Friday, December 11, 2009

Semester 2 is coming

Letih menunggu cuti yang agak panjang tetapi tetap berseri dengan tugasan dan aktiviti yang telah dirancang. Biologi report dh siap draf dan masih dalam proses editing. sekadar membuat dan merangka nota untuk subjek A-level.Revise balik bahasa german......deutch is fun!!!

Adalah beli beberapa cd game sebab boring.......nak main game.haha
Dan yang menyeronokkan ialah bekerja di ladang kesayangan........insyaAllah beroleh hasil yang lumayan..............

semester 2 akan tiba lebih kurang 3 minggu lagi....persiapan belum banyak...cuma tiket flight sebagai langkah pertama persediaan.....

Kamek sedih bila dapat brita dari sahabat kamek dari Negeri Sembilan. Program yang dirancang persatuan tak mendapat kelulusan..........mungkin ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan......
Walau bagaimanapun,mungkin ada hikmah disebalik pembatalan ini dan kita akan berusaha untuk merangka aktiviti persatuan dengan lebih efektif.

hmm, kepada semua sahabat yang birthday pada hujung bulan ni......Happy birthday!!!
selamat bercuti buat kalian...............

Ingatlah,
ketika langit mula berubah
ketika angin semakin kencang
ketika air semakin deras
tanda sesuatu akan berlaku
entahkan dahsyat atau tidak
ia pasti melanda................

sekian coretan daripada kamek..........

Sedikit perbincangan....

Salam sejahtera diucapkan....

Sekadar mengeluh terhadap beberapa isu yang dibaca sekitar akhbar dan laman web....
Kadang-kadang revolusi pemikiran mampu membentuk satu gerakan baru yang akan mendominasi puak yang sekian lama bertelagah.....dan apabila satu kejadian berlaku, semua mula menuding jari, tuduh-menuduh, maki hamun dan sebagainya.....
Hadith Rasulullah telah berpesan agar jangan tipu-menipu, jangan dengki antara satu sama lain.............tapi apa yang berlaku kepada umat islam di Malaysia adalah sebaliknya.

Sedih memikirkan apabila pemimpin mula hilang pertimbangan dan sampai merangka pelbagai strategi untuk merealisasikan impian terpendam itu....
Saya sekadar mengeluh...............

Perbincangan mungkin diteruskan.....cuma memerlukan kita sebagai panel dan pengulas topik...............

Monday, November 30, 2009

Lawatan ke kebun...






Gambar kebun di sekitar Teniku, Miri.jauh sikit dari Lambir.
Sedang dalam fasa pembersihan ladang dan menanam sedikit tanaman...

Monday, November 16, 2009

Cuti dan pengharapan

Salam sejahtera diucapkan
Kamek sekarang di miri......melayan waktu cuti yang panjang sebelum meneruskan pengajian semester kedua di INTEC UiTM.Perjalanan agak meletihkan sebab sebelum pergi KLIA, jalan-jalan di Mid Valley. memang banyak dugaan disana............

Tentang cuti yang diberikan, bukan untuk mengadu terlalu sekejap atau terlalu lama, tetapi apa yang ingin diisi sepanjang cuti ini. Semua kawan kamek nanyak pa plan cuti tok dan kamek hanya mereply dengan 'tengoklah nanti kalau ada ilham yang menjelma untuk buat sesuatu...'. Agak sedih bila melihat diri sendiri tiada perancangan sedangkan kawan-kawan lain telah bersiap sedia dengan senarai program dan aktiviti untuk dilaksanakan.

Maka bermulalah azam kamek untuk merancang aktiviti untuk cuti ini. Dalam kapal terbang pun termenung sekejap mengenang kehidupan kamek selama tok. banyak maksiat dah dilakukan, banyak dh kejayaan ditempuh dan kegagalan yang dihadapi. Memang hidup ini menyeksakan tanpa iman dan tidak bererti tanpa usaha...
Sempat klaka ngan sorang pakcik cina yang embak plastik domino's pizza. Kamek pun time ya embak plastik donut big apple. "Banyak big apple" pakcik itu memulakan bicara." saya beli untuk keluarga saya" jawab kamek. " Kt miri dh ada big apple, di megamall". " Betul, saya pun baru tahu yang big apple dh ada di miri"....semua perbualan adalah dalam bahasa inggeris yang telah diterjemahkan.

Malam tadik dh buat sedikit planning untuk cuti. Mungkin balit awal sebab ada program bersama kelab di INTEC.

Berbalik kepada tajuk bicara, manusia sememangnya memerlukan perancangan agar urusan kehidupan dapat dilaksanakan dengan lancar. Selain itu, manusia tidak akan lari dari kesilapan dan perancangan kita akan mengurangkan kebarangkalian kesalahan yang akan dilakukan.Sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan untuk mengimarahkan bumi, perancangan yang betul akan menentukan sejauh mana kredibiliti kita untuk menjadi seorang manusia dan pemimpin.

agak sedih bila melihat perancangan kita tak jadi atau separuh jalan. Memang kita memerlukan masa untuk merancang sesuatu dan kadang-kadang kita sering dihambat rasa tertekan dan gelisah akan keadaan sekeliling yang menyebabkan kita merancang terlalu lama dan tidak efektif.Perkara-perkara seperti pengurusan masa, kepentingan sejagat, matlamat perancangan dan sebagainya menjadi panduan sepanjang tempoh percutian.

Kesimpulannya,setelah kita berusaha dengan perancangan yang dilakukan, kita kembali kepada Allah dengan harapan rancangan kita menjadi dan memohon hidayah dan petunjuk sepanjang perancangan itu. Semoga beroleh hikmah dan kejayaan yang diredhainya....

Akhir kata, selamat merancang dan berbahagia pada cuti ini bersama yang tersayang...
Good Luck dan semoga berjaya kepada semua pelajar tingkatan 5 tahun ini yang bakal menduduki peperiksaan 18 aribulan tok. Senang jak ya.............

Sekian,wallahualam

Friday, October 30, 2009

Jasamu dikenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Hmm, dua minggu lagi ujian final untuk semester kamek. Ujian akan berlangsung pada 9 hingga 13 november.lekak ya balit Miri......haha.

Kita ke sekolah untuk belajar.Kita diajar oleh cikgu. Baiklah, itu memang hakikat yang tdak mampu disangkal oleh semua manusia.Apabila kita sudah berjaya, sudah pandai,hebat kita akan berterima kasih kepada guru. Hal ini juga merupakan satu fakta yang amat menarik. tetapi, sejauh mana kita menghargai guru kita?.......Hanya Allah sahaja yang tahu.

Bukannya apa, sekadar peringatan kita bersama. Cikgu adalah satu profesyen yang amat mencabar dan mulia. Bukan senang untuk mendidik manusia yang bakal menjadi seseorang di masa hadapan. Bukan senang untuk membentuk akhlak yang mulia dan peribadi yang hebat dalam diri pelajar. Bukan mudah untuk memberi dan mengajar ilmu yang telah dipelajari. Sememangnya, guru merupakan 'ibu bapa' kedua bagi kita.

Jika tersalah bicara, harap dimaafkan. jika tersalah pertimbangan, anggaplah ia satu usaha kearah kesempurnaan. Jika kami selama ini menyebabkan dirimu rasa bersalah, jangan biarkan ia berterusan.Percayalah, kami sentiasa memerlukanmu dan sentiasa mengharapkan ilmumu yang luas.

Ya Allah, ampunilah dosa dan kesalahan guruku............
Maafkanlah guruku jika dia tidak mengajar kami dengan baik
Berikanlah petunjuk dan hidayat kepada guru kami untuk lebih berusaha menjadi seorang guru yang baik............
Sesungguhnya dia hanyalah insan biasa.........

Amat sedih bila berpisah dengan guru.
Berpisah dengan harapan untuk bertemu semula. Berkongsi ilmu dan pengalaman. Menghayati kebesaran ilmu Allah yang amat agung. Saat itu amat aku rindui....

InsyaAllah, dengan ilmu yang ada, dengan semangat yang membara, kami akan berusaha melaksanakan amanah kami sebagai pelajar............

Kamek menulis hanyalah sebagai meluahkan perasaan.sikda orang pake kamek meluahkan benda tok,jadi taip jak lah.semoga sesiapa yang membaca post tok......harap faham yang kamek tok tengah sedih,..............

Sekian sahajalah kali tok.....kepada semua guru-guru kamek, jasamu dikenang.
wallahualam.

Thursday, October 15, 2009

Ketandusan masa dan kesempitan peluang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah lama tak diupdate, akhirnya ilham menjelma lalu diterjemahkan dalam satu post baru untuk blog ini.

3 minggu gik untuk ujian final semester dan lekak ya balit pake cuti semester gk.Hmm, masa agak pantas berlalu dan semakin hari semakin banyak urusan yang perlu dilakukan. Firman Allah dalam surah al-asr........."sesungguhnya manusia dalam kerugian". Memang benar, kamek memang kerugian dari segi masa dan peluang. Amat sedih sekali melihat peluang yang ingin digapai tidak kesampaian. Masa yang diberi seakan-akan menghantui kita dengan tekanan dan kesan yang tidak tentu jangkanya. Walaupun begitu, jika mampu ditangkis dengan perisai iman dan ketulusan hati, ia mampu merubah ketandusan masa dan kesempitan peluang menjadi sebuah peristiwa yang amat berharga.

