Thursday, December 4, 2008

sedikit perkongsian ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit ekstrak artikel mengenai tujuh kaedah mengenali orang sombong,bongkak.Hmm, manusia memang dikurniakan dengan sebuah perasaan yang paling unik iaitu perasaan sombong atau bongkak dan bangga. Kerana sombong manusia dapat menguasai sesuatu.kerana sombong manusia dapat mempengaruhi seseorang.kerana sombong manusia boleh jadi pandai,kaya, hebat dan sebagainya.Berikut antara tujuh kaedah mengenali orang sombong menurut Imam Al-Ghazali.

sebelum itu,hayati firman Allah yang bermaksud " Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran."( Al-A'raf, ayat 146 )

Untuk mengenali seseorang yang sedang atau sudah sombong atau bongkak, ada tujuh cara iaitu,

Pertama, kelebihan sesesorang kerana ilmu,baik ilmu dunia atau akhirat.Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

kedua, kelebihan beribadat seseorang. penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Sabda Rasulullah, " bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas sesuatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya."

Ketiga, kerana ego memperkasakan keturunan,bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dahulunya keramat atau hebat.Sikap ini sama seperti keturunan bani israel, yang bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Keempat, berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

Kelima, kerana kelebihan harta diberi Allah membuat kita alpa, bangga dengan kemewahan diri, hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. ada kekuatan yang hebat hingga semua orang dibuli. seperti memakan kaca seperti mengunyah, boleh menarik bas dengan gigi, dan boleh dihempap badan dengan batu atau besi.

Ketujuh, sombong dan bangga kerana ramai pengikut setia di belakang seperti orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji.

Kesimpulannya, jangan sombong.sombong mungkin ada batasnya, tetapi elakkan diri dari sentiasa sombong.sombonglah terhadap kemaksiatan.jangan sombong ngan diri yang cantik,pandai,kaya,dan kuat.sekian,sebelum habis, hayati hadis Rasulullah yang bermaksud " Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka kepada Allah ".wallahua'lam.

No comments: