Alhamdulillah,hari yang dinanti telah tiba.ingin keluar dunia untuk meraih sebutir pengalaman yang cukup manis.pegi ke sabah untuk berjumpa saudara.pake kereta.haha.sik pernah bh.......tapi perjalanan nang best.kembara berlangsung selama lima hari.start journey on the 16 of december sampai 21 december.14 jam perjalanan penuh kesukaran dan pembaziran masa.hmm.......
start dari rumah kat Smk pujut.bertolak pukul 8.47 pagi.terasa amat mengujakan kerana perjalanan ini adalah kali pertama sejak 2 tahun rasanya sik bercuti santai.dengan menggunakan 2 buah kereta,kami sekeluarga bergerak dengan niat perjalanan yang selamat ke sabah.masalahnya,dalam perjalanan ya, banyak imigresen.sungai tujuh,temburung,merapuk,banyak gik.letih menunggu.ya lah negara orang nak............
tiba di brunei singgah lok kat bandar seri begawan.adalah sigek bagunan tok nampak cam helmet askar islam tapi sebenarnya nya bagunan alat kebesaran sultan.
kemudian perjalan diteruskan ke kuala lurah.ada imigresen mok masuk limbang.first time pegi limbang.ada juak ambik gambar limbang.
perjalanan diteruskan ke lawas.kamek sik ingat tempat kat brunei ya tine keluar linbang and masuk brunei balit.sik hal......
kemudian sampai ke sempadan sabah sarawak.dah check imigresen baru limpas sindumin dan terus ke kota kinabalu.cantik tempat di sekitar laluan perjalanan.memang memukau hati.sesungguhnya tidaklah Allah menciptakan semua ini sia-sia.bahkan kita yang mensia-siakan kurniaan Allah........
setelah 14 jam duduk,akhirnya sampai ke rumah saudara.pukul 10.56 malam.letih,pening,lapar semua ada.tapi Alhamdulillah,sampai ke destinasi.kat cya,letak barang,pegi bersihkan diri,solat jamak dan makan.dah settle semua ,kamek pun melabuhkan badan ke atas cadar sebagai alas tidur.kesian,tidur atas lantai.....tapi ia tidak akan menggugat semangat kamek untuk menghayati lagi kembara ini.sekian untuk siri satu.
sekadar gambar hiasan...............
Thursday, December 25, 2008
Maal Hijrah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat menyambut maal hijrah .semoga tahun baru memberi suntikan semangat dan iltizam untuk memurnikan hidup ke arah islam yang satu.Oleh itu, kamek mok kongsi sedikit tentang buku yang kamek baca sempena maal hijrah tok....................... buku tok pasal cara membaiki diri,muhasabah secara berkesan, kemana arah tuju kita mengikut cara yang sewajarnya dan macam - macam gik.best buku tok.lelah juak kamek baca novel yang tebal dan sukar dikaitkan sepenuhnya dalam hidup yang singkat tok.tapi buku tok mungkin membantu kita untuk menjalani hidup yang lebih baik.sekian,wallahua'lam.
Saturday, December 13, 2008
Jom Iktikaf!!!
Hmm,.........Iktikaf
satu amalan Rasulullah yang menjadi sunnah baginda.Kmk diberi kesempatan untuk bersama-sama abang azrul ngan ansari untuk pergi beriktikaf di masjid Ar-rayyan,permyjaya.Pergi pukul 11.00 pagi.Azizul sik dapat pergi sebab ada komitmen lain bersama keluarga.
Iktikaf adalah amalan yang menyerikan hari raya kita semua,hari jumaat.Sedikit tentang iktikaf,amalan ini dilakukan di masjid.Yang menjadi keistimewaannya ialah tiada amalan khusus untuk dikerjakan.Oleh itu,menjadi kesempatan untuk ana untuk mencuba menghayati sendiri amalan ini.Kita duduk di masjid dan beribadat kepada Allah melalui iktikaf.senang, nak????
Menurut kitab Bahru Al-Madzi,iktikaf bermaksud berhenti menunggu dan menahan diri dan melazimkannya akan sesuatu sama ada atas kebanyakan atau atas kejahatan dari segi lughah.Dari segi ma'na pula, iktikaf bermaksud menunggu dan tiada berlekangan dengan masjid, berhenti di dalam masjid daripada seseorang yang tertentu dengan niat mendampingkan diri kepada Allah Ta'ala.
Selain itu, amalan ini diamalkan oleh Rasulullah kebiasaannya selepas solat subuh.Sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa At -Tirmidzi yang berbunyi ......" Diriwayatkan daripada seorang isteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam yang bijaksana lagi alim, iaitu Siti Aisyah radiallahu 'anha, katanya: Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam apabila ia hendak beri'ktikaf, sembahyang ia akan subuh kemudian masuk ia di dalam tempat i'ktikafnya.
berikut sedikit sebanyak tentang amalan iktikaf.semoga kita umat islam sentiasa mengamalkan sunnah nabi sedaya upaya walau dengan apa jua keadaan sekalipun.tok jak rasanya,haha,semoga bertemu di dunia realiti.Wallahua'lam.