Kinek tngh polah persediaan untuk demonstrative presentation.Pagi tadik da writing test for english subject. German class sikda sampai khamis minggu dpn. Deutch is fun!!!!
lekak ya ada program Anjuran Professional Student Society (PSC) di Kolej Cemara seksyen 18. InsyaAllah kamek akan ada post untuk tok.

I miss all the pktrians!!!!!!!tak sempat pergi open house Abg Ayaz di Kuala Lumpur.InsyaAllah ada masa akan datang untuk kita semua bertemu kembali.

Hujung minggu tok ada perjumpaan Mahasiswa islam sarawak pada 17 oktober 2009 di Masjid Negara.Jam 2 petang.Ada pengisian khas daripada Timbalan Yang-di-Pertua PERKEPIS (persatuan kebajikan pelajar islam sarawak).Dijemput datang.

lastly,ingatlah bahawa kita tidak keseorangan. Setiap langkah kita sentiasa diperhatikanNya. Semoga kita beroleh hikmah daripada pengawasan ini.

Ilmu tanpa amal ialah kegilaan, dan amal tanpa ilmu tidak mungkin terjadi - Imam Al-Ghazali

sekian,wallahualam.

Wednesday, September 30, 2009

learn through mistakes

Last monday we had physics test which was horrifying. I can't understand why i'm keep on repeating the careless mistakes and yet don't revise enough for the test. Here i am, blaming myself for not doing well.

Something cheered me up when i saw my kek lapis on my table.Sounds weird,right? but that kek lapis is so nice until i forgot my miseries. hmm, try harder and be smart when you study....haha.

Now i'm in class doing physics tutorial and got lots of other assignments to do.......bye!!!

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kepada semua muslimin dan muslimat,selamat berhari raya dan semoga kita beroleh berkat dan rahmat daripada Allah.

Nak balik miri............knek di klia tunggu flight....sekian.

Thursday, August 27, 2009

tahu,mampu,dan mahu

Kamu tahu, kamu mampu tetapi kamu tidak mahu,apakah itu?
Kamu tahu,kamu mahu tetapi kamu tidak mampu,apakah itu?
Kamu mahu,kamu mampu tetapi kamu tidak tahu,apakah itu?
Kamu tidak tahu,tidak mampu dan kamu tidak mahu.apakah pula itu?
Manusia memang begitu,semua benda nak tahu,
Bila dah tahu manusia mula mahukan benda itu,
Bila dah mahu timbul pula soal mampu,
Bila sudah mampu tiba-tiba tak mahu,
Manusia memang begitu...............

Sekadar kiasan terhadap pendirian manusia terhadap sesuatu.Kadang-kadang kita merasakan kita ini selalu membazir dan boros.Semua benda nak beli tetapi hakikatnya anda menginginkan benda itu hanya untuk sementara waktu.Ataupn kita amat berkehendak terhadap benda itu, tetapi tidak mampu.Kita terpaksa berusaha mencari jalan agar benda itu menjadi milik anda.Malah kita seorang yang mampu,kita hendakkan benda itu tetapi apabila ditanya apa benda yang diinginkan itu,kita tidak tahu.Sememangnya kita adalah pembeli yang sesat.

Oleh itu,pilihan di tangan anda.Semua yang berlaku di alam ini mempunyai sebab dan hikmah yang tersendiri.Jadikan pengalaman sebagai benteng kejahilan dan pengetahuan menjadi aspirasi hidup.Teguhkan pendirian anda sepanjang masa dan akhirnya anda menjadi insan yang cemerlang.Sekian.........

Current updates............

Knek di Miri sebab balit cuti pertengahan semester.Isnin minggu depan balit Shah Alam.Mok blaja chemistry dan siapkan banyak presentation.

Perjumpaan Mahasiswa Sarawak pada 29 ogos di Masjid Negara jam 12 Tengahari.Semua dijemput hadir.

Ya jak.................

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin di seluruh dunia.Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keampunan daripada Allah dan diterima semua amalan.

Ramadhan dianggap sebagai sebuah universiti kepada kita.Setelah sebelas bulan bertegang urat dengan godaan syaitan dan nafsu,Allah memberi kita satu bulan dimana kita masuk semula ke 'universiti' untuk memperoleh ijazah bagi sebelas bulan seterusnya dan kitaran ini akan sentiasa berlaku.Dalam masa satu bulan inilah kita kembali kepada Allah,memohon agar diberikan kekuatan untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Hal ini bergantung kepada sedalam mana pengertian anda terhadap ramadhan dan apakah ramadhan memberi kesan atau tidak? tepuk dada tanya iman.Sesungguhnya Allah amat pengasih dan maha penyayang.Cuba kita membuat sebuah analogi.Sebuah kapal besar,amat besar sedang membawa muatan yang amat banyak dan semua yang kita inginkan ada di dalam muatan tersebut.Kapal itu singgah di pulau anda dan menunggu orang untuk mengambil muatan tersebut.Tetapi kita pada masa itu bersikap sambil lewa dan sekadar membelek-belek muatan tersebut tanpa membeli atau membuat sebarang urus niaga.Anda ingat yang ada lagi kapal yang akan membawa muatan seperti kapal tersebut dan mungkin lebih baik.Kerana sikap acuh tak acuh, kapal tersebut meninggalkan pulau tersebut dan berlayar pergi...............

Analogi ini adalah perumpamaan kepada sikap kita terhadap bulan ramadhan.Bulan yang menyediakan berlipat ganda ganjaran dan kebaikan tetapi kita hanya tidak bersungguh-sungguh mengejar tawaran tersebut.Oleh itu,saya menasihati diri saya dan anda agar kita beristiqamah dalam mengerjakan amalan puasa dan amalan-amalan lain.Akhir kata,semoga dipermudahkan urusan dan berjaya di dunia dan akhirat.

Friday, August 7, 2009

Ruang dan anda

Ruang atau space is defined as an amount of an area or of a place that is empty or that is available for use.Dalam erti kata lain, ruang merupakan sebuah lingkungan dimensi yang dikaitkan dengan pelbagai benda.Tidak kira masa,tempat atau keadaan, semua memerlukan sebuah ruang untuk membolehkan benda tersebut berlaku. Agak hebat, bukan? semua ini adalah kebijaksanaan Allah dalam membuat segala perancangan untuk kita.

Regarding to the meaning of space, we can interpret it into several concepts. How you define space in your live? what does space means to the children, old people, young adults like us? Well, we can obtain as many point of views from these people and finally come to a single conclusion....;we need space.

Kita perlukan ruang untuk menyelesaikan masalah kita.Apabila kita menghadapi sesuatu musibah atau kesulitan, kita akan masuk ke sebuah ruang dimana kita boleh meluahkan perasaan kita, muhasabah diri dan mencari jalan penyelesaian. Bahkan, kita juga perlukan ruang untuk menenangkan diri dan berhibur mengikut keperluan masing-masing.Adalah menjadi lumrah manusia untuk mencari sesuatu yang boleh memberi hiburan kepada dirinya.Oleh itu, sebuah lagi ruang diperlukan untuk memenuhi kehendak manusia yang amat lemah ini.

Dari segi akademik, kita memerlukan ruang untuk belajar, menelaah dan mengulang kaji pelajaran.Semua ini amat penting bagi menjamin kecemerlangan yang ingin diperolehi.Ruang juga menjadi isu penting dalam percintaan jika anda pernah mendengar alasan yang sering dilontarkan oleh si dia kepada kekasihnya iaitu " i need some space......".Memang kita mengkehendaki ruang untuk merenung kembali adakah kita benar dalam bercinta atau sebaliknya.

Dari sudut agama pula, ruang merupakan sebuah aset yang amat penting untuk beribadat, mendekati tuhan dan banyak lagi.Islam merupakan agama yang mementingkan disiplin dan keyakinan yang teguh terhadap Allah.Justeru itu, setiap muslim hendaklah membina ruang untuk bertaqarrrub atau mendekati Allah demi mencapai redhaNya.Ruang ini amat berguna jika kita ingin berjaya di dunia dan akhirat.

Terdapat banyak lagi perpektif dan pandangan mengenai ruang atau space dar pelbagai sudut dan keadaan.Sememangnya, kita tidak akan terpisah daripada kewujudan ruang dan apa yang boleh dilakukan ialah menggunakan ruang yang ada dengan sebaiknya.Semoga kita beroleh kejayaan dan rahmat daripada Allah...........amin.

Sekian coretan kamek pada kali ini.Ingin kembali ke ruang belajar, mok revise pake ujian.

Hmm.does anyone know what is "reversible pregnant"? please tell me............

Monday, July 27, 2009

back to action people!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Zaman dah berubah, dunia sudah bertambah maju dan kita pun semakin hari berlari mengikut arus perjalanan kehidupan yang semakin berliku.Agak sedih bila kita megatakan kita tidak mampu bersaing pada zaman ini kerana kita belum menguasai kemahiran untuk menjadi seorang insan yang cemerlang dan berakhlak mulia.Seperti saya dan orang lain, kita sering melakukan kesilapan dan kesalahan dan semua ini diperlukan untuk membina kemahiran tersebut.hanya sekadar meluahkan perasaan..................


