Saturday, December 13, 2008

Jom Iktikaf!!!

Hmm,.........Iktikaf
satu amalan Rasulullah yang menjadi sunnah baginda.Kmk diberi kesempatan untuk bersama-sama abang azrul ngan ansari untuk pergi beriktikaf di masjid Ar-rayyan,permyjaya.Pergi pukul 11.00 pagi.Azizul sik dapat pergi sebab ada komitmen lain bersama keluarga.

Iktikaf adalah amalan yang menyerikan hari raya kita semua,hari jumaat.Sedikit tentang iktikaf,amalan ini dilakukan di masjid.Yang menjadi keistimewaannya ialah tiada amalan khusus untuk dikerjakan.Oleh itu,menjadi kesempatan untuk ana untuk mencuba menghayati sendiri amalan ini.Kita duduk di masjid dan beribadat kepada Allah melalui iktikaf.senang, nak????

Menurut kitab Bahru Al-Madzi,iktikaf bermaksud berhenti menunggu dan menahan diri dan melazimkannya akan sesuatu sama ada atas kebanyakan atau atas kejahatan dari segi lughah.Dari segi ma'na pula, iktikaf bermaksud menunggu dan tiada berlekangan dengan masjid, berhenti di dalam masjid daripada seseorang yang tertentu dengan niat mendampingkan diri kepada Allah Ta'ala.

Selain itu, amalan ini diamalkan oleh Rasulullah kebiasaannya selepas solat subuh.Sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa At -Tirmidzi yang berbunyi ......" Diriwayatkan daripada seorang isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam yang bijaksana lagi alim, iaitu Siti Aisyah radiallahu 'anha, katanya: Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam apabila ia hendak beri'ktikaf, sembahyang ia akan subuh kemudian masuk ia di dalam tempat i'ktikafnya.


berikut sedikit sebanyak tentang amalan iktikaf.semoga kita umat islam sentiasa mengamalkan sunnah nabi sedaya upaya walau dengan apa jua keadaan sekalipun.tok jak rasanya,haha,semoga bertemu di dunia realiti.Wallahua'lam.

No comments: