for anything, as Allah will hear our demands. This is the last phase of ramadhan, the liberation from hell (i translate it directly from the term pembebasan dari api neraka). After we went through the maghfirah phase, we arrive to this phase where we ask for this special request. Hell is the place for infidels and those who did heavy sins to Allah, and the place is forever to them. Ramadhan is the only chance to grab this opportunity to get rid of this place and become a good muslim. Lailatulqadar offers us 83 years of pahala of ibadah, which is more than our age (definitely.....). Unfortunately, for some, we never appreciate these offers and just continue fasting with the old style which we do not know whether Allah approve our puasa or not. Furthermore, we did not instill our passion towards ramadhan because of our surroundings, environments that distracts us with Aidilfitri and duniawi stuffs. Try to think about it again......

And now, we are about hours before syawal..........
All things are ready for open house.....
The dishes, decorations......
And we about to leave ramadhan......
Did ramadhan bring changes or improvements to you?
Or just be the usual you......
Before we leave ramadhan, let's reflect ourselves again.....
Hopefully i can see you again, Ramadhan....
the month that brings rahmah to everyone......
the only month where my only aim is worshipping Allah...
and practice Islam thoroughly in my life....
I'm sorry i did not try my best to worship You...
yet i create many sins.......where did i go wrong?......
Oh Allah, please forgive me...
Give me another chance to repent and be a better person....
and have the chance to meet the next ramadhan.....amin...........


Wishing you Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin......
Do enjoy yourselves during raya, and never forget to give thanks to Allah........

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Semoga kita dapat memanfaatkan masa yang ada dalam sebulan ini dengan meningkatkan amalan dan kebaikan disamping menjalani kehidupan seharian yang betul mengikut kehendak syariatNya......

Saturday, July 17, 2010

It could be perfect start

Due to distractions and problem, i can't find any time for blog updates. This semester was crucial as i'm having several major exams and practicals and now still struggling to get above the passing marks.....
Must think harder...might see the lecturers for solutions and i hope this semester could give something better than the previous one......

InsyaAllah, with patience and guidance, i will manage to deliver the best and continue to fulfill my desire as a medical student....amin.......

got no more time.....will be back for more posts....

Sunday, June 20, 2010

Resolusi

Cuti kamek dah masuk minggu ketiga, dan kamek rasa banyak yang perlu dibuat dan diperbaiki. Sesungguhnya masa cuti kamek amat panjang hingga kamek pun sik sedar dan kamek perlu 'review' balit semua rentetan cuti kamek ya.

Bermula minggu pertama cuti, setelah sampai di rumah, kamek minggu ya sempat singgah ke Kolej ambik sijil spm dan bertemu dengan junior. Kolej makin kacak dan berseri hendaknya...time ya minggu terakhir sekolah. Sehari jak bersua dgn cikgu dan pelajar cya....lekak ya cuti semester...

Lekak ya kamek cuma lepak2 di rumah, kemas2 rumah dan tangga balit semua benda yang kamek simpan di bilik, memang kenangan silam kembali berputar di minda...teringat masa sekolah, masa pindah rumah dan macam2......Kemudian, kamek ada join program qiamullail bersama pelajar tingkatan 1 dan 2 Smk Pujut (surau depan rumah kamek jak). Program ya memang best dan berik kamek peluang untuk qiamullail setelah lama meninggalkan amalan itu....dan kamek semangat juak tngok komitmen adik2 yang datang program, sidak mengisi ruang cuti dengan ibadah dan amal....

Pada tarikh 29 mei, kamek sekeluarga ke Betong untuk bercuti di Bukit Saban Resort. Kamek orang sempat kembara ke sri aman, sarikei dan sibu. macam2 dibeli, sempat juak polah barbeque di chalet dalam keadaaan basah kuyup (sebab hujan). Kamek orang kembali semula ke miri pada 2 jun.

Sambutan gawai hanya dibuat dengan menziarahi saudara. Lamak dh sik bertemu sidaknya. Terasa ingin kembali menguatkan ikatan silaturahim yang terjalin, supaya kamek sik la terasa asing di dunia tok tanpa mengenali suadara kamek.