Current updates,kamek dah balit ke miri untuk cuti selama seminggu sebab kampus INTEC UITM telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga terhadap wavak influenza H1N1.Sekarang kamek tengah mencari ilham untuk menyiapkan report biologi kamek dan siapkan kerja english.

Kehidupan belajar pada tahap ini memberi kamek satu pengalaman yang baru.Kamek belajar untuk lebih berinteraksi di dalam kelas,menguasai bahasa inggeris kamek yang agak rendah,dan belajar menghargai ilmu.Pada tahap ini,kita disarankan untuk mencari ilmu dan bukan menunggu ilmu untuk datang kepada kita.Sikap bekerjasama adalah amat penting untuk memastikan kejayaan bersama.Kesimpulannya,kamek akan cuba menggunakan sepenuhnya potensi kamek untuk lebih cemerlang.InsyaAllah...........

Bh,sik panjang post tok.kamek da kerja lain mok polah.semoga kita beroleh rahmat daripada Allah dan semoga negara kita selamat daripada belenggu H1N1.Amin....................

sekian,wallahualam.

Tuesday, June 23, 2009

Kemana mahumu.........

Hmm,agak pelik tajuk post kali ini.Kemana mahumu? tepuk dada tanya selera.

Lumrah manusia ingin berubah dari satu dimensi ke dimensi yang lain.seiring dengan masa,manusia yang semakin berusia akan mempunyai banyak tanggapan dan persepsi terhadap kehidupannya sendiri.Malah,kita juga seringkali terjerumus ke dalam lembah kesulitan dan sentiasa terbelenggu dengan bahaya ataupun dugaan.

Namun begitu,di sebalik hakikat ini,manusia sentiasa mengumpul pengalaman dan pengetahuan sebagai panduan dalam kembara penterjemahan hidup yang hakiki.Apabila matlamat sebenar kehidupan telah pun diketahui,maka si manusia akan berusaha merangka strategi untuk menuju ke arah matlamat tersebut.Memang ada yang telah tahu matlamat hidup manusia dan ada juga yang masih buntu mencari petanda dan petunjuk mengenainya.

Mahmut Shaltut,seorang tokoh pembaharuan Universiti Al-Azhar menyatakan:
" agama islam mempunyai dua dahan utama yang tidak akan terwujud hakikat dan bukti pengertiannya melainkan jika kedua-dua dahan tadi mengambil tempat pembuktian dan wujudnya dalam akal,hati dan kehidupan manusia.Kedua-dua dahan itu ialah akidah dan syariah.Kedua-dua aspek itu pula amat berkait rapat.Al-Quran menerangkan akidah dengan keimanan dan syariah itu dengan amal soleh.Ternyatalah Islam bukan semata-mata akidah dan tugasnya bukan sekadar mengatur hubungan manusia dengan Tuhan sahaja.Malah,ia adalah akidah dan syariah yang mampu mengarahkan manusia ke seluruh aspek kebaikan dalam kehidupan."

agak dalam maksudnya.tetapi secara ringkasnya,kita dapati akidah dan syariah merupakan elemen utama pemangkin manusia ke arah matlamat kehidupan yang betul dan tepat.Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang mementingkan aspek akidah dan pelaksanaan syariah yang benar untuk menuju redha Allah.Selain itu,hadis-hadis Rasulullah dapat dijadikan sebagai huraian yang sempurna untuk menterjemahkan aspek syariah dalam kehidupan.

Jadi,berbalik kepada solan tadi...........Kemana Mahumu? kemana tujumu? inginkah anda jadi insan yang berguna atau menjadi manusia durjana? inginkah anda ke sekolah atau sekadar ponteng di pusat membeli-belah? ingin anda membantu saudara kita yang lemah atau bertindak zalim atas dasar kebencian? semua nya akan terjawab apabila kedua-dua dahan islam itu tertanam di sanubari dan mekar dalam jiwa kita.

Akhir kata,bersabarlah dengan dugaanNya dan bertakwalah kepada Allah.Jangan disia-siakan potensi kita untuk menjadi hamba Allah yang unggul,hebat dan diredhai.sekian coretan daripada hamba Allah yang hina ini.wallahualam.

Saturday, June 13, 2009

Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sarawak

Salam sejahtera diucapkan.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad S.A.W dan keluarga Baginda.semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan diberkati Allah.
Pada tanggal 10 Jun 2009 telah berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sarawak di Dewan Suarah, Miri.Juara qari dan qariah akan mewakili sarawak ke peringkat kebangsaan.

Pendek cerita,sambutan amat menggalakkan.ramai orang datang untuk mendengar alunan kalam suci yang amat bermakna kepada kita semua.selain itu,Majlis tilawah kali ini agak meriah berbanding sebelumnya kerana jumlah penonton yang meningkat.

Dan kamek berpeluang untuk menyaksikan peserta pada hari terakhir.Pada hari terakhir juga berlansungnya Majlis Penutupan Tilawah yang dihadiri oleh Tuan Yang Terutama negeri Sarawak.
Pada malam itu,kamek pergi ke dewan suarah bersama-sama azizul dan ridhwan abd rahim.Agak lama juga menunggu TYT kita untuk datang ke majlis dan kamek pun agak lama menunggu azizul dan ridhwan.haha.jumpa azizul lok.lekak ya ridhwan.

Sementara menunggu peserta pada malam itu untuk memulakan bacaan,berloya lok ngan jijul.boring juak nunggu pihak urusetia atur kerusi yang sik cukup ya.lekak ya berjumpa ngan si ridhwan.Lamak dah sik nangga sahabat kamek tok.

tatkala mendengar ayat suci Al-Quran berkumandang,rasa bangga dan sedih pun bercampur.Bangga kerana semakin ramai umat islam yang menghargai Al-Quran dan pada masa yang sama sedih sebab sik dapat dengar gilak suara peserta.Kamek orang agak jauh kebelakang dan ia mungkin merupakan faktor utama sik dapat dengar.

Pada pukul 11.00 malam,majlis penutupan berlangsung.sekali lagi hampa sebab sik sempat nangga sapa menang.InsyaAllah,mun ada gik Majlis Tilawah tok ,kamek mok datang awal.haha.Kamek dan Jijul sempat juak bersalaman ngan TYT Sarawak.hmm,bukan senang mok bersalaman ngan pemimpin.

Bh,ya jak lah coretan kamek pada kali tok.Sekarang tangah bersedia mok pergi ke INTEC uitm shah alam.ambik A-Level pake kursus perubatan.sekian.

gambar-gambar sekitar Majlis Tilawah berlangsung.





Monday, May 25, 2009

Tun Razak ( for all AYTR )

Konsep 1Malaysia ilham Tun Razak

KUALA LUMPUR: Konsep 1Malaysia hasil ilham Datuk Seri Najib Razak adalah kesinambungan kepada wawasan arwah ayahnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga Perdana Menteri kedua negara, kata tokoh akademik, Tan Sri Arshad Ayub.

Katanya, Abdul Razak adalah seorang pemikir masa depan yang unggul, termasuk berupaya menggubal dasar pendidikan yang berjaya menyumbang kepada pembinaan negara bangsa, malah melahirkan generasi pemimpin pendidikan.

Katanya, kegigihan usaha dan pengorbanan Abdul Razak ketika menerajui kepemimpinan negara dalam pelbagai aspek utama meliputi pembangunan luar bandar, perpaduan nasional, kesedaran sosial dan pendidikan, ternyata membuahkan hasil yang turut dinikmati sehingga generasi sekarang.

“Tidak diragui lagi bahawa Tun Abdul Razak adalah pemimpin berwawasan. Beliau hanya menjadi Perdana Menteri untuk tempoh enam tahun, tetapi kepemimpinannya padu dengan tindakan yang memberi kesan amat besar kepada pembangunan nasional, sumber manusia dan kelahiran model pendidikan,” katanya.

Hmm,a true leader to Malaysia.Marilah kita bersama menuju ke arah kegemilangan dan kecemerlangan bangsa dan negara.Sekian.

Something to ponder.........

While i was reading articles in Berita Harian,i came across this letter.Very sarcastic yet reminds us on what is our main priority as a muslim.To know Allah is the very basic thing and to bring up the syariah Islamiah as good as possible is an obligation.

Maybe this person is describing the current situation that happened to our young generations.Please, take a few moments to think back and do something after you read this.I've done it and hopefully we can be a better person.



Jurusan agama perlu diceburi pelajar minda kelas pertama



SYABAS dan tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang anak mereka berjaya mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) sama ada dalam atau luar negara. Kita berbangga kerana mempunyai generasi pelapis yang semakin meningkat tahap kecemerlangan dari semasa ke semasa.

Namun, kecemerlangan bukan diukur atas kertas saja. Apa yang lebih penting adalah kecemerlangan aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani perlu seiringan.

Ingin dibangkitkan ialah ada segelintir masyarakat sejak dulu hingga kini menganggap pelajar atau anak yang kurang cemerlang patut dimasukkan dalam jurusan agama. Ia mungkin disebabkan pelajar itu tidak diterima mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan komersial.