Perkampungan Generasi Khalifah
Salam sejahtera diucapkan.Alhamdulillah,syukur kepada hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya,kita masih dapat menggerakkan sendi -sendi tubuh kita mengikut kehendak kita.Sedikit berkenaan program yang ana baru selesai jalani.
Program PGK tok diadakan di tadika astana anjuran Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak ( PERKEPIS ).berlangsung selama dua hari, hanya dihadiri oleh 7 orang peserta. Kamek,jijul,nazrie,ansari,hurun,amirah,dan zarina. 2 kolej 5 agama.tapi apa gunanya membataskan manusia mengikut sekolah?...............
Alhamdulillah,program berjalan lancar.bermula dengan sesi taaruf,menyeronokkan.lekak ya,kamek terpaksa megundur diri buat sementara waktu sebab mak datang ambik kamek mok polah passport.5 jam kamek ketinggalan dalam program ya tadik.haha.
Lekak ya,kembali semula ke markas perkampungan,pegi bersiap,solat dan beriadah.
Malam ya,ada gik sedikit penjelasan tentang pengisian PGK oleh abang Khairul.Ternyata kami semua lebih bersemangat dan faham tentang erti sebenar program tok.Ana diberi peluang untuk berkongsi sidikit ilmu bersama peserta yang lain.Syukur kepada Allah.
Keesokan pagi,bangun awal untuk Qiamullail.Alhamdulillah,kembali semangat ana untuk bangun malam.doakan supaya semangat ini sentiasa berkekalan demi mencapai keredhaan Allah.Seperti biasa ,ada aktiviti lekak ya.Kamek ngan jijul 'pecah palak' memikirkannya time aktiviti SWOT (strength,weakness,opportunity,threat ).letih rasa minda kmk orang.....................
Dan semua berakhir mengikut kehendak Allah.berakhir dengan penuh kebaikan.program tamat pada jam 12.30 tengahari.daripada program tok, dapat banyak pengisian .antaranya,kita sebagai seorang muslim harus sedar akan fungsi kita sebagai khalifah di bumi Allah.
Kesedaran yang berterusan mampu megubah apa2 yang berada di sekeliling kita.Bak kata abang Khairul, kita mesti berfikir bagaimana kita menggunakan apa yang berada di sekeliling kita dalam usaha pentauhidan kita kepada Allah.tok jak rasanya.
Insya-Allah,program ini ada kesinambungannya.sik tauk bila,cne.tapi mungkin akan diadakan gik.bh,sekian,Wallahua'lam.