Kemudian cuti diteruskan dengan sesi bertemu sahabat2 yang lama dah sik berhubung. InsyaAllah kamek orang ada buat program bersama junior jumaat depan sebagai aktiviti reunion kamek orang. Kinek tok belum ada apa2 rancangan gik, semoga kamek orang beroleh idea dan ilham tentang apa mok dipolah.

Cuti tok juak menyaksikan kamek jadi fasilitator buat kali pertama dengan join sidak yayasan Amal Malaysia cawangan sarawak dalam kem remaja islam sarawak. bukan senang mok jadi fasilitator dan kamek banyak belajar daripada abang dan kakak yang berpengalaman dalam berprogram dan mempunyai ilmu agama yang banyak. semoga kem tok diteruskan pada masa hadapan dan melahirkan lebih ramai gik remaja islam yang hebat dan cemerlang di sarawak...

Selain ya, cuti tok kamek habiskan dengan menyiapkan bio report yang agak mencabar, dan membaca majalah newsweek. lekak ya main game fifa dan left 4 dead 2. banyak juak game diinstall, tapi sik compatible gilak ngan laptop. main jak la game yang ada.

Setelah dilihat balit semua yang kamek polah, sik sedar juak dah 3 minggu cuti kamek habis. Dan esok bermulalah seminggu terakhir kamek di Miri. Kamek akan kembali ke intec untuk meneruskan pengajian a level semester ketiga...soalnya, apa resolusi yang kamek maksudkan?

semuanya berbalik daripada apa yang kamek lakukan sepanjang cuti tok. adakah ia memperbaiki diri kamek? adakah ia memberi pengisian yang kamek inginkan?
tepuk dada, tanya iman...kamek sik mok glak menulis resolusi yang kamek dapt..tetapi, yang utama ialah pentingnya kita melihat balik sejauh mana kita telah menggunakan masa dan nikmat yang Allah berikan dan apa yang kita lakukan sebagai umat islam yang ingin berjuang ke arah kebaikan....

selebihnya terserah kepada diri sendiri...semoga beroleh hikmah daripada cuti yang panjang tok...dan kamek mengharapkan sesuatu yang baik untuk diri sendiri

sekian, wallahualam....

Friday, June 4, 2010

Baru kita nak ingat.....

Tahun ini menyaksikan pelbagai peristiwa yang telah membangkitkan kemarahan umat islam di seluruh dunia. Kita baru saja melangkah ke bulan jun, setengah tahun daripada tahun 2010, entah apa lagi perkara yang akan berlaku kepada umat islam. Beberapa peristiwa seperti Hari Melukis Muhammad, Kekejaman tentera Israel terhadap akitivis Islam dan bukan Islam, dan pertelingkahan agama menjadi medan utama untuk memecahbelahkan perpaduan umat islam.

Apa yang termampu ialah mengumpul tenaga dan kerjasama daripada semua pihak dan individu yang mengaku sayangkan islam dan sanggup berjuang demi Allah. Kita masih boleh mengubah keadaan ini. Umat islam di seluruh dunia tengah berjuang menegakkan Islam, dan begitu juga kita.

Semoga kamek dan anda semua beroleh sedikit keazaman dan semangat untuk telibat sama dalam perjuangan yang suci ini dan menjadi sebahagian daripada kegemilangan Islam masa hadapan.amin....

sekian.......

Wednesday, June 2, 2010

Dilema piala dunia

Assalamualaikum buat semua....

Piala dunia semakin hampir dan seluruh masyarakat dunia sedang mengambil persiapan masing-masing menjelang temasya paling besar dalam sejarah bumi. Yang pasti, kita rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bersama-sama merasai bahang piala dunia.......Apa yang ingin dibangkitkan ialah apa kaitannya piala dunia dengan kita di Malaysia dan apa yang akan berlaku semasa piala dunia itu nanti......