Ada benar penyataan yang menyatakan, daripada pelajar itu tidak mendapat apa-apa langsung, sekurang-kurangnya dengan mengikuti jurusan agama mereka dapat membekalkan diri dengan ilmu agama dan mampu mengajar kelak.

Jurusan agama dianggap jurusan kelas kedua, tidak memiliki nilai komersial dan ketinggalan zaman. Maka atas faktor itulah sukar untuk menemui pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai pilihan utama. Jika ada pun, alasannya bidang agama subjeknya mudah untuk lulus.

Seharusnya kualiti pelajar yang diterima mempelajari bidang agama perlu seiring tahap kecemerlangan pelajar jurusan sains, perundangan dan jurusan lain. Untuk memahami agama memerlukan minda kelas pertama.

Pelajar yang bijak dan cemerlang bakal memahami agama dengan baik. Bahkan mereka boleh dianggap sebagai 'doktor' atau 'jurutera' pembangunan modal insan kepada masyarakat dan ummah keseluruhannya.

Hakikatnya, bidang agama bukan bidang picisan yang tidak mempunyai nilai. Apatah lagi dianggap bidang yang mudah. Bidang ini juga memerlukan keseriusan dan kecerdikan minda kelas pertama kerana untuk menilai maklumat agama yang pelbagai memerlukan ketekunan tinggi.

Bidang ini bukan bertujuan melahirkan penceramah di masjid atau surau yang hanya menjanjikan syurga atau neraka, apatah lagi mengambil kesempatan di atas kejahilan orang lain. Tetapi, ia adalah amanah kepada ilmu. Mana mungkin pelajar bidang agama terdiri daripada yang hanya cukup makan.

Jika diperhatikan kebanyakan pelajar jurusan agama mendapat kelulusan lebih rendah berbanding jurusan lain. Amat sedikit pelajar cemerlang memilih jurusan agama sebagai bidang pengajian pada peringkat lebih tinggi.

Kesan daripada bidang agama yang dikuasai pelajar 'cukup makan', ia menghumban generasi ini kepada pemikiran dan pengamalan agama yang jauh tersasar daripada roh syariat. Mereka sekadar menjadi pelengkap majlis, memenuhi masa terluang antara Maghrib dan Isyak di masjid atau tukang menyediakan air penawar.

Jika mentaliti masyarakat khususnya pelajar memiliki minda kelas pertama masih melihat bidang agama sebagai kelas kedua, maka pada dekad akan datang negara akan dipenuhi golongan agamawan yang mandul dan tidak dapat menyumbang ke arah kemaslahatan ummah.

MARDIANA MAT ISHAK,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Saturday, May 16, 2009

Aku,Ryner,dan Bintang Megamall...

Haha,the post-PKTR syndrome is true!!!
Sebab keluar dengan seorang lagi AYTR 08,Ryer....(applause)..
Alkisah
Ketika masuk bilik setelah main bola di padang.....
a text came
'Hi ridhwan,Ryner here.i'm happen to be in miri right now.....'
Hatiku berasa teruja......lamak eh sik temu nya tok sejak kem dah habis
So,he asked me whether i'm free the next day ( thursday )......
Hmm,tanpa segan silu kamek replied positively........haha
Pelawa pegi lunch di Bintang Megamall......lekak ya pegi jalan-jalan.
It was precisely 1.09 p.m when i saw ryner at the entrance.We greet each other and then straight away to our first stop, the Pizza Hut.We had a fancy lunch with combo A set worth rm 29.90,triple pleasure and double delight ice-creams.Alltogether....RM 51.50.Ryner paid it.He called it a treat.Haha.

Next stop,the megamall's interior.We conducted our window shopping about two hours and it was a strange feeling.However, i enjoyed loitering with Ryner.hahaha....
We stopped at few shop actually such as the levi's store,big apple,bata store,Giant(?) and a dvd shop.i hardly remember the name.

And finally at 4.15 p.m waktu Malaysia,our adventure ended.Saat yang amat sedih dan hiba.Aku melafazkan ucapan selamat tinggal kepada sahabatku dengan harapan semoga bertemu lagi.Sebuah coklat cadbury menjadi kenangan kita bersama.Hope to see you again.....i mean,soon enough la......

sekian.i miss you all............

Selamat Hari Guru

Guru
Dirimu amat berharga
Ilmumu amat kudamba
Kelibatmu sentiasa menceriakan diriku
Yang menanti setiap cangkir ilmu dan kasih sayang

Guru
Kadangkala aku tersilap kata
tersalah bahasa
Engkau seperti memahami.....
Apakah aku yang bersalah selama ini?

Guru
Kini ku berikan sebuah hadiah
hadiah kejayaan dan kecemerlangan
Engkau berhak ke atas kedua-duanya..
Aku gembira kerana mampu membahagiakanmu....

Guru
Pertemuan kita telah diaturkan di langit
dan ditakdirkan di bumi
Aku bersyukur kepada ya Rabbi
atas kesempatan ini....

Semoga kita bertemu lagi
Untuk memperjuangkan ilmu dan pengetahuan
demi masa hadapan
demi satu matlamat...
satu perjuangan...
demi mencari RedhaNya......
sekian

Hatiku berbisik rindu padaMu, ya Allah..........ampunkan dosa guru-guruku.....amin

Tuesday, May 12, 2009

News,huh?

Instead of mumbling around talking unnecessary things,let's brig up some issues today.........
Hmm,some of the updates
Ho Zhung Khiong is officially a form six student of Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang.congrats!!!
Most of my friends ( Ecka,Adeng,Michelle,val,and others)are now in Kolej Matrikulasi Labuan........
for the Jpa scholars....arina,syafiq,harry,hazimah,tiqah,zahid,faezah,huzai,ellisa......congrats!!!you are among the chosen one....
And for the pktrians.....congrats to everyone who got he Jpa offer.....Yin,ji ching,yashini,tan,darren,bosco,gary,asha....
Azim,anis,rahim,Jaramier got the petronas scholarship....impressive!!!
Other friends who got the upu offer,good luck and congratulations!!

Next we move on to some current news........

1.Susan boyle ( i love you!!!!!!!haha )turned down Barrack Obama's invitation to the White house Correspondent's Dinner, which is a star-studded dinner due to the show (britain's got talent) rules which prevent her form attending..........

2.Swine flu outbreak is still in menace as the death toll reached 50 few days ago.Infected countries are currently increase their medical supplies and medications to slow down the pandemic.

3.Manchester United and Barcelona will play the Champions league final in rome.Some said it will be the greatest match on earth as it brings up greatest players in the world ; ronaldo,messi,rooney,henry.....it will be a specactular yet world-class performance.Go United,go!!!

4.Dato' Seri Nizar was declared by the KL high court as the rightful MB of Perak. A shock news to the BN component as Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir will no longer take the top job in Perak.....

5.Lastly,the ministry of education is reviewing again on the PPSMI issues that caused a rebellion from many people including Sasterawan negara, A.Samad Said. The education minister will seek for alternatives and solution to solve it as the usage of bahasa Malaysia is getting less in the syllabus.........

i'm not a reporter,just to share few of my concerns la.........hopefully the best will come and as a Malaysian,we hope for prosperity and progress for the future......

Sunday, May 10, 2009

Study,study,study................

Salam sejahtera diucapkan kepada semua.
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menghirup oksigen dan membebaskan karbon dioksida daripada badan.masih lagi mampu menggerakkan anggota badan kita.masih mampu memenuhi kehendak kita.tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari.hmm............

Study........
setelah lima bulan berkelana di muka bumi dengan pelbagai tujuan dan cabaran,akhirnya muncul pula sebuah cabaran yang bisa mengubah kehidupan saya selepas ini.Pengajian ke institut yang lebih tinggi.Ingin menggapai cita-cita yang diingini.supaya hidup lebih berjaya pada masa akan datang.

Spm hanyalah pasport kepada alam ini.sebagai penentu tempat yang terbaik berdasarkan keputusan anda.Selai itu ,alam ini menuntut kita supaya lebih matang dan mampu menyesuaikan diri sebaik mungkin untuk mendapatkan hasil yang maksimum.begitulah gambarannya............

Oleh itu,azam yang kuat dan disulami dengan akidah dan iman yang teguh akan agama akan berupaya memandu kita ke arah yang betul.Hal ini adalah kerana kehidupan di sana ada banyak dugaan dan cabaran yang bisa menggugat pendirian kita.