Thursday, December 4, 2008
sedikit perkongsian ilmu
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedikit ekstrak artikel mengenai tujuh kaedah mengenali orang sombong,bongkak.Hmm, manusia memang dikurniakan dengan sebuah perasaan yang paling unik iaitu perasaan sombong atau bongkak dan bangga. Kerana sombong manusia dapat menguasai sesuatu.kerana sombong manusia dapat mempengaruhi seseorang.kerana sombong manusia boleh jadi pandai,kaya, hebat dan sebagainya.Berikut antara tujuh kaedah mengenali orang sombong menurut Imam Al-Ghazali.
sebelum itu,hayati firman Allah yang bermaksud " Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran."( Al-A'raf, ayat 146 )
Untuk mengenali seseorang yang sedang atau sudah sombong atau bongkak, ada tujuh cara iaitu,
Pertama, kelebihan sesesorang kerana ilmu,baik ilmu dunia atau akhirat.Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
kedua, kelebihan beribadat seseorang. penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sabda Rasulullah, " bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas sesuatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya."
Ketiga, kerana ego memperkasakan keturunan,bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dahulunya keramat atau hebat.Sikap ini sama seperti keturunan bani israel, yang bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Keempat, berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
Kelima, kerana kelebihan harta diberi Allah membuat kita alpa, bangga dengan kemewahan diri, hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. ada kekuatan yang hebat hingga semua orang dibuli. seperti memakan kaca seperti mengunyah, boleh menarik bas dengan gigi, dan boleh dihempap badan dengan batu atau besi.
Ketujuh, sombong dan bangga kerana ramai pengikut setia di belakang seperti orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji.
Kesimpulannya, jangan sombong.sombong mungkin ada batasnya, tetapi elakkan diri dari sentiasa sombong.sombonglah terhadap kemaksiatan.jangan sombong ngan diri yang cantik,pandai,kaya,dan kuat.sekian,sebelum habis, hayati hadis Rasulullah yang bermaksud " Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka kepada Allah ".wallahua'lam.

Monday, December 1, 2008
things to consider in our life
Assalamualaikum.
Alhamdulillah,masih dapat bergerak.mun sik dapat ya ,sik tauklah.............
Kita sekarang berada dalam dilemma kemusykilan dalam pelbagai bidang termasuk pegangan agama kita.Hmm,mungkin kita umat akhir zaman kot.antara petandannya ialah manusia semakin ramai bergaduh dan bertelagah.
Yang terbaru, fatwa yoga.based on the research conducted,I strongly agree with the National Fatwa Council (NFC), if i not mistaken the acronym.For more information,please visit www.malaysiakini.com for details.
Yang peliknya,ramai saudara kita yang "main" sebarang jak ikut benda asing.cam yoga,it is actually a part of hindu's culture. NFC menyatakan yang yoga ini mempunyai perkaitan yang tersendiri dengan agama hindu.Moreover, yoga mempunyai mentera atau ritual untuk menjayakan lagi aktiviti ini. Next, mengikut NFC,matlamat utama ialah untuk bersatu dengan tuhan. How on earth manusia yang hina dapat bersatu or union dengan pencipta yang agung? entah..............
Walaupun yoga mempunyai pelbagai khasiat dari segi fisiologi,mental,spiritual dan kesihatan badan,tidak bermakana yoga boleh dilakukan.Bukan bermaksud tidak boleh,tetapi cuba siasat terlebih dahulu.Seperti artikel yang saya baca di berita harian, fatwa pengaharaman sesuatu aktiviti yang bertentangan dengan ajaran islam telah dilakukan. Misalnya, gaya silat nasrul haq yang diamalkan sehingga pengamal silat tersebut dapat menumbangkan lawan tanpa menyentuh mana-mana bahagian badan lawan.
Anyway, banyak lagi fatwa yang dilakukan oleh NFC yang hanya bermatlamatkan satu perkara; menyelamatkan akidah kita.show respect to the authorities who declared the fatwa. Argue wisely for this thing is no joke.Kita ada amalan solat, zikir,dan solat malam.kan best............
sekian,wallahua'lam.