Pertama sekali, kita lihat di sekitar pelusuk negara, pelbagai poster dan banner di tepi jalan mengatakan piala dunia sudah hampir, pelbagai iklan tentang bola sepak dan sejarah piala dunia, veteran bola sepak negara pun digunakan untuk menaikkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat, dan pengumuman bola sepak di segenap corong radio dan televisyen.Semuanya tentang piala dunia.....

Kita memang komited dengan semua ini, tapi sayang pasukan negara kita yang hanya mampu melihat dan menunggu bilakah impian piala dunia akan menjadi realiti. Tahap bola sepak negara kita semakin meningkat dan diharapkan akan layak ke Piala dunia dalam masa 10 tahun lagi. Berbalik kepada persoalan, apa kaitannya?

Semua pihak ada kaitan dengan piala dunia, mahupun kerajaan dan individu. Syarikat mengaut keuntungan dengan mengadakan peraduan sempena piala dunia, gerai, warung dan restoren sudah membeli kelengkapan televisyen dan layar projektor untung menayangkan siaran langsung perlawanan, dan tidak ketinggalan kelab-kelab malam yang mengadakan pesta dan konsert pra- piala dunia. semuanya ada kaitan.....dan itulah yang berlaku di negara kita yang tercinta ini....

Pelajar di segenap lapisan institusi pendidikan akan mula sibuk dengan forum piala dunia yang penuh dengan fakta dan ramalan. semuanya mula bercakap tentang pasukan mana yang lebuh bagus dan siapa yang akan menang. Persatuan mula merancang program berunsurkan sambutan piala dunia yang pasti menguntungkan dan memberi banyak pengalaman baru. Terlalu banyak kaitan piala dunia dengan semua ini.........

Seterusnya, apa yang akan berlaku semasa piala dunia?....Pastinya anda tahu jawapannya. Siaran langsung, siaran ulangan, lepak di gerai mamak, stay atau overnight di restoren,rumah dan sebagainya, dan pasti jualan minuman berkarbonat pasti meningkat semasa piala dunia, bil elektrik mencatat peningkatan yang amat drastik, dan peningkatan kadar mengantuk dalam kalangan pekerja, pelajar, dan sewaktu dengannya.....

Dan apa yang berlaku lagi?....Yang peliknya, surau, masjid, agak sunyi dan mencatatkan kadar penurunan dalam bilangan saf dan jemaah....kalau banyak pun, semua akan beredar sebaik solat habis.......dan program keagamaan pasti agak suram kerana golongan sasaran telah memilih piala dunia sebagai matlamat yang baru....ada kaitan piala dunia dengan semua perkara ini...

Sekarang tinggal kita untuk memilih jalan dan pilihan seterusnya....kedua-dua perkara ini pasti akan berlaku...dan akan berlaku pada edisi piala dunia seterusnya.....Apa yang penting kita seimbangkan antara ibadat dan perkara dunia....jangan biarkan perkara dunia menjejaskan tahap ibadat kita kepada Allah, tingkatkan keimanan dan ketaqwaan sepanjang masa. Piala dunia merupakan satu ujian yang pasti membawa seribu satu dugaan dan kita juga harus bersedia dengan segala kelengkapan yang ada untuk dibawa selalu....

Akhir kata, selamat menonton piala dunia dan semoga bergembira di cuti yang panjang ini....

sekian, wallahualam....

Monday, May 24, 2010

Setelah sekian lama terkulai......

Hati ini merasa sedih bila mengenangkan diri ini.....
Hidup bagaikan bangkai bernyawa hanya menanti mati....
Jika direnung semula kehidupan yang telah dilalui.....
Pastinya menangis tiada henti......

Hati ini merasa gundah bila dilanda masalah....
Akal yang dikurniakan sudah pun mengalah.....
Jiwa resah, lemah dan tidak bermaya....
Akhirnya kecundang di medan fana......

Hati ini merasa gembira bila melihat kesenangan....
Melonjak-lonjak bagaikan esok sudah tiada....
Jika diberi bukit, pasti gunung akan dipinta....
Jika diberi esok, pasti lusa akan diminta.....