Bukan bermaksud negatif tetapi kita harus bersedia dengan hakikat tersebut.memang kita akui kita mungkin dah lali atau tahu apa yang berlaku.tapi sekadar peringatan kepada kita semua.

haha.hebat ceramah yang kamek sampaikan.sekadar meluahkan pendapat.ya lah,nervous sebab dah mok start belajar.otak kamek akan bekerja keras sekali lagi.yes!!!!!akan ku nantikan saat itu menjelma.sebagai pemberitahuan, kamek dapat dua tawaran yang amat lumayan.......tawaran pertama ialah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di bawah program asasi sains hayat.........

tawaran kedua ialah tawaran biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah program ijazah luar negara........amat teruja bila dapat tawaran ini.haha.semoga kamek mendapat pilihan yang terbaik daripada kedua-duanya......sekian......


selain itu.........HAPPY MOTHERS DAY......SELAMAT HARI IBU.......
ENGKAULAH PERMAISURI DI HATIKU
MENJADI TEMAN KETIKA AKU BERASA GUNDAH
PEMBAKAR SEMANGAT BILA KU GELISAH
KASIH SAYANGMU ADALAH HADIAH PALING MAHAL
BIAR SENANG MAHUPUN SUSAH
MATLAMATMU HANYA SATU
AGAR KAMI SEMUA BERJAYA
DUNIA DAN AKHIRAT

semoga ceria selalu semua ibu-ibu di muka bumi ini dan bahagia hingga akhir hayat..........

Wednesday, May 6, 2009

1 Malaysia

Why i'm promoting this thing?
The reason is .........our Prime minister urged the Malaysians especially bloggers to promote the concept.haha.

Based on my limited resources, i would say that this 1Malaysia thingy is quite interesting.Let me explain it based on my perspective as a Malaysian..........

Sebenarnya,negara kita telah pun mengalami satu transformasi dimana pelbagai dilema dan konflik muncul secara tiba-tiba dan berunsur provokatif.Semenjak kemelut politik tahun lepas,pelbagai spekulasi dan peristiwa besar berlaku.Perpaduan dalam negara kita juga tergugat akibat prasangka yang tidak berasas dilakukan tanpa segan silu.Keadaan ini banyak mempengaruhi pelbagai lapisan status dan norma-norma masyarakat sehingga kerajaan terpaksa meletakkan fokus yang berlebihan untuk menyelesaikan masalah ini.Kemajuan sukar dicapai tanpa perpaduan yang kukuh.Rakyat terkongkong dengan ancaman politik.Pemimpin bermusuhan akibat salah faham.macam- macam berlaku...........
Baru-baru ini,Perdana Menteri kita telah melancarkan konsep 1Malaysia yang amat dialu-alukan kita semua.Dalam kenyataan beliau,semua rakyat menerima layanan yang saksama dan konsep ini akan mewujudkan sikap kesaksamaan dan kekitaan(togetherness) demi mencapai wawasan negara.Selain itu,beliau mengajak kita semua untuk menghayati dan mengadaptasi teras-teras utama konsep satu malaysia untuk menjamin kesinambungan dari segi peradaban,ilmu,teknologi dan budaya bangsa.Hal ini dapat mengurangkan jurang status antara golongan yang berkemampuan dengan golongan yang tidak berkemampuan.Setakat ini sahaja yang saya tahu.Sebuah garis panduan satu malaysia akan diterbitkan untuk menyebarkan konsep ini kepada semua untuk difahami bersama.

sekian,majulah Malaysia untuk semua.pertahankan tanah ini buat selamanya.........

Sunday, April 26, 2009

A tribute to the facilitators and AYTR

Hmm, still figuring out what to type at this moment.............

Abang farith,kak Zhen lim, "kak" Nicole pang,kak sharon,Abang Sumi,and all the uncles............Uncle Sam,Uncle Din,Uncle Li,abang Ayaz,Kak levi ( please,correct me, i don't know how to spell your name),Abang khairul,Kak sarah,abg ismail,abang eugene,abg chong,Kak ainul
THANK YOU SO MUCH!!!!!!!!!
Thanks for your support and guidance.I truly salute you all for the comitment to the program.I hope to be one of the PKTR facilitators next time.hehe.......
some of the advices.......
Don't forget your bag!!!
Be creative guys!!!
Come on PKTR 08!!!!you're so slow!!!!!

Motivations are crucial to mould such young talents.............it might be the most precious asset ever to be a leader.hmm,hope to see you again soon.

I think that it's almost a week already we left the PKTR.but the spirit is still inside our hearts.............

Wednesday, April 22, 2009

Program Kepimpinan Tun Razak 2008

Assalamualaikum and greeetings everyone............
Since my friends are posting this thing in english,so this post is totally english with some understandable malay terms.haha.

Hmm,it was on the 4th of april when i set my foot on the peninsular.this is the first time ever i came to this land.me,kim fung took the same flight to kuala lumpur on that night.we arrived about two hours later at 11p.m. nothing much to see because it was dark and dull.boring............after that we waited for two more friends,danny and rahim.we were the first four pktrians to arrive.haha.

Sitting in a honda stream,uncle sam brought us to casa 1 majlis sukan negara.we spent our night there in room 603...................
next thing in the morning,i saw azrul and bobo in our room.we were surprised at that time.so,we get to know each other after that.

well,these are the places we visited and what are the comments.............
1. Majlis sukan negara bukit jalil
our first stop during the camp.nice place to stay.Imagine living in the same apartment with lee chong wei,kuan beng hong, bryan nickson lomas and many more.i met my friends here and we shared lots of experiences together.activities,talks,riadah...............i miss these things!!!!!!!!!!!!

2.residence hotel kuala lumpur
the opening ceremony was held there.we met Dato' seri najib tun razak's Brother,Dato' Nazim and his wife,Datin Norjuma Habib.nice food and i enjoyed it.

3.Palace of the golden horses
the best place i've visited.Thanks to Tan Sri Lee Kim Yew for this opportunity.i really appreciate it.the place was spectacular.nice chinese cuisine.i like the ambience and the atmosphere suits the standard of the hotel.we've been there twice during this program.the second time we went for a boatride to mines resort city.it was cool and i like the panorama........

4.memorial tun razak
A must visit place.especially lake gardens.the place where we organised a charity event.i miss the kids............however,this place brings me a lot of new ideas and knowledges.we got to know many people like Tan Sri Dato' Arshsd Ayub,Ms Chan Ai Cheng, Mr.Agil Natt,Puan Hamidah Naziadin and many more.

5.memorial Tun Mahathir and memorial Tunku Abdul Rahman
full of priceless things and collections.it inspired me to start collecting stuffs starting today.haha.few pictures were taken.I still remember the moment we saw a 'ghost' at memorial Tun Mahathir.it was actually a robot chef frying the vegetables........hmm,i almost cried at Tunku's memorial.his contributions to the country was so touching.a great leader who created the independance for malaysia...

6.arkib negara
we learnt to handle manuscripts and yet to know more on our national documets and files.without it, the country has nothing to proud of.

7.Astro
wonderful place to see.got to know the operating systems, the procedures and we saw the set up for the 'jangan lupa lirik ' show.and saw few celebrities that i don't remember their names.

8.Kuala Kubu Bharu Selangor
outdoor is fun!!!!!!!i enjoyed rafting with didi,nishan,anis and tracey.there was once we passed through the 12 feet 'jeram',i was thrown out from the raft and found myself under the raft after that.haha.we learnt about teamwork and mental strengths.

9.Kampung lonek jempol,negeri sembilan
I was amazed by the environment.the people are friendly and willing to share their thoughts and experiences.the kampung dishes very pedas sampai menyongge........terpaksa minum air sojuk.tidur pun payah nak bongka.and most important, i cought a fish with my own hands in the mudpool, i assumed.i miss my 'mak' and 'ayah'.hope they are fine and happy..............

10.other places,
casa rachado,port dickson
the royale bintang,seremban
muzium negeri sembilan
tandas2 that i've visited
lake gardens,kuala lumpur
menara PNB ,Kuala Lumpur
and many more................

to my friends
May - nice voice during the persembahan,.........MAK,MAK,LAPAR MAK.......
Anis - penyajak yang hebat
Yin - arsenal fan,great musician
Tan - my brother,haha,thanks for the medical advice
Daren - thanks for teaching me few chinese words
Hanif - thanks, you tunjuk i seitar kuala lumpur,jadi penghulu yang hebat.....
Joscinda - Mummy!!!!!!!!thanks for everything,you are a great and nice friend
Ju lin - first time met in the pajero and we eat half-boiled egg at mamak stall near klcc
Ding - with me when writing the letters till 1 a.m. good friend and great drummer..
Ji ching - it took me five days to say your name correctly.don't know why.....haha
yashini - i'll remember you.......'hai,wan'...hancur hatiku bila mendengar kata2 itu.
vijaya - for being the facilitators during charity event
siti asfarina - thanks for everything,you are a nice person to talk to.......
Gary - i'll remember you handsome,YB,and your weird experiences...
sin toun - nice person,sometimes blur,and a good actress
alya - what goes in pktr,stays in pktr, thanks for sharing your opinions and advices.
maryam - sorry if we left you at msn that day............
panier - i enjoy tamil songs,hope to see you again,prime minister
tarsha - nice duet with asha ,i already download the song journey to the past
najah - good wife to hafiz,haha,just joking.
baihaqi - thanks for your laptop and the wireless thingy
jasmine - bondainye,,,sabtuyeeee.......good and nice person
stephanie - good coach, i learnt new strecthing techniques from you
hafiz - makan manok banyak2.haha
asha - haha.you are so hyper that i still remember you in my dream........
azim - you memang versatile,dengan lawak selambe...........
nishan - great leader,hope you be the next jimmy choo..........
bosco - say my name if you read this,i'll remember you,manutd fan!!!!!
fatima - nice costume,lain kali cuba costume anime lain,haha.......you're a nice person,seriously....
nisha - thanks to you my friend.first time met in the pajero.haha.and my mc buddy
adila ( didi )- you be my didi,ok? pktr rocks!!!!!!!!
saiful - yes!!!!!!!!ikan terkedek-kedek, hinggap di atas kali,pesan la datuk nenek,lu fikir la sendiri...........
fatin - semoga jadi isteri yang baik......hehe
alicia - flexible dancer,hope to see you soon..........
bobo - thank you sebab tolong aku dengan baju aku yang hangus ari tu.........haha
sue rin - thanks for everything.a caring and nice person
sakinah - kirim salam kt nik madihah!!!!!hope to see you again
danny - a great person and the loudest laugh ever in pktr.nice to meet you,buddy!
jaramier - a good conductor,i'll remember the lontaran suara........
tracey - thanks for everything,your laptop and many more
rahim - be a good baker and keep in touch!!!!!!
ratna - ratu sulaman,akan ku ingat kata2 hikmatmu........
ryner - nice to meet you,be a good doctor someday...........
hilda - all the best to you!!!!!!!!
ikhwan - i'll remember you,yes,correct!!!!!!
kim fung - happy 10 years of friendship. maaafkan saya jika saya bersalah selama ini..
candy - be a successful person one day!!!majulah kita demi negara