Sunday, November 30, 2008
The lighter side
orang kata main GOLF tak best...........
sebab mereka kata main GOLF ni sebenarnya untuk GOLONGAN ORANG LEMAH FIKIRAN.................
SEBABNYA....
1. ada kedi offer tolong
2. nak ambil bola pun suruh orang
3. tak larat berjalan.terpaksa pakai kenderaan "khas"
4. perlu ruang yang besar takut tekanan emosi
5. orang main golf hanya khas bagi orang yang mampu dan "lemah fikiran"..............
haha.
ada gik.there's a joke saying......Hey,they say that this is the house of pancake,but why i can't eat the walls?
hihi.
hmm,......teka - teki untuk santapan anda...
1. banyak-banyak ayam,ayam apa warna hijau?
2. cuba sebut gila.kemudian sebut lagi.sebut lagi.sebut gila.sebut lagi.......apa yang anda dapat?
3. banyak-banyak pokok,pokok apa yang paling berani?
Ok,mun mok jawapan ka,padah jawapan ka,balas ngan teka-teki baru ka,boleh,mana jak.
semoga berjaya.

It's over for now
Assalamualaikum dan salam sejahtera.menulis di waktu malam.waktu paling best untuk muhasabah diri setelah seharian melakukan urusan dunia.
maklumlah..............dunia...............bak kata pujangga islam........zuhud terhadap dunia tetapi jangan sesekali meninggalkannya.tak faham.kelak explain....
haha,saya dah habis menjalani ujian SPM tahun 2008.baru abis minggu tok tek.tawakal jak kepada Allah.semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.
cuti.........nothing new or surprising...just pergi bercuti bulan disember kelak.sik tauk gi sine.haha.
biarkan.Bh,tok jak rasanya........selamat bercuti dan bergembira bersama keluarga.

Saturday, November 1, 2008
SPM is coming...........
Assalamualaikum
Haha,tinggal 10 hari gik mok spm.I'm getting close to the battle.This will be the last post before I spm.new post will be made after exam.Kuatkan usaha dan kamek berharap semua pelajar spm tahun ini mendapat kejayaan yang cemerlang. Insya-allah, Allah akan memberi kemenangan kepada hamba-Nya yang berusaha bersungguh-sungguh.
Ya jak lah rasanya.sik mok cakap lebih gik.10 A1.................................not an impossible target.
IMPOSSIBLE IS NOTHING................ADIDAS.

Saturday, October 4, 2008
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum dan salam sejahtera..........
haha
Selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin di mana saja anda berada.Maaf zahir dan batin.Entahlah,memang menjadi lumrah manusia bergembira setelah lepas dari satu masalah.Kemudian merana lagi sebab dah tamat tempoh bergembira.
Walaubagaimanapun,hiaskan hati dengan kesyukuran dan ketenangan jiwa dan rangkumkan sepenuh rasa kehambaan kepada Allah s.w.t yang memberi kita peluang untuk hidup dalam bulan syawal tahun ini.Alhamdulillah.....................
haha,sik tauk apa mok padah gik.Busy dengan exam.lekak ya SPM.hmm, rasanya dah sedia kot...........perasan jak.Sempena ini,haha saja jak bermadah kata,baca jak cya.........
Kukuhkan azam di hati,
Kentalkan semangat juang yang membara,
Penuhkan iltizam dalam jiwa,
Luhurkan kemahuan sebenarmu,
sebagai seorang manusia biasa,
Jangan dipersiakan masa yang ada,
Leraikan segala prasangka,
Hapuskan curiga yang bermaharajalela,
Takut kelak ditimpa bahana,
Hilangkan rasa gentarmu,
Kembali kepada fitrah insani,
Yang menjadi wadah perjuangan ini,
Jadilah insan yang berguna,
Bukan insan yang membuat durjana,
Melampiaskan nafsu duniawi,
Ke arah kemaksiatan,
Jadilah yang sebaliknya,
Kita mengangkat martabat diri,
Beristiqamah dalam berbuat kebaikan,
Menjadi contoh kepada umat,
Pemimpin yang bisa menggoncang dunia,
Hingga ke akhir hayat,
Sesungguhnya,
Solatku,amalanku,
hidupku,matiku,
hanyalah kerana mu ya rabbi,
Aku hanya hamba-Nya yang amat hina.aku tidak layak menerima apa-apa melainkan apa yang Allah layakkan untukku.Selamat hari raya.............