Hati ini merasa takut bila menerima ancaman....
Gelisah hingga mengigil seluruh anggota badan.....
Pastinya perkara itu belum lagi berlaku......
Hati itu sudah pun diam seribu bahasa....
Bagai malam menanti siang.....

Setelah sekian lama terkulai....
Hati ini ingin meluahkan hasrat yang ingin dicapai....
Mengaharapkan satu pulangan yang bernilai....
Semoga hati ini cepat disemai.....
Menjadi hati yang paling agung.....




Sircanus.......24.5.2010.....Cendana.....

Saturday, April 24, 2010

bersyukurkah kita selama ini?

Salam sejahtera buat semua yang mengenali kamek. sekian lama sudah meninggalkan arena penulisan blog, akhirnya kamek kembali dengan azam yang baru untuk meneruskan usaha murni ini. walaupun sibuk dengan pelbagai komitmen, ternyata perangai diri yang sebenarnya menjadi batu penghalang kepada semua persoalan. Di sebalik semua masalah dan kesenangan hidup, pernahkah kita singgah di suatu sudut hidup dimana kita menghitung semula berapa kalui kita telah bersyukur kepada Allah? tepuk dada tanya iman.......

bila ditanya tentang syukur, kita ingat akan penghargaan, pengiktirafan dan macam-macam bentuk yang melambangkan kita itu berterima kasih kepda Allah. namun begitu, adakah kita mampu mengaku bahawa kita bersyukur kepada Allah? kita masih ragu-ragu dengan cara kita berterima kasih kepadaNya. apa yang pasti dalam hati, iaitu apabila kita beroleh kesenangan kita akan bersyukur, dan apabila kita beroleh kesusahan, kita lambat untuk bersyukur malah tidak mahu melafazkan kesyukuran itu.

Mari kita amati beberapa situasi kehidupan yang sering kita lalui untuk menganalisa konsep kesyukuran yang telah kita lakukan. Dalam konteks seorang pelajar, kita gigih belajar dan mengulang kaji, membuat latihan dan kerja rumah, rajin bertanya cikgu, dan akhirnya faham akan apa yang dipelajari. apabila tiba waktu peperiksaan, kita pun menjawab dengan penuh berhati-hati dan tenang. segala soalan dijawab dengan isi yang tepat. hati merasa yakin dengan jawapan.

Kemudian, hati berdebar-debar menunggu keputusan. ingin melihat satu peningkatan berbanding ujian sebelum ini sebagai pendorong motivasi untuk terus belajar. Namun, pada saat itu, segalanya berubah. kita mendapat keputusan yang seakan-akan tidak tepat dengan fitrah kecemerlangan kita. markah yang diterima jauh dari bayangan, jawapan yang diberikan ternyata tulisan kosong dan kita melihat terlalu banyak kesalahan yang kita sangkakan betul. cuba kita fikirkan, apa reaksi kita selepas ini? anda cuba menghayati keadaan pelajar ini. Hmm, kalau diikutkan hati, memarahi cikgu dan cepat-cepat mencari markah tambahan merupakan jalan yang paling mudah.

Selain itu, kita cuba mencari hujah dan pembuktian kepada jawapan kita kepada guru yang menanda kertas. baiklah, kamek katakan semua itu telah dibuat, tetapi 2 markah sahaja yang diberikan. Anda merasa lebih marah dan kecewa. anda semakin kerap berjumpa cikgu tersebut dengan pelbagai lagi sumber maklumat. Apa yang berlaku?....markah tiadak berubah. Anda sudah putus harapan dan dengan spontannya anda mengkritik guru tersebut. Buat tak betullah, ketinggalan zaman, tak pandai bagi markah, tidak adil dan sebagainya.....

Cuba renung kembali, kalau kita berbalik kepada pokok persoalan, adakah kita ini bersyukur?
adakah apa yang kita lakukan selepas mendapat markah itu satu kesyukuran?
dan, adakah anda mengatakan bahawa anda bersyukur dengan usaha anda sebelum menduduki ujian tersebut?.....hanya diri anda dan Allah yang tahu.