and myself,Ridhwan - thanks to all of you..........miss you very strong.haha.
okay for this time.more posts to come!!!!!!!

Saturday, March 28, 2009

Program Pendedahan kerjaya sebagai doktor

Alhamdulillah,kamek terpilih untuk menyertai program tok.Program ini adalah program wajib dalam mendapatkan tajaan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Kamek ambik kursus perubatan di bawah program ijazah luar negara.Kursus berlangsung selama lima hari di hospital miri bermula 23 mac hingga 27 mac.14 orang sahaja yang menyertai program tok.Kamek,chan,huzaisys,atikah,faezah,eric,rebecca,samantha,ellisa,tan,seng dan ramai lagi.

Program tok memang menarik sebab kami semua diberi pendedahan tentang kerjaya kedoktoran,pengurusan hospital dan berpeluang melakukan tugas sebagai seorang doktor.sepanjang lima hari tersebut kami semua melawat ke lima tempat iaitu bahagian kecemasan,klinik pakar,wad pembedahan lelaki,wad obstetric dan ginekologi dan wad orthopedik.di sana, kami berpeluang merasai kepenatan dan tekanan yang dialami seorang doktor.tetapi semua itu tidak melunturkan semangat kami untuk menjadi seorang pegawai perubatan.

Malah,kami semua dapat memperoleh pelbagai maklumat dan info yang berguna untuk menjadi seorang doktor.Tugas doktor adalah amat penting,nyawa menjadi taruhan dan masa itu amat penting walaupun satu microsaat.amat dahsyat.haha.kemudian kami didedahkan kepada prosedur-prosedur yang rumit dan panjang.memang doktor memerlukan kesabaran dan penghayatan kerja yang amat tinggi.hmm,minggu depan kamek pergi interview biasiswa jpa di bangunan majlis bandaraya miri.selasa 31 mac jam 2.00 petang.semoga beroleh kejayaan atas apa yang kita rancangkan.kamek hanyalah hamba yang hina,sentiasa dihimpit dosa,sering mencari pahala,namun bilakah beroleh cinta yang sebenarnya............dan kamek berharap kamek dapat berjaya dalam kerjaya perubatan.amin.sekian........


gambar peserta program tok

Gotong Royong di PDK Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.lamak dah sik update blog...........
Hmm,pada tanggal 21 mac yang lalu,saya bersama 19 orang belia islam pergi berjihad berbakti kepada masyarakat di Pusat Pemulihan dalam Komuniti di piasau kem,Miri.
Program ini merupakan batu asas kepada permulaan geng belia islam yang ditubuhkan ketika kem belia islam di eastwood valley tiga minggu yang lalu.Hmm,memang program ini amat pelik la tapi kami bertujuan ingin menanam sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.


Pdk miri............



Program bermula sekitar jam 8.30 pagi.Kami tiba dan disambut oleh beberapa orang staf PDK dan pengerusinya,Puan Chong.Kemudian kami berkumpul di laman belakang untuk mendengar sedikit taklimat ringkas mengenai PDK Miri.




para geng belia islam yang berada di tempat kejadian.....

selepas itu,kami pun berkumpul sekali lagi untuk membahagikan kumpulan dan mula bergotong-royong.antara tugas yang dibahagikan ialah membersih laman,mengemas taman bunga,mengemop lantai,menyapu sekitar taman permainan dan dalam bangunan.acara bermula jam 9.10 pagi.


selepas itu,tepat jam 11.30 pagi,semua kerja sudah selesai.semuanya nampak cantik dan teratur.memang hati berasa puas melihat hasil kerja yang diusahakan.kemudian kami berkumpul sekali lagi di laman belakang untuk sedikit jamuan.semuanya ditaja oleh raziman.Lekak ya,kami ada memberikan sedikit sumbangan berbentuk goodies dan beg hamper kepada pihak PDK.


para staf pdk

goodies...


12.15 tengahari.semua urusan telah selesai dan kami semua pergi makan snowflake.haha.kamek sik ikut la sebab mak ada hal.walau bagaimanapun,kamek amat gembira melihat komitmen masing- masing yang amat tinggi dalam menjayakan program ini.ya jak lah rasanya.selepas tok, geng belia islam akan beralih ke selatan miri di SMK agama untuk program seterusnya.hehe.................masih dalam perancangan.harap-harap menjadi.sekian,wallahualam.



emily...budak famous di pdk


para lelaki sedang beraksi....hehe


gambar bersama pihak pdk miri

Thursday, March 19, 2009

SPM 2008

Asslamualaikum dan salam sejahtera.............
ALLAHUAKHBAR,ALLAHUAKHBAR,ALLAHUAKHBAR...........
Alhamdulillah,syukur kepada Allah.spm result amat membanggakan kamek.sik sia-sia usaha kamek selama tok.lima tahun bekerja keras menimba ilmu,akhirnya dibalas dengan sekelumit nikmat daripada Allah.nikmat yang amat besar bagi kamek.......
10 A1
nang keputusan paling hebat yang boleh diminta oleh seorang pelajar.haha.kamek bersyukur sebab dapat keputusan tok.semoga kejayaan ini akan memacu kamek ke arah yang lebih baik lagi.hmm,lamak dh sik update blog.xda time bh.haha.sekian,wallahualam.

Tuesday, March 3, 2009

Kem belia Islam Sempena MaulidurRasul 2009

KEM BELIA ISLAM BINTULU-MIRI
Sempena
Sambutan Maulidurrasul 1430H

.:: Tarikh ::.
6 – 8 MAC 2009
9 – 11 RABI’ULAWWAL 1430H

.:: Tempat ::.
Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri

.:: Penganjur ::.
Biro Perkhidmatan Pendidikan,
Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)

.:: No. Perhubungan ::.
019-8285019 (En. Naim)
019-6136759 (Cik Aminah) .:: Aturcara Umum ::.
JUMAAT, 6 MAC 2009
Waktu Aktiviti
8.00 pg Pendaftaran Peserta
10.15 pg Taklimat
LDK 1, 2, 3 & Obstacle Course
Latihan Maulid Daiba’ie
SABTU, 7 MAC 2009
Waktu Aktiviti
LDK 4, 5 & Bengkel 1
Latihan Maulid Daiba’ie
8.00 mlm Kuliah Perdana Maulidurrasul
AHAD, 8 MAC 2009
Waktu Aktiviti
8.00 pg Ucap Utama
Bengkel 2, Sidang Pleno
4.15 ptg Bersurai

( Pada 9 Mac 2009 akan diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul di Miri. Para peserta daripada Miri adalah digalakkan untuk membawa rakan daripada luar Miri untuk menginap (homestay) di rumah mereka pada malam 8hb Mac, untuk mengikuti Majlis Sambutan Maulidurrasul pada 9hb Mac di Miri. )
• Program ini terbuka kepada remaja Islam, lelaki dan perempuan, yang merupakan lepasan SPM 2008 (berusia 18 tahun pada tahun ini).
• Yuran program ini adalah PERCUMA.
• Bas akan disediakan untuk para peserta daripada Bintulu pada jam 7.30 pagi, 6hb Mac.
• Sila bawa pakaian sukan (2/3 persalinan), pakaian ibadah, pakaian kasual (t-shirt berkolar / kemeja), serta pakaian kebangsaan lengkap.



Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)
Tingkat 1, Sublot 3 & 4, Bangunan Baitulmal, Jalan Haji Taha, 93400 Kuching.
Tel.: (+6082) 230726, 230728, 230759, Faks: (+6082) 230769
E-mel: info@bppmis.com Laman Web: http://www.bppmis.com

Sunday, March 1, 2009

Program bimbingan kerjaya

Tok ada bahan yang diperoleh ketika program bimbingan kerjaya di Pustaka Miri pada 22 februari 2009.jika ada sebarang masalah,post comment tanpa segan silu.sekian.

klik sini

Thursday, February 26, 2009

Kem belia islam sempena MaulidurRasul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.di sini terdapat satu pengumuman.Perhatian kepada semua belia islam yang bermastautin di bahagian miri,................anda semua dijemput untuk menyertai Kem belia islam sempena MaulidurRasul pada 6 hingga 8 Mac 2009 bertempat di Eastwood Golf and country club miri.Anda semua dijemput untuk menyertai kem ini.Post comment untuk sebarang pertanyaan...............sekian,terima kasih.