Saturday, September 13, 2008
Let's FIFA09
Tuesday, September 9, 2008
Gambar kat kebun
Saturday, September 6, 2008
Puasa
Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia.bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat dipertemukan dengan bulan ramadhan yang penuh mulia dan keberkatan.
Semoga kita semua dapat menghadapi dugaan,cabaran, masalah,kekangan dan konflik dalam mengerjakan kewajipan sebagai seorang muslim.Bulan ramadhan menjanjikan pelbagai insentif pahala dan ganjaran yang banyak kepada setiap hamba-Nya yang inginkan keampunan dan hidayah. Oleh itu kita mesti berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam ibadat kita agar diampunkan oleh Allah................
Sekian sahaja.selamat menyambut bulan ramadhan.semoga kita semua berbahagia hingga ke akhir hari ramadhan dan bergembira di bulan syawal.Lepas raya, satu pertarungan akan berlaku untuk berjaya dalam peperikasaan SPM.semoga semua caon SPM tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang.amin......

Friday, August 29, 2008
Merdekakah kita?
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Merdekakah kita?Persoalan ini sering menghantui kita.kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana kita berada dalam suasana yang aman dan sejahtera.Dilimpahi dengan pelbagai kesenangan dan nikmat.Setelah lama kita semua dijajah oleh pelbagai penjajah yang kejam,akhirnya kita dapat bebas berdiri di tanah sendiri.Persoalannya,merdekakah kita?adakah kita benar-benar merdeka?tepuk dada tanya selera..............
Apa yang dimaksudkan dengan merdeka bagi kita? sesetengah akan mengatakan bahawa kemerdekaan adalah kebebasan untuk
bersuara.merdeka beerti dapat melakukan apa sahaja yang kita inginkan kerana kita sudah bebas.dan macam -macam lagi.Ya,ia memang benar bagi kita semua. Walau bagaimanapun,kita sebenarnya belum lagi merdeka secara mutlak.........fikirkanlah
apa yang dimaksudkan disini ialah kita sebenarnya merdeka dari segi zahirnya sahaja dan belum merdeka sepenuhnya secara dalaman ataupun batin.Kita memang sudah bebas daripada cangkaman penjajah tetapi adakah kita sudah bebas daripada cengkaman mentaliti penjajah yang amat licik dan berunsur negatif?kita dapat lihat rakyat di negara kita yang bebas, sihat dan cukup makan.tetapi apabila melihat kepada peribadi dan tingkah laku rakyat,perkara lain pula terjadi.
Apa yang berlaku?anak-anak muda berpeleseran di bandar raya,melakukan gejala sosial, melakukan jenayah, dan ada yang sampai ingin merosakkan perpaduan negara kita.Adakah ini merdeka bagi kita? ada rakyat yang merdeka tetapi tak ada hati yang merdeka.tunduk kepada pengaruh penjajah zaman moden.
tanpa segan silu,saya ingin menyeru kepada semua rakyat malaysia supaya berusaha mengekalkan keamanan negara kita,perpaduan negara kita dan akhir sekali imej negara kita. Jangan biarkan penjajahan minda terus berlaku.Kita mesti bersatu padu berganding bahu mewujudkan sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh.Ubah pemikiran kita yang selama ini telah terpesong dan kembali kepada ajaran islam yang sejati.
Semoga kemerdekaan kita ini dirahmati oleh Allah dan berkekalan sepanjang masa.Sesungguhnya Allah akan menolong sesebuah kaum yang berusaha untuk mengubah nasib mereka.........
Selamat menyambut hari kemerdekaan............PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Saturday, August 16, 2008
Kita harus bangkit
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kita sering melakukan kesilapan.tidak kira sengaja atau tidak,nampak atau tidak, kita tidak akan terlepas daripada melakukan secebis dosa.
Sebagai mukadimah, saya ingin menyeru kepada semua belia dan remaja islam supaya kita harus bangkit daripada kelekaan yang berpanjangan dan bangkit untuk mencipta kejayaan.
Janganlah kita sanggup menggadai maruah diri untuk sesuatu yang melekakan dan hanya bersifat keduniaan.Kita semua mempunyai matlamat yang satu; untuk mengecapi kemanisan iman dan nikmat yang berkekalan di syurga kelak.Kita janganlah leka dengan sesuatu perkara keterlaluan kerana ia akan membawa kepada pelbagai kesan sama ada baik atau buruk.
Walau bagaimanapun,sebagai hamba-Nya yang hina,sebagai seorang muslim,sebagai seorang manusia tidak kira pelajar,guru,pekerja,penyangak dan sebagainya, kita harus sedar yang kita sedang dinilai oleh Allah dan sentiasa dipantau.Setinggi mana ilmu yang ada,amalan yang dilakukan boleh lenyap begitu sahaja apabila kita berada dalam kancah maksiat dan nafsu durjana.
Kesannya, kita dipandang remeh oleh orang lain,kita disisih,kita menjadi topik utama sesi mengumpat oleh para manusia dan sebagainya.Tidakkah kita sedar dan malu tentang perkara ini ? tepuk dada tanya selera
Sebagai penutup,saya hanya memberi nasihat sekadar yang mampu.Jadikanlah peristiwa yang berlaku di sekolah saya ( kepada yang mengetahui perkara ini,faham-fahamlah.....) sebagai titik tolak dalam melaksanakan anjakan paradigma dan kesantunan diri dalam membina insan yang berbudi pekerti dan berintegriti.Akhir kata, selamat maju jaya kepada wira kita, Lee Chong Wei yang akan bertarung di pusingan akhir badminton di olimpik beijing.semoga kita dapat bawa pulang pingat emas untuk malaysia.hal ini juga menjadi iktibar kepada kita semua.........
kalau orang bukan islam boleh, mengapa tidak kita
kita dah cukup hebat dalam nyanyian, lakonan, hiburan
mengapa tidak dalam pelajaran,sukan, ekonomi dan lebih lebih lagi agama.........
renung-renungkanlah.............saya hanya hamba Allah yang amat hina