Hal ini memberi kita sedikit peringatan bahawa Allah ingin melihat sejauh mana kita bersyukur dengan nikmatNya. Kecermelangan itu satu nikmat, dapat belajar itu satu nikmat, memahami itu satu nikmat, dan berdamping dengan orang berilmu itu satu nikmat. jumlahkan semuanya akan menjadi 4 nikmat. Kemudian kita lihat apa yang berlaku selepas kita mendapat keputusan. kita tidak puas hati dengan markah, kita mengkritik guru, kita sombong dengan ilmu yang ada, kita tamak untuk mendapatkan banyak markah. kita jumlahkan semua keburukan ini. ada 4 keburukan. Cuba kita bandingkan 4 nikmat dan 4 keburukan ini. 4 nikmat dibalas balik dengan 4 keburukan......jumlahnya sifar atau kosong....jelas?

Kamek boleh katakan yang kita tidak bersyukur dengan nikmat Allah. rugilah manusia yang tidak pernah terlintas di fikirannya sikap bersyukur akan apa yang diterima dan yang dialami dalam hidup. Bukankah setiap yang Allah tentukan itu mempunyai pelbagai hiknah dan pengajaran? adalah kita merasakan yang ilmu itulah yang menjadikan kita cemerlang? Itulah yang dinamakan tidak bersyukur......

Oleh itu, sebagai manusia, kita harus ingat bahawa Allah yang menentukan segala apa yang berlaku di alam ini. Usaha kita hanyalah sebagai penanda aras ataupun cara untuk menzahirkan kesyukuran kita terhadapNya. Jadilah manusia yang bersyukur dan berterima kasih. sekurang-kurangnya kita belajar untuk menjadi hamba yang diredhai Allah sepanjang masa....

sekian coretan kamek kali ini........

Sunday, March 28, 2010

I-CODE2: A success

Salam sejahtera dan salam ukhwah buat anda sekalian...

Marek baru habis sebuah program karnival anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cendana sesi 09/10 iaitu INTEC Carnical and Open Day 2....nang letih jadi urusetia tapi best sebab banyka pengalaman baru dan kenangan menarik untuk disimpan..

Pada hari ya banyak aktiviti yang berlansung, jualan, demonstrasi oleh pihak luar, treasure hunt, fear factor, dodgeball, ghost house, flying fox dan banyak gik.semua aktiviti ni dikelolakan oleh pelbagai kelab-kelab di INTEC dengan kerjasama pihak penganjur program.

Kamek rasa gembira sebab program berjalan dengan jayanya dan menepati kehendak program. sambutan nang menggalakkan sik kira pihak luar dan dalam, sidak ya nang komited dan suka dengan program i-code tok.

Beberapa pengalaman baru dah ditimba.Antaranya megang ular albino warna kuning. panjangnya 3 meter dan ular ya memang cantik dan menawan. Selain ya, kamek berpeluang merasai kegerunan aktiviti flying fox yang memang berbaloi duit yang kamek laburkan.haha. lekak ya, kamek singgah di ruang desa Anjuran PSC untuk bermain permainan desa dan kampung.

Macam-macam gik yang berlaku di intec.semuanya memberi pendedahan dan pengalaman yang amat wajar untuk disimpan dan dihayati. Dari majlis pembukaan sehingga majlis penutupan, i code membawa satu revolusi yang telah berjaya menggegarkan INTEC dengan sinar kegembiraan dan perpaduan semua pihak.

sedikit gambar time I-CODE 2....


Flying fox

Gerai haiwan eksotik

INTALE '10

Bodygurard JPKC



Tuesday, March 16, 2010

Pengisian masa cuti....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang kamek di rumah kesayangan di Miri, melayani cuti pertengahan semester selama seminggu. Dh 3 bulan sik balit, so tok lah peluang untuk bertemu ahli keluarga yang tercinta.haha...

