Sunday, March 17, 2013

Self rejuvenation

Hmm, it seems that this blog need some new ideas and thoughts to be presented to the blog world. Yeah, rejuvenation process is underway, paving out for better writings. Certain things need to be upgraded, according to your level of consciousness and also your interest. Things change, so as our thoughts, and now on our projections in keeping this blog fresh and cool needs to be reviewed....

This holiday has been a challenge and quite an adventure, leaving books and studies, just to have a life's pleasure for a month has been rewarding. New stuff, new people, even new place has been shaping this mind . i decided to revisit this blog just to ensure, this will not go to waste....

so, i'll make myself clear of this purpose, to refurbish this blog to a whole new agenda, setting it straight, creating my own version of thoughts, things that everyone can criticize, which i will gain benefit from it, and eventually turning it into something better. so, that's it for now......

wallahualam

Tuesday, February 12, 2013

Madah kalbu....bahagian pertama

Salam suci sebagai pembuka bicara....

Hati kian resah, fikiran mula tertumpu akan urusan- urusan yang belum pasti terlaksana dengan baik. Namun begitu, hati ini tetap bersemangat, yakin akan kekuasaanNya yang mampu mengubah segala yang ada. Perjalanan hidup mesti ditempuh hingga ke akhirnya, sebagai bukti akan kembara ikhlas seorang hamba Allah....


Ya Allah, aku malu untuk mengatakan kesedihanku, sekelumit dusta dalam hati, sudah cukup melenyapkan syahadah yang tersimpan. Hari demi hari ditempuh dengan doa dan zikir, agar selamat dari fitnah dan cercaan, sabar dalam menerima ujian, dan berjaya dalam setiap urusan...

Ya tuhan,
Moga pengharapan ini diterima niatnya, aku sangat memerlukan petunjuk, agar tidak dilabel sombong, bongkak akan nikmatMu. Ingin sekali melihat diriku, keluargaku, malah saudara muslimku, berjaya dalam segenap bidang, maju kehadapan, membawa panji agamaMu hingga tiada yang lebih besar dari agama ini, yang menjadi nadi hidup setiap insan di alam ini.

Ya tuhan, aku meratibkan rasa syukurku pada hidup ini, orang yang aku kasihi, mereka yang aku sanjungi, dan pada nikmatMu yang nilainya sangat tinggi....


Bahagian pertama

Saturday, January 12, 2013

Sabtu yang indah

Salam kesejahteraan buat semua...
Alhamdulillah, sudah melangkah ke tahun baru, moga baik semuanya
Hari ni menyaksikan satu lagi gelombang perubahan pada rakyat marhaen di tanah air, perbubahan yang menuntut kepada resolusi yang jelas menjelang pilihan raya.
Yang pastinya semua golongan tidak mengira kerajaan mahupun pembangkang, menunggu hasil perhimpunan ini, begitu juga dengan kita, yang mahu memilih yang tebaik demi negara

Bagi kerajaan, semua ini mungkin dipandang remeh, tapi masih memberi penekanan kepada aspek keselamatan dan pengurusan kawasan setempat, moga kerajaan masih wajar dalam memberi kebebasan bersuara dengan lebih baik selepas ini. Perhimpunan ini satu tanda, rakyat mahukan perubahan, jika bukan kepada tukar kerajaan, tukarlah sistem, jika bukan sistem, mungkin orang yang menguruskannya.....

Bagi pembangkang pula, ini mungkin lubuk untuk meluahkan perasaan, ketidakpuashatian dan segala aduan untuk tontotan semua. Yang utama ialah memberi mesej yang jelas kepada rakyat, moga rakyat tidak terus terkeliru dengan agenda mereka. Perubahan yang jelas perlu disokong, dan rakyat ada hak untuk menentukan perubahan yang terbaik.

Maka, raikanlah peristiwa ini dengan pemikiran yang wajar dan melihat kepada kesemua aspek, bukan untuk menyokong siapa-siapa, hakikatnya yang menulis ini sudah berpihak kepada salah satu. Ayuh, tegakkan kebenaran!!!!!