Wednesday, February 18, 2009

Temuduga di Sabah................(bah!!)

Salam sejahtera kepada anda.semoga berada di naungan rahmat Allah.

Sedikit perkongsian pengalaman ketika berada di Sabah.Pada tarikh 12 februari 2009.............naik flight jam 4.35 petang.destinasi...kota kinabalu.55 minit yang tidak terasa langsung.Best juak naik kapal terbang.nyaman jak rasa.Lekak ya,pergi ke tempat penginapan iaitu rumah pak cik kamek.haha..........

Hari yang dinanti telah tiba.13 februari 2009.Bangun pagi ya alu sembahyang subuh.lepas baca ma'thurat,pegi melihat keindahan alam buat seketika.kacak pemandangan sabah pada waktu pagi.Sekitar jam 7.10 pagi,pegi mandi dan bersiap.abang saudara ajak main game PS2 lok.mainlah kamek time ya...................Selepas itu,pegi sarapan dan masuk kereta.

Jam 8.40 pagi.betolak ke Arkib negara malaysia cawangan sabah.dekat ngan bangunan kerajaan di jalan penampang.cantik bangunan ya...............sampai jam 9.35 pagi.
Sik sangka jumpa sahabat lama kamek masa kat st.joseph dahulu kala.namanya Chan Kim Fung.nya terpilih pake temuduga juak.
koleng............haha.jumpa juak ngan Noramadabbas,sahabat dari SM Sains.jumpa juak ngan beberapa sahabat lain dari sandakan ,KK dan bahagian lain di Sabah.tapi jumlah sik banyak,lapan orang jak.

Apabila tiba giliran kamek,maka kamek ngan abbas dan seorang lagi dari sandakan,Danny masuk ke bilik temuduga.sesi berlangsung selama 45 minit.banyak soalan yang bisa menggoyah pendirian kita terhadap dunia masa sekarang.haha.Alhamdulillah,semuanya dilalui dengan tenang dan sabar.

Lekak ya,pegi sembahyang jumaat dan balik rumah berkemas.Sempat juak ngan abbas pegi jalan kat kompleks karamunsing.malam ya pukul lapan flight balik miri.sampai pukul sembilan.


Kesimpulannya,banyak kamek belajar daripada temuduga.kamek berazam mok polah yang lebih baik mun ada gik temuduga atau benda lain.haha.ya jak lah rasanya.sekian......................

Saturday, February 7, 2009

Sedikit dilema dalam kehidupan seharian

Salam sejahtera dan selamat malam.
lamak sik update blog tok eh.................for the updates,kamek dh isi borang kemasukan ke ipta fasa 2 dua hari lepas.pilihan pertama ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,masuk asasi perubatan.................insya-Allah,kamek yakin ngan pilihan yang kamek telah polah.tunggu result gik...............
Dilema dalam kehidupan ada berbagai.....ada yang marah,sedih,kecewa dan gembira.tapi kamek bukan mok cerita pasal dilema tok.ia berkenaan dilema kamek dalam hal ibadat seharian....................kamek perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dalam memantapkan jiwa yang masih kejahilan dalam iman dan taqwa yang haqiqi.Sik tauklah,semuanya bermula pada masa sekolah dahulu kala,ketika sedang berbincang dengan sahabat tentang perihal ibadat.Saudara D berkata......"pernah dengar sik pasal orang tolak bala?".lupak kamek.time ya malam semasa nadwah kepimpinan.orang busy nangga video seram,kamek orang buat sik tauk jak.haha.

maka saudara J pun bersuara......."ada kamek dengar.kamek sik tauk juak ada benda cam ya.tolak bala ya orang terbalikkan tangan time berdoa nak?"katanya..........

kemudian saudara F pun melatah "orang padah benda ya bidaah.kamek dengar ya alu sik ikut la kamek tek.orang tua banyak ikut benda ya,"...Saudara R pun menyampuk "kamek ada nangga kawan kamek polah tangan terbalik time doa tolak bala,kamek nanyak pahal kau kedak ya?nya padah ikut jak orang tua,aku pun sik ngerti juak."

"aok,bena juak.camne mok tauk ya bidaah ka,betul ka,maka sik ada pun adab doa yang padah kedak ya........".Jadi kesinambungan daripada perbincangan malam ya,kamek berusaha mencari kebenaran terhadap dilema yang membantut di hati.setelah berusaha,akhirnya urusan kamek telah dipermudahkan-Nya.Alhamdulillah syukur..............

kamek jumpa sebuah buku pasal panduan mengerjakan solat tasbih.best buku ya.kamek pinjam dari surau Smk pujut.baca-baca buku jumpalah part adab berdoa.tangga dengan lebih lanjut tentang adab berdoa kamek sampai ke point yang kelapan.......

Menengadahkan (membuka) kedua tapak tangan,apabila memohon perkara positif,dan menelungkupkan tapak tangan apabila memohon untuk menolak perkara negatif:

sebuah hadis yang tiada dinyatakan perawinya melaporkan......."sesungguhnya Nabi S.A.W apabila memohon perkara positif menengadahkan kedua tapak tangannya ke langit,dan apabila memohon perlindungan dari perkara negatif menelungkupkan kedua tapak tangannya dari langit"

sesungguhnya Allah itu lebih hebat pengetahuan-Nya dan maha mengetahui.ya jaklah jalan penyelasaian kamek.masih buntu juak sebab sik pasti boleh cayak sik.atau masih ada rahsia di sebalik dilema ini.haha,mun kitak ada komen atau jawapan kepada dilema,dipersilakan.amat dialu-alukan.

Ps:Boleh tak beritahu kamekLAH.......camne mok atasi selipar para jemaah kat masjid yang bila dah abis sembahyang ya ,hilang, kotor dan sampaikan koyak......ada cadangan beritahu ok?

sekian,wallahua'lam.

Thursday, January 22, 2009

Tentang pilihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah,dapat menulis dalam blog dengan aman dan sejahtera.syukur kepada Allah dengan semua nikmat yang diberikan dan kepada umat palestin yang telah berjaya memperoleh sedikit ketenangan.satu perkara yang amat diharapkan.

Apa yang ingin disampaikan ini sebenarnya agak samar.Cuti yang best kini semakin suram.tanpa tujuan.manusia sukar bergerak andainya seseorang itu hidup tanpa tujuan.Ini yang berlaku kepada kamek.letih juak memikirkan apa mok dipolah time tok.Haha,mujurlah kamek ada membuat sedikit ikhtiar untuk mengisi kelapangan waktu cuti tok.Rancangan mok jadi guru tusyen.dah pergi tempat ya.cuma tunggu boss call..............Lekak ya,ada juak bercadang mok polah jualan ngan mak Ni,mak cik kamek.jual kuih rasanya.sik pernah kamek berjual macam tok.adalah juak time darjah enam.

Yang terbaru,kamek kenak terpilih menghadiri temuduga untuk yayasan tun razak.mun berjaya pegi Kuala Lumpur ikut kem kepimpinan .sik tauk camne orang ya dapat e-mail kamek sebab nya padah sekolah yang mencalonkan.wallahua'lam.Berbalik kepada pilihan,sebenarnya tentang pilihan kita kinek tok.mok boikot barang israel ka?mok makan kat KFC ka?mok sik beli cd cetak rompak harga 6.00 ? semuanya tentang pilihan.Zaman sekarang adalah zaman fitnah.semakin banyak spekulasi dan kontroversi timbul setiap hari.ne tauk esok tiba-tiba kita pula dilabel penjahat.siapa yang tahu?Hanya Allah yang tahu...

Tentang pilihan.semuanya berdasarkan niat anda kenapa memilih pilihan tersebut.bak kata Nabi dalam hadisnya yang bermaksud "setiap perkara adalah berdasarkan niatnya" betulkan kamek mun ada salah.jadi niat kita untuk memboikot barangan israel tok apa?sahaja aku memboikot barangan israel untuk..........................................ya tempat kosong untuk niat masing-masing.kita beli cd cetak rompak untuk apa?mok lihat cerita terbaru sebelum cd original keluar?mok menyaingi kawan yang belum menonton cerita tersebut?semuanya tepulang kepada anda.KFC?orang padah mok boikot,tapi ada juak pegi makan?tak faham lah.inilah yang dikatakan tentang niat kita dalam sesuatu perkara.mungkin niat orang tersebut untuk mengisi perut kosong,mungkin kerana cabaran kawan untuk makan kat KFC.semuanya satu kebarangkalian.

Kesimpulannya,bijaklah dalam membuat pilihan.niat kita mesti betul kerana berbuat ihsan sepanjang masa itu penting.semoga kita memperoleh rahmat-Nya dan berjaya di dunia dan di akhirat.sekian.......