Thursday, July 31, 2008
Saya pun sik tauk
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
Alhamdulillah, syukur pada ilahi kerana masih sempat untuk mengecapi segala nikmat-Nya dan bergembira dengan orang lain.
Saya pun sik tauk lah.
Sebab saya rasa kan, bahawa kita semakin diberi tekanan untuk membuat sesuatu atau melakukan sesuatu.Maklumlah dunia zaman sekarang semakin susah dan mencabar.
Walau bagaimanapun, saya nang harap kita semua dapat tempuhi semua cabaran dengan tabah dan cekal.
Bukan semua manusia sik boleh.................boleh sebenarnya...boleh..tapi
mun sikda usaha susah juak nak?
Assalamualaikum dan semoga berjaya.

Monday, May 19, 2008
Mari menuju kejayaan
Asslamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang membaca.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadarat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih hidup untuk mengejar semua nikmatNya.Begitu juga kepada kehidupan kita semua di mana kita sentiasa mengejar sesuatu dalam hidup.Tidak normal seorang manusia itu sekiranya dia tidak mempunyai sesuatu atau apa-apa pun impian dalam hidup.Walau bagaimanapun, saya berharap kita semua normal kerana kita mempunyai sesuatu untuk dikejar dalam hidup.Pernah dilafazkan pleh seorang ahli falsafah bahawa tidaklah seseorang manusia itu digelar hidup sekiranya tidak diberi cabaran dan dugaan.Dalam erti kata lain,mati..........
Oleh itu, berusahalah untuk mengejar impian dan semoga berjaya....

Thursday, March 20, 2008
well done
assalamualaikum dan selamat sejahtera.bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dapat bersama-sama anda menikmati hidup di dunia yang fana ini.semoga kita beroleh kejayaan sepanjang masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)