Monday, December 3, 2012

Relapse

Melihat kembali tarikh terakhir post blog, sudah lebih dua bulan menyepi.

Adakah hati ini tertanya, ada orang yang membacakah? Atau ada orang yang melihat kita ini sekadar bermain main pada persada maya ini? Jauh sekali kita melihat realiti dengan pandangan yang ikhlas, kita selalu termenung, mungkin hanya itu yang kita mampu lakukan, walhal diri ini ada banyak lagi potensi yang perlu dibina dan dipimpin sepanjang kehidupan berlangsung......

Syukur atas kesempatan ini, sejujurnya pengalaman tahun kedua jurusan perubatan di manipal jauh sekali riangnya berbanding sahabat seperjuangan di tanah lain. Letih, mengantuk, tidak faham, mata merah, dan bermacam lagi lagak pelajar perubatan yang selama ini bermain dalam igauan, menjadi kenyataan. Diri ini terus kuat menghayati setiap detik masa yang dibazirkan, untuk belajar hakikat susah payah dan tanggungjawab menjadi seorang doktor yang unggul.

Kini, selang seminggu lagi peperiksaan bermula, moga dimudahkan semuanya. Tidak sabar untuk menguji diri sendiri, adakah sudah faham apa yang ditelaah? Tepuk dada tanya selera. Minggu persediaan harus diisi dengan rapi, cukup sebagai pemuas minda dan jiwa, agar tenang dan siaga menjelang hari ujian.

Lagipun, tahun kedua ini juga menguji diri ini dengan tanggungjawab umum, menjadi suara pelajar bukan suatu yang mudah, mengenali setiap masalah dan kemelut ahli telah menjadi rutin setiap minggu. Rasanya telinga sudah banyak mendengar setiap rintihan, dan mulut sudah tebal membuahkan nasihat dan cadangan, tinggal hati untuk sentiasa bermuhasabah, bahawa yang menyelesaikan semua itu hanya Allah, bukannya kita, yang bergantung harap itu adalah kita, dan Allah adalah sebaik- baik wakil......

InsyaAllah, teruskan berjuang wahai diri ini, setiap langkahmu sedang dicatit,perkataanmu, tingkah lakumu, bahkan waktu sihat dan mudamu juga.....


Sekian buat sekarang....

Friday, September 21, 2012

Second year is coming!!!!

Sekarang berada di perantauan semula, menanti bermulanya perjalanan baru sebagai pelajar tahun kedua jurusan perubatan di manipal....

Urusan demi urusan di tanah air saban hari mengingatkan kembali betapa sibuknya kita dengan urusan yang membina diri, badan rasa letih seolah-olah diri ini sedang berlaku zalim, tidak pada hak empunya badan. Sekiranya letih ini berterusan, harus dijadikan ruang untuk mengeluh seketika, mengesat peluh, mengisi semula diri dengan habuan rohani dan jasmani, agar letih ini letih yang bermanfaat.

Buat keluarga di tanah air, moga terus kuat ikatan kita, tidak pernah tinggal doa untuk kesejahteraan dan keselamatan anda. Moga dirahmati pemergian ini, insyaAllah akan kembali semula ke pangkuan.

Buat sahabat di malaysia, terima kasih atas layanan mesra, sebagai tetamu anda telah menjalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin, boleh dibalas lagi sekiranya anda bertandang ke rumah ana.

Buat sahabat yang jauh di mata, dekat di whatsapp, line, viber, dan sebagainya. Andai tersilap bahasa, tak tersampai makna kata, mohon dimaafkan. Segala mesej yang lambat dibalas serta internet yang tidak seberapa rupa, moga ia tidak meruntuhkan ukhwah maya yang terjalin.

dan buat sahabat yang sedang bersama di sini, mari kita sama-sama kuatkan hati, rohani dan jasmani, menjadi bakal-bakal doktor yang membantu agama, menjernihkan pemikiran dan hati manusia, menjadi pembimbing yang berani tegakkan kebenaran dan menjauhi kemungkaran, dan kembali semula kepada fitrah sang hamba.....