Sebelum sampai ke Miri, banyak yang kamek rancnang untuk mengisi masa terluang tok. Maklumlah, kamek ada ujian selepas cuti dan beberapa kertas kerja yang perlu disiapkan. Pendek kata, masa untuk bersenang lenang di rumah pun sik lamak. Semua dipenuhi dengan tugasan.

Sedikit gambar....



Stor Physics Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang



Kelas agama Ustazah Siti Aminah ngan biak form 2



Bangunan baru di Kolej....



Gambar -gambar kebun....



Semalam, hari isnin kamek berpeluang untuk melawat Kolej....nang rindu ngan kolej eh....tujuan kedatangan hanyalah untuk melihat perubahan yang berlaku di sekitar sekolah..kamek pun datang mok ambik beberapa buku physics yang Mdm Chai padah boleh pake.

Akhir kata, kamek kinek masih banyak kerja yang perlu diselesaikan. Buku program, kertas kerja, presentation dan revision subject. InsyaAllah, kamek mampu menyiapkan semuanya dalam masa yang ditetapkan. Semoga cuti ini membri suntikan semangat untuk kamek untuk terus belajar menjadi insan yang cemerlang.sekian, wallahualam.

Tuesday, February 16, 2010

Mahabbatur Rasul

untuk makluman, Professional Student Society(PSC) akan mengadakan sebuah program sempena bulan Rabiulawal iaitu Mahabbatur Rasul. program ini bertujuan untuk menyemai rasa kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W dan mendedahkan kepada semua warga INTEC akan keindahan Islam.....

program akan berlangsung selama dua minggu; bermula 22 februari hingga 8 mac 2010 di INTEC dan koleh kediaman cemara akasia cendana....
pelbagai aktiviti dan program yang menarik akan dijalankan
semua dijemput hadir.....

Antara proram yang akan dijalankan:

1. Pameran untukmu Rasulullah.Ada pertandingan kuiz yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. Pameran berlangsung di Perpustakaan INTEC sepanjang Mahabbatur Rasul.

2. Ceramah bertajuk "Hadith dan Sunnah: Antara dua garisan" yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridhauddin Bin Mohd. Salleh, pensyarah INTEC. semua dijemput hadir.Program berlangsung pada khamis 25 februari 2010 di dewan besar cemara pukul 8.30 malam.

3. Pertandingan Nasyid sempena Mahabbatur Rasul. Terbuka kepada setiap program dan pelajar INTEC. pertandingan berlangsung di dewan besar cemara pada 3 mac 2010 pukul 4.00 hingga 6.30 petang. semua dijemput hadir....

4. Iftar jamaie....khas kepada semua warga Islam INTEC....ada semua digalakkan berpuasa pada hari tersebut...program berlangsung di kolej kediaman masing-masing.

5. explorace. terbuka kepada pelajar INTEC. sebarang perubahan akan dimaklumkan.

6. tayangan filem Muhammad di Kolej cemara....pukul 9.00 malam.....jualan dan makanan akan disediakan ....sila datang beramai-ramai.berlangsung pada 6 mac 2010

semoga dengan ada aktiviti ini, semua dapat melibatkan diri dan bersama-sama meningkatkan keimanan dan kecintaan kita kepada Rasul junjungan......

sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada saya di talian 014-8854792...

sekian, terima kasih

Mahabbatur Rasul

Group binding PSC di Gombak

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
lamak dh sik update blog...ada yang mengatakan telah terkubur, sudah tidak berminat memblogging dan sebagainya....biarlah kritikan dijadikan pemacu ilham untuk meneruskan usaha kamek untuk menjayakan blog ini.

Kamek sepanjang cuti tahun baru cina tok (4 hari) telah berkampung di Kem Sri Raudhah Gombak, Selangor....marek bruk balit.haha. Kem telah berlangsung selama 4 hari 3 malam (12 februari hingga 15 februari) dan dihadiri oleh Ajk PSC (Professional Student Society) seramai 33 orang.