Tuesday, January 13, 2009

Perpaduan teras kejayaan

Hmm.........Di sebalik kekejaman pihak zionis,timbul pula isu sejagat ini.perpaduan.di mana perpaduan kita untuk menentang israel laknatullah?adakah orang palestin mempunyai perpaduan?pernahkah anda terfikir.sekadar lihat kat televisyen belum mungkin dapat meyakinkan kita semua yang umat islam di sana sedang bersatu......................cuba fikirkan.

Memanglah,pergerakan menentang zionis di sana amat rancak.tetapi lihatlah kepada negara islam serantau dengan Palestin.Seperti Mesir,mereka enggan membantu mangsa peperangan yang memerlukan bantuan rawatan kecemasan.negara lain?
camne mok menang mun sik ada perpaduan................kalau tunggu semua orang kat cya mati,apa yang kita nak padah dengan Allah sebagai tanggungjawab kita dalam membantu saudara seislam kita?...............kmk pun tengah bingung tok.

Perpaduan islam mungkin menjadi senjata terkini menentang pihak zionis.Kita bersatu di bawah satu gerakan iaitu gerakan ukhwah dan menentang musuh Allah dalam segenap cara.Boikot barang dah ada,............cuba boikot channel-channel yahudi pulak.satu idea yang bernas.itu saja cara boikot yang belum lagi ketara.
Kutipan derma sedang berlangsung,tetapi sampai bila? pihak zionis ada memberi kelonggaran selama 3 jam untuk penghantaran bekalan kemanusiaan di gaza.fikirkan duit kita hanya selamat selama 3 jam.kemudian dihancurkan oleh pihak zionis.kita harus segera menghentikan serangan ini supaya tiada lagi umat islam palestin yang terkorban,tidak menerima rawatan dan sebagainya.

Ada kalanya kita harus bertindak di luar kebiasaan untuk menangani kemelut ini.Israel telah mencabuli banyak jenayah perang dan PBB masih buntu mencari jalan penyelesaian.Entahlah,apa yang dapat kita lakukan ialah mencari strategi baru di samping memohon kepada Allah akan bantuan-Nya.hapuskan tentera zionis yang menzalimi kita.sesungguhnya mereka telah jauh daripada perlindungan Allah dan telah dilaknat-Nya.

Kamek hanya menulis kerana bimbang dan bingung melihat mereka mati di sana.mereka sedang sengsara menanti bantuan kita.Insya-Allah,bantuan Allah akan sampai.sekian............

Sunday, January 4, 2009

Palestin dan Zionis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang kita berada dalam keadaan selesa di mana saudara kita di Palestin sedang memerah otak dan tenaga untuk menghapuskan tentera israel laknatullah dan sedang berfikir apa lagi cara yang memungkinkan mereka terkorban dalam gerakan intifada mereka.baru-baru ini,pemimpin agung iran telah mengeluarkan fatwa kepada semua umat islam dunia untuk menentang israel.banyak kemusnahan yang dapat kita saksikan.masjid-masjid,rumah,penduduk tidak mengira islam atau tidak...... semuanya dibedil.

Kita patut tahu dan sedar bahawa setelah rentetan serangan kekejaman rejim zionis,ada satu perkara.Jika israel mampu bertindak kejam terhadap orang palestin,tidak mustahil untuk mereka bertindak kejam terhadap seluruh dunia.Malah,kita masih tidak sedar kekejaman israel dalam aspek yang lain.Salah satu mangsa yang paling produktif di bawah pengaruh dan naungan israel ialah amerika syarikat.hakikatnya, kebanyakan orang berjaya dalam perniagaan ialah orang yahudi.yang menguasai bidang minuman dan makanan dunia ialah orang yahudi.ada asasnya mengapa kenyataan ini disuarakan kerana fakta belum lagi didedahkan dan tidak akan diketahui sampai bila-bila.Bayangkan kalau yahudi menyerang negara islam yang lain,negara kuasa dunia.semua ini mungkin terjadi.mengenang penderitaan itu memanglah satu naluri dan kita harus berusaha untuk menghapuskan tabiat itu.segeralah kita menggembleng tenaga dan akal fikiran untuk menghapuskan pihak zionis ini.kita memang sedar mereka kebal dengan senjata yang canggih,mungkin ita perlu mengubah taktik.kita memang sedar mereka menyerang pemikiran kita dengan asakan syahwat dan nafsu duniawi,mungkin kita telah jauh dari Al-Quran dan hadis nabi.semua ini dapat diselesaikan andainya kita terus berusaha bagaimana untuk menjatuhkan zionis tanpa lebih banyak lagi nyawa saudara kita di sana terkorban.

Antara usaha setakat ini ialah rundingan majlis keselamatan PBB untuk mengadakan genjatan senjata antara zionis dan hamas telah berlangsung dan tidak menjadi.selain itu,banyak tunjuk perasaan,piket dan rusuhan berlaku di seluruh dunia.namun,semua ini belum dapat memadamkan nafsu zionis yang amat tebal.Sebagai hamba yang hina,kita mungkin dapat bersama-sama menentang zionis dengan cara yang lebih berkesan.mungkin menggunakan teknologi yang ada pada zaman ini,mungkin menggunakan kepintaran para ilmuan islam,mungkin mengunakan pengaruh kerajaan dan sebagainya.semakin lama kita berdiam diri,semakin banyak masa yang kita berikan kepada mereka untuk memusnahkan palestin.mungkin apa yang ditulis ini ada kesilapan tetapi semua perkara ini ternyata berasas dan ada logiknya.


selamatkanlah palestin,selamatkanlah baitulmaqdis,selamatkanlah nyawa-nyawa mereka,semoga kita beroleh kemenangan oleh Allah.

Thursday, January 1, 2009

Kembara borneo siri tiga

Siri ketiga gik.

perjalanan ke taman negara gunung kinabalu.satu impian untuk mendaki gunung ya.mungkin mun ada rezeki tahun depan boleh cuba.perjalanan mengambil masa dua jam.sepanjang perjalanan,cuaca makin sejuk.menggigil.best juak dapat nangga asap keluar dari mulut.cam kat luar negara jak yang ada musim sejuk.dapat juak melihat pemandangan gunung kinabalu yang tersergam indah.
setelah sampai,kmk orang jalan lok pegi kundasang beli sedikit sayur.lupak mok padah,kmk orang ada makan kelapa bakar,satu-satunya di kota kinabalu,sikda kat tempat lain,dak pak cik kamek padah.malam ya menginap di sebuah hotel.semalam jak.malam ya amat sejuk dan sunyi.tapi best...........




selepas solat subuh,pegi bersiar ambik angin.masih sejuk.tapi waktu ya lah keindahan ciptaan Allah terserlah.nampak gunung kinabalu secara langsung.subhanallah...........lekak ya dengan abang,adik dan bapak ke taman negara kota kinabalu.ambik gambar gunung dengan lebih jelas.



memang indah.pegi gik ke kundasang untuk beli sedikit sayur dan bunga.haha.lekak ya perjalanan diteruskan ke ranau dan poring.mok nangga air panas poring.ternyata perjalanan hari ketiga tidak sia-sia.nang best.sedikit gambar di poring.




air panas yang hangat.dan kamek sempat merasai gayatnya berada di atas jambatan gantung kat poring.memang tinggi dan gayat.haha.pengalaman itu penting sebagai bekalan untuk masa depan............

lebih kurang jam2.30 petang,kmk orang balik ke kota kinabalu.sampai jam 5.00 petang.pegi sembahyang jamak dan bersiap untuk makan malam kat restoran gik.makan malam yang enak sekali lagi.haha.dapat juak bertemu saudara sabah yang lain.bh,ya jak rasanya untuk siri ketiga.wallahua'lam.

Kembara borneo siri dua

Hari kedua
selamat sampai di kota kinabalu.lekak ya pegi menuju ke rumah pak cik sebagai tempat penginapan.terletak sik jauh dari first borneo.rumah setingkat tapi besar.best.setelah berada di rumah ya tek,keluar pegi pasar lok beli barang.haha.

kat pasar ya,first pegi ke pasar kraftangan atau pasar phlilipines.sik tauk pahal disebut camya tapi yalah hakikatnya.pergilah membeli beberapa kraftangan dan mutiara untuk dibawa balik sebagai kenangan.selepas itu,pergi ke pasar keropok membeli keropok sebanyak yang boleh.sempat juak melihat keindahan pantai dan pulau kat sabah.begitu hebat pemandangan.subhanallah..........

malam ya,pegi ke kedai pak cik kat salut.Restoran Kak Tini nama diberi.best.malam ya makan ketam dan udang.Alhamdulillah,cukup untuk mengenyangkan perut kamek.hihi.



kemudian pada jam 10.00,balik semula ke tempat penginapan.satu keistimewaan rumah pak sik kamek ya ada menyimpan burung cenderawasih atau burung dari syurga.........best dapat melihat secara mata kasar.sik tauk lah bena sik burung ya dari syurga,hanya Allah yang tahu.



lekak ya tidur.plan hari esok hendak ke gunung kinabalu.hari esok pasti mencabar dan menyeronokkan...............sekian untuk siri dua.