Tahun kedua ini, perlu pada sedikit perubahan dan pelan yang baik, agar hasilnya baik, semoga berjaya untuk diri sendiri......semangat2!!!!!


ps: Kepada sahabat yang sedang bertanding untuk calon persatuan, semoga berjaya. anda boleh dan secara peribadinya, anda seorang yang hebat...=)

Sunday, September 9, 2012

bila-bila sahaja


"bila-bila sahaja"

Hari ini,
sudah sempit negara kita,
dengan kemajuan yang tidak membina,
dengan kemudahan yang disalah guna,
dengan keindahan yang hanya sementara,

Hari ini,
sudah kacau negara kita,
dengan politik yang caca merba,
dengan pemuda yang membabi buta,
dengan wanita yang mukanya dua,
dengan manusia yang entah apa-apa,

Hari ini,
sudah hilang negara kita,
dengan akta pemusnah bangsa,
dengan maruah kelas kedua,
dengan semangat cintakan dunia,
agama tinggal sebatang kara

maka,
boleh jadi,
bila-bila sahaja bala datang menimpa,
bila-bila sahaja malapetaka melanda,
keadilan itu satu sahaja,
letakkan ia pada tempatnya,
agar mekar semula,
jiwa yang mahukan yang haq,
dan bencikan yang batil,
jiwa yang tahu makna beragama,
bukan sekadar ber-dunia,

maka,
binalah segera bahtera jaya,
maralah dengan laskar pendeta,
tempuh segala ranjau, rempuh semua rintangan,
hingga sampai ke puncak kebenaran,
yang tunduk hanya padaNya,
yang sentiasa memerhati kita.

sircanus,
miri 8.07 malam

Syawal yang redup...

Bismillah

Syukur padaNya, sempat kembali ke tanah air untuk meraikan hari raya bersama keluarga dan sahabat, walaupun tidak pada 1 syawal, bulan ini tetap ada 30 hari (lebih kurang), indah rasa hati dapat bersama mereka.

Alhamdulillah juga, diri ini layak untuk bergelar pelajar tahun kedua jurusan perubatan di MMMC, sepenuh penghargaan kepada pensyarah, senior, rakan-rakan dan semua yang terlibat membantu secara langsung ataupun tidak. Terima kasih atas peluang ini, moga lebih baik prestasinya dari tahun pertama.

Sungguhpun begitu, rasa sedih menyelubungi diri juga, tatkala melihat ada rakan seperjuangan yang tidak senasib ana. Rasa tidak percaya pada mulanya, diganti dengan rasa redha dengan ketentuanNya. Lumrah hidup, ada jatuh naiknya, ada baik buruknya, ada manis pahitnya. Kiranya ini bukan kali pertama, namun setiap kali ia berlaku, terasa seperti tidak ada lagi selepas ini. InsyaAllah, kalian semua mampu untuk meneruskan perjalanan ini, meskipun tanpa kami semua, kalian tetap terbaik.

Dan bagi mereka yang berjaya, moga diri dan jiwa kita lebih bersyukur akan nikmatNya
nikmat sihat untuk terus mengulangkaji dan menjawab soalan
nikmat masa yang cukup untuk bersedia menghadapi peperiksaan
nikmat tempat yang banyak mengajar kita kehidupan mahasiswa luar negara
nikmat keluarga yang sedia mendengar rintihan dan aduan kita
nikmat kawan yang inginkan sama-sama berjaya
oh, sungguh rugi andai tiada nilai kesyukuran dalam setiap nikmat ini, mohon doanya kalian agar ana terus menjadi seorang yang tidak leka dan alpa dengan semua nikmat ini. amin ya rabbi.


Hmm, semakin menghampiri penghabisan cuti, moga ada baiknya. buruk itu biarlah menjadi kayu ukur kita, bahawa iman ini masih lemah, perlu dikuatkan lagi dengan ilmu dan taqwa, serta sedikit kekuatan akal yang mampu membina hujjah akan kemungkaran yang datang menjenguk pintu hati ini. Moga syawal kali ini redup dengan redhaNya, buat kita semua, hingga akhir saat kita di pentas fana ini.


wallahualam