Sepanjang program memang menyeronokkan dan memberi banyak input yang baik.Kamek sik mok crita panjang dan hanya menceritakan pengalaman kamek jak.

bermula pada hari pertama, aktiviti berkumpulan diadakan seperti ice breaking, mengenali personaliti rakan-rakan dan permainan yang mencabar minda....time ya ari jumaat dan semua perserta lelaki bersembahyang di masjid sekitar Gombak (sik pegi UIA...huhu). Kemudian malam itu, kamek diberi peluang untuk memberi tazkirah selepas solat maghrib bertajuk virus ukhwah.....memang pengalaman yang baru.. selain itu, hari pertama kamek orang didedahkan dengan S.W.O.T dan aplikasi dalam berpersatuan...selama tok fahaman kamek terhadap swot nang lemah...lekak kem tok baruk tauk fungsi sebenar....syukur

Hari kedua bermula dengan qiamullail dan pagi ya dengan sedikit permainan....lekak ya kamek orang mengadakan aktiviti bedah buku....Buku bertajuk Manhaj Haraki tentang startegi dakwah Rasulullah....memang menarik dan berguna kepada semua peserta.
Tengahari ya pegi jungle trekking ngan abang Jo.....seorang yang lantang berdakwah dan berilmu....selambe jak pake seluar slack masuk hutan....haha...time ya berepeluang untuk mengerjakan sembahyang zohor dalam hutan....lekak ya makan talam di tepi air terjun dan mandi manda di cya tek...fantastic!!! tetapi sayang, kamek rasa tersinggung time solat zohor bila ada orang di sekeliling yang mengejek perbuatan kamek orang dan memepermainkan kalimah solat....amat sedih membayangkan betapa runtuhnya akhlak umat islam yang semakin hari tercemar dengan kejahatan dan kegelapan....sedih dengar umat islam sendiri mengutuk ibadah agamanya sendiri....sedih melihat mereka yang tidak sampai dakwah yang dilakukan oleh para ulama, ustaz , kita semua dalam menunjukkan keindahan islam...kamek nang sedih time ya....semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan diampunkan dosa....

Hari ketiga merupakan hari yang paling best sebab ada paintball ngan night walk.Pagi ya dh kotor ngan air dan tepung jagung sebab main game perang. Golongan ajk tertinggi lawan sub biro....memang nampak berat sebelah...tapi kamek orang menang juak....lekak ya kamek orang menonton video tentang sejarah keruntuhan umat islam...memang menyayat hati dan terdetik semangat di hati untuk mengubah keadaan tesebut....semoga Khalifah kembali wujud dan empayar islam kembali mengambil takhtanya. Petang ya nang best, main paintball lam hutan. Kamek ngan lima team gk bermain.nang sakit bila peluru paintball kenak tangan ngan belakang kamek....kembang eh....tapi best, dapat merasai kegerunan bertempur dan cara mengatur strategi dalam berperang. Malam ya kamek memberi penerangan tentang projek yang dikendalikan oleh kamek iaitu Mahabbatur Rasul sempena Maulidur Rasul tok kelak...lekak ya adalah night walk atau jalan sorang2 lam hutan....nang mencabar kekuatan diri dan keimanan...program tok banyak mengajar kamek akan kepentingan untuk memantapkan akidah kepada Allah.....

Hari keempat yang just sesi luahan hati dan berkongsi pendapat...Alhamdulillah, semua ajk telah menampakkan ukhwah dan kerjasama yang mantap selaras dengan objektif kem. Kumpulan kamek menang kumpulan kedua terbaik(hahahaha) dan ya merupakan hari terkahir dalam kem....nang sedih benda tok berakhir....kamek rindu akan semua sahabat kamek yang mengikuti program tok....

InsyaAllah, semoga dengan jayanya program tok, PSC akan jadi lebih mantap dan menjadi wadah penjana kegemilangan Islam di INTEC.amin

ya jak lah,sekian,wallahualam.....
gambar sikda ngan kamek knek....lak post lam blog ngan